18 August, 2010

Nostalgia Ramadhan

Dulu-dulu, emak aku adalah antara orang yang paling sibuk di dapur bila tiba bulan puasa. Sibuk sediakan juadah berbuka pun iya, tapi sebenarnya dia lagi sibuk nak siapkan tempahan biskut raya yang diterima. Bila Makcik Juli sibuk, secara automatik kerahan tenaga adalah di batu jemala anakandanya yang rajin lagi tekun, yang tidak jemu membantunya siang malam dan beliau yang dimaksudkan adalah aku (erks.. ayat masuk bakul, angkat sendiri..sungguhlah tak tahan :P). Emak aku mula berjinak-jinak berniaga kuih raya waktu aku dalam darjah 2,3 macam tu rasanya. Waktu tu emak aku packing biskut raya pakai plastik aje, beralaskan kertas minyak (yang orang buat bungkus nasi lemak / nasi campur tu ler) dan di'stapler' atau dibakar hujungnya. Setiap biskut raya itu dibungkus dengan nilai 100 biji. Untuk tempahan dari jiran tetangga, aku lah yang jadi tukang hantarnya. Bertatanglah biskut raya oleh aku ke sana ke mari. Waktu tu, emak aku kira naif lagi..buat kuih raya yang biasa-biasa aje. Takde nilai komersial. Rupa biskut-biskutnya pun tak glamer. Yelah, biskut kelapa..biskut mazola (adik bongsu aku panggil kuih kopek sebab bentuknya yang bulat, ada kacang tanah diatas then disapu kuning telur +_+ ), biskut peanut butter, samprit & tat nenas. Masa ni tat nenas pakai tekap guna acuan aje, takde lagi inisiatif nak bergulung, berduri landak bagai. Apapun, rasanya adalah terbaek okeh. Percubaan menambah duit belanja raya yang menggalakkan. Dengan duit keuntungan itu, Makcik Juli akan bawa kami adik-beradik berbuka puasa di luar..and waktu tu Benteng adalah 'port' paling happening - as for us la, bagi aku mewah dah tu..seronok tak terhingga lah..nak-nak dapat baju raya extra..teruja habis dah time tu.

Bila kami berpindah ke rumah baru, mak aku dapat pendedahan baru jugak. Waktu tu saingan yang buat biskut raya dah ada..makanya mak aku pun cubalah mencari-cari resepi baru. Dan sejak itu, tiap-tiap tahun itulah biskut-biskut raya yang aku kena hadap dari seminggu dua nak puasa sampailah nak ke hari raya. Waktu ni, biskut-biskut macam tat gulung / tat landak, mama carries (sampai la ni, aku confuse dengan ejaan sebenar biskut ni - mama carry? marmar carrie? marmar carry? mama keri? Huh, wutevalah :P), mainland square (lapisan tepung biskut yang dilapisi dengan susu pekat, madu, butter, badam & potongan coklat masak, dibakar & dipotong 4segi..hidangan tea time omputih kata tok guru mak aku..yolah tu, yang penting makan panas-panas sangatlah 'setappp', besh!), almond london (rupa almond london mak aku bulat-bulat, dicelup coklat & ditabur kalerpol chocolate rice..tak kuasa de dia nak buat lonjong-lonjong katanya.) & cheese cake, ini bukan cheese cake a.k.a kek keju ye, tapi biskut yang dipanggil cheese cake atau cisbedebahkek. Biskut ni pakai acuan macam acuan pie tu kan tapi yang versi cikenit sekali..sebelum guna, kena sapu dengan marjerin dulu supaya biskut yang dibakar tak melekat. Dah la proses nak siapkan biskut ni giler renyah, mula-mula kena buat basednya dulu lepas tu picit jem strawberi..lepas tu lapiskan ngan adunan kek..kemudian bakar. Jem strawberi tak boleh terlebih, nanti waktu membakar..fillingnya melimpah..rupa biskut jadi huduh. Agak-agak dah garing, kena cepat-cepat keluarkan dari acuan..kalau tak, nanti biskut melekat terus..rugi. Kalau ada yang terpecah waktu keluarkan dari acuan pun rugi..dah kena classified jadi wastage which is sesuatu yang aku suka sebab boleh perabiskan..kekadang tu tak wastage pun buat-buat jadi wastage sebab nak makan punya pasal. Rupa cheese cake ni memang tak boleh blah tapi biskut ini adalah tempahan paling banyak yang kami terima. Bila tempahan dah banyak, Makcik Juli jadi teruja dan pembantu dia jadi sengal kerana ini bermakna siang malam adalah wajib memeruk di dapur sampai berpetak buntut jadinya, kaki  pulak..dari lenguh jadi kebas kemudian lenguh semula..baju pun dah bau masam lemak manis. Lagi hangin kalau tiba-tiba, kena buat extra biskut-biskut yang dah settle sebab ada customer datang rumah nak ambil biskut raya dia then terpesona tengok balang kuih bersusun-susun dengan biskut raya yang dia tak order lalu bermulut manis dan merayu bersuara "Teringinlah nak rasa kuih ni, saya amik ni 2 balang ye kak Juli", "Saya nak la kuih ni, saya amik 3 balang ye..nak bagi mak..nak bagi mama..bla..bla..", "Anak saya suka sangat kuih ni, boleh la ye saya amik dulu..nanti mak juli buat la lagi..". Haih..(keluhan si pembantu) dah tak pasal-pasal kena top-up balik. Sampaikan kadang-kadang tauke biskut raya pun tak sempat  dah nak buat biskut raya untuk diri sendiri. Tapi sebab mak aku memang lembut hati, kalau ada special request pun..dia layankan aje. Hati customer kan kena jaga. Rezeki pulak jangan di tolak. Iyerlah. Bila tak cukup pembantu, emak aku import kawan dia & anak-anak dia sekali..bila tempahan dah makin bertambah tahun depannya..import sepupu-sepupu aku pula..adik aku ada juga tolong tapi dia suka cengkelat. Huhu. Tapi bila aku masuk kolej, automatically dia pulak la yang jadi orang kuat yang tak berapa nak kuat..sampai dia pernah cakap kat emak aku.."sudah-sudah la kita buat kuih raya, kak lang dah tak larat nak tengok mama carries ni..nak bau pun dah tak lalu.." Ya, disebabkan itu kami lebih herankan kuih raya di rumah orang daripada di rumah sendiri. Sedap tak sedap belakang kira. Janji bukan biskut yang sama kecuali kuih tat. Itu dikecualikan sebab memang biskut raya kegemaran.

