31 March, 2010

She has turns 2 years old!

Oh my, how time flies! My precious baby, Tasnim Imtinan has turns 2. Physically, she looks much more like a 3 years old kid. Obviously she inherit the height from me :-). She talks a lot even most of the time we hardly can understand her 'pelat' ascent. Sometimes she can be a little drama queen. She can suddenly crying out loud when she is seeking for an attention especially from her Atuk. She can sing along when she hear her favourite songs, she will talk to herself in front of the mirror or she will come near her Nenek and whispering to the old lady like there is really a big secret to share with. But the most enjoyable part is when she's calling me 'Ibu!Ibu!' then run to me and hug me tightly. No words can describe the feeling, aite mothers?

We just had a small celebration at our house last weekend. Actually, i'm not planning any birthday party  for my kinting this year but since her Nenek really insist to celebrate her grandchildren birthday so i've decided to fulfill her request then. I made steamboat & my mom made vanilla pudding with fruit cocktail as dessert and baked macaroni Malaysian style. I cooked rice and ask for my mom help to make a chinese fried rice as complementary dish for my steamboat. I also baked a marble cake with vanilla,chocolate & strawberry flavour. It's remind me of  the time when my mom baked the same cake for my 8th birthday and now i'm baking the cake for my child. Seems ironic.

Well, i feel sleepy already. Better let the pictures do the talking now.

Theme : Upin & Ipin. My little girl really adores these local cartoon characters. Please excuse my messy cake decorations. Have to admit i'm not good at it. Need more and more practise, huhuh.

Brought by my cousin. She's working at Secret Recipe so she got the staff price for this yummy brownies. I ate the balance of the cake with vanilla ice cream :-)

This decoration was done by my sister. She also prepared a cute party hat for si kinting from the same theme. I'm lovin' it!

Menu of the day. Testing up my new steamboat pot and this is my 2nd time of using it. I'm glad everyone love the steamboat. Hmm..so most probably there will be another steamboat session soon. Heheh.

This time she already knew how to blow the candles and she can't wait to do it. Then i help her cut the cake. She really behave herself that time.

Tasnim with my cousin, my SIL, her Atuk, Nenek & Yaya (her cousin) and Nek Lang. Seems like she enjoy being a birthday girl. 

For Tasnim Imtinan, Ibu can only afford a simple small birthday party for you, my love. But i will try my best to raised you up healthily, brilliantly and well mannered. Dont forget this dear, Ibu & Babah love you!

26 March, 2010

Lahabau kau!

Hah, amik ko! Kena setempek. Tapi itu tak semestinya kata-kata maki. Anyway,pernah tak engkau orang kena bahasakan macam tu? Atau engkau orang yang membahasakan orang macam tu? Selalu yang sebut lahabau aper kabau ulau melingkau atas pagau ni  orang Melaka, ye dak?

Aku ni nak kata orang Melaka piau (pure) idak lah. Sikit pun aku tak mewarisi cara-cara percakapan orang sana. Camner lah nak mewarisi, mak aku pun nama je orang Melaka, tapi bila dok merantau..slang Melaka pon dah bercampur aduk ngan slang Ganu & Kuantan. Tapinya sesekali kalau balik kampung ada la aku terikut-ikut stail cakap saudara-mara. "Nenek ko mana?" - "Dia kat darat". "Nijam bebudak bukan nak dengar kata". "Dak adik dah bangun tido belum?". "Atuk ko amik kat kebuh buah tu, marin". Tu antara contoh-contoh slang Melaka yang aku biasa dengar. Itu yang simple so aku faham la. Cuma tang darat tu dulu, aku pelik jugak kenapa dia panggil darat. Bukan kita semua memang duduk atas darat ker? Hahaha. Rupanya itu macam nak membezakan tempat. Erm, camner aku nak cakap ye? Contoh kalau dalam satu kawasan tu..ada rumah duduk kat kawasan tinggi, rendah gitu kan. So umah yang menghala ke bawah dipanggil rumah baruh. Yang menghala ke atas, dipanggil rumah darat. Gitu ler lebih kurang.

Orang Melaka ni terkenal dengan bahasa yang kasar tapi mesra. Tak gitu? Baik time bercakap atau bergurau. Kekadang orang pon konpius diaorang ni bergurau ker bergaduh, kan? Bab bahasa kasar ni, aku pernah jugak la kena bahasakan dek mak aku. Sekali tu time aku nak buat air. Yelah, nak minum petang kan..so aku buatkan lah air teh o, tapi aku buat stail teh o nipis ( time tu sebenarnya aku tak tau pun bab teh o pekat nipis semer, cuma aku malas nak tunggu teh tu kembang..tu yang jadi teh o nipis gitu ), elok jek aku nak hidang tuang dalam cawan, mak aku sound  "Apa ke JALANG air teh ko, kak long?". Tersipu-sipu aku depan sedara-mara. Tiba-tiba aku terasa macam pakai baju jarang bila mak aku cakap macam tu. Amik masa la jugak nak faham rupanya mak aku tegur air teh aku yang nipis/jarang macam tak rupa air teh. Huhuhu. Kang aku buat pekat-pekat, mau sorang-sorang tak dapat nak memerut sebab sembelit. Aku ingatkan pompuan menggeletis aje orang panggil cenggitu, rupanya air berpenampilan nipis pun adalah spesis menggeletis.

