07 July, 2010

Tanduk setan


Setiap pagi, sepanjang 5 hari aku berkampung di Kuantan minggu lepas..aku akan melalui sebuah jalan yang berhadapan dengan beberapa buah sekolah. Makanya, setiap pagi aku boleh melihat murid-murid berkumpul, berbaris, berarak dan berlatih kawad. Dan aku membuat kesimpulan, murid-murid tersebut adalah sedang gigih berlatih untuk meraikan Hari Sukan. Jadi, apa kena mengena tanduk setan dan Hari Sukan eh?

Dulu-dulu, di sekolah aku kalau hari sukan..kita akan pakai t-shirt rumah sukan yang kita wakili & track suit. Nothing fancy unless kita kena buat persembahan kebudayaan atau taekwando atau karate-do. Jadinya bila aku melihat murid-murid sebuah sekolah berpakaian sukan warna-warni siap bertema, aku rasakan ianya sangat menarik. Peserta rumah kuning akan pakai bandana kuning polos di bahu, rumah biru memegang riben berwarna biru dan rumah hijau memakai tanjak berwarna hijau. Memang meriah lah. Seronok aku tengok. Murid-murid di situ lagi lah seronok. Masing-masing berlari-lari anak dan berbaris dengan riang di khemah rumah sukan masing-masing yang dihias meriah. Tapinya dalam pada aku ralit memerhati itu, aku agak terkejut dengan penampilan murid-murid rumah merah. Bukan apa, masing-masing nampak seronok bergaya dengan kain ala-ala Little Red Riding Hood siap bercekak tanduk setan & bertopeng pak lawak. Alahai. Dalam hati aku terdetik, cikgu manalah yang bodoh sangat ambil tema Red Devils tu. Dia ingat 'cool' sangat la tema macam tu. Dia fikir itu hanya untuk suka-suka, not a big deal. Waddahek? Kenapa tak buat tema Little Red Riding Hood aje? Dah sah-sah sekolah itu semuanya pelajar perempuan semata. Lagipun sudah diwar-warkan dalam media massa akan hukum pemakaian perhiasan yang menyerupai syaitan itu. Kalau si cikgu penasihat itu bukanlah Islam sekalipun, takkanlah cikgu yang beragama Islam yang lain tak boleh beri nasihat atau pandangan? Di manakah sensitiviti mereka? Di manakah keprihatinan mereka? Fatwa sudah dikeluarkan, takkan lah takde seorang cikgu pun yang aware tentang hal ini? Dangkal benarkah ilmu keagamaan yang ada? Hurms..this is so unaccepted *geleng-geleng kepala* Kasihan murid-murid itu, menjadi mangsa idea 'brilliant' sang guru yang ntah apa-apa.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)