24 February, 2010

Soseh-soseh dari ceruk dapur : siri II


Mulut ni dah herot-perot menahan diri nak bersoseh-soseh. Ehem-ehems..mesti ada yang bajet aku ni kaki kepoh? Pendiam tapi kepoh. Begitukah? Ini tajuk entry saja lah. Kalau nak banding dengan watak Nabila dalam Na O Mei tu, jauh kepoh minah tu la. Kepoh kepochi. Rasa macam nak cili-cili. Emo pulak. Hahah. Sebenarnya jari-jemari aku ni yang dah kepoh, dah mengigil-gigil nak menaip kat blog. Bajet macam tanpa blog, pincanglah hidupku ini. Serius weh.

 
Tetiba je gambar megi goreng ni mencelah. Assalamualaikum. Ini sarapan pagi Sabtu yang lepas. Walau 8 ratus kali goreng ini megi, tada boley celen itu mamak stall Pandan Jaya punya juga. Tapi itu  adalah di tahun 2000. Poodahchait, lagi mau cakap ka?

Ditemani oleh hidangang kepok lekor Losong maghi. Minyok mercik abih kak dapor taing gorem kepok nih. Mujur la ambe dok amik tudung kukuh wak perisai. Ambe ghase le ni kepok losong dok dak maner doh. Beh g kepok lekor kak area Pagor Besi kalu dok kat area KT. Kepok Kemamang pong beh. Kalu jauh ngat nok maghi sane, singgoh je kat Chendor atau Tg. Lumpur kak Kuantang nung. 

Lunch Sabtu
Aku masak sup tulang, telur dadar, ikan masin dengan sambal belacan sempoi. Tulang adalah pemberian jiran sebelah rumah merangkap opismate. Ikan masin pulak adalah pemberian sepupu aku. Dia dengan hubby dia PJJ. Laki dia kat Labuan, dia kat PJ. Asal balik sana, dia dok pakat borong ikan masinnnnnn buat souvenier. Aku tunggu jugak kot dia nak bawak balik udang galah ker, udang kara ker..hahaha! Eh aku ni, orang dah bagi bukan nak bersyukur, banyak bunyi pulak. Huhuh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Moga murah la rezeki kalian ye.

Aku ni kalo tak tayang air macam tak sah pulak. Minggu lepas memang mood aku nak minum jus buah-buah aje so aku pun kisar epal, limau, tomato & strawberi, campoq sekali. Tapi strawberi tu sebiji je la. Belen buat kek hari tu. Hihih. Nyaman dong.


Lunch Ahad

Daging masak ketumbar. Harap tuan punya resepi tak marah aku letak nama resepi sesuka hati. Apapun, thanx for sharing ye Ayu. Senang, sedap & mudah. Before this, aku prefer daging dimasak black pepper aje, tapi sekarang sudah ada new option. Best..best.

  
Kailan ikan masin yang layu-mayu. Lately aku perasan tekak aku memang terliur dengan apa-apa sayur yang dimasak secara ikan masin. Sayuran hijau pulak tu. Pecah rekod aku nak makan sayur-sayur ni. Sayur + ikan masin = Salty vege.


Kari ikan tenggiri. Dah lama sangat tak masak masakan stail gulai-gulai ni. Sebenarnya nak cari ikan jebong kat pasar tani, tapi tak jumpa pulak dengan ikannya. Aku pun ingat-ingat lupa ngan rupa ikan jebong ni. Dah le aku ni boleh dikategorikan dari golongan yang buta spesis ikan kat pasar. Mesti tengok label punya. Kalo takde label, konpom ikan talapia aku ingatkan ikan merah. Pastu konpom sup ikan merah jadi fail. Tapi buta-buta aku pun, aku takde la sampai bagi ikan gosok gigi  cam Hamid Gurkha dalam filem Kangbelu tu. *Tetiba bagi fakta tak relevan*

Selingan - My dear kinting
On the way to Putrajaya Carnival. Pekena susu sepam dulu. 

Habuan pertama. Beyon Spenderman Spiderman. Kejap je dia beria pegang. Lepas tu, aku yang jadi tukang pegang merangkap tukang kejar belon. 