Itu satu. Ada lagi cerita sampai mak aku keluarkan peribahasa kampung dia tu. Dulu-dulu, mak aku meniaga. Jadinya malam-malam aku akan tolong sediakan bahan-bahan untuk dia memasak keesokkan paginya. Kalau dia nak buat karipap esoknya, aku kena tolong dia potong kentang nak buat inti. Kalau dia nak buat sambal, aku kena tolong dia potong cili kering. Kalau dia nak buat kuih keria atau cek mek molek, aku kena tolong potong & rebus keledek. Ntah bila ada sekali tu time aku rebus keledek, aku terlupa nak letak garam. Subuh tu bising la dia membebel. Dia kata keledek yang aku rebus tawar meleser. Dia pulak time tu dah tumbuk-tumbuk keledek tu, dah uli dengan tepung semua. Lagi la rasa tawarnya. Nak campur garam time tu mesti dah susah nak sebati. Hangin sungguh la dia dengan aku. "Ha..tu la, aku buat kerja takmo tengok. Rela lagik mengangkang depan TV. Dah keledek aku rasa macam PAN*tuuuuuuuuuuut* HANTU."  Tu dia. Terkebil-kebil la aku mendengar bebelan berunsur lucah oleh mak aku. Tapi sempat jugak la aku bermonolong sensorang. "Isk, mak aku ni..mana dia tahu keledek tu tawar macam tu. Dia penah rasa ke pan*tuuuuuuuuuuuuut* hantu tu?" Maka hari tu, tidaklah aku menjamah balance kuih cek mek molek yang mak buat untuk jualan sebab kata-kita nista darinya masih terngiang-ngiang. Hahahah. Memang lepas tu aku tak lupa dah nak taruk garam time rebus keledek. Siap terlebih taruk lagik ada. Mampos la orang makan cek mek molek masin pulak.

Gitulah ceritanya. Habis.

23 March, 2010

Kalau dah tak suka, memang tak di bagi muka

Tiap kali mesyuarat, mesti hamba Allah yang seorang ini akan menghentam kami. Mesti ada saja alasannya. Mesti ada saja silapnya. Dia nampak yang buruk-buruk saja. Yelah, bagi dia benda yang kami bagi kat dia tu melecehkan, tak stabil, 'ada kehidupan' di dalamnya dan macam-macam lagi lah. Oh ye? Orang lain semua dulu pun macam dia juga.Yelah, dahulu itu benda baru. Tapi lama-lama mereka boleh terima, boleh pakai. Mereka cuba bersikap terbuka. Mereka guna setakat mana yang boleh guna. Buat setakat mana yang boleh buat. Orang lain boleh, kenapa kamu tidak? Dan benda yang kami beri itu senantiasa dibuat penambahbaikan demi kepentingan pengguna seperti dia juga. Tapi responnya masihlah nan hado. Masihlah dia kata jangan banding-bandingkan kerja di tempat dia dengan tempat lain. Tempat lain volume kerja tak sama macam dia, tak sebanyak tempat dia, tak sesibuk macam dia. Workload kerja mereka berbeza. Oh ye? Fine. Kami dah lama faham. Kami dah lama tahu tentang isu-isunya. Kami tahu kat tempat dia ada macam-macam kekangan. Kami dah cuba penuhi permintaan mereka. Kami dah turun padang. Kami dah bagi latihan. Still, setiap kali mesyuarat kami dapat luahan rasa yang sama. Memang nampak sangat mereka tak suka. Nampak sangat mereka nak tolak. Nampak sangat mereka tak hingin nak guna hingga perkara kecil diperbesar-besarkan.

Tapi perlu ke bila kami bercakap menyuarakan pendapat dan pandangan kami, kamu beri pandangan yang sinis, tunjuk riak muka menyampah & 'menganjing-nganjing'kan apa yang kami cakap?? Mana profesionalisma kamu?  Kami hormat pandangan kamu. Kami terima rungutan kamu. Apa kamu tak boleh buat perkara yang sama kah? Apa susah sangat kah hendak berkata-kata dengan budi bicara & timbang rasa? Or should i say that u're so waddahek rude, pathetic & annoying?? Macam kami ini bagi kamu beban bukan bantuan. Kamu ini mahu jalan ke depan atau ke belakang? Mara atau undur?  Kamu bersikap telus kan? Telus tapi tak mulus. Takpe. Kami terima. Kami tak mahu bersikap menunding jari kepada orang tapi tak sedar 4 jari tertunding diri sendiri. Kami akui tentang kelemahan di pihak kami (yang telah diperbaiki & akan diperbaiki SEKIRANYA ada lagi), tetapi mengapa mudah kamu meng'tongsampah'kan usaha orang? Hurm..sekelip mata sahaja rasa hormat aku untuk kamu menjadi debu. Berterbangan pergi.