Bila buat biskut, kita banyak guna kuning telur kan? Selalunya yang putih telur tu, mak aku akan recycled buat puding karamel atau sekaya. Sampai dah tak teringin nak makan kuih-muih tu. Tapi ok lah macam tu kan, tak membazir. Bab saiz, biskut-biskut yang mak aku buat memang buntat-buntat. Dia tak pandai buat biskut kecik molek. Kalau yang mulut kecik tu, kuih tat kena ngap 2,3 kali baru habis. Aku serius okeh. Bentuk dah buntat, rasa dah sedap..haruslah dijual dengan harga yang berpatutan. Tapi itupun ada yang complaint mahal. Kalau nak murah, better beli kat bazar ramadhan yang jual longgok-longgok tu kan? Yang bentuk macam-macam rupa, warna macam-macam kaler tapi rasa sama. Yang itu memang murah lah. Tak boleh nak compare lah. Lagipun bahan-bahan nak buat biskut dah mahal..butter, tepung, gula, kacang, badam, coklat masak..bla..bla...bla..mahal-mahal biskut mak aku pun, paling mahal 100 biji RM46. Aku tengok sekarang biskut-biskut yang orang jual memang average harga macam tu lah.. RM20-RM26 sebalang, ~ 50,60 biji or maybe kurang depends on saiz & packaging. So standardlah kan. Itu bukan harga lama, tapi itu harga pasaran 2,3 tahun lepas yang aku perhatikan. Kalau nak tahu senang susah, mahal murah buat kuih raya ni..cubalah buat sendiri, baru tahu lah.

Dan semenjak ada cucu ni, emak aku dah tak berkisah nak berniaga biskut raya lagi. Dah tak daya & dah malas katanya. Jaga cucu pun dah cukup hazab, inikan pulak kalau buat kuih raya, mau rumah jadi tongkang pecah. Memang emak aku sekarang pun dah tak berkisah. Kalau dia rasa dia nak mengemas, dia mengemas la..kalau dia rasa tak larat..dia biarkan aje. Dia dah malas nak push-push diri buat kerja apa-apa, sebab nanti dia juga yang menggigil-gigil berkelubung dalam selimut. So aku fahamlah. Pasal tu aku takde nak promote biskut raya buatan mak aku kat kawan-kawan. Kalau ada mak au buat, adalah. Nanti ada jamuan raya ke..potluck raya ke..aku bawak la bagi diaorang rasa. Pakkal aku sendiri pulak nak ganti mak aku ambil tempahan, belum lagi la. Ilmu belum penuh di dada. Tunggulah kalau sampai seru. Yang pasti, itu adalah kenangan ramadhan aku with my mum yang akan selalu dikenang :-).

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)