26 September, 2010

Dunia baru

Dunia baru. Cabaran baru.

8 tahun dulu aku pernah lepaskan pengajian aku. Dilepaskan secara tidak rela hati. Juga dengan rasa serba salah. Serba serabut. Assignment banyak yang perlu dihantar. Kuiz & ujian bersusun menanti. Ditambah dengan menghitung hari untuk peperiksaan akhir. Tiba-tiba diminta keluarga untuk menguruskan soal berhenti, terus rasa gloomy.Hendak dibantah aku tak betah kerana mereka sangat berharap aku menerima tawaran kerja ini. Yalah, kerja kerajaan dan mereka rasakan itu satu jaminan. Rezeki aku katanya. Sementelah tawaran kerja yang diterima adalah sama dengan bidang yang aku study dulu, jadi tak perlu pening-pening beria. Tambahan pula, yang berkeja sambil belajar juga ramai. Boleh ikut jejak mereka.  Pendek kata, nothing to lose - Itulah hujah orang tua aku.
Walau bercucuran air mata, walau tensi kerana dipaksa (waktu tu aku rasa macam kena reverse-physcology aje dengan mak bapak aku), walau cemburu melihat teman-teman lain bakal menggengam ijazah dan bergelar siswa-siswi ..aku turutkan jua. Konon bajet tak mahu jadi anak derhakalah kaedahnya.Namun hakikatnya waktu itu, memang aku marahkan mak ayah aku. Aku marah sebab mereka tak faham cita-cita aku - nak grab a degree then baru kerja even kena jadi kuli batak sekalipun aku rela (konon semangat nak gained experience, biasalah jiwa orang muda). Aku marah mak ayah aku sibuk-sibuk call JPA tanya pasal penempatan aku then minta JPA tempatkan aku kat SUK Pahang konon dekat dengan rumah & keluarga kerana akhirnya aku tercampak ke Pekan nun (masa lapor diri kat SUK tu, kerani kat situ siap bagitahu aku lambat sebab orang lain dah 'chop' penempatan pilihan masing-masing). Aku rasa marah juga pada mak ayah aku kerana aku terpaksa bekerja seorang diri, sebatang kara sebagai personel IT yang harus pandai tentang macam-macam benda sedangkan aku lack of experience. Dunia kerja dan latihan praktikal adalah berbeza, apatah lagi dunia pelajar. Teori dan praktikalnya tidak sama. Mereka melihat aku sebagai hebat, punya harapan yang tinggi menggunung untuk aku merealisasikan harapan mereka. Macam aku tahu segala-galanya, petik jari saja. Walhal mengigil kepala lutut kalau kena attend meeting melibatkan para ketua. Sedangkan aku masih sukar menerima takdir diri. Antara kelemahan & situasi yang menghimpit diri, aku seperti bukan aku. Aku buntu memikirkan jalan penyelesaian untuk memulakan hidup baru.
Aku pernah merancang untuk sambung belajar. Cadangnya hendak cari tempat belajar yang berdekatan sahaja kerana aku tidak yakin untuk komited berulang-alik dari Kuantan ke KL misalnya kerana itu memerlukan pengorbanan yang lebih dari segi masa, tenaga dan ongkosnya..tapi tak berjumpa dengan kursus yang bersesuaian. Maka perancangan terus tertangguh begitu sahaja.
Dan bila difikir-fikirkan semula, aku merasa rugi kerana tidak menciptakan ruang kepada peluang yang ada. Kalaulah aku tahu bertukar tempat kerja bukanlah seteruk yang aku bayangkan mungkin aku sudah lebih lama menjadi orang Putrajaya. Mungkin aku punya lebih banyak peluang untuk belajar  menjadi pekerja yang cemerlang. Hmm..kalaulah dapat aku putarkan masa...

Okay...okay, sesi penceritaan secara sedih medih skema tak bermaya aku stopkan ye?

Kini, aku dah tak marahkan mak ayah aku. Aku dah tak fikirkan nak putarkan masa. Aku percaya semua yang terjadi sudah ditulis begitu, nothing to be regret with..semua ada hikmahnya. Aku belajar mengenali kesilapan, kelemahan & kekhilafan aku. Aku sedar yang aku perlu mengubah keadaan bukan menunggu keadaan berubah untuk aku. Aku gembira dapat belajar banyak benda di tempat baru. Dan kerana itu, aku mengorak langkah melaksanakan impian untuk menyambung pengajian. Diri terasa kerdil (walaupun hakikatnya aku adalah golongan 'Giant' ooo, err ayat masih skima seadanya..sesiapa yang membaca..redhakan aje la ye.) kerana baru terhegeh-hegeh hendak mendapatkan sarjanmuda sedangkan orang lain yang seusia aku sudah mengejar master/PHD. Better late than never, ye dak? Ate ayat nak menyedapkan ati kaedahnya. Huhu. Coursemates aku kebanyakkan adalah angkatan 20-an, dan aku adalah beberapa kerat angkatan 30-an yang menambahkan persaingan..acece (bajet competitive la konon..iyolah tu :P). Mujur En.F takda tentangan. Dia ok sahaja. Alhamdulillah. Yelah, aku tak mahu ada yang dok fikir aku ni ikan-sendiri(selfish) sebab sibuk sangat nak sambung belajar sedangkan sepatutnya bagi peluang tu pada dia. Bab ini kami sudah bermusyawarah dulu ye. As for mak ayah aku diaorang sokong aje apa-apa yang terbaik untuk aku & keluarga. Family in law aku pun sama. Hopefully dengan berkat doa & restu mereka aku berjaya lah hendaknya. Yang lawaknya, respon pertama ayah aku bila aku bagitau aku dah dapat tawaran belajar, disuruhnya aku buat cermin mata..siap nak sponsorkan lagi. Motif? Dia kata dah la aku kerja hari-hari mengadap komputer, aku rabun malam & silau so mesti kena pakai spek. Sekali pergi check, aku tak rabun cuma ada masalah nak kontrol pembesaran & pengecilan anak mata..tu pasal aku tak tahan silau. Tapi ayah aku macam tak puas hati pulak..keh keh keh. Patutnya dia bersyukur la sebab duit dia selamat kan? Hurm..gamaknya waktu tu dia dalam mood nak buat amal jariah kot.

Aku pulak masa hari pertama kelas bermula, masa nak tidur boleh hati kama teringatkan si kinting yang aku tinggalkan kat mak aku. Mak ngan ayah aku pulak dah sebut-sebut nak ambil si kinting bawa balik Kuantan bila ayah aku pencen hujung tahun ini. Owh tidakkkk!! Hahah..mahu makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena kalau berpisah dengan si kinting lelama cenggitu..ai tak rela!  Tak tenang la aku nak kerja & study nanti...uhuks! Hmmm..aku dok pikir ginilah hidup aku untuk  3-4 tahun lagi. Banyak yang perlu dikorbankan dan dilepaskan. Sabar Nina..sabar. Orang lain boleh, takkan engkau tak boleh. Even kalau tak boleh pun engkau kena boleh-bolehkan (+_+).

Semoga catatan ini boleh menjadi catatan peribadi yang memberikan kenangan masam-masam manis pada masa depan :-) Kerana yang masam-masam manis seperti kek lapis itu adalah enak untuk dimakan dan yang pahit itu adalah sukar untuk ditelan.

4 comments:

  1. kita doakan yg terbaik utk chemp .. insyallah .. all e best k ;-)

    ReplyDelete
  2. wah. kak smbg blaja juga.
    tahniah ye.
    setempat la kite ye :)

    ReplyDelete
  3. diana,lyana & dhania..tengs for those wishes :-)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)