Apapun, jutaan TAHNIAH  dari kami kerana pejabat kamu adalah yang pertama mengorak langkah membuat permohonan KELULUSAN MB walaupun kamu mengaku itu cuma sesi cubaan "nak tengok orang pejabat satu lagi buat kerja ke tidak". Apakah?? :P

19 March, 2010

Pencarian Finalis Model Tudung FAREEDA

Okeh, ini bukan iklan berbayar ya. Sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan syarikat pengeluar tudung FAREEDA ini. Aku bukanlah penganjur, ahli keluarga penganjur ataupun kenalan penganjur. Aku juga bukanlah salah seorang peserta, ahli keluar peserta ataupun kenalan peserta tapi adalah kawan kepada adik ipar salah seorang peserta. Get it? Dia tolong berkempen untuk kakak ipar dia.  Aku pun memang niat nak berkempen juga (macam nak buat pilihanraya pulak bunyinya), makanya SILA VOTE SAYA (sambil lambai-lambai tangan ala-ala Miss Universe, WORLD PEACE! Muahs..muahs!). Hohoho..kemain tak hinggat mak veragan noks! Feeling-feeling like supermodel la konon. Owh..puh-lease! Memang terlebih sudah. Hahah. Tengok. Gelak pun takde tanda seruan. Itu menunjukkan lawak Man Belon aku tak menjadi.

So, kembali kepada topik. Pencarian ini adalah anjuran bersama pengeluar tudung FAREEDA  & surat khabar KOSMO!. Aku tak pasti bila pencarian ini bermula, jadi aku lagi la tak pasti bila pencarian tu akan berakhir. Cumanya yang pasti pencarian ini bukan setakat di buat di media massa, tetapi juga di media elektronik yakni Facebook. Kalau ada kat tempat lain, maaf lah..itu di luar pengetahuan aku.


Sebenarnya kalau kawan aku tu tak promote link fan page FAREEDA untuk vote kakak ipar dia, memang sampai ke sudah la aku takkan tahu akan kewujudan  tudung FAREEDA ni. Aku ingatkan butik tudung Munawarrah, Ariani & Hajaba aje yang TOP. Rupanya tudung FAREEDA pun dah lama berada di pasaran. Fan page dia dah wujud since tahun 2007.  Ahli pun dah ribu-riban.  Hmm..di manakah silapnya? Mengapa aku tak ketahuan tentang kewujudkan LABEL tudung kontemporari yang satu ini? Adakah disebabkan kekurangan promosi?  (Konon takmo mengaku diri sendiri yang tak up-to-date..kwang kwang kwang!) Yolah, akak ngaku la yang akak ni tak fashionista langsung sebab tu nampak ketinggalan benor bab gaya-bergaya ikut label trend terkini. Pencarian ini memerlukan 10 orang lagi finalis untuk berentap bersama 20 finalis yang telah terpilih ke peringkat akhir. Makna kata, dari 38 peserta kat dalam Facebook tu..10 peserta yang mendapat undi 'LIKE' paling banyak akan menjadi finalis. Tarikh tutup akan dimaklumkan pada wall Facebook dalam masa terdekat. So kepada mereka yang sudi nak bantu wanita-wanita jeliters tersebut menjadi salah seorang dari finalis tudung FAREEDA, boleh la login ke Facebook -> jadi fan page FAREEDA..Nyata Jelita dan mula membuat undian 'LIKE' kepada peserta pilihan engkau orang. Pilihan di tangan anda. Tapi ada jugak la yang komen kat page tu, kalau nak undi jangan undi sebab rupa cantik ke apa, tapi undi atas cara pemakaian tudung peserta yang mengikut syariat. She/he gots a point there. Jadinya, lu pikir la sendiri.

