05 June, 2010

Sembang rambang

Siapa-siapa yang jengah blog aku 4,5 hari lepas mesti bosan kan? No new entry, no update. Eh, aku bukan merajuk sampai menyepikan diri since entry teka-teki aku takde yang sudi bagi sambutan yek. Akaka. Lagipun aku cilok aje soalan teka-teki tu. Kalau engkau orang jawab pun tak dapat apa-apa untung. So nevermind lah. Sebenarnya lately aku tak berapa ada mood nak online, apatah lagi nak blogging. Asal balik rumah je, aku rasa nak melepap. Letih lesu rasa badan. Malam kelmarin tiba-tiba pulak aku terasa macam nak demam. Makan ubat tak jalan. Minum 100 plus tak jalan. Sudahnya aku minum air cap badak. Tidur & tidur. Barulah ok sikit. Kurang dah rasa panas badan. So boleh la aku & family proceed dengan agenda hujung minggu kami.
Hari ini cadangnya nak bawa si kinting layan movie Shrek. 1st time nak bawa anak tengok wayang. Harap-harap si kinting behave. Kalau tak behave memang haruslah kami angkat kaki. Karang tak pasal-pasal aku laki bini pulak yang bertukar jadi Shrek. Hahah. Dan esoknya kalau tiada aral, aku akan ke Tg. Karang pulak untuk attend kenduri kawen officemate aku. Seterusnya esok kalau sempat, teringin juga nak singgah Sabak Bernam cari mentarang. Hari tu aku turun Sabak Bernam untuk kerja luar, tak terfikir pulak nak beli mentarang nih. Apapun aku belum lagi la nak masak mentarang tu, elok kita serahkan pada yang pakar yakni Makcik Juli. Akekeke. Lagipun, Pakcik Harun memang gemor benor makan makanan jenis-jenis siput nih. Mujur ajelah siput 'biba' tak leh makan, kalau boleh dah lama gamaknya dia approach kami adik beradik makan. Akaka. Aku memang tak boleh lupa la dia approach aku makan otak kambing masa aku kekecik dulu. Kembang-kembang tekak aku menelan gulai otak kambing tu. Aku rasa diri aku zalim giler sebab makan otak. Sambil telan sambil senyum macam nak menangis kat Pakcik Harun. Huh, cukuplah sekali *muka cuak* (Bunyi macam lagu Jay Jay la pulak..Hehe.

Bila dah sebut bab lagu-lagu nih, aku ingatkan nak share 2 buah lagu yang aku kemaruk gila dengar lately. Disebabkan line internet cam siput biba, nanti-nantilah aku cuba embededkan. Heheh..macam satu kemestian pulak kena embededkan video klipnya sekali. Ala kalau engkau orang suka lagu Arab nyanyian Amr Diab, mesti engkau orang suka dengan lagu Tamally Maak (ALWAYS WITH YOU) kan? Ni mesti ada yang bajet aku suka lagu ni lepas dengar si Shahir AF8 nyanyi lagu ni kan? No..no, u are wrong peeps (sungguh takmo mengaku minat kat Shahir..ahaks!). Dah lama aku suka lagu ni tau. Tapi tak pernah terfikir nak download untuk dengar ulang-ulang kali untill tengok Shahir nyanyi tempoh hari. Lagi satu, lagu Perancis - Et Si Tu N'existais Pas (IF THERE WERE NO YOU) nyanyian Joe Dassin. Oklah, aku ngaku aku ni minah sentimental, makanya lagu-lagu itu memang kena dengan selera telinga aku..but jangan tak tahu, sometimes aku boleh bertukar selera ke heavymetal you.."Here I am, rock you like a hurricane"..grenggg..grengg..grengg!!


Semalam aku layan filem di atas. Sangat kelakar. Sangat brilliant dan sarat dengan mesej. Pernah membaca review pendek tentang filem ini dari blog Chika. Dan ya, filem ini berbaloi untuk ditonton. Ia bukan filem hindustan yang biasa-biasa. Bila sampai scene yang menyentuh hati, mesti aku gigih menahan sebak atau bergenang air mata. Bila sampai part yang kelakar, aku terlebih-lebih gelak pulak sebab serius, memang geli hatilah. Well, aku bukan a big fan of hindustans' films but this one really catch my heart. Sebenarnya apa-apa cerita pun aku layan baik Hindustan, Tamil, Indon, Cina, Korea, German,Melayu, Inggeris dll asalkan jalan ceritanya kena dengan selera aku. Terasa macam nak cari dvd dia buat simpanan. Semalam tengok kat channel ABO aje. Selama sebulan ini bolehlah kalau mahu ulang-ulang tengok.

Oklah, got to go. Nak bersiap-siap untuk my family outing.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)