26 January, 2010

Borborygmus

Lapar. Lapar. Lapar. Lapar kuasa delapan. Tak sabar nak lunch. Dah terbayang lauk-pauk best kat cafe KBS. Inilah akibatnya bila tak sarapan. Dah banyak hari lah jugak aku tak makan sarapan. Bukan tak mahu, tapi tak sempat, tapi malas. Malas nak menapau atau prepare breakfast. Isk..isk..tak bagus kan camtu? Bukan cara hidup sihat kan begitu? Stok instant cereal 3-in-1 dah berzaman habis. Kena top-up balik nih. Nak kena tunggu lagi sejam baru boleh pegi tapau & MAKAN. Perut ini dah berborborygmus tahap tantaroemon dah ni. +__+

Sekian sudah entri ciput dari insan yang kebulur.

Nota kaki : Borborygmus (plural borborygmi) also know as stomach growling, or rumbling, is the rumbling sound produced by the movement of gas through the intestines of human/animals.

23 January, 2010

Halos N Horns

Pernahkan aku cerita yang si kinting mempunyai kulit nan sensitif? Mujur sahaja dia belum terjebak dengan gejala eczema yang serius. Tetapi kulit dia memang senang nak jadi gatal-gatal dan naik ruam. Memang kena jaga dari segi makan/minum/pakai semua. Ini termasuklah juga untuk penjagaan kulit, but most of those products are quite expensive aite?

Anyway, aku telah terjumpa dengan satu skincare product for babies & kids yang menarik tau. Ever heard of Halos n Horns? Masa jumpa tu aku macam peliklah sebab tak pernah langsung dengar nama produk ni. Tapi aku tertarik dengan packagingnya yang cute itu. Plus harganya adalah RM5.99, beli satu percuma satu. Hoh, macam tak caya aje aku dengan harganya. 3,4 kali aku belek untuk menghilangkan rasa tidak percaya itu. Musykil juga kenapa harganya murah sangat. Barang reject ke? Atau barang tak laku? Atau juga barang yang dah nak expired? Huh..waktu tu memang terserlah akan sikap skeptikal aku.  Tapi dalam berskeptikal-skeptikal begitu pun, aku sambar juga...heheh. Yelah, dah katanya produk ini sesuai untuk bayi/kekanak yang mempunyai masalah kulit sensitif dan eczema. Didakwa bersifat dermapaedic & hypoallergenic jadinya tak salahlah kalau nak cuba dulu kan? Well...inilah produk yang aku maksudkan.



Read more about this product HERE

Memula, aku cuba guna bendalah ni pada diri sendiri dulu. Test cuci tangan dan muka guna baby bath tu. And the result is my skin doesn't felt dried or itchy. Good. Bila aku bagi si kinting pakai, aku tengok si kinting pun dah kurang menggaru. If this product really works for si kinting, i definitely getting another product from this label again.

Oh ye, produk ini boleh didapati di Giant & Cold Storage. Kat tempat lain, aku tak tau. Kalau korang tahu, sila lah kongsi-kongsi ye. Sharing is sexy tau! TIA.

22 January, 2010

Dari zoo aku ke Kedah, Perlis dan merindu

"Let's go to the zoo
There's a lots of things to do
And the food there is finger licking good
There's elephants, monkeys...lalalalala"
(kalau ada yang ingat lagu ni, silalah sambung sendiri)

Lama dah tak dengar jingle nih. Dulu-dulu  famouslah sebab jadi iklan kesukaan kanak-kanak  seMalaysia. Rasa macam best aje makan ayam goreng sambil tengok harimau, gajah, zirafah semua. Tapi aku tak merasa pun cenggitu. Feeling-feeling sendiri aje. Last weekend, Pakcik Harun bawak cucu-cucunya jenjalan ke Zoo Negara. Kiranya itu kali ke-2 aku jejakkan kaki ke sana. 1st time adalah waktu aku kekecik. Dulu-dulu Pakcik Harun selalu bawak kami adik-beradik pergi tengok binatang kat Taman Teruntum aje.

Kami sampai ke sana lebih kurang pukul 11 am. Si kinting dah tak menyempat-nyempat nak masuk. Puas jugak la nak pujuk dia suruh tunggu atuk dia belikan tiket dulu. Kami tawaf satu zoo jalan kaki aje. Jenuhlah Pakcik Harun mendukung anak aku sebab si kinting tu enggan berjalan. Bebudak cenggitu lah. Masa baru dapat kaki, kemain lagi nak berjalan. Bila dah boleh berjalan, nak berdukung pulak. Bukannya ringan. Dekat 15kg anak aku tu. Bermandi peluh la Pakcik Harun hari tu. Dah tu, si kinting nak atuknya aje yang dukung dia. Orang lain dia tak berkenan. Huh..demand. Demand.

