29 June, 2010

Tudung Anggerik

Tudung Anggerik - jenis Hamidah tebal bercorak, saiz M

Posing lagi

Ahlan wa sahlan.

Ya, mari dekat mari rapat..cik adik, cik kak, saudara, saudari sekalian. Ini hari ana mau promo sikit tentang ini tudung anggerik. Jangan banyak tanya kenapa ini tudung nama anggerik lah sebab ana sendiri tidak tahu. Tapi ana rasa mungkin sebab jahitan tepi tudung itu ada lengkuk-lengkuk macam itu kelopak bunga anggerik lah. Ana beli ini tudung sama kawan ana lah..dia memang kaki bisnes, selepas jual muslim slim wear dia jual tudung pula lah.

Ini tudung agak berharga, oh maksud ana harganya agak mahal (bagi golongan marhaen macam ana lah) tapi sangat berkualiti. Mula-mula ana skeptikal juga mahu beli ini tudung sebab ana rasa mesti tak sesuai dengan muka ana. Tetapi bila ana sudah cuba, wah..ana suka lah..suka, ini tudung elok sahaja terletak di muka ana. Lihat gambar atas lah. Apa macam? 

Ini tudung senang pakai lah. Takda komot-komot punya. Mahu pakai senang, mahu basuh senang, mahu simpan pun senang. Takda rasa panas, rasa selesa adalah. Bila basuh, sekejap saja sudah kering. No worries.

Ana sangat recommend kamu semua cuba lah. Jika berminat, sila layari laman ini.
 Wassalam.

p/s: Tiba-tiba terbit mode padang pasir. Gaya lebih macam penjual minyak dhab.

2 comments:

  1. tq diana. tudung ni sesuai untuk semua. kalau diana pakai pun mesti cantik. lagipun kedai dia ada kat shah alam je wat masa ni. kawan Chem ada jadi stokisnya. (huhu, bunyi mcm promot plak.)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)