21 July, 2010

Semua dalam 1

Entri kali ini memang sangat caca marba. Harap kamu yang membacanya bersabar. Mana lah tahu kalau entri caca marba ini jadi panjang lebar. Gaya bahasa sudah macam ritma. Keh keh keh.

1. Mimpi
Hujung minggu lepas aku rasa aku mengalami mimpi paling merepek dalam hidup. Tiba-tiba sahaja aku berada di tengah-tengah majlis perkahwinan sepupu aku. Dalam mimpi itu, dia sepupu aku tapi realitinya aku tak kenal siapa dia. Tak pernah nampak pun. Aku jadi penanggah. Majlis itu sangat rock sebab siap ada konsert rock artis luar negara. Aku tak ingat siapa. Tapi sambil aku lalu bawa pinggan mangkuk kotor boleh singgah kejap layan head banging lah. Hahaha..rosak..rosak. Kemudian muncul budak-budak AF pulak, buat aksi macam dalam drama Hotel Mania. Dah jadi kenduri kahwin the musical pulaknya. Tapi  memang drama sebab pengantin lelaki lari. Tapinya lagi, pengantin perempuan sedih kejap aje lepas tu dia bergembira. Aku pulak dah confuse, ni majlis kahwin ke atau bachelor party. Siap dalam hati aku terdetik nak buatkan 1 entri tentang tu. Blogger tegar la konon kaedahnya sampai dalam mimpi pun boleh cari idea untuk masukkan dalam blog..macam lah masyuk sangat, padahal nan hado. Disebabkan mimpi aku terlalu merepek, aku paksa diri aku untuk jaga.

2. Floria, Putrajaya
Tak silap aku ini macam event tahunan. Tapi selama duduk di Putrajaya ini aku masih belum berjaya bawa famili kecil aku ke sana. Tahun lepas aku pergi seorang diri. Sambil pergi ke pasar minggu sambil singgah, konon nak survey dulu sebelum bawa famili. Tapi tak terbawa pun. Tahun ini aku pergi dengan geng-geng pejabat. Siap naik bas lagi. Tu la kali pertama dalam Putrajaya aku naik bas, masing-masing malas nak drive sebab malas nak cari parking. Disebabkan waktu tu keadaan ekonomi sedang tidak masyuk, maka aku mampu telan air liur ajelah melihatkan rimbunan pokok-pokok tanaman yang dijual. Gerai orkid giler banyak, cantik-cantik tapi aku tak minat sangat sebab orkid macam renyah nak jaga. So aku ambil gambar ajelah. Ok..ok, aku tahu takkan ada orang yang ke Floria tidak ambil gambar dan tidak muat naik ke internet..memang ada. So mungkin ada yang sudah boring untuk tatap benda yang sama, tapi aku bagi chance untuk diri sendiri tayang gambar juga. :P
Macam real je biawak tu weh. Geli aku nengokkannya tapi kreatiflah. Suppose to be event ni berlangsung sampai Ahad minggu lepas tapi dilanjutkan ke Isnin lepas sebab dapat sambutan menggalakkan. Kawan aku bagitau on the last day semua pepokok, tanaman, hiasan & batu-batuan dilelong atau diberi percuma. Tapi tak dapat le pokok-pokok yang best-best ye sebab kebanyakkannya dah sold out. Ala, kalau dapat pokok-pokok yang macam majlis perbandaran buat hiasan landskap kat tepi jalan tu pun dah ok apa.

3. Kenangan
Hari tu mak aku bagi sekotak bebarang personal yang aku tinggalkan kat Kuantan. Actually bebarang tu aku simpan kat almari buku aku tapi mak aku dah jadikan almari tu tempat simpanan koleksi katak kuang dia pulak dah. Hurm..elok la tu, dulu dia minat itik, sekarang minat katak pulak..adik aku pun dha terjebak minat kat bebarang bermotifkan lembu hitam putih cuma aku ajelah takde minat nak buat koleksi macam tu. Ok, berbalik pada cerita bebarang dalam kotak tu, bila aku selongkar punya selongkar..aku terjumpakan cekak di atas. Actually itu cekak yang aku buat untuk flower girl masa aku sanding dulu. Tasnim bukan main seronok bila jumpa cekak ni. Tak sangka sekarang anak aku dah boleh gayakannya. Boleh juga aku simpan buat kenang-kenangan.

4. Masak-masak

Ini adalah weekend lepas punya masakan. Sarapan pagi dengan veggie pasta with herbs & cheese cream. Ala, aku beli yang dalam tin tu je pastu tumis dengan minyak zaitun, bawang putih & udang. Siap. Lagipun, pasta-pasta ni kegemaran si kinting :-),licin sepinggan tu dia makan. Untuk makan tengahari aku buat sup ikan merah (tekak aku yang teringin), telur dadar (wajib!) & sambal tempoyak (tempoyak aku buat sendiri, jadi la nak buat lepas gian makan sambal tempoyak..haih,teringin lagi?!). Diiringi dengan air ribena susu (pengaruh iklan Ribena di bulan puasa..ingat tak iklannya?) Tapi selera makan mentekedarah melantak macam masih belum dipuaskan lagi kerana teringin juga menikmati ini;

Ayam penyet Wong Solo(erm, mcm tak berapa nak penyet tapi sambalnya sodap!)
dan ini;
Jus poligami (abaikan budak yang sedang menganga di belakang itu ye, lapar sangat nampak gayanya..kui kui kui!)

5. My precious
Ini budak kerinting rambutnya dari hari ke hari makin bergumpal dan mengembang. Gambar diambil sewaktu majlis aqiqah dan cukur jambul dua pupu(s) & little auntie(s) di kampung. Sekarang dia dalam sesi untuk bercerai dengan puting. Dia kena katakan tidak pada puting. Jadi kena selalu puji yang dia cantik tak hisap puting. Kalau dia minta juga, kena bagitahu ulat dah gigit puting so puting dah kena buang then buat tak tahu sahaja. Heheheh. So far semuanya berjalan lancar. Hopefully berjayalah prosedur perceraian ini.\(*o*)/

Walaupun si kinting tak berapa petah or fasih bercakap, tapi sesekali bila dia bercakap rasa kelakar juga. Ada satu hari tu dia pernah cakap, "Babah, nak ikut saya..nak ikut saya" bila nampak En.F bersiap-siap nak keluar. Terpinga-pinga juga mula-mula En.F nak faham ayat dia. Sebenarnya dia nak cakap, "Babah, saya nak ikut." Hehehe. Selain tu, dia pernah nak follow aku ke public toilet tapi aku tak bagi dia ikut sebab nanti leceh nak heret dia sama masuk toilet, tapi dia insist nak ikut, dia cakap "A'anim nak itut gak, a'anim nak cing gak, tingok ni..tingok ni", sambil kangkangkan kaki & tunjuk diaper dia. Haa..dia pernah juga berlakon tak mahu balik time aku nak ambil dia kat Kajang..dah elok-elok dia salam semua orang & follow aku ke pintu, dia patah balik, aku ajak balik dia tak nak, bila aku nak tutup pintu cepat-cepat dia lari datang kat aku sambil senyum-senyum notty. Eii, budak kecik ni pandai berlakon la pulak. Dari nak rasa hampa, rasa tercuit hati pula. ♥ her.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)