Waktu kami lalu depan kandang kambing, anak aku ni buat mimik muka cam busuk sambil kibas-kibas tangan kat hidung. Student praktikal yang tengah handle kambing tu tergelak tengok gelagat dia. Lepas tu, kami tengok badak air pulak. Bila dia tengok badak tu berendam anak-beranak kat dalam kolam, dia request nak mandi pulak. Siap nak bukak baju sambil cakap " Nak andi..nak andi".   Masa tengok flamingo pun macam tu. Kiranya pantang tengok tempat ada airlah, sibuk request nak mandi. Gamaknya dia ingat kami ni bawak dia ke waterpark kot. Tapi bila aku bawak dia salin baju & pampers kat tandas, takde pulak dia heboh nak mandi. Ye le kan, mandi pakai air paip..kat rumah pun boleh. Lepas tu, sibuk nak main tangga sekangkang kera kat situ. Atuk dia la rajin benor melayan si cucu  turun naik tangga. Tangga kat umah takde pulak dia heran nak turun naik. Elok juga cenggitu, takde le aku laki bini risau dia main tangga. Well, tu ajelah benda-benda yang menarik minat si kinting waktu kat zoo. Dia takdelah excited sangat tengok binatang-binatang tu semua.  Dia minat tengok burung je. Tapi dia tak sebut burung atau bird tapi ayam. Burung enggang dia panggil ayam. Burung kakak tua dia panggil ayam. Burung merak pun dia panggil ayam. Yelah nak oi, banyaklah kamu punya ayam. Time kat sana, anak aku lagi beria nak makan.  Tak berhenti la dia mengunyah. Makan itu, minum ini. Mujur Makcik Juli siapkan bekal. Sampai adik aku cakap, "Anak engkau ni elok masuk rancangan jalan-jalan cari makan je". Hahaha..tu la pasal. Okey la tu dari dia jalan-jalan cari pasal.

Sebelum balik, sempat la kitaorang tengok animal show. Makcik Juli la yang beria benar nak tengok. Huhu. Katanya alang-alang dah datang, tengok je la.  Sebenarnya memasing memang dah penat berjalan, aku pun dah fikir nak balik je sebab nak ngemas untuk outstation ke Kedah & Perlis keesokkan harinya. Tapi sebab trip to the zoo adalah ditaja oleh Pakcik Harun, maka aku ikutkan sajalah. Pakcik Harun pulak ikutkan saja request isterinya sebab bukan selalu dia bawak mak aku tu jenjalan. Heheh. Lebih kurang pukul 4.30 petang barulah kami beredar dari situ. Time ni si kinting dah pengsan, melopong tido. Maka jadi sebab la untuk Makcik Juli & Pakcik Harun suggest aku tinggalkan terus si kinting kat Kajang since esoknya aku dah nak outstation. Aku follow saja sebab memikirkan tak mahu terkocoh-kocoh dari Putrajaya nak ke Kajang then patah balik ke Putrajaya semula.

So si kinting bermalamlah kat Kajang sampai hari Rabu. Actually hari Rabu malam aku dah balik sini.  Kalau ikutkan hati memang nak ambil terus si kinting. Tapi dalam pada tu, berkira-kira juga..takut Tasnim tak mahu ikut balik, al-maklum la 3,4 hari dah dia tidur ngan nenek/atuknya. Karang kalau budak kecik tu menangis takmo balik, confirm la atuk/neneknya susah nak lepas. Aku le pulak nanti rasa tak best time dorang usha aku paksa anak sendiri balik. Hahaha. So tahan rindu dalam hati ajelah dulu. Bagi chance kat nenek/atuknya spare time lagi ngan si kinting. Mujurlah semalam, time aku amik dia and ajak balik, dia OK. Waktu aku masuk tu memula dia buat tak tau jugak, tapi bila dia dah noticed, dia jerit la.."Ibu.....ibu..." sambil lari & depangkan tangan. Nak nangis pulak aku time tu. Tapi elok jek lagi setapak dia nak sampai kat aku, dia corner tempat lain. Hahahaha. Auta sungguh la si kinting ni. Pandai kamu nyakat ibu ye. Apapun, rinduku padamu terlerai sudah.

Gambar adalah tiada kerana aku malas bawak kamera. Tumpang bergambar guna kamera adik je. Minah tu pulak tak upload lagi masuk FB. Tak dapat la nak mencilok sekeping dua.

16 January, 2010

Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)

Dengan ini, saya nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog beliau.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya.

More about this lucky draw:
  • Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.

  • Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja
  • Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna beliau akan buat cabutan.

  • Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

  • First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

  • Keputusan adalah muktamad kaedahnya.

Serupa tapi tak sama

Pernah tak engkau orang mengenakan pakaian yang sama dengan orang lain? Pulak tu bertembung bertentang mata dan masing-masing terpaku melihat satu sama lain hingga dalam hati berdetik, "Eh, engkau pakai baju sama macam aku! Demm!". Lantas rasa malu hingga rasa tak mahu bergerak kemana-mana atau cepat-cepat blah pergi jauh-jauh supaya tidak diperasan orang yang engkau orang ada geng boria atau cepat-cepat usaha untuk bertukar kepada pakaian yang lain atau engkau korang buat 'derk' saja dengan getusan "Lantaklah nak serupa pun, like ada aku kesah?!!". (Berapa kali atau daaa!)

Dalam pada beberapa kejadian serupa tapi tak sama ini, adalah satu insiden di mana aku menerima pandangan sinis oleh sekumpulan perempuan. Aku sedang bergegas nak kejarkan punch card, maka tidak pandang orang lalu lalang kiri kanan, atas bawah. Tapi kita kan seolah akan terperasan kalau ada orang pandang kita, jadi bila aku mendongak ke tingkat atas, terlihatlah beberapa kepala terjenguk-jenguk memandang aku. Aku tak kenal diaorang. Kenapa diaorang pandang aku cenggitu? Kemudian, barulah aku perasan salah seorang dari mereka memakai baju yang coraknya sama seperti aku. Tapi dengan kombinasi warna yang berlainan. Tapi aku tak nampak keseluruhan baju itu. Adakah baju kurung moden seperti baju aku? Adakah berlengan puff seperti baju aku? When i noticed that, i feel nothing. Sebab aku tak dapat gambaran yang jelas, kami pun bukan bertembung mata ke mata. Ntah serupa, ntahkan idak. Mungkin hanya kerana corak baju yang sama, jadi mereka pandanglah aku sebegitu. Tapi kenapa mesti pandang sinis begitu. Macam nak ajak gaduh pun iyer. Nak cakap aku tiru kau ker? Nak kata aku berdosa sebab terpakai baju yang patternnya sama macam engkau ker? Cilabi lah kalau engkau orang pikir cenggitu. Erk, aku pun tak tau cilabi tu apa, main taip ikut sedap jari aje. Bagi aku as long kami tak berada dalam kumpulan/tempat yang sama atau kalau setakat serupa tang corak tapi bukan sebiji sebutat..takde masalahnya. Adatlah dah beli baju pasang siap, itulah risikonya. Aku risau juga kalau diaorang yang terlebih segan & malu. Tapi benda begini orang tak sebut sampai mati, so why worry?

10 January, 2010

Cerita-cerita sengal dolu-dolu I

PERINGATAN : INI ENTRY SUPER-DUPER PANJANG. READ AT UR OWN RISK. :P

Cerita 1
Masa tu aku darjah 6. Mungkin kerana tabiat aku yang suka basuh muka ketika panas, so adalah satu hari tu aku detect beberapa tompokan kecil yang lebih cerah dari kulit aku. Without bertanyakan pendapat siapa-siapa, aku putuskan itu adalah tompokan panau. Ntah ye ntah idak. Maka aku pun tanpa berlengah, terus cari ubat panau salap cap Gajah kat bilik parent aku. Aku selalu tengok Makcik Juli sapu ubat tu kat belakang badan Pakcik Harun. So aku pasti sangatlah aku tak salah amik ubat. Tanpa was-was, aku pun sapu la ubat tu ke muka. Sambil sapu sambil berangan tompokan tu semua akan hilang dengan sekelip mata. Sentap hokey bila tengok tompokan-tompokan tak diingini itu. Mesti la sentap sebab baru je beberapa hari sebelum tu anak kawan mak aku dakwa aku lawa. Ahkak pon perahsantan lah sudah. Memang aku tak tau yang aku akan menerima padah. Memang padah. Elok jek lepas ubat tu kering, aku dapati tompokan-tompokan tu bertukar warna. Jadi macam melepuh-lepuh. Dah macam kena minyak panas pun iyer. Menjerit Makcik Juli tengok muka aku. Aku pulak dah bertempik & merintih tengok muka sendirik. Horror okeh. Terus terpikir lepas ni gelap la masa depan aku. Macam mana aku nak hidup dengan muka cenggini. Ntah aper-aper jek. Lepas tu pikir pulak, konpom nanti ada budak bermulut puaka panggil aku si Tompok. Huwaaaaarghh-huwaaaarghh. Benci. Benci. Makcik Juli pun tanyalah bendalah apa yang aku pakai sampai muka aku boleh jadi cenggitu. Aku pon citer la. Makcik Juli cakap ubat panau salap tu orang tak pakai tebal-tebal, orang pakai nipis-nipis jek. Padanlah aku tengok belakang badan Pakcik Harun elok jek even dah pakai ubat tu. Aku pulak in the other hand, pakai ubat tu macam pakai krim pelembab, hah..padanlah dengan muka sendirik! Huih..makan bulan jugak la kulit muka aku nak sekata balik oi. Trauma kejaps woo. Apapun, terima kasih kepada krim kecantikan Avon. Aku dah lupa namanya tapi yang aku ingat botol krim yang dimaksudkan adalah berkaler hijau muda.