And bila sebut bab tudung-tudung style cenggitu, bukanlah aku tak teringin nak pakai. Aku tengok orang lain pakai cantik..elok je terletak kat muka. Bila aku pakai, dah macam rupa makcik sambal pulak. Kebanyakkan tudung cenggitu yang aku beli, aku bagi kat mak aku. Gamaknya sebab aku pakai tudung yang ala-ala aje kot. Bukan ori dari butik-butik yang tersebut di atas. Hehehe. Kalau pakai tudung FAREEDA ni agaknya, mesti nyata jelita. Erms..sila muntah sekarang. Huhu. Tu pasal la pembaca berita TV9 semua nampak jelita bergaya dengan tudung tajaan FAREEDA ni. (Yelah kan, orang dah cantik..kalau pakai tudung periuk pun nampak cantik..nampak macam fesyen avant-garde aje. Cuba kalau aku yang pakai..mau orang kata, "Kesian minah ni..muda-muda dah wel-wel". Notes : wel-wel = sewel). Eleh, ada aku kesahHHH! Hahah! Berlagaks tu. Erm.. itu kalo berlakon boleh la cakap kan. Realitinya tak tergamak la lagi aku nak pakai tudung periuk,engkau orang pun tak gamak kan? Kan? Anyway, tudung stylo-stylo macam FAREEDA ni sesuai untuk orang yang bermuka bujur sirih, bentuk hati ngan bersegi aje kot. Aku yang spesis muka bulat ni gamaknya kena buat face lifting dulu baru sesuai bergaya ngan tudung camtu. Aku cakap untuk muka aku la kan, muka bulat orang lain mungkin okey aje menggayakan tudung sebegitu. Bertuah la engkau orang yek. Tapi aku ni memang sejak azali lagi bermuka (ada ker perkataan cenggini? Hantam sajalah labu) jenis berisi. Time muda-muda dulu, badan aku ni nampak kurus je tapi bila tang muka chubby tak padan ngan badan. Sampai mak aku cakap aku dah macam Yusanani Yushak, ala ex-pembaca berita kat TV3 dulu tu. Yang kiut-miut sore lunak merdu tu. Kenal tak? Kalau tak kenal, kiranya engkau orang bukan anak tahun 80-an ke bawah lah. Ngeee :D Memang susah nak tengok la muka aku cengkung kecuali time aku alahan masa ngandungkan si kinting dulu. Dedulu siap usaha kunyah chewing gum siang malam sebab nak kuruskan muka. Semua gegara terpengaruh dengan iklan Wringley's. Sampai lenguh-lenguh rahang ni mengunyah. Tapi hasilnya nan hado. So, akak redha ajelah. Mungkin ada hikmahnya. Ayat standard. Tapinya aku akan ingat la statement adik aku sampai bila-bila bab muka aku ni. Time ni zaman sekolah menengah rendah, badan tengah sedap. Adik aku pulak dari kecik memang spesis kurus kedengking. Macam hampeh je dia sound muka aku besar pinggan. Sentap akak oi. Sentap sesangat. Walaubagaimanapun, bak tajuk lagu Scorpions  'What u give, u get back', time adik aku masuk sekolah menengah..dia pulak jadi buntat cam aku. Hahahaha...amik ko. Ala time tu standard la kalau berat badan naik mendadak, perubahan hormon keremajaanlah katakan.

Akhir kalam, aku lapar. Waiting for my fried kuew teow to be 'tapau' by my sister. Tu la, lepak lagi kat umah aku, jadi balaci la kau. Muahahahahah!







15 March, 2010

Ugly Betty kah itu?

Lepas season 3, belum ada tayangan untuk season 4 lagi kan? Atau aku yang ketinggalan? Aku rasa macam aku banyak sangat ketinggalan untuk kisah Betty dalam season 2 & 3 tapi bila cari and baca balik the reviews..hehehe..rupanya aku ketinggalan sikitttt aje. Oklah tu. Maknanya bila season 4 dah tayang kat TV nanti takdelah menganga depan TV dengan muka blur. Tak pasti kalau season 4 dah boleh tengok online tapi being typical me, i'm prefer to watch it on TV. Lebih real kot.

Masa season 2 & 3 memang dah perasan, si heroinnya America Ferrera tu nampak macam dah kurus dari masa dia on season 1 tapi sebab dia suka pakai baju shabby-shabby macam tak nampak la that she had lost her weight. Tadi saja la google her new stories & pictures..OMG she looks different lah. Muka dah nampak panjang & runcing. Body pulak nampak very da langsing. Menyerlahkankan kegenitannya. Genit ye bukan genital. Itu lain. :P Mana la tau kot ada yang rabun-rabun ayam ingat aku saja suka-suka bukak topik cenggitu. Tapi sebenarnya mungkin akan ada kot topik macam tu..hahahah!

Ramai yang suspect dia ni tengah gila berdiet untuk menguruskan dirinya. Kira macam mengamalkan diet yang tak sihat la semata-mata nak nampak kurus. Dia dikecam begitu sebabnya sebelum ni, America adalah tergolong dalam golongan yang proud with their curvy body dan menerima bentuk badan mereka seadanya. They live with it & happy with it. Tapi America menidakkan kecaman tersebut, kerana dia tidak pernah berusaha untuk menguruskan diri, tapi tubuhnya menjadi kurus dek kerana jadual kerja yang sibuk. Dia kurus secara semulajadi. America juga mengatakan dia cuma mengubah cara hidupnya supaya menjadi lebih sihat dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran, buat senaman & sentiasa pastikan dirinya mengambil sarapan. Sejak tahun 2002 hingga sekarang, America dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 40 pounds. Korang convert la sendiri kepada kg, aku malas nak buat kira-kira tetengah malam buta ni.