Pantang jumpa traktor, mesti nak test drive. Masa ni tengah bagi high beam kat orang lalu lalang. Erm, traktor ada high beam ker eh? Memula takde saper pon naik traktor ni. Lepas anak aku naik, dah anak orang lain pon nak naik sama. Lantak situ.

Bukan main suka tengok burung-burung nih. Kami nak ajak dia pegi booth lain pon dia siap lenting-lentingkan badan. Sikit je lagi dia nak kena sekeru. Huhu.

Hajat di hati sebenarnya nak tengok belon panas, tapi dah termissed sebab kitaorang pegi sana dah lewat.Sebabnya kami malas nak berpanas. So tunggu cuaca bebetol redup baru keluar. Jadinya lepas maghrib, pusing-pusing tapak jualan & pameran then terus blah. Anak aku time tu pulak dah mengamuk-ngamuk nak naik atas stage. Haih. Kena tunggu tahun depan pulak la nak tengok belon panas lagi.

 Ketika ini
Badan penat, baru sampai rumah dari out station. Kepala berat, pening. Hidung tersumbat, selsema. Tekak kering, gatal, loya. Esok, lusa kerja. (+_+)

17 February, 2010

Aktiviti senggang

Cuti kali ini baru ada keinginan untuk mencuba acuan comel di bawah ini :-) Lagipun teringat request dari Pn. Anna Peje untuk bagi testimoni pasal acuan telur a.k.a bento ini.
 
Comel bukan? 
Aku beli bentuk 'bebear' & 'rabbit'.
So, takdelah asyik-asyik jumpa telur berbentuk bujur aje.
Caranya; rebus telur hingga masak. Kemudian cepat-cepat kupaskan kulit telur tersebut di bawah air lalu. Tapi kalau kamu hebat, boleh kopek kulit telur baru masak begitu saja, carry on. Janji kulit telur itu dikupas panas-panas. Letakkan telur tersebut ke dalam acuan. Katup rapat dan rendamkan ke dalam air selama 10 min. Saiz telur yang sesuai : M atau L, bukan free size :P
Nanti telur itu akan jadi begini.

  
Setelah di belah, adalah begini.

Bolehlah di 'ngap' bersama kicap dengan lapang hati. Kenapa mesti lapang hati? Sebab yang di'ngap' adalah telur bukan kepala beruang ataupun arnab. Jangan terlalu berimaginasi. 

Okey. Layan gambar si kinting menyejukkan diri di kala cuaca hot.fm.


Bahagian sensored perlulah dicover. Actually dia mandi pakai short tapi lepas 5 min, seluar pendeknya dah terkelepek kat lantai porch. Dah dia bervogel gitu, segan mak bapak ni nak ajak anak jiran sebelah join mandi.
Aku ada ambil gambar dia 'landing baik' atas pelampung tu tapi terdelete pulak. Ampesh.


Feeling-feeling bercanda di pasiran pantai. Seronok sangat si kinting ni mandi kolam, siap ajak si ibu join sekali. Nasib baik la kolam tu sekangkang kera je. Heheh. Puas berpujuk ajak masuk,si kinting buat tak tau je. Makin ligat bergolek-golek dalam kolam tu lagi ada la. Last-last angkut jugak sebab hari dah maghrib. 

Oklah, gtg. Hati tengah gundah gulana ni. Esok ada exam lagi. Bashyaa!

Nuffnang Charity Project - Baby Ammar

Note: This is a sticky entry. Please scroll down for my latest entries.


Sayu hati tatkala membaca kisah si comel ini. Siapa sangka di sebalik senyuman yang ceria itu, si kecil ini mempunyai masalah jantung konjenital yang dipanggail Patent Ductus Arteriosus (PDA) sejak lahir lagi. Patent Ductus Arteriosus (PDA) adalah keadaan di mana salur darah antara aorta dan arteri pulmonari yang tidak tertutup selepas lahir sebagaimana sepatutnya. Keadaan ini akan membuatkan terlalu banyak darah mengalir ke paru-paru. Pada mulanya bagi kes Ammar, doktor mendiagnosis ianya sebagai "silent PDA not in failure" yang tidak akan menganggu kesihatan Ammar. Walaubagaimanapun, selepas menjalani routine checkup dengan unit Kardio HKL, doktor pakar di situ mengesahkan bahawa Ammar perlu dirujuk ke IJN bagi mendapatkan rawatan dan  menjalani pembedahan berkenaan masalah jantung yang dihadapi.