Cerita 2
Aku ni dulu minah rempit. Huhu. Eh bukan. Bukanlah penah merempit pun cuma aku bajet cenggitu le sebab dulu kalo nak kemana-mana (kat area perumahan aku la..) aku tak layan naik beskal..mesti lenjan kapcai Pakcik Harun (ye la time tu aku dah masuk Form 1 kan, aper barang layan beskal, konon). So ada satu hari tu, malam la..aku ke kedai tunggang motor. Aku tak pasan petrol dah tinggal nyawa-nyawa ikan. So masa nak balik tu, motor Pakcik Harun tak boleh start. Aku bajet petrol abis je. Bila bukak tank..tu dia kering-sekering-keringnya. Automatik dalam kepala otak terus kira-kira kebarangkalian skru lulut nak longgar/tercabut kalau nak tolak motor sampai umah. So aku pun decide nak beli petrol. Tapi aku tak pasti macam mana la aku boleh terbayangkan tin minyak pelincir tu adalah minyak petrol. Mungkin aku panik kot. Panik dalam cool sampai konpius antara minyak petrol ngan minyak motor. Yer la, tak pernah lagi hayat aku time tu isi minyak petrol. Dan aku tak tau kalo nak isi petrol kena pegi stesen minyak. Memang aku ni dah macam katak bawah tempurung Les Copaque. Then menonong aje aku cari bengkel motor nak pegi beli minyak yang dimaksudkan. Aku jalan kaki je. Motor aku parking kat tepi kedai. Sampai bengkel, muka konfiden je cakap nak beli minyak motor. So cina bengkel tu angkat la minyak motor cap aper ntah, bagi kat aku. Aku pun pegi dapatkan motor bapak aku tu dan isi minyak puaka tu dalam tank. Penuhlah suku tank kapcai bapak tu ngan minyak pelincir tu. Terus start motor, berjaya! Aku ingatkan masalah dah selesai, tapi tak sampai 500m, tetiba enjin mati. Aku start-start tak jalan. Last-last, aku terpaksa akur untuk menolak motor aku sampai ke rumah. Sampai je rumah, Pakcik Harun pelik sebab aku menolak motor instead of menunggang motor. Huhu. Aku pun bagitau la masalahnya. Elok jek aku abiskan penceritaan aku, Pakcik Harun terus meluru bukak tank minyak. Mengamuk sakan dia. Malam tu aku kenyang la makan maki Pakcik Harun. Dia kata tak buat dek orang pakai minyak pelincir nak gerakkan motor. Jahanam la motor. Masa tu aku rasa macam aku ni pakai otak monyet pulak. Jadi bodo piang. Tonggong. Sesia jadi book smart di sekolah. Menyesal pun tak guna. Malam tu jugak Pakcik Harun paksa aku kuarkan minyak tu dari tank. Terkial-kial la aku memikirkan cara nak kuarkan minyak tu. Nak ceduk, mulut tank kecik aje. So aku pakai getah paip. Cuba kuarkan minyak macam kita kuarkan air untuk cuci akuarium tu. Dah kena sergah ngan Pakcik Harun. Aku tak pasti la dia atau adik aku yang tunjukkan cara nak kuarkan minyak dengan betul. Tapi dari situ la aku tau rupa karburator, kat mana letak enjin motor semer. Huh, kenangan paling tak best untuk dikenang. Kenapa la certain-certain part je dari insiden ni yang dipadam dari memori aku. Kan elok padam semua. Erk..kang ilang ingatan terus baru padan muka aku. Takmo-takmo.