Oklah, sekarang meh layan gambar cik America Ferrera. Bagi aku, she still looks fantastic before and after. Kenapa begitu? Kerana dia punya great attitude. Her attitude makes her look beautiful outside and inside. Bunyi ayat sangatlah klise. Lantak situ.

Ini masa tahun 2002. 1st time dia pergi majlis anugerah rasanya. Ceria sungguh dia.

Ini pulak gambar 5 tahun selepas itu.

 
 Antara gambar-gambar dia yang terbaru. Amacam?

Note: All pics taken are googleed.



10 March, 2010

Erms...alahai

Pagi tadi ( secara teknikalnya adalah pagi semalam kerana saat entri ini ditulis waktu menunjukkan jam 12.14 pagi ) sambil-sambil memandu ke pejabat, aku layan siaran Hot.fm dengan harapan aku akan dapat aura lebih hangat dari biasa tu. Sebenarnya sejak radio kereta aku rosak & diganti ngan arial tak ori, aku tak suka dengar radio sebab siarannya jadi tak berapa jelas. Kejap-kejap bunyi berdesir. Kejap-kejap bunyi berdesor. Potong sungguh la kalau tengah layan lagu best-best. Jadinya aku lebih rela bercakap sorang-sorang di sepanjang pemanduan. Kira macam tengah praktis nak buat pengucapan awam la. Lantak la kalau ada yang nampak and cakap aku wel-wel ker, minah senget ker..biaq pi lah. Kang kalo dah naik kete ngan si kinting, confirm kena layan Upin Ipin. Kalau dengan En.F pulak tadah je la telinga layan dance music atau techno. Gamaknya dia nak suruh anak bini dia bershuffle dalam kereta sampai roboh enjin terbarai tengah jalan baru nak insaf layan nasyid atau klasik nasional. Hahah. Kereta aku tu dah la antik-mantik.

Oh ye, berbalik pada topik asal..macam biasa la kan, pepagi kat Hot.fm mesti si Fafau ngan FBI buat topik untuk para pendengar calling-calling bagi pendapat ke apa kan. So pagi tadi, topik yang dibincangkan adalah "Adakah anda menyesal berkahwin?". Hahaha..bunyi topik je aku dah terasa akan kehangatannya. Tapi aku dengar program tu dah hujung-hujung. Anyway, ada la sorang caller lelaki ni mengaku dia menyesal berkahwin sebab isteri dia tak mau anak. Katanya dia dah kahwin 8 tahun, waktu memula kahwin dulu dia & isteri dah sepakat  2 tahun pertama perkahwinan, diaorang merancang tak mau anak sebab si isteri nak bagi perhatian pada kerja. Then after that bila si isteri tak concieve-concieve, si isteri ambil keputusan tak mahu beranak terus. So si suami ni rasa terkilan la. Kahwin dah lama, dia sayang isteri dia tapi si isteri tak mahu apa yang dia mahukan dalam sebuah perkahwinan, iaitu cahaya mata. Bila Fafau tanya samada si isteri tu mungkin ada masalah kesihatan ker, dia cakap takde. Bila Fafau keluarkan statement mungkin si isteri nak tumpukan pada kerja atau takut gemuk, dia iyakan. Anyway, even dia rasa terkilan..dia takde terfikir nak duakan isteri dia atau bercerai.

Okaylah, pada aku mana-mana suami isteri pun mengharapkan mereka akan dikurniakan zuriat kan? Lebih-lebih lagi kalau perkahwinan yang dibina adalah atas dasar suka sama suka, pilihan hati sendiri. Mesti  dah lama termimpi-mimpi hendak membina keluarga dengan insan yang dicinta. Si suami dah tolerate bila dia bagi masa pada si isteri untuk fokus pada kerjaya. Si suami juga masih sayangkan si isteri dan rumahtangganya. So tang bab ni, aku puji lah sikap si suami ni. Mungkin dia berani buat pengakuan kat Hot.fm sebab dia nak luahkan apa yang terbuku kat hati dia. Mungkin bukan setakat nak luahkan perasaan, tapi berharap si isteri dapat dengar suara hati dia secara tak langsung. Itu kalau difikir secara positif la. Kalau nak fikir yang buruk-buruk, mungkin aku boleh cakap si suami sengaja nak malukan si isteri, sengaja nak tunjuk macam isteri dia tu selfish atau sengaja nak buat isteri dia naik darah supaya mereka boleh bergaduh kaw-kaw then leh decide nak divorce ker apa.

