16 September, 2010

Cerita raya

Sangat klise bukan? Sangat standard. Ini kerana semua orang pun akan bercerita tentang raya. Be it cerita sedih atau cerita gembira. Tidak sah kalau tidak diceritakan. Sesungguhnya cerita raya, meriah atau tidak, seronok atau tidak, tidak banyak, sedikit pun hendak cerita juga. Memang tidak boleh disisihkan. Melainkan kita yang menyisihkan diri dari hari raya nan mulia.

Maka aku mulakan dengan ...
Perancangan awal adalah membuat tat nenas, kuih samprit dan 2,3 jenis kek sebagai ole-ole balik kampung. Akhirnya yang menjadi adalah cornflakes madu, popia mini nestum, biskut nestum cornflakes & coklat cip aje. Itupun dibuat secara last-minute, 2 hari sebelum hari raya. Sempat juga aku buat kek lapis masam manis seadunan tapi hasilnya sedikit mengecewakan. Terlalu manis & terlebih mentega. Itu la padahnya gatal-gatal ikut resepi lain. Maka ahkak redho ajelah dengan apa yang ada. Baki bebarang kek & biskut yang ada, nanti-nantilah aku usahakan kalau terajin. Kalau ye, kalau.

Kami sekeluarga bertolak balik ke kampung mak aku malam raya. Bertolak dari rumah dekat jam 12 tengah malam, konon berjanji dengan sedara-mara nak sampai kol 12 tapi biasalah aku bentat buat kerja, ditambah pulak semua benda last minute baru nak buat maka kami sampai ke kampung dalam jam 2 pagi. Semua orang pun dah tidur. Cuma mak aku & nenek aku yang tak dapat tidur malam tu. Mak aku batuk-batuk sampai kerap terkucil tu yang jadi tak lena nak tidur, nenek aku pulak diserang semput. Sempatlah aku tolong gosok-gosok dan urut badan nenek aku dengan minyak panas. Kasihan aku tengok dia mengantuk tapi tak boleh nak tidur, duduk salah, baring salah. Mujur dah lelama tu dia boleh juga lelapkan mata.

Tahun ni, pagi raya hanya ada keluarga aku & keluarga Mak Lang. Tapi masih terasa meriah sebab aku & 2 sepupu aku yang lain dah kawin, masing-masing pulak ada anak kecil jadi riuh la juga keadaan teratak nenek aku tu. Keluarga Mak Teh (kami panggil dia Ummi) balik sebelah petang, keluarga Mak Cik aku balik Melaka raya kedua (makcik aku isteri mithali woo, tiap-tiap tahun raya pertama mesti kat rumah mertua), keluarga Pak Long aku malam raya pertama datang beraya, 2 orang lagi makcik pakcik aku beraya dengan keluarga mertua sebab dah giliran depa beraya di sana.

Disebabkan aku & sepupu-sepupu aku ada agenda nak balik beraya dengan keluarga mertua masing-masing pada hari raya kedua, so hari raya pertama tu kami mula berjalan raya. Mak ayah aku konon nak follow, ayah aku dah siap standy tepi pintu tapi sudahnya kena tinggal sebab mak aku ralit sangat bersembang dengan tetamu. So nasib dia la kena layan tetamu kat rumah nenek aku sementara kami semua beraya sakan. Hahah. Lepas solat jumaat pun sambung beraya sampai petang. Mak aku still tak dapat join sebab batuk dia makin menjadi-jadi, semedang terkucil. Bak kata ummi aku, mak ko kencing tak tos jadiknyer dia jaga rumah saja..gagagaga.

Si kinting with maksu Mira. Si Mira nampak je macam solehah, tapi mulut cam joyah. Kih kih kih.

Atuk Harun yang sengal tak dapat follow cucunya berhari raya. Tahun ni ayah aku dah mahu pakai baju melayu lengkap bersampin, baju pun dah mahu berbutang (kalau tidak, memang dia la orang paling tak semenggah di pagi raya) tapi sayang kami tak sempat nak snap gambar sekeluarga. Haih.

Pose sebelum buat perangai mintak susu, mujur rumah nenek sedara aku ni depan rumah nenek aku so boleh la adik aku angkut si kinting mendapatkan susu. Anyway, kawan aku cakap gambar ni nampak klasik..harus diframekan buat kenangan. 

 

Gambar raya kami sekeluarga tahun ini. Gambar adalah di'snap' di waktu petang, badan semua dah masam & berlengas. 

Pagi raya ketiga, kami bertolak ke Sungai Petani pulak. Sampai di SP, kami terus ke rumah makcik saudara En.F di Gurun sebab dia ada buat makan-makan sempena menjamu keluarga bakal besannya. Kiranya tahun ni, kami balik ke utara secara dua dalam satu..beraya & attend majlis pertunangan sepupu En.F.

Si dara yang dimaksudkan. Aku panggil dia & tunangan dia pasangan kutub utara kutub selatan sebab seorang orang Kedah, seorang orang JB. Dah kawin nanti, berpetak la buntut depa nak balik beraya. Kih kih kih. Jangan mare ye Azie, akak gurau ja.

Dan setelah beraya ke sana kemari, sekarang aku hanya ingin melepapkan diri di rumah sampai kepam. Even melepap-melepap pun, aku sudi menerima kedatangan mereka yang ingin beraya. Yang penting calling-calling dulu la ye. Next week dah start kerja semula..ades, malasnya rasa.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)