Keluarga Ammar memerlukan sebanyak RM12 000 sebagai deposit kepada pembedahan tersebut yang akan dilakukan pada 22 Februari 2010. Selain Ammar, ibu dan bapanya perlu menanggung 4 orang lagi adik beradik si kecil ini. Oleh itu, adalah menjadi harapan pihak Nuffnang dan Blogger We Care untuk kita sama-sama membantu ibu Ammar, Azmaniza bt Mohamad Kamal meringankan beban beliau suami isteri demi mengubati masalah kesihatan Ammar Danish.

Para blogger (khususnya) dan masyarakat Malaysia yang prihatin (amnya), boleh sama-sama menghulurkan bantuan dengan cara :

1.  Menukar kepada "show charity ads" di blog manager Nuffnang bagi menyiarkan iklan yang tidak berbayar i.e iklan amal di blog anda, dengan cara ini duit Nuffnang kita sepanjang tempoh charity akan di salurkan kepada dana Ammar.

Langkah-langkah untuk menukar Ads Preference kepada Show Charity Ads adalah seperti berikut:

Login ke akaun Nuffnang anda -> klik pada ikon Blog Manager -> Pilih "Show Charity Ads" pada ruangan Ads Preference -> Siap!

2. Blog tentang keadaan Ammar. Sertakan link ke entri Nuffnang berkenaan Baby Ammar untuk orang ramai  mendapatkan lebih informasi. Anda juga boleh ke laman Blogger We Care dan blog ibu Ammar sendiri untuk cerita lanjut.

3. Hulurkan sumbangan ikhlas terus ke dalam akaun ibu Ammar, Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Semoga sumbangan yang diberi sedikit sebanyak mampu meringankan beban beliau.

Kutipan derma akan ditutup pada tengah malam  17 Februari 2010. Semoga segala urusan yang berkaitan berjalan lancar untuk Ammar Danish sekeluarga. Untuk ibu Ammar, saya kagumi ketabahan anda menghadapi dugaan Allah ini. Semoga yang pahit akan manis akhirnya.


14 February, 2010

Fuh lega! It works!

Lappy En.F sudah pulih seperti sediakala. Kiranya tips yang aku dapat bukanlah omongan kosong. Jadinya kalau ada antara kamu yang mengalami masalah cecair tertumpah ke atas laptop, boleh cuba cara-cara ini :

1. Matikan ur lappy..er..maksud aku shut down lah. Kemudian offkan semua power pada kabel yang berkaitan. Keluarkan bateri. Kalau engkau orang takde dengar bunyi seperti letusan kecil (shor circuit) atau keluar asap (jangan dok gabra nak panggil bomba, nanti bomba datang berlumba-lumba..naya dia :P), sila la terus angkut lappy engkau orang ke bengkel ye (kedai servis komputer berhampiran). Kalau tak, sila ikuti langkah 2.

2. Lap lah permukaan lappy dengan kain. Kalau ada alat, bolehlah jadi pomen, remove the removeable parts form the lappy i.e power cord, printer and mouse cables, the floppy drive, CD drive, modem cards and battery. Kalau tak, cukuplah sekadar remove the keyboard frame. Gunakan kain yang lembut untuk lapkan air yang meresap kat komponen-komponen tue. Jangan la pulak gosok beria-ia kang jahanam pulak. As for my case, aku tak bukak pon sebab air yang tertumpah suku cawan dan air itu adalah air kosong.

Notes:
i)  Kalau engkau orang spesis pandai bukak tapi tak pandai pasang, lupakan ajelah hasrat nak jadi pomen ye. Kang dapat title, 'seperti tikus membaiki labu' pulak. Tak pepasal jadi 'cik ti'.
ii) Kalau lappy engkau still under warrannty, better pegi antar kedai la. Jangan nak memandai tak tentu pasal.

3. Keringkan those parts & ur lappy menggunakan hair dryer atau just let it dry under cahaya suria. Letak la lappy engkau orang tepi tingkap ke, depan pintu..janji dapat cahaya matahari untuk keringkan ur lappy. Kalo engkau orang berani jemur ur lappy tetengah laman, silakan. Jangan gelabah plak kalo ko tengok lappy engkau orang tu tetiba je ghaib.

