13 August, 2010

Sahaja aku puasa..

Teringat waktu aku mula-mula belajar berpuasa. Pakcik Harun & Makcik Juli ajar aku niat dalam bahasa Melayu dulu - "sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Taala".  Agak-agak dah lancar baru diaorang ajar niat dalam bahasa Arab pulak. Aku mula belajar puasa masa aku darjah 1. Masa tu memang belajar puasa penuh terus lah. Masa umur 5,6 tahun ada juga aku belajar puasa..tapi lebih pada puasa yang-yang yok aje lah. Bebudak lah katakan. Tapi bebudak sekarang umur 5,6 tahun macam tu dah terer berpuasa kan? Segan aku weh. Insya Allah aku akan cuba latih anak-anak aku berpuasa seawal yang boleh. Bak kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, ye tak? Ok, back to my story..waktu awal-awal puasa dulu, ayah aku ada bekalkan duit belanja tapi dia suruh aku simpan dalam tabung. Mula-mula memang aku tak usik duit belanja tu. Tapi  bila sampai time balik sekolah, disebabkan tak tahan..menggelupur aku join bebudak yang tak puasa beli aiskrim Malaysia. Aiskrim dah habis sebatang, tapi bila sampai rumah buat-buat muka penat. Konon ye-ye aje berpuasa. So bila mak aku tengok aku macam tu, dia tak banyak tanya lah. Cuma ayah aku la sibuk dok tanya duit belanja aku ada lagi ke tak. Terus aku tunjuk tabung rimau ke dia. Sebelum tu, aku dah siap-siap masukkan duit balance dalam tabung. Kebetulan dalam tabung tu memang dah sedia ada dua,tiga posen so bila tambah balance duit belanja tu nampak macam aku tak usik la duit tu..ahaks! Kemain lagi budak besor lengan buat taktik menipu. Erms..itu belum termasuk taktik kumur mulut sambil telan air paip. Malah mandi sambil telan air pun pernah. Itu kira taktik standard lah kan sebab kebanyakkan bebudak mesti guna taktik tu. Cuma Jimmy Yesszaa aje yang tak lalu nak minum air paip tu, yang lain ( termasuk aku :)) ) semua telan selagi boleh, padahal bukan sedap pun. Bedal sajalah labu. Tapinya kan, kalau kes budak-budak buat perangai waktu bulan puasa tahan lah lagi..kalau orang tua buat taktik lagu tu..elok ditabuh ngan meriam buluh aje. Tapi rekod aku kira baik la sebab takde curi-curi makan. Eh, ye ke? Erms..aku lupa la..rasa macam takde..hehehe, tapi tak tau la kalau Makcik Juli kata ada..punah la rekod aku yang kononnya baik tu.

Oh ye, kembali bercerita tentang niat..dulu-dulu aku keliru sebab ada orang kata baca niat puasa untuk sebulan terus so lepas-lepas tu dah tak perlu baca niat hari-hari. Rupa-rupanya niat puasa sebulan adalah dibolehkan dalam mazhab Maliki. Untuk mazhab Syafie, niat puasa adalah wajib dilafazkan setiap hari kerana setiap hari berpuasa dalam dalam bulan Ramadhan mempunyai nilai ibadahnya yang tersendiri. Jadinya kalaupun puasa kita semalam adalah batal/terbatal..ianya takkan effect puasa kita pada hari ini. Lagipun kalau dalam hati kita sudah berniat untuk puasa, itu juga sudah dikira seperti berniat penuh kerana niat itu adalah lintasan hati. Begitu juga kalau kita bangun untuk bersahur, itu juga sudah dikira seperti berniat puasa. Makna kata, sebenarnya bukan lah susah untuk kita berniat melaksanakan puasa. Jadinya nanti, takde lah alasan "aku tak puasa sebab aku lupa niat" lepas tu makan dengan bersungguh-sungguh sambil buat muka innocent *grinned*

Ok, itu cerita niat. Ini cerita tentang berbuka. Of course lah berbuka bersama keluarga itu adalah yang terpaling best. Ya, memang best. Air tangan emak adalah terbaik walaupun hanya berbuka dengan mi goreng dan cekodok pisang. Aku suka juga pengalaman berbuka zaman belajar. Takde juadah fancy-fancy sebab nak jimat tapi sebab makan bersama-sama apa yang ada, jadi nikmat. Kemudian siap-siap untuk solat terawih di blok hostel pelajar lelaki. Kikikiki. (*mode: kucing miang*) Dan kini, setelah menjadi isteri, aku cuba menyediakan juadah berpuasa selagi boleh. Kalau tak larat masak beria, buat yang goreng-goreng sudah. Kalau agak rasa tak sempat, beli so bila balik rumah cuma perlu masak nasi. Kalau rasa tak malu, tapau masakan makcik Juli :)) . Kalau makcik Juli ajak berbuka bersama lagi la happy. Tapi sebab mak ayah aku duduk dekat dengan aku, ada yang fikir aku tak perlu nak susah payah macam mereka siapkan juadah berbuka. Dulu waktu En.F kerja shift, boleh la aku nak lepak berbuka dengan keluarga sebab En.F berbuka kat tempat kerja, sekarang since En.F dah kerja office hour tak dapat dah la. Kena tunggu hari-hari tertentu ajelah nak berbuka dengan family. Lagipun this year, aku nak cuba arrange masa untuk berbuka dengan ipar-duai aku since 3 orang adik-adik En.F dah dok kat KL ni. Juga looking forward untuk berbuka dengan sedara mara secara beramai-ramai & last but not least, with my bestie - anda tahu siapa anda. *wink*wink* Hopefully adalah rezeki aku untuk berbuka together-gether dengan mereka itu nanti.

