28 November, 2010

Kaki movies

Bukan ditonton di pawagam tapi di rumah. Layan DVD sahaja. Jalan cerita yang ringan tapi terkesan. At least for me lah. Moralnya jangan pandang rendah pada orang kerana mungkin kelak orang yang dipandang rendah itu hidupnya lebih baik dari kita. Juga jangan anggap seseorang yang jahat itu akan sentiasa jahat. Akan ada masa mereka sangat ingin mengecap bahagia dan percaya kebahagiaan hanya akan tercapai dengan mengubah sikap buruk kepada baik. Dan kita harus sentiasa sedia memaafkan dan jangan egois untuk meminta maaf kerana akhirnya nanti semua hati akan gembira. Cumanya cerita ini terlalu banyak kebetulan. Jadi jalan ceritanya kurang tulen. Musuh ketat si anak di zaman sekolah bakal jadi kakak ipar. Si emak bakal berbesan dengan musuh ketat zaman sekolah. Malah si nenek pun ketemu dengan musuh ketat zaman sekolahnya jugak. Bermusuh ketat turun temurun  lah kaedahnya. Apapun, bolehlah tonton untuk lepaskan tekanan atau hilangkan kebosanan. Tapi kalau kamu jadi lebih tertekan atau lebih bosan selepas itu, jangan salahkan aku pulak eh. Sekeh kang.


 
Ini filem yang diadaptasi dari novel hasil karya novelis best-seller Amerika, Nicholas Sparks dengan judul yang sama. Antara filem-filem lain dari karya Sparks yang pernah aku tonton adalah Message in A Bottle, A Walk To Remember & Nights in Rodanthe. Kisah-kisah cinta romantis begitu adalah makanan aku. Jadinya Dear John adalah penambah koleksi terbaru. Walau heronya tak begitu mencairkan hati, tapi itu bukan isu. Yang penting, plot ceritanya. Kisah cinta yang mendalam antara dua insan yang dipisahkan oleh jarak, masa dan keadaan. Filem ini diakhiri secara gembira, John & Savannah bersama jua akhirnya. It's a different story in the novel. Boleh baca sendiri novelnya sambil feeling-feeling kamu itu si macho dan sasa, Channing Tatum atau si cantik manis, Amanda Seyfried. Kalau hendak cepat dan mudah, Google kan ada, macamlah tak biasa kan? Heheh! Tapi kalau kamu rasa macam tak kuasa, eh sudahlah..jangan buang masa..aku pun tak paksa.

 Secara peribadi, aku paling suka cerita Surat kepada Juliet ini. Sudah ulang tengok 2 kali. Baru 2 kali. Ada perancangan untuk ulang tengok lagi. Kena tunggu waktu diri rasa macam nak membazirkan air mata. I'm touched. Terus jadi hati kama. Hahahah! Hmm..bukankah manis bila cinta yang kita damba datang menyapa dalam keadaan yang tak terduga? Bukankah manis bila kita ditemukan dengan cinta yang sebenar-benarnya cinta? Bukankah manis bila kita redha dengan cinta yang tak kesampaian dan akhirnya dianugerahkan dengan perasaan yang sama pada insan yang sama walau tikanya berbeza? Erks, mode romantika de amour terlebih sudah! Dan filem ini buat aku rasa macam mahu pinjam Pintu Ajaib Doraemon untuk ke Itali juga. Angan-angan mat jenin sungguh.

Adaptasi dari novel best-seller. Dah namapun best-seller, haruslah difilemkan ye tak? Tak sempat tonton sampai habis walau sudah 2 kali percubaan dibuat. Mesti di pertengahan cerita, aku membuta. Ini gara-gara lawan mata nak layan DVD kononnya walau dah seharian penat dengan kerja & kelas. Nak menghilangkan kesengalan anak takda bersama pun ya juga. Tapi itulah kesudahannya. Harus cari masa untuk tonton & rasa - Eat, Pray, Love itu.

Ini pula antara filem yang aku tonton di pawagam :-)

Horror dan lawak. Dan horor semula.

Speed versi KTMB, ermm boleh jadi juga versi Thomas & Friends atau Chuggington. 

 Suka tengok dan sangat minat dengan HR tapi jalan ceritanya perlahan ya ampun. But still, aku nak tunggu Part II nya pula.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)