4.Keringkan ur lappy selama 2,3 hari. Tapi kalau rajin nak jadi penunggu, boleh je keringkan ur lappy tu selama yang engkau orang mahu. Huhu. If nasib engkau orang baik, once engkau orang dah pasangkan balik those parts ( bagi yang mempomenkan lappy mereka) & bateri, Insya Allah ur lappy dah boleh berfungsi seperti biasa.

5. Bagi yang tertumpahkan air yang manis atau makan honey star dengan susu contohnya, nak tak nak memang kena bukak ur lappy la. Buangkan kotoran memana yang meresap tu. Then cucikan (read: lalukan air) komponen-komponen ur lappy dengan air suling. Air suling ye. Bukan air paip kerana air paip mengandungi mineral yang boleh memberi kesan kepada ur lappy performance later on, even u've dried it out.  Lepas tu, baru boleh keringkan. Sebab kalau tak bukak, konpom bendalah tu melekat atau mengeras kat dalam ur lappy. Paling tragis, kalau sang semut datang menghurung. Masa tu sila siapkan duit untuk shopping kat Low Yat ker, Digital Mall ker, mudah.com.my ker, eBay ker atau mana-mana tempat yang sewaktu dengannya ye.

6. Gud luck!

13 February, 2010

This is FUN!

Ralit sangat bila buat aktiviti ini. I'm lovin' it. Thanx Totinx for sharing.

 
Ini gambar si kinting waktu umurnya 3,4 bulan. Mungkin juga waktu 5,6 bulan. Erm, x sure. Apa ke sengal la mak budak ni kan? Anyway, ini adalah gambar sebelum mendapat sentuhan emas. Emas la sangat :P.



Hihihi. Dan ini adalah hasilnya. Rambut tiba-tiba jadi lebat, siap pakai cekak ribbon red color lagi. Kening dibiarkan yang asli. Sapu sikit blusher untuk kesan cuteness. Anyway, aku paling suka part mata dengan bibir. Eye shadow glitter bling bling tak hinggat tue. Mujur la eye lashes tak over. Isk..isk..comelnyer..comelnyer dia ♥ (hmm..mana ada ibu yang tak puji anak sendiri kan..kan?!)

  
Konon nak menayang mata ala Cleopatra. Pandangan sisi memberikan ilusi lukisan eye liner tanpa cacat cela. Hakikatnya pada pandangan depan, mata aku nampak seperti mata yang mencemik. Tak galak langsung. Perlu cari jalan untuk menggalakannya. Dan....


inilah hasilnya. Nampak galak atau korang tengok, korang rasa nak gelak? Penat adjust bulu mata ala bulu mata burung unta tu supaya nampak terletak kat mata Cleopatra aku ni. Nak pakai contact lense pon dah sekian hal. Salah pilih contact lense mata boleh nampak macam mata rimau atau mata ulau. Ini pun kalau tengok lama-lama nampak macam pakai mata batu ala pirate sewel dalam filem Pirates of Carribean. Jadinya, sila tengok mata aku sekilas sahaja untuk menikmati pandangan mata menggoda (Iyo lah tu!). Then ada qoute bahasa cina, sebenarnya aku tak faham tapi saja bubuh nak cover mata yang satu lagi tu. Kalau itu ayat jiwang takpe, jangan ayat 18SX ke apa sudah ler. Kena gam plak karang. Takpe, nanti leh mintak En.F translatekan.

Ok, boleh muat turun di XiuXiu. Hey ladies mesti suka. Tapi aplikasi ini adalah dalam bahasa cina. So pepandai la kalau hendak explore ye. Selain daripada gambar-gambar di atas, ada banyak lagi benda yang kamu boleh buat menggunakan aplikasi ini. Boleh buat gambar gerak-gerak. Boleh letakkan effect bersalji kalau kamu suka. Macam-macamlah boleh buat untuk mewujudkan unsur kecomelan, kekiutan dan kemanisan pada gambar kamu. Jadinya sila cuba okeh.

12 February, 2010

Friend or Foe

Diceritakan oleh seorang insan kepada aku. Aku namakan dia sebagai Y.