Cerita 3
Ni pulak cerita masa Form 2. Aku ni quite skima time menengah rendah dulu. Kalau pergi sekolah, habis semua tok nenek buku aku angkut. Baik dari buku teks, buku latih-tubi, buku nota, buku latihan, buku amali bla..bla. Pendek kata walaupun ikut jadual tapi contohnya kalo ada subject BM, kan BM tu ada time belajar tatabahasa, ada time buat karangan, ada time buat latihan..hah semua buku yang berkenaan untuk subjek tu aku bawak + buku teks. Tak reti la aku nak tinggal-tinggal buku bawah meja ker, dalam almari kelas ker. Tak cukup yang bergalas, siap aku pegang kat tangan lagi ikat guna pengikat buku yang fancy-fancy tu. Mujur aku tak terpikir nak pakai beg sekolah SWAN yang boleh tarik tu. Mampos jadi bahan gelak kengkawan kang. Bila dah bawak buku berbondong-bondong cenggitu, kalau naik bas sekolah adalah lebih mudah dari naik bas biasa. Tapi sebab ada masa aku kena tinggal dek bas sekolah, terpaksa lah aku naik bas Cityliner yang amatlah popular untuk Kuantan's citizens satu ketika dulu. Aku kena amik 2 bas untuk sampai ke sekolah aku. Dari umah, aku akan turun kat bus stand pokok buluh untuk amik bas seterusnya. Kat situ memang kena berebut la nak naik sebab kalau bas dah berhenti amik penumpang kat area pasar, bila sampai kat bus stand pokok buluh..kami kena berhimpit-himpit la. Satu hari tu aku naik bas yang seat dia takde pemegang, seat macam bas ekpress tu ler. So susah la aku nak cari tempat nak berpaut bila dah reramai cam ikan sardin. Sekali sampai kat satu selekoh, driver bas tu bagi corner baring. Ampes. Nampak macam buruk tapi meng'enot' tak hinggat, tak kadar kediri betollah bas ni. Terkial-kial aku nak balancekan diri dan akhirnya aku kecundang kerana beg galas aku telah meng'unbalanced'kan aku. Maka aku pon telah menghempap 3 orang brader belakang aku dengan jayanya. Terdiam mamat 3 ekor tu kena hempap. Senak perut kot. Tadi punyalah rancak dorang bersembang. Disebabkan aku jatuh atas badan-badan orang, so takde la injured apa-apa..heheh. Siap boleh tertimbal berdiri tegak balik. Tapi serius malu la weh. Huduh ar style aku jatuh. Tangan siap mendepang. Badan remaja tengah membesar cam aku pulak adalah tengah 'sedap-sedap' time tu. Hazab la mamat 3 orang tu jadi mangsa. Mujurlah dorang takde nak hangin atau bengang-bengang kat aku. Maybe sebab dorang tak sampai ati tengok aku buat muka sepuluh sen. Aku dah tak pandang orang dah lepas tu. Pandang tangga jek dengan harapan cepat la aku sampai sekolah supaya aku boleh cecepat turun nanti dan terus jalan laju-laju.

Cerita 4
Kisah jatuh lagi. Tapi ini kejadian waktu form 4. Hang-out dengan kengkawan kamceng aku waktu menengah rendah dulu sebab some of them dah bertukar sekolah yang lagi best. Lokasi hang-out adalah di Kuantan Plaza. Masa tu Berjaya Megamall takde lagi. Kuantan Parade pulak takde McD. So masa balik, kami ramai-ramai la menuruni tangga depan pintu masuk Kuantan Plaza tu. Bajet best la kan sebab bila gegirls hang-out in town mestilah menjadi perhatian. Muahaha. Aku tumpang perhatian orang kat kengkawan aku je sebab aku gumuks time tu. Tangga kat situ a lil bit steep & licin. Ntah macam mana, aku boleh tergelincir dan jatuh terduduk kat situ. Kengkawan aku semua tergamam tengok aku jatuh berdebuk cam nangka busuk. Mesti dorang malu dapat kawan jalan tak semenggah cam aku. Memang jadi tontonan orang ramai la time tu. Tapi sebab aku dah penah jatuh depan khalayak sebelum ni, aku dah boleh control situation. Aku malu kejaps jek. Pastu aku jalan macam biasa, join kengkawan aku singgah kedai buku & beli magazine bola apa ntah, which was player Tottenham Hotspur yang handsome - Ginola jadi cover.

Time tu aku dah terpikir, buat apa aku nak malu-malu ke diri. Bukannya aku buat benda tak senonoh depan orang. Dah aku ditakdirkan nak terjatuh. Bukan aku saja-saja buat drama nak guling-guling jatuh. Kira macam bukan aku mintak semua tu nak jadi lah kan? So why bother. Hahah. Statement inilah yang menjadi penyedap hati bila aku experience perkara-perkara yang sengal lepas-lepas tu.