Aku ingatkan kisah si caller ni habis setakat itu ajelah. Aku ingat segala assumptions aku pun terhenti di situ sahaja tapi tak sangka pulak Hot.fm gatal miang pergi call pulak isteri mamat tu. Masa si isteri tu jawab call, suara dia pun aku dengar dah semacam. Macam bengang. Macam tengah tahan marah. Macam menyampah dengar suara Fafau. Tapi aku rasa memang patut pun si isteri tu rasa macam tu, dah la tetiba pepagi dapat call dari stesen radio siap ngaku kawan pada si suami, tanya pulak soalan cam jibauk pada pendengaran dia pastu nak suruh pulak dia bagi pendapat bab pengakuan si suami, pasal topik pagi tu, maunyer minah tu tak hangin.Lainlah kalau pepagi call pastu bagitau dia menang duit riban-riban ker, percutian ker Paris atau paling cikai ke Langkawi ker..barulah hari dia lebih hangat dari biasa. Ni jadi lebih hangit dari biasa kaedahnya. Kenapalah Hot.fm nak menyibuk-nyibuk call si isteri tu, konon nak menjernihkan keadaan. Bila minah tu cakap, soal tu dia dah bincang suami isteri, dah dapat kata sepakat, dia tak mahu bincangkan hal tu sebab itu hal peribadi & dangggggg..terus letak telefon, sepatutnya engkau orang faham la yang engkau orang bukan menjernihkan keadaan tapi mengeruhkan keadaan. Mana tau lepas tu jenuh si suami tu nak pujuk isteri dia. Mana tau gara-gara tu semua, laki bini tu bergaduh mengalahkan perang dunia ke-3. Isk. Kot ye pun nak menolong, berpada-pada le Hot.fm weh. Adoi la.

Kita tak tahu apa masalah sebenar depa sampai si isteri tak mahu anak kan? Mungkin ya dia selfish, pentingkan kerjaya dari rumahtangga, pentingkan diri dari keluarga sebab tak mahu anak ganggu prestasi kerja dia atau melahirkan anak buat cutting body lari tak terkejar, memenatkan diri atau dia trauma..siapa tahu bukan?! Manalah tahu kot mungkin dia ada masalah kesihatan tapi dirahsiakan kepada pihak si suami. Only Allah knows the best! Jadinya tak payah lah nak menghulurkan bantuan yang tak diminta, yang tak kena pada masa dan keadaanya. Terasa janggal dengan apa yang terjadi pagi tadi.

Hurms, aku just nak cakap alahai Hot.fm :P

06 March, 2010

Sengalism melanda diri

Sengal sebab penat. Badan penat. Otak lagi penat. Ini minggu yang agak padat dengan kerja-kerja dan aktiviti di pejabat. Mungkin juga balance penat yang lepas-lepas ada lagi, tu yang jadi macam penat sangat. Walhal last week dah cuti 4 hari (Kha-Ahad). Haih. Almost setiap hari aku awal-awal dah rasa mengantuk. Dah tak peduli nak mengonlinekan diri ke apa. Lagi peduli nak membuta. Sambil tengok TV pun aku boleh duduk menganga pejam mata. Kalau tak, selagi tak pukul 12-1 pagi mata aku elok je terbuntang tengok TV atau mentenet. Ini awal-awal dah tumpas sampai ada time aku yang tidur dulu dari si kinting.

Memanglah niat di hati bila online nak berblogging..tapi bila dah sengal cenggini..memang kebuntuan idea jadinya, padan dok menguap je la ngup ngap ngup ngap. Aku minta maaf bebanyak lah untuk korang-korang yang baca entry ni. Aku memang takde cerita. Erms...eh japs, rasa macam ada satu cerita. Cerita di alam mimpi. Macam Mimpi Moon. Batu Suara. Masa ni aku tengah tergila-gilakan Rashidi Ishak Dead Mushroom. Dulu la. Sekarang tak hairan pun ke dia. Dia lagi la tak hairan ke aku sebab bini dia lagi meletops noks! Lagi satu, aku suka dengan soundtrack filem tu..lagu Krisya. Apa ntah tajuk lagu dia. Teringat la 1st time berkaraoke dengan En.F, aku nyanyi lagu tu la. Aku pilih lagu tu sebab time tu feeling-feeling perasan muka ada iras Krisya. Aku bukan feeling tak tentu pasal haa, tapi ada member yang bagi bagitau kenyataan itu ek. Hahah..adakah itu fakta atau auta? Lu pikirlah sendiri.