Y pernah punya seorang kawan, kawan karib a.k.a teman rapat a.k.a sahabat baik. Aku namakan dia sebagai Miss X. Mereka mula berkawan sedari sekolah rendah. Duduk sebelah-menyebelah di dalam kelas. Pernah sama-sama berkongsi duit untuk membelanja seorang kawan yang tidak punya wang saku membeli makanan sewaktu rehat. Miss X juga pernah datang menjemput Y untuk pergi ke sekolah bersama, dia datang awal, dihantar oleh ayahnya dan dia berjalan kaki ke rumah Y yang terletak lebih kurang 5-6 min perjalanan dengan berjalan kaki. Dia tolong gosokkan baju Y ketika Y hendak bersiap ke sekolah selepas sibuk membantu ibunya berniaga nasi lemak. Selain itu, mereka turut menelaah untuk menghadapi UPSR bersama-sama.

Ditakdirkan selepas UPSR, Miss X mendapat tawaran ke sekolah berasrama manakala Y mendapat tawaran ke sekolah harian biasa berstatus Rancangan Khas. Mereka saling berhubung. Bertukar kartu atau sesekali bertelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Mereka tinggal di dua kawasan perumahan yang bersebelahan. Maka sesekali dapat juga ketemu walau masing-masing punya kehidupan yang sendiri di sekolah masing-masing dengan kawan-kawan baru dan suasana yang berbeza.

Keputusan PMR telah diumumkan. Miss X menelefon bertanyakan keputusan yang diperolehi oleh Y. Walaupun Y mendapat keputusan yang lebik baik tetapi dia tidak terdetik untuk merendah-rendahkan sahabatnya. Baginya itu adalah rezeki kerana keputusan dia juga tidak sebaik teman-teman sekelas yang rata-ratanya berjaya menempatkan diri ke MRSM dan SBP. Ketika itu, Miss X memaklumkan mungkin dia perlu bertukar sekolah.  Dan tidak lama selepas itu Miss X telah ditempatkan di sekolah yang sama dengan Y dan bertekad untuk kekal bersekolah di situ walaupun pernah ditawarkan semula untuk ke sekolah asalnya. Persahabatan yang telah sedia terjalin menjadi semakin erat. Ditambah pula dengan kehadiran seorang lagi teman, gadis yang lincah, cantik dan friendly. Dia adalah Miss Z. Dari berdua jadi bertiga. Banyak perkara dilakukan bersama termasuklah sama-sama memonteng kelas, lepak di dalam bilik sakit sampai terkantoi bermain kerusi roda. Itu antara kenangan di antara kenangan yang mereka kongsi ketika meniti dunia remaja.

Keputusan SPM yang diperolehi telah membawa Miss X ke Melaka, Miss Z ke Sarawak dan Y ke KL. Di kalangan mereka bertiga, Miss X adalah yang terpaling baik keputusan SPMnya. Walaubagaimanapun, Miss X mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran di dalam bidang lain di daerah kelahirannya. Miss Z pula melanjutkan pelajarannya di Shah Alam. Y juga berjaya menempatkan diri ke sebuah IPTA di Shah Alam selepas menamatkan pelajarannya di KL. Masing-masing sentiasa berhubungan. Ada waktu mereka berselisih faham, bergaduh tetapi itu semua tidak menjejaskan persahabatan mereka. Mereka merasa bangga dengan ikatan persahabatan itu.

