21 November, 2010

Kura-kura demam lagi

Esok, lusa, tulat adalah hari pecah kepala. Esok mid-sem paper Komunikasi, lusa kuiz paper System Analysis (bebudak course aku panggil subjek SADAM, singkatan untuk System Analysis & Design tapi aku pulak ingat SADAM ni nama budak baru..huhu! Sangat ketinggalan keretapi) & tulat mid-sem paper Java (killer subject bagi orang yang HEBAT programming macam aku, 'hebat' sangat sampai aku bold & italickan perkataan HEBAT itu..keh keh keh!) Ketaq pala lutut dah ni. Ketaq ja lebih, tapi study tak mula-mula lagi..apa nak jadi la hang ni Nina oi. Dulu zaman sekolah, boleh la nak dengar mak ayah berleter suruh belajar, tapi sekarang kena leterkan diri sendiri la. En. F takda kisah, 'berbulu' je aku tengok dia semedang conquer lappy main game tak kira siang malam, huhu.

Tahun ini kami beraya haji di Kuantan. Dah bertahun tak beraya kat sana. Ini pun sebab mak aku & si kinting ada kat sana so merasa lah beraya di Kuantan setelah sekian lama. Disebabkan kami balik petang raya (Selasa malam Rabu) jadi hadap aje lah jammed dari KL - Bentong. En.F dah berbunyi-bunyi kaki dia sakit dok tekan clucth aje, so aku picit-picit la sikit pastu bagi dia mengudap tak berhenti dengan harapan dia tak dok pikir tang kaki dia yang lenguh tu. Kang buatnya dia mogok, mau aku kena ambil alih tugas sang pilot. Dah la aku ni jenis emo terlebih bila jalan jammed, kang ada tertanggal stereng kereta tu kang..tu belum masuk kaki aku kena sentak mengkarung..so dari keadaan menjadi bertambah haru-biru ada baiknya aku buat En.F bertahan sebagai pilot. Kami bertolak jam 9 malam & sampai Kuantan jam 3 pagi. Sampai-sampai si kinting terkulat-kulat bangun, ingatkan dia nak terpa kat ibu & babah dia tapi haram. Hahah. Dia control ayu. Terus capai mainan. Agak-agak enjin dah panas, baru la datang mengendeng kat aku. Alahai anak ibu.

 Pose di pagi Aidiladha. Inilah hasil gambar blur yang disharpkan. Ate tangan photographer yang ngambiknya, patut lawo ler..huh, idok maknanyer :P Adik aku ketor badan sebab tak sarapan lagi kot.

Aton, Yaya & A'anim. Aton adalah sepupu Yaya. Nama sebenarnya Danish tapi dipanggil Aton sebagai singkatan untuk Kartun. Abang dia yang start gelar dia macam tu sebab masa dia kekecik, dia comel macam kartun. Huh? Apakah? Sabor je la. Tapi dia memang comel..suara pun comel..tambah-tambah bila dia kecek Ganu & makan ketupat daun palas goreng..sooo Ganu kiter :))
Kami pulang ke Putrajaya pagi Jumaat. Pagi yang dah masuk tengahari. Pukul 11. Itupun sampai KL pukul 4, jammed di Genting Sempah. Ingat tak kereta yang kemalangan sampai masuk gaung tu? Sampai ke siang dorang usaha nak naikkan kereta tu. Divider sikit tak jejas. Memang takkan sangka ada kemalangan dah berlaku. Suppose to be lepas hantar mak aku, cik su (mak sedara Yaya) & Yaya ke Kajang, kami sambung perjalanan ke Taiping. Tapi macam 50-50. Then MIL aku inform kat En.F depa nak turun sini lepas habis kenduri kesyukuran kat rumah baru my SIL. Depa nak shopping barang kahwin for my another SIL. Rupanya ada triple celebration kat sana. Majlis merisik + bertunang + kenduri kesyukuran. Congrates Junn (untuk rumah baru) & Ita (untuk pertunangan kamu)!

Nasi goreng kampung + keropok + ready made sardine roll untuk sarapan

Kailan ikan masin
 Cencaru bakar + air asam
 Veggie fish ball soup untuk si kinting

Oh ye, cerita punya cerita baru aku perasan tajuk entry takde kena mengena. Hepp, sebenarnya ada. Dari hari kedua kat Kuantan aku dah demam + selsema. En. F lagilah, dari hari pertama dah soh-seh-soh-seh. Alergik habuk katanya. Yolah, balik rumah tinggal..tidur pulak kat bilik tingkat atas yang tak berjaga. Memang jenuh la aku bersihkan habuk-habuk tu semua. Tup-tup dengan aku-aku sekali soh-seh-soh-seh, plus badan panas & kepala berat. Ni dah togok 100 plus & air cap badak, oklah sikit rasanya. Aku siap tenyeh kunyit kat hidung konon nak kurangkan selsema. Huhu, ubat takde. Nak pergi klinik, malas..so itulah ikhtiarnya.
Apapun, hari ini nak spend masa puas-puas dengan si kinting. Esok dia dah nak follow nenek dia balik Kuantan semula. Kangenlah daku.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)