(+__+) Erks..dah jauh benar menyimpang aku merepek ni. Sebenarnya cerita yang aku nak bagitau adalah 2,3 hari lepas aku dapat mimpi best. Best pada diri aku la. Kenapa best? Sebab aku mimpi berkapel dengan Farid Kamil. Hahaha. Why on earth aku leh mimpi berkapel dengan dia pon aku tak tau. Nak kata aku peminat fanatik mamat tu, TIDAK. Nak kata aku pernah jumpa dia, TIDAK. Aku pun bukan ada tengok dia kat sebarang media massa sebelum aku melelapkan mata. Tup-tup je dia hadir dalam mimpi-mimpiku. Ihiks ( read:gelak gatals ). Dah lah handsome, caring pulak tu. Pujuk-pujuk aku pulak. Hihiks. Tengah aku best layan pujuk rayu Farid Kamil, tetiba En. F gegar bahu aku..kejutkan aku suruh naik bilik tidur. Aku pun cepat-cepat bawak diri masuk bilik nak sambung tidur sebab tak mau missed part best tadi. Siap tepuk bantal 3 kali dengan harapan aku akan dibawa ke alam mimpi yang sama. Giler keji. Layan tak hinggat pulak. Muahahahah. Tapi lepas tu, Farid Kamil dah hilang. Yang ada watak pelakon omputih mana ntah & berlatar belakangkan suasana gurun. Macam cerita koboi dulu-dulu. Tak best. Tapi aku boleh dok tercari-cari lagi Farid Kamil kat gurun tu. Giler merepek. Aku tak sangka, rupanya dalam mimpi aku syok benor kat mamat ni. Baru perasan dia handsome, dia itu, dia ini. Ntah apa-apa.

Apapun, nasib baik la tu semua MIMPI. Kalau tak, serabut perut la nak menjawab kat press pasal skandal kami. Muahahahah..*tetiba* Waddahek! Hurm, malam ni apa pulak la yang akan aku mimpikan. Jeng..jeng..jengs!

02 March, 2010

Apa-apa aje

Pagi ni aku masuk pejabat bertemankan my anak dara, si kinting. Macam biasa, aku memandu ke Kajang nak hantar si kinting dengan harapan Kajang Silk tak jammed. Memang tetiap pagi time hantar si kinting, aku berdoa traffik pergi balik dari Putrajaya ke Kajang adalah lancar. Timing dah cantik time sampai Kajang tapi harapan jadi pudar bila mendapati pintu grill & main door rumah parent aku berkunci. Keadaan rumah pulak senyap sunyi. Ah sudah, confirm mak aku takde. Time tu dalam kepala dan berfikir-fikir, nak ambil cuti atau angkut si kinting ke opis satu hari. Dalam dok terfikir-fikir tu, aku memulakan taktik nak masuk rumah. Yelah, kena lah masuk rumah nak siapkan si kinting. Budak tu aku hantar keadaan masam-masam wangi. Wangi sebab pakai bedak je. Masam sebab tak mandi pagi lagi.Hehehe. Cepat-cepat aku siapkan si kinting. Sauk aje mana baju yang ada then straight to office. Aku dah plan, kalau line tak clear aku nak tebalkan aje muka aku mintak EL ngan bos aku tapi mujurlah line agak clear. Selamat cuti rehat aku and dapat juga la aku selesaikan sedikit sebanyak kerja dalam dok kalut-kalut tu. Hmm..mesti ada yang kata, ala keje gomen boleh aje suka-suki nak bawak anak mai opis. Hoh,takde maknanyer, okeh. Aku ni pun dah sebab terpaksa. Mujur la orang-orang kat pejabat aku tu boleh tolerate walaupun ada juga la mata-mata yang memandang kurang senang, tapi kalau ada yang nak marah pun aku nak buat macam mana. Tadah telinga aje la. Lagipun budak-budak, manalah nak duduk diam.Sekali ngan mulut-mulut dia tak boleh duduk diam. Kang ada yang menyakat, dia melalak. Bila ada yang melayan pulak, dia bantai bergelak. Memang boleh kantoi lah. Lunch hour, aku balik rumah kejap, tukarkan seluar si kinting. Seluar dia longgar, dah melondeh je seluarnya. Dapat juga aku sediakan stok susu & lampin pakai buang untuk sesi petang pulak. Si kinting pun dapat tidur sepam. Untuk esok aku boleh menarik nafas lega kerana adik ipar aku willing nak jaga since dia amik cuti untuk jaga anak dia. Alhamdulillah. Lapang dada aku. Dah la esok aku ada kerja luar kat PTG WPKL.
 
Si kinting dah sengal nak balik. Mulut perlu ditutup dengan serombong untuk mengurangkan nada suara si kecil yang suka menjerit & gelak kuat-kuat. Haih. Tapi kesian la jugak kat si kinting sebab dia tak berapa nak bebas. Si ibu pun tak dapat nak melayan sangat sebab dah namanya duduk kat pejabat kan, bukan nurseri. Hehehe :P

Okeh, sekian sudah kisah si kinting ke pejabat hari ini. Sekarang adalah cerita bergambar seperti di bawah.