Malangnya ikatan persahabatan itu menjadi longgar selepas Miss X memperkenalkan seorang kawan lelakinya kepada Miss Z dan Y. Ketika itu Y telah berhenti belajar kerana mendapat tawaran kerja. Walaupun sayangkan pengajian yang diambil, Y turutkan jua kemahuan dan harapan orang tua. Ketika itu juga Y sudah punya teman lelaki yang dikenali sejak zaman dia belajar di KL. Mereka menjalani percintaan jarak jauh. Kawan lelaki Miss X pula adalah Mr. A. Seorang yang tidak banyak songeh, agak pendiam dan nampak nerd. Mereka berempat kerap keluar bersama. Selalunya Miss X akan meminta Y  menghubungi Mr. A untuk membawa mereka keluar ke bandar. Dari situ, Y dan Mr. A menjadi rapat. Tapi rapat hanya sebagai kawan. Oleh kerana Y tidak punya ramai kawan lelaki yang rapat, maka persahabatan dia dan Mr. A di salah ertikan. Dia memang sukakan Mr. A tetapi hanya sebagai kawan. Mereka pernah keluar untuk hang-out bersama-sama kawan Mr. A tanpa kehadiran Miss X. Keadaan ini disedari oleh Miss X. Dia telah menegur Y kerana dia rasakan Y dan Mr. A telah mengenepikan dirinya. Berselingkuh di belakangnya. Miss X mengatakan bahawa Mr. A bukanlah seperti yang disangka. Dia lelaki durjana. Dia hanya menunggu masa untuk menjadikan mana-mana gadis sebagai mangsanya. Dia bohjan bertopengkan muka mulia. Cerita itu juga sampai ke pengetahuan Miss Z. Miss Z tanpa teragak-agak telah menempelak kelakuan Y. Memandang serong kepada Y. Seolah Y adalah perempuan murahan. Y terpana dengan pandangan sahabat karibnya itu. Hina sangatkah dia? Apakah yang telah dia lakukan sehingga dia dipandang hina sebegitu? Mulia sangatkah mereka yang mengata-ngata akan dirinya? Dia terluka. Ya, mungkin dia pernah terlupa, mengenepikan sahabatnya dan asyik bersama teman-teman baru, tetapi dia tidak sangka begitu sekali tamparan yang akan diterima. Hatinya tertanya-tanya, kalau benar Mr. A itu lelaki buaya mengapa dia diperkenalkan dan digalakkan berkawan dengan makhluk itu pada mulanya? Kalau sudah tahu lelaki itu adalah pemangsa, mengapa tidak terus terang dari awal dahulu supaya dia berjaga-jaga? Antara rasa keliru dan kecewa, Y bertanyakan hal itu kepada Mr. A, dan semestinya Mr. A akan mempertahankan dirinya. Mengatakan dia bukan seburuk yang dikata, memberitahu sebenarnya Miss X sengaja kenalkan mereka berdua supaya Mr. A boleh melakukan agenda jahatnya. Hancur luluh hati Y. Walaupun hatinya kuat untuk tidak mempercayainya tetapi akalnya mahu dia mempertimbangkan semua perkara, tentang Miss X dan Mr. A. Dan akhirnya Y menjauhkan diri dari kedua-duanya setelah menyedari sesuatu. Tetapi jauh di sudut hatinya dia masih menganggap Miss X sebagai sahabatnya cuma dia mahu menjauhkan diri seketika. Tidak berhubung atau berjumpa seperti sebelum itu.

Sementara itu, hubungan Y dan teman lelakinya turut menerima tempias daripada apa yang berlaku. Maka terjadilah sedikit perselisihan faham yang berpunca dari mulut orang. Oleh itu, Y dan teman lelakinya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan berbincang. Dan hasil perbincangan dari hati ke hati, mereka berbaik dan merancang untuk mengikat tali pertunangan. Perancangan itu sebenarnya sudah lama berada di dalam benak teman lelaki Y cuma dia mencari masa yang sesuai untuk menyuarakannya. Kalau diikutkan kemahuan teman lelaki Y, dia ingin melangsungkan majlis tersebut 2 minggu dari tarikh mereka bertemu tetapi setelah perbincangan dibuat di antara keluarga, tempoh pertunangan dilanjutkan kepada sebulan bagi memberi masa kepada pihak keluarga Y untuk membuat persiapan. Di atas kesibukan waktu antara kerja dan membuat persiapan, Y tidak sempat untuk mewar-warkan tentang perkhabaran pertunangannya.Dia cuba untuk berkongsi tentang majlis pertunangannya kepada Miss X dan Miss Z tetapi dimarahi oleh orang tuanya. Mereka turut terasa dan tersinggung dengan tuduhan yang Y terima. Akan tetapi atas dasar persahabatan, Y tetap cuba menghubungi sahabat-sahabat karibnya itu diam-diam. Seminggu sebelum majlis berlangsung dia telah menghubungi kawan-kawan sekolej, berkongsi cerita dan menjemput mereka hadir sekiranya mampu. Kemaafan diminta kerana membuat jemputan dalam masa yang suntuk. Tetapi hatinya kembang gembira berbunga-bunga dengan ucapan tahniah yang diterima. Mereka mendoakan yang baik-baik untuknya walaupun hanya dari kejauhan. Kemudian Y menelefon Miss X dan Miss Z. Kedua-duanya ketika itu berada di KL. Miss Z memberikan reaksi yang OK, biasa-biasa sahaja. Tetapi Miss X telah memarahi Y kerana lambat menjemput, seolah-olah Y tidak ikhlas menjemput, sepertinya Y sengaja mahu mengelakkan kehadiran dia di majlis pertunangan itu nanti. Ya betul, dalam masa seminggu adalah suntuk untuk mohon cuti bagi menghadiri majlis bersejarah teman karib. Y faham itu. Y juga rasa bersalah tetapi dia juga tidak mahu Miss X terasa dengan peringatan orang tuanya. Y sedih kerana berita gembira yang sangat ingin dikongsi bersama sahabat karib yang disayangi seolah menoreh pisau di hati sendiri. Dan semenjak itu, persahabatan mereka bertiga semakin renggang, masing-masing menjauhkan diri. Masing-masing juga menyepikan diri. Kemesraan sudah tiada lagi. Kau dan kau dan kau. Pergi.