Cerita 5
Aku tak pasti sesuai atau tidak aku mengkategorikan insiden ini sebagai cerita sengal-sengalan atau tidak. Yang pasti ia adalah peristiwa berdarah yang memalukan. Huh. Engkau orang bisa tebak tak apa maksud aku? Yang perempuan-perempuan mesti boleh pick-up. Boleh faham. Kalau tak faham, tak koser lah aku nak bagi kefahaman. Lantak situ. Back to the story, waktu ni aku adalah form 1. Dan aku baru sahaja menempuh alam kedewasaan. Baru nak membiasakan diri dengan keadaan cenggitu. Aku tak pasti sebab apa Pakcik Harun hantar aku ke sekolah time tu. Nak pergi daftar sekolah kot. Kami pegi naik motor. Hari tu memang aku rasa tak selesa tapi aku takde lah terpikir akan kemungkinan sebegitu. So bila semua urusan yang berkaitan dah settle, aku berdoa semoga cepat lah aku sampai umah. Dah le aku sakit perut. Time tu aku tak tau sakit perut ketika itu adalah senggugut. So Pakcik Harun ni tunggu la aku depan dewan, bertentangan dengan blok Tingkatan Atas yang menempatkan pelajar-pelajar Form 4 & Form 5. Masa aku nak naik motor tu, aku pasan brader-brader kat tingkat paling atas berkerumun kat tingkap, semua pakat dok tengok aku. Aku konpom dorang tengok aku sebab aku ngan bapak aku je hamba Allah yang ada kat situ. Takkanlah dorang nak teruja tengok motor kapcai Pakcik Harun..bukannya motor tu boleh terbang ke apa pon . Takkanlah juga dorang terkesima dengan ke'gorgeous'an aku yang muka bertampuk-tampuk nih (rujuk cerita 1). Buta ker kero haper dorang nih, getus hati aku. Tapi aku menemukan jawapannya tatkala aku menoleh ke belakang sebab nak naikkan baju kurung aku. Rupanya diaorang jakun tengok beberapa tompokan merah yang sangatlah menyerlah kat bahagian belakang baju aku. Berderau darah aku. Erk. Tetiba muka aku terasa kebas. Aku rasa macam nak meraung kat situ jugak. Kulit muka automatik jadi tebal macam kulit hippotatamus. Maluuuuuuuuuuuuu. Mujur la elok jek bontot aku terletak kat seat, Pakcik Harun laju je tinggalkan perkarangan sekolah. Memang aku tak pandang belakang dah. Elok je beberapa km lagi nak sampai umah, Pakcik Harun mitak aku tolong masukkan surat dalam peti pos pulak. Hoh, disaster. Dengan berat hati aku pun turun dari motor cabuk Pakcik Harun menghala ke peti pos. Terkesot-kesot aku berjalan sambil nak meng'cover' corak-corak tak simetri kat belakang aku tu. Hazabnyer Allah saja yang tahu. Aku ni kan pemalu, so memang takde hati la nak bagitau ke Pakcik Harun akan tragedi yang menimpa aku tu. Naik motor pun aku segan nak pegang pinggang bapak aku, sebab aku lagik rela pegang palang besi tempat duduk belakang sampai nak tercabut dah palang tu inikan pulak nak berkongsi masalah kewanitaan. Uhuks. Lepas tu, bapak aku ajak singgah minum kat kedai kopi. Bertambah serabut hati perut aku. Aku tak tau la kalau pelanggan-pelanggan kat gerai tu ada perasan pape, sebab aku takde hati nak pandang siapa-siapa. Pandang air milo yang aku order tu jek. Tu pun aku tak habis minum, rasa macam minum cuka jek. Tak lalu. Sesudah membasahi tekak, barulah kami bebetol balik. Sesampai aje kat rumah, aku meluru masuk bilik. Tukar baju, bersihkan semua then tido. Bajet nak lupakan tragedi yang memalukan tu dengan tido lah konon. Makcik Juli pun pelik tengok aku berkurung je dalam bilik hari tu so dia ada cuba risik-risik dari Pakcik Harun. Selamba aje Pakcik Harun jawab, dia BOCOR. Hoh. Dah tau aku BOCOR lagi ajak singgah kedai kopi kenapa? Bengkek betol aku. Haha. Dah la malu semalu-malunya. Mujurlah blok kelas aku located jauh dari blok Tingakatan Atas, so tak yah la aku sorok-sorok muka nak datang sekolah nanti. Bagi masyarakat kita, kalo seseorang perempuan itu keBOCORan, itu tandanya dia pengotor, tak pandai jaga diri..so ia jadi isu yang TABU lagi meMALUkan (kononnya) Aku rasa seolah menconteng arang di muka sendirik.