Ini pula cerita hangit di bulan puasa yang terjadi tahun lepas. Cerita biskut puaka. Entah saka apa yang merasuk, officemates aku masing-masing semua kemaruk nak buat biskut raya. Jadi niat tersebut diwar-warkanlah dikalangan kami. Masing-masing pun pakat la cari resepi, collect duit & rancang strategi nak seludup oven masuk pejabat, nak mula sesi membancuh adunan & sesi membakar. Aku adalah salah seorang yang dilantik sebagai penyeludup oven. Kami plan buat hari Jumaat sebab lunch break hari tu kan lama. Port pun dah dapat - bilik kosong. Actually bilik tu bilik pegawai, tapi since tak berpenghuni kami jadikan tu port melepak waktu lunch hour. So masing-masing ni take turns la masuk bilik tu nak buat biskut, konon nak cover line masing-masing la kan. Masa tu sekor-sekor excited bukan main. Tak menyabor-nyabor nak buat biskut cip coklat. Sekali bila dah buat, ada adunan jadi terlembik la pulak, bila bakar jadi kembang sekembang-kembangnya, hadoii la..tukang bagi resepi ni auta ke apa, dalam gambo tengok kemain cantik lagi biskutnya. Tapi yang kami buat, huduh bedooh la pulak. Tu belum masuk yang terhangit lagi tu. Hendak tak hendak, terpaksa la kami alter resepi,  tambah tepung sikit..barulah ok. Dari rasa hampa kembali merasa syok. Yang berpuasa syok membaking, yang tak boleh puasa syok merasa. Macam raya hindu bila sekor-sekor buat pejabat macam rumah sendiri. Dalam pada dok sibuk membakar tu, rupanya bau wangi biskut dah tersebar ke segenap tingkat. Ntah macam mana, dalam kecoh-kecoh tu..tiba-tiba datang pegawai dari seksyen pentadbiran a.k.a 'Mr. Prefect' menjengah. Dia siap tanya, "Sini ok ha?"(dengan muka curiga). Kami pun kecut perut la sebab time tu aku tengah keluarkan biskut dari tray, ada yang tengah bakar biskut, ada yang tengah sedut air, ada yang tengah melantak..so bila 'Mr.Prefect' tu datang, terkesima la masing-masing. Mujur ada yang pandai cover. Mujur juga ada partition. Mujur lagi sebab semuanya perempuan so si 'Mr. Prefect' segan nak masuk meninjau. Kalau tidak, mau "jom-jom heboh" staff seksyen aku buat parti buih sempena hari raya. Disebabkan insiden itu, ada la spekulasi yang kata si mulut longkang mereport, ada juga spekulasi yang kata, si Mr.Prefect tu datang secara tak langsung aje sebab dia nak jumpa someone so sambil-sambil tu buat pemantauan dan kami lah subjek rambangnya. Huhu. Hurms..apa-apa ajelah, janji kami semua terselamat. Terselamat dari sebarang tindakan. Dek kerana kepala lutut masing-masing sudah gigil kena 'sound', kami semua cepat-cepat clearkan tempat, musnahkan bukti..adunan yang tak siap dibakar, kami bahagi sama rata. Mana yang dah bakar even yang hangit tengit pun kami bahagi sama rata.  Sebab itulah tak pasal-pasal biskut coklat cip tu dapat nama biskut puaka. Puaka pun puaka lah. Tapi bila difikir-fikirkan, memang lawak lah. Sungguh thrill kenangan itu. Haha.

Anyway, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Dan sekiranya, ada sebarang info yang aku kongsikan di sini kurang tepat (merujuk kepada perenggan 'niat'), aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi memperbetulkan. Thanx in advanced. Wassalam.

3 comments:

  1. Biskut puaka.....aku takkan lupa sampai hujung usia Rasanya...kenangan paling best opss paling tak best yang kita tempuh melibatkan ramai kengkawan....mmg kelakar sungguh...sampai ke sudah aku masih mencari sape la wat drain mouth ituuu...tapi takpela..bulan posa dah berganti tahun...aku maapkan si pembocor maklumat tuh..btw..mmg takkan terhapus kenangan itu...

    ReplyDelete
  2. hah biskut puaka... sib baik biskut dam kita jadi biskut kurang menjadi jer tak sampai tahap jadi biskut puaka.. kakakakaa... ada size kecik ada size besar ... ampeh :)).

    Bestie ek.. hek hek hek *wink wink juga* InsyaAllah ... mesti ketemu sebelum syawal menjelma ek..

    Tini, memaafkan itu pahit tapi akan manis akhirnyaa.. yessszaaa..

    ReplyDelete
  3. kak tini : at least ada la jugak bittersweet memory antara kita. tobat aku x leh lupa. teringat muka cuak sekor-sekor. Aku terus terbayang situasi mengadap guru besar. walaupun puaka, sedap jugak biskut tu.

    along : adat mencuba resepi baru. tu kira try and error. belasah aje. tp pengalaman itu mmg best.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)