Ok tak nukilan rasa macam ini? Aku tak pasti sama ada aku berjaya menterjemahkan perasaan yang terbuku di dalam hati seorang insan itu. Tiada niat untuk menyemarakkan api dalam sekam, cuma mahu berkongsi luahan rasa seorang insan yang terkenangkan kisah lama.

10 February, 2010

Panjang umurnya

Bulan ini adalah bulan perayaan untuk aku. No, its not like i'm looking forward to celebrate Valentine's Day okey?! :P Tetapi bulan ini adalah meriah dengan ulangtahun hari lahir teman-teman & insan tersayam ♥.  Buat Pn. Noridah (Feb 10th) dan Pn. Kartini (Feb 14th), aku doakan semoga kalian diberi kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang murah lagi berkat serta keluarga yang bahagia dan dirahmati.  Apapun, ayuh kita nyanyi lagu ini sama-sama untuk mereka:

"Panjang umurnya..panjang umurnya..panjang umurnya,
serta mulia..serta mulia.."
HAPPY BIRTHDAY!!

Okeh, sekarang sila potong keknya.

credit to pinkcakebox.com

Effect bintang-bintang adalah hasil basic photoshop penulis. Hahah, tetiba interframekan diri. Benda simple camtu pon nak cerita. Macamkan orang berkisah. Gila glam betol. Ok la, ok aku undur diri dulu. Last not least, wahai birthday ladies, aku ♥ kamu ya!

Notes: Engkau orang dah tak boleh jadi birthday girl because it sounds so gedix untuk angkatan 30-an..hahah!

08 February, 2010

Sangap

Memang sangap. My lappy telah mengalami kemalangan ngeri. Aku dengan bantuan si kinting telah tertumpahkan air pada keyboard laptop tersebut. Huh. Ngeri tak? Ngeri la weh. Kalo takde umur, mau kojol dah menatang tu. Ni semua gegara aku malas nak berulang ke dapur untuk minum air. So aku bawak la air segelas, letak sebelah laptop. Aku dah minum tiga suku dari air tu. Masa tu si kinting takde datang kacau-kacau aku online. So aku bajet tak yah nak risau la bab air nak tertumpah ke apa. Tetiba je dia terkedek-kedek datang, panjat kerusi duduk sebelah aku. Aku dah larang dia jangan usik gelas aku, nanti air tumpah. So dia pandang aje la gelas tu ngan perasaan tak puas hati. Pastu elok je aku angkat gelas tu nak sua ke mulut, si kinting paut leher  goyang-goyangkan badan aku konon nak menyemai perasaan kasih sayang. Huh, memang tersemai sungguh. Suku balance air yang tinggal tumpah elok atas keyboard. Pergh...cantik..berseni betul percikakan air yang tumpah tu. Aku dah menjerit. Mencicit aku berlari ke dapur amik kain. Aku tengok monitor dah gelap. Aku matikan suis. Lap keyboard sampai kering. Aku hidupkan suis semula. Tak boleh on. Pastu terpikir kena keringkan guna hair dryer, so jadi  la keje malam tu geledah segala kotak cari hair dryer. Mujurlah jumpa. Aku cuba onkan lagi laptop tu selepas cubaan mengering menggunakan hair dryer, tapi malap jugak. Makanya padanlah muka ahkak. Padan muka tak leh nak online kat umah. Lagi padan muka kalau kena ganti baru.Terbang duet ahkak. * tawa dalam tangisan *

