26 December, 2010

Pendiam

 Picture googled

Ini sikap aku sejak azali. Kemungkinan besar ianya diwarisi dari gen Pakcik Harun. Beliau memang seorang yang tak banyak bercakap, contohnyalah kalau ada tetamu datang bertandang ke rumah..Makcik Juli lah yang conquer the conversations, Pakcik Harun banyak senyum aje. Tapi itulah, pendiam-pendiam beliau pun..sekali bila beliau dah bercakap, jenuh juga nak layan..kalau beliau dah membebel lagilah jenuh nak tadah telinga. Bisa lagi membinasakan oi. Bernanah telinga. Terasa bengap sekejap. Heheh.

Dulu aku kecewa juga dengan perwarisan sikap ini. Kecewa kerana orang selalu akan anggap orang yang pendiam itu membosankan. Orang yang pendiam itu sombong. Orang yang pendiam itu kurang bijak. Orang yang pendiam itu kera sumbang. Orang yang pendiam itu lack of confidence. Yada..yada...yada..Eii, rasa sangat 'loser' walaupun aku rasa aku seorang yang 'fun' (tak kenal maka tak chenta :P), aku tak sombong as long orang tak menyombong dengan aku..kalau pun mulut ni tak reti nak bertegur sapa sekurang-kurangnya aku masih melemparkan senyuman semanis mungkin, aku bukan bodoh walaupun bukan extravaganza bijak, aku juga bukan kera sumbang kerana aku suka & mahu berkawan dan aku juga sentiasa membina keyakinan diri cuma tidak suka hendak tunjuk bagus macam yakin sangat. Tetapi selalunya begitulah persepsi manusia. Yang hitam selalu membayangi putih. Yang buruk selalu nampak lebih ketara. Walaubagaimanapun, kekecewaan sebegitu tidak harus dilayan..kerana ianya seolah-olah menyesali kurniaan Ilahi bukan? Jadinya, haruslah si pendiam menoleh kepada sisi positif yang ada.

Bagi akulah, si pendiam itu selalunya datang dengan pakej-pakej seperti:

i) Pendengar yang baik
Mereka adalah tempat meluahkan perasaan terbaik. Apabila mulut tidak bekerja, deria pendengaran akan menjadi berkuasa. Cumanya agak-agak lah nak meluahkan perasaan pun..takkan nak biar kami tadah dengar sampai cair tahi telinga. Kih kih kih.

ii) Penyimpan rahsia
Insya Allah, risiko untuk rahsia seseorang terbongkar di mulut si pendiam adalah rendah berbanding di mulut tempayan. Apapun sesuatu rahsia hanya layak di simpan oleh orang yang kita percaya. *winks*

iii) Pemerhati PBB
Selalunya orang pendiam lebih suka memerhatikan sifat dan gelagat orang lain. Sebarang penafsiran / analisa yang dibuat berdasarkan pemerhatian tersebut adalah untuk panduan peribadi. Apapun, jangan silap perhati sudah lah. Ada sesetengah orang tu tak boleh orang tengok sikit, terus sentap..dia ingat kita ni ada niat jahat or tak puas hati dengan dia. Bluerghhh!

iv) Tak kacau orang
Disebabkan suka buat hal sendiri, makanya takde lah si pendiam sibuk hendak jaga tepi kain orang. Tapi bagi aku lah,  even tak suka kacau orang or jaga tepi kain orang..tetap kena alert dengan keadaan sekeliling supaya kita tak jadi mangsa gangguan hidup oleh manusia lain pulak.

Lagi satu kan,bila difikir-fikir..selain perwarisan genetik dari ayah sendiri, sikap pendiam aku ini juga mungkin berkait rapat dengan rahsia bulan kelahiran yang Dato' Dr.Fadzilah Kamsah buat tu. Huhuh!

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur.Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap.  Sangat sensitif yang tidak diketahui. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Seorang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik.Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik

Apapun, kita harus sedar bahawasanya setiap manusia itu diciptakan dengan sifat-sifat yang tertentu. Sifat-sifat yang berlainan di antara satu sama lain menjadikan kita seorang insan yang unik dan tersendiri :-)

1 comment:

care to drop a comment? thanx! ;-)