Milik siapakah kaki ini? Hahah. Ala, mesti engkau orang boleh teka. Montok dempak pulak tue. Gambar ini di ambil oleh tuan punya kaki sendiri. Tau-tau aje ada dalam folder Picture handphone aku. Aku rasa macam nak gigit-gigit betis budak ni. Ibunyer 'gewam' lah!



Kenapa tiba-tiba terpampang gambar komik. Komik bawang pulak tu. Cute tak? Ini hasil karya aku ex-classmate aku. Tumpang bangga untuk dia walaupun zaman sekolah dulu kami bukanlah sahabat kamceng. Tapi walaupun tidak kamceng, sampai sekarang aku ingat dia. Bukan aku sahaja, ramai lah ex-schoolmate aku yang ingat dia. Dia dulu adalah pelajar yang unik. Kenapa unik? Kerana dia punya perwatakan pelajar skima dan mat gabra. Hah, aku bukan nak kutuk dia eh. Aku paling ingat jawapan yang dia bagi untuk satu persamaan kimia, hormon gollom balada. Tapi ramai yang lupa tentang hal ini. Aku ingat sebab cikgu kimia kami macam nak pengsan dengan jawapan yang masing-masing bagi lebih-lebih lagi dengan jawapan hormon gollom balada yang tak masuk dek akal. Tapi giler kreatif jawapan engkau Farid. Ko banyak makan bawang ye Farid? Masa sekolah, ada la kengkawan aku gossipkan aku dengan dia, kata aku ni tunang Farid. Rasa benggang giler bila kena gossip gitu. Mementang aku comot, Farid skima..diaorang ingat kami cocok lah. Hampeh! Hahah! Lepas SPM, aku selalu terserempak dengan dia kayuh atau usung basikal kat tengah-tengah bandar. Ada waktu aku sembunyikan diri atau buat-buat tak nampak ( giler jahat ati perut aku ), ada waktu aku say hi jugak kat dia. Kali terakhir aku jumpa Farid, maksud aku terjumpa Farid, adalah ketika aku kat area Puduraya. Waktu tu aku baru sampai KL & tengah tunggu best friend aku and her bf datang jemput. Memula ingat takmau tegur tapi fikir-fikir bukan selalu dapat jumpa kawan sekolah, so aku pun tegurlah dia. Aku ingat dia tak cam aku. Rupanya dia still ingat aku. Oklah, kami pon decide nak lepak-lepak pekena teh o ais kat gerai depan Nando's tue. Masa nak melintas jalan, sempat lagi dia cuit pinggang aku. Erk. Hampeh dak Farid ni. Hahah. Terkujat aku. Sikit je lagi aku nak bukak silat kat lintasan zebra kat Jalan Silang tu. Farid boleh sengih-sengih selamba. Soalan dia la yang aku paling tak tahan dengar sambil mencuit tu, "Ko dah kurus sekarang ye Nina...heeeheee." Haa..ya la, tau la aku time sekolah adalah tergolong dalam golongan gebus. Huh! Dan Farid ada buat pengakuan pada aku time tu, bahawasanya apa-apa hal pun..dia nak kawen dulu. Dah settle down barulah dia tenang nak fikir pasal benda lain. Dalam ati aku, "Ko ni dah tahap wajib kawen la kalau cenggitu Farid oii". Nasib la dia tak ajak aku kawen ngan dia. Tapi itu kisah dulu la, kisah zaman muda-muda. Kisah zaman awal 20-an. Hahah! Sekarang aku dapat tahu dia dah berumahtangga. Alhamdulillah. Bagus. Bagus. Dan ada buat freelance lukis komik dalam majalah UMBRA. Ever heard of it? Aku tak pernah dengar. Komik bebudak jaman sekarang kot. Tapi apa yang penting karya Farid, Bawang Boy berjaya mendapat tempat dalam komik itu. Since aku pun suka melukis dan pernah punya cita-cita untuk melukis komik, aku dapat rasakan kepuasan apabila karya kita dihargai.



Ok. Dah nama pun ini entri apa-apa aje kan. Jadinya aku selitkan jugalah antara hidangan yang aku buat last weekend. Hahah..buat bubur pun nak tayang. Eh mestilah sebab ini bukan bubur sebarang bubur, tapi bubur lemak pertama Nina :P. Ia bubur nasi yang dicampur dengan santan. Boleh dimakan bersama lauk-pauk masin pedas atau dengan gula. Hendak pula dimakan panas-panas waktu hujan turun. Memang layan.



Bihun sup. Sempoi sebab tak banyak letak awas, eh ni bukan awas gerak langkahmu KRU yek :P, ni awas macam sayur sawi celur,bawang gorