21 September, 2010

Bertamu dan menerima tetamu

Ada juga kawan-kawan yang bertanya, "Kau tak buat open house ke?".  Open house atau tidak, kalau nak datang beraya, datanglah dengan satu kondisi, inform dahulu. Itu saja. Eh, kena la inform..kalau dibuatnya aku keluar beraya, engkau orang juga yang hampa. Kalau aku ada di rumah pun, sesiapa yang datang terjah secara tiba-tiba kena redha lah kalau hanya  dapat minum air sirap dan makan kuih raya sahaja (p.s : sementara stok masih ada). Lebih malang lagi kalau serdak kuih raya aje yang ada, maka tuan rumah jamu air teh o panas dengan biskut meri ajelah ye?

Sabtu lepas aku berkesempatan berkunjung ke rumah terbuka my long-time-no-see friend. Punyalah lama kami tak berjumpa, kali terakhir adalah sewaktu di tingkatan 4 ketika dia membuat kunjungan mesra selepas berhijrah ke MRSM. Mukabuku telah menemukan kami semula. Dulu-dulu, dialah yang komplen tak betah duduk sebelah aku sebab aku pendiam gila. Hampir-hampir tensi dia dibuatnya. Hahah. Kemudian, entah macam mana kami boleh kamceng dan mempunyai geng yang dipanggil 4 sekawan yang semuanya riuh kecuali aku. Lama kelamaan aku pun dapat tempias keriuhan mereka. Itu aku klasifikasikan sebagai pengaruh baik kawan-kawan :-) Walaupun hanya 3 dari 4 sekawan yang bertemu, i'm happy. Ada rezeki, tiada aral, kita berjumpa lagi. Aku boleh katakan ini adalah rekod peribadi kerana adalah sangat jarang aku punya kesempatan untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah.

Niat di hati adalah untuk mencilok gambar dari FB tuan rumah, tapi hingga sekarang aku masih tertunggu-tunggu. Disebabkan penantian itu satu penyeksaan, maka aku putuskan tiada foto untuk menggambarkan cerita di atas.

Setelah berkunjungan ke rumah orang, orang pula datang berkunjung ke rumah aku. My BFF & officemates request mahu datang beraya, maka aku masaklah hidangan yang cepat & mudah untuk menjamu tetamu. Alang-alang dah masak tu, aku masak lebih sikit & jemput jiran & kawan-kawan aku & En. F yang berdekatan.

Mihun sup

Fettucini bolognese

Kuih raya - hasil tunjuk-tunjuk, air tangan sendiri serta ihsan ibunda

Buat teman-teman & jiran tetangga yang datang beraya, terima kasih di atas kesudian menjenguk teratak aku sekeluarga. Kalau ada yang terkurang tang layanan ke, sup tak kaw ke, bolognese sejuk siak ke, ais krim cair meleleh ke..maaf bebanyak ye! Jangan serik nak datang lagi ok. Nanti aku asah skill masak menu yang power rangers pula. Nom! Nom! Nom!

5 comments:

  1. ok apa chemp meriah gaks .. ada gak buat mini open house ..masak2 .. kita thn nie x dan nak buat open house .. he..he ;-)

    ReplyDelete
  2. diana : setakat masak sikit-sikit boleh lah Diana...tapi sambil masak sambil jadi tarzanita sebab ada pembantu tak bertauliah buat-buat sibuk jugak.

    yana : sebab bukan buat besar-besaran - gigih la lagi nak wat, kalo idak mahu pikir banyak kali :))

    ReplyDelete
  3. Aku tambah Fettucini tu dua kali. yam yam yam sedapnya. Sangat menyamankan. Aku siap buat rondaan agik. Mana bilik tido mana bilik air mana bilik maid mana bilik tong gas kakakakak. boleh camtu? Hua hua hua. Tapi yg pasti best!

    ReplyDelete
  4. along : segan aku sbb ko siap tanya resepi. aku bukan pro sgt..resepi tu ikut sedap tekak sendiri aje sebenarnya. Nak senang pakai sos prego then alter,tumiskan dgn bawang ker..tambah tomato puree ke..tambah serbuk oregano ler..tambah gratted cheese ker...nak pedas,letak chilli powder or lada sulah. Bab ronda tu xde hal..:))

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)