15 July, 2010

Pasangan ideal

Ideal itu subjektif, maka lain orang lain lah ukuran idealnya. Tapi yang benar setiap orang pasti mencari pasangan yang ideal bukan?

Selalunya yang ideal itu digambarkan datang secara pakej - elok paras rupa, tahap pendidikan tinggi, kerjaya bagus, ada harta benda, punya budi pekerti dan yang seumpama dengannya. Pendek kata, mereka-mereka yang punya nilai-nilai ini adalah calon terbaik untuk dibuat pasangan. Mereka sangat ideal. Oleh kerana ideal itu, hidup berumahtangga adalah dijamin aman bahagia, gembira dan senang lenang. Benarlah tu. Ia memang fakta bukan auta. Hei, siapa tak mahu hidup bahagia kan? Jadi, bodohlah kalau tiada keinginan untuk mencari pasangan ideal.

Dan apabila kita fikir pasangan ideal kita adalah seperti yang tersebut di atas, kita terdorong untuk mengatakan dia adalah calon terbaik untuk kita. Bagi yang ketemu dan berjaya hidup bersama pasangan ideal mereka, memang sudah suratan Allah itu jodoh kalian. Maka bersyukurlah. Bagi mereka yang merasakan mereka layak mendapat jodoh ideal tapi diketemukan Allah dengan seseorang yang 'tidak ideal', hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu. Sesuatu perkara yang kita rasakan baik tak semestinya tidak mendatangkan mudarat pada kita. Contohnya kalau kita inginkan pasangan yang handsome kerana kita cantik, kalau tak kena gaya kita makan hati kerana buah hati yang handsome asyik menjadi perhatian orang,  atau lebih buruk lagi kalau dia sendiri yang perasan sahamnya tinggi lalu sibuk bermain kayu tiga-empat-lima. Sama juga kalau berkehendakkan pasangan yang berkerjaya, berduit dan berharta, dari segi lahiriah memang itu semua boleh memberikan bahagia tapi kalau kena si panas baran, tangkai jering, pengotor, pemalas, gatal, tak bertanggungjawab etc..adakah kita boleh bahagia? Selalu manusia memandang kesekufuan dari segi lahiriah tetapi dari segi emosi dan peribadi bagaimana?

Zaman sekarang memanglah susah untuk ketemu dengan yang ideal mengikut idealistik kita. Tak salah untuk kita meletakkan nilai tapi haruslah berpada-pada. Nilai ideal tidak boleh sekadar diukur dari segi lahiriah, ciri-ciri nyata sahaja. Setiap manusia akan ada lebih dan kurangnya. Kalau kita ketemu seseorang dan berkahwin dengannya kemudian kita dapati dia tidaklah seideal yang kita sangka, lalu kita mencari ruang-ruang kosong itu untuk diisi dengan nilai-nilai ideal dari yang lain memang sampai ke sudahlah kita takkan menjumpai cinta yang dicari. Mungkin juga seseorang itu tidak ideal untuk kita tetapi dia menjadi ideal apabila dia melengkapi diri kita,boleh menerima kita seadanya. Ada juga seseorang yang kita rasakan tidak ideal untuk kita tetapi apabila dia ketemu dengan insan lain mereka menjadi ideal. Hurms..tak perlulah rasa terganggu. Kerana dia juga seperti kamu, harus deal with dengan kelebihan dan kekurangan yang dicintainya untuk terus kekal menjadi pasangan ideal. Dalam hal ini, anggaplah sahaja mereka itu bertuah kerana terus merasa idealnya cinta yang dijumpa, dan yang lainnya tidak rugi apa-apa kalau berusaha belajar mencipta ideal. Kerana baik yang bertuah atau tidak, akhirnya semua akan sama-sama merasa bahagia. Harta benda, ilmu, pangkat dan kedudukan boleh dicari, yang harus dicari adalah ideal pada iman..pada hati.

Yang pastinya, siapalah kita untuk mengukur idealnya cinta kalau kita tak mampu menerima ketentuan-Nya.

*mode Suria Cinta di Suria.fm* ("_,)

3 comments:

  1. Kenapa tiba tiba topik ini di ungkapkan? Adakah kamo sudah menjadi doktor pakar cinta? haua huahuahauauaau:))

    ReplyDelete
  2. apa yg ko tulis mmg betul. contohnya aku..masa kawen rasa mcm serasi...tp bile dah kawen rasa mcm x serasi pulak. tp aku redha dgn ketentuanNYa..semoga Allah merahmati Rumahtangga kami.

    ReplyDelete
  3. sume tu standard la nina..ada org kate kawen ni satu perjudian..
    kire..kalau bercerai tu..kalau judi la kan..
    kalau gaduh tu..nyaris2 nak kalah..
    kalau idup ok2 jer..menang tak banyak..

    hehehe..masa bercinta memang lain..dah kawen lagik lain..dah kawen..dah dok ngadap dia je kan..cover macamana pon lambat laun terkeluar sume perangai2 ..hehehe..masa bercinta..kentut pon bau wangi..

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)