08 January, 2010

Cintailah cinta

Takde aper pon sebenarnya. Just nak share lagu yang jadi halwa telinga aku hari ini. Dah lama sangat tak layan lagu nih. Terasa di awang-awangan tatkala mendengarkannya.
Kasidah Cinta - Dewa.

Ku jatuh cinta kepadamu
Saat pertama bertemu
Salahkah ... aku terlalu mencintai...

Dirimu ... yang tak mungkin
Mencintai aku ...

Oh... Tuhan tolong ...

Aku langsung jatuh cinta
Kepadamu ...
Cinta pada pandangan pertama ...

Cinta yang bisa merubah jalan
Hidupku jadi lebih ... berarti

Oh ... mungkin, hanya ... keajaiban Tuhan
Yang bisa... jadikan...Hambanya yang cantik
Menjadi... milikku ...

Aku bukanlah ... laki-laki ...
Yang mudah jatuh hatinya
Lelaki yang sukakan lagu cenggini aku klasifikasikan mereka sebagai arjuna nan puitis lagi romantis. So kalau aku yang suka lagu cenggini, engkau orang fahamlah kan aku ini puitis lagi romantis jugeks..ahaks!

06 January, 2010

Sentap!!

Aku sentap amat bila ada orang kata aku tak pandai jaga anak. Sebabnyer anak aku buat peel merengek,melalak dan mengadu "akit..akit" sambil menggaru seluruh badan. Kat badan si kecik ni, sana sini ada ruam. Muka dia pon dah comot berbiji ruam. Paling kronik kat leher, montot ngan peha. Kesian. Semalam memang ada ruam-ruam kat badan dia tapi tebal,tak banyak, pagi tadi pun sama. Cuma petang ni pulak menjadi-jadi. Anak aku memang suka menggaru, dari ruam terus jadi luka, pastu kena pulak air..mesti lah pedih. Maunyer dia tak meragam cenggitu.
Tetiba aku kena sedas, macam aku yang saja biarkan badan anak aku jadi menggerutu. Waddahek! Bukan aku tak penah bawak pegi jumpa doktor, doktor sendiri dah sahkan anak aku ni jenis kulit sensitif. Memang losyen calamine, krim ruam & minyak gamat sentiasa ada. Lampin pakai buang seboleh-bolehnya dipastikan tak sampai lencun, penuh atau layut. Memang ada jugak time terbabas tapi aku seboleh-boleh cuba elakkan.

Bila anak aku buruk-buruk, sakit-sakit..sikit-sikit sabitkan aku..pemalas,tak pandai jaga anak, tak prihatin..yada..yada..yada! Habis kamu tu jaga anak kamu tahap 1st class sangat ker? Enuff is enuff. Makan boleh sebarang makan..cakap jangan sebarang cakap okeh!! Toleransi aku dah sampai hadnya. Aku tahu aku bukan ibu yang sabar sangat, bukan ibu yang mithali sangat, bukan ibu yang poyo nak mampus sampai anak tak boleh dikutik sikit, anak tak boleh menggaru badan sikit, anak tak boleh merengek sikit..terus aku gelepar tak tentu pasal. Ye, aku bukan ibu yang perfect tapi aku akan terus belajar & berusaha ke arah itu kerana aku kasih,cinta dan sayang amat pada permata hatiku. Kamu jangan ingat kamu sorang saja yang ada perasaan-perasaan itu. Kalau kamu ketepikan perasaan aku, aku tong-sampahkan kebaikan-kebaikan yang telah kamu taburkan pada aku tahu! Budi dibalas benci nanti. Erk..sudah..sudah! *Istigfar dalam hati*

Note: Hati dah sakit, kepala otak aku pun dah mula rasa sakit-sakit. Haih!

05 January, 2010

Steamboat Love Boat



Hakikatnya stimbot itu hanyalah dijamu di ruang makan beralaskan surat khabar. Misi menguji periuk stimbot hasil tebusan kupon Cosway adalah berbaloi. Puas hati kerana percubaan menyediakan stimbot mengikut citarasa tekak sendiri sudah berjaya direalisasi. Feeling-feeling ajelah makan stimbot sambil naik Love Boat. Wallah!

