26 August, 2010

Santapan Ramadhan #1

Ini entri pertama aku tentang masak-masak di dalam bulan puasa. Ramadhan kali ini aku cuba masak sekerap yang boleh. Oleh itu, aku cuma sediakan juadah yang termampu dimasak secara ringkas, mudah dan cepat. Kalau kurang mampu, aku tapau juga lauk kat kafe pejabat atau singgah param. Antara yang sempat aku masak - ayam masak kicap pedas, sup sayur, kailan goreng, ikan bakar sumbat sambal + air asam, udang masak lemak cili api, sambal tumis, char kuey teow + cili kicap, mihun goreng Singapura, puding roti & adalah lagi beberapa menu yang aku dah tak ingat. Nothing really fancy, tho. Selain itu, ada juga 2 kali berbuka dengan family aku dan 2 kali berbuka di rumah mak lang & mak teh, setakat ini lah. Mungkin akan ada undangan lain yang datang (sangatlah dialu-alukan..huhu), atau mungkin kami akan mengundang orang. Setakat ini, aku baru sempat jemput family aku datang berbuka, itupun tak cukup korum..SIL aku kerja & adik bongsu aku kat Johor. Melepas mereka nak merasa ayam goreng Uncle Bob..heheh! Aku tak pasti ayam goreng ini dah berleluasa ke belum, tapi kalau di Putrajaya..memang kena beratur la nak membelinya. Memang menjadi kegemaran ramai.

Oklah, as for last weekend (juga 2,3 hari lepas) aku buatkan ini sebagai menu berbuka:

Mi kari. Disebabkan terkenang-kenang akan mi kari di R&R Seremban maka aku buatlah. Kuah karinya just nice untuk tekak aku, tak pekat sangat tapi tak juga cair berleleh. S0 aku bajetlah buat kuah kari dengan stail yang sama. Kelmarin aku berbuka dengan family aku, kebetulan mak aku buat mi kari so aku ceritalah aku baru aje buat mi kari Sabtu lepas. Terus dia cakap, mi kari ko tak sedap..mi kari aku confirm sedap! Hahahah. Yelah, air tangan emak kan..manalah tak sedap. Tapi mak aku suka buat kuahnya pekat likat, aku tak pasti berapa peket serbuk kari dia taruk sebab macam aku guna sepeket aje untuk seperiuk sedang. tapi memang piau lah, kalau orang tak biasa mesti rasa macam makan santan dengan serbuk kari..hihihih.

Bubur jagung. Orang yang paling beria makan adalah si kinting. Sama naik je dia ngan aku makan. Aku buat bubur ni pun sebab terfikir tak pernah lagi buat bubur yang manis-manis sepanjang bulan puasa ni. 

Soto, seperti yang pernah aku mentioned before. Bila dok tengok sana-sini, dalam blog, dalam FB orang dok cerita makan soto, aku pun teringin juga. Disebabkan aku cuti hari Isnin lepas, bahan-bahan pun aku dah beli siap-siap sebelum tu so dapatlah aku ON projek membuat soto. Actually buat soto ni takde lah susah, tapi renyah. Itu pasal aku tunggu waktu aku bebetul lapang barulah boleh buat. Siap aku simpan balance soto yang ada, aku perangat the balance & makan lagi..tekak still nak melantak lah katakan. Anyway, puas hati aku dapat makan soto puas-puas.

Dan ini pula adalah habuan dari kebun FIL sepupu aku. Dua minggu berturut-turut dia balik kampung collect hasil dusun FIL dia, siap buat jual lagi. Jadinya bila dah banyak tu, dia hulur lah sikit rambutan,langsat,dokong,manggis & durian pada aku. Kecik tapak tangan, tudung saji aku tadahkan. Huhu. Memang kami pulun bagai nak rak lah, even batuk tak baik lagi pun..aku belasah semacam. Buat ubat, bak kata orang.

Sekian cerita santapan ramadhan aku untuk kali ini. Terima kasih.

2 comments:

  1. zack : mekasih, memang sedap pon..akeke(terangkat bakul sendiri sudah..haha!). itu tiru resepi emak..hehe!

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)