Takpelah, aku cuba lagi keringkan guna laptop, eh aper la aku merepek ni..cuba keringkan guna hair dryer.huhu, tak pon jemur bagi kena matahari. Mana tau kot panjang umur laptop tu leh lagi nak berfungsi. Kalo hantar repair pon most probably la motherboardnya jahanam, nak ganti kos mesti sama macam beli laptop baru. Nak kena pasrah la nampak gayanya. Pasrah untuk sangap!

01 February, 2010

Cuci mata - 52nd Annual Grammy Awards

Intro. Di mana-mana majlis anugerah hiburan baik nyanyian mahupun lakonan, baik tempatan mahupun antarabangsa, selain siapa menang anugerah apa, sesi karpet merah adalah menjadi kegemaran semua. Am i right? Maka kita boleh tengok siapa pakai apa, dari rekaan siapa, body macam mana, datang dengan siapa, yadda...yadda...yadda..kerana mereka memang niat untuk tayang semua itu kepada kita.

Anyway, i just wanna share these Grammy's red carpet pics (credit to Yahoo! Music Blog & GRAMMY.com). Untuk komentar bercirikan ilmu fesyen dan gaya yang lebih berkredibiliti, tunggu sahaja rancangan Fashion Police di E! okeh kerana Adam Lambert adalah fashion correspondent yang dilantik untuk kali ini . Jom lah kita cuci mata. Between the odd and the elegance.

 
CIARA

 
KATY PERRY 
Lebih suka lihat dia bermain dengan warna ceria, coz she's really rocks the colors.

BEYONCE
Antara insan seni yang menang besar malam itu.  Kalau tak silap aku, dia menang 5 award pada anugerah Grammy kali ni dan menjadikan dia artis wanita pertama yang menggondol 5 anugerah sebanyak 2 kali di anugerah Grammy. Hebat minah ni. Aku cemburu buta tiba-tiba kepadanya.

Update : Cik B ini menang 6 anugerah dari 10 pencalonan yang ada. Sewaktu artikel ditulis, penulis tidak dapat lagi keputusan untuk lagu terbaik sebab itu penulis bilang cik B ini menang 5 anugerah. Maafkan dia ye. (Mahu minta maaf tapi tulisan berwarna merah seperti mahu mengundang amarah :P)

 
BRITNEY SPEARS
Oh Britney baby, what da hell are u wearing? Adakah kamu fikir persalinan ini buat kamu nampak HOT?? Yalah, even dress itu, eh chops..erm..is not exactly a dress itu adalah dari Dolce & Gabbana, ianya kelihatan sungguh tidak semenggah untuk digayakan ketika majlis anugerah gilang-gemilang. I supposed your comeback isn't really a comeback at all.  Anyway, she was nominated for Best Dance Recording for Womanizer.



MILEY CYRUS
She's grown up already. She is no more Hannah Montana.


RIHANNA
This sweet basil bergaya sarat di dada.  Kenapa sweet basil? Kerana aku dapat tahu Rihanna itu bermaksud tumbuhan yang manis.


PINK
Menyerlahkan kelembutan minah ganaz ini. But too much tattoes. Oh ye, kata ganaz kan tadi?!


LADY GAGA
Minah pelik, sumtimes jelik. Dia memang pelik jelik lagi memelikkan tapi itu sudah jadi signature style dia. Lagipun, that's how we known her, aite? Hadir dengan dress ala Tinkerbell dan bergelang-gelang ala planet Saturn. Apapun, she wins the Best Dance Recording award for Poker Face.


TAYLOR SWIFT
This is definitely my favourites. Terletak cantik di badan. Kena gaya dan potongan. Warna dan materialnya adalah glam bagi aku. Dia menang besar juga. Dan menjadi antara pemenang paling muda dalam sejarah anugerah Grammy. Ingat Taylor Swift, ingat Honda Swift. Eh bukan, ingat Taylor Swift, ingat ♥Love Story♥

Sekian, terima kasih.