04 January, 2010

Goodbye 20's, Welcome 30's


Sudah hari ke-4 tahun baru. Syukran kepada-Nya kerana masih meminjamkan aku nyawa untuk meneruskan hidup. Masih bernafas. Masih bekerja. Masih terus cuba melunaskan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah termaktub untuk aku. Kalau cerita tentang tahun baru, haruslah dipadankan dengan cerita azam baru. Tapi itu sudah biasa. Klise. So, aku malas mahu cerita tentang itu. Standardlah kan azam seorang perempuan, isteri dan kulikutif. Mahu awet muda & jaga body (sekarang macam diabaikan), mahu jadi isteri ibu yang soleh & mithali (sifat mazmumah masih beraja dalam diri), mahu jadi pekerja cemerlang (masih belum memberi dengan banyak), dimurahkan rezeki, bla..bla..bla. Cis, terbagitahu pulak. *rolling eyes*

Sekarang aku bukan di ambang lagi, tapi memang sudah masuk era 30-an. Era kematangan. Matang la sangattt..bluekks! Sebenarnya susah nak ngaku yang aku bukan golongan twenties lagi. Tapi tetap kena tunggu tanggal 1 September nanti untuk official declaration menjadi golongan thirties. Huahuahua. Harap ahlil-ahlil WIT (Women in Thirties) jangan marah ye. Kerana kamu semua manis-manis..semua masih havoc-havoc dan happening. Makanya, apalah ada pada usia kan? kan? Nina, janganlah berkesal..lebihkan muhasabah diri. *tunduk sambil kuis-kuis jari kaki ke lantai*

HAPPY BELATED NEW YEAR 2010!!

Laskar Pelangi



Ada membaca tentang kemenangan filem ini sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-53. Ingatkan hanya ada lagu yang bertajuk Laskar Pelangi. Tidak tahu itu lagu tema filem ini. Tidak tahu filem ini di adaptasi dari novel best-seller di Indonesia, karya Andrea Hirata. Sungguh tak tahu semua itu. Waktu itu, terbit rasa ingin tahu akan kehebatan Laskar Pelangi yang dimaksudkan.

Pertama kali termenonton filem itu adalah di kaca TV (yolah kan, takkan termenonton dalam mimpi atau dalam mangkuk kaca Nujum Pak Belalang pulak, aperlah aku ni :P). Tak sangka ABO sudah menayangkannya (aku yang ketinggalan sebenarnya). Bagaikan pesanan hati telah di bawa angin lalu menyapa sang ASTRO. Hahah. Kali pertama tonton, filem itu sudah ditayang sekerat jalan. Adik ipar aku bagitahu kawan dia beria-ia usulkan dia tonton filem ini. Jadi kami layan. Menarik. Rasa tak puas hati sebab tak dapat tengok dari awal cerita. Jadi tertunggu-tunggu untuk siaran ulang-tayang. Kali kedua, hanya berjaya menonton selepas hampir setengah jam ditayangkan. Isk...tak puas hati lagi. Malam semalam barulah puas hati bila dapat tengok dari awal hingga akhir, walaupun harus bersengkang mata sampai jam 1 pagi. Aku dapat tidur sebelah Ikal lagi. Hahahahaha. Dan-dan tukar nama si kinting jadi Ikal. Kesian budak kecik domok itu jadi mangsa. Nanti ibu beli novel ini untuk bacaan kamu kelak ye nak. Supaya kamu dapat mensyukuri nikmat yang kamu miliki. Supaya kamu hargai ilmu dan bermotivasi untuk menjejakinya tanpa jemu dan yang paling penting semoga ilmu yang kamu perolehi bukan sekadar dinilai dengan kecemerlangan duniawi tetapi mampu mendidik hati. Seperti kata Pak Harfan, jadilah manusia yang memberi sebanyak-banyaknya bukan yang menerima sebanyak-banyaknya. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Secara peribadi, cerita ini sangat membekas di hati. Menyentuh rasa ihsani diri. Aku mengagumi semangat setiap seorang Laskar Pelangi. Mereka anak-anak dari keluarga miskin yang gigih menimba ilmu dan mengembangkan potensi diri. Mereka masih anak-anak tetapi terdewasa dengan keadaan mereka. Bicara dan telatah mereka lunak. Maka itu, aku masih boleh ketawa gelihati tiap kali sampai pada babak-babak yang mencuit hati. Suka juga dengar dialek Belitung yang digunakan. Lain dari bahasa Indonesia standard. Begitu gayanya cakap-cakap orang Sumatera ye? Tahniah untuk anggota produksi. Tahniah kerana anak-anak tempatan Belitung yang dipilih untuk membawakan watak-watak Laskar Pelangi, sangat menjadi dan menjiwai. Selain ini, aku tiada ulasan ala-ala tokoh seniman yang punya kewajaran dan ilmu untuk mengulas dan mengkritik filem-filem sebegini. Itu hanya pandangan naif aku yang tersentuh dengan paparan jujur survival warga Belitong khasnya Laskar Pelangi.

Siapa yang sudah tonton filem ini? Atau ada tak siapa-siapa yang sudah khatam novel terlaris itu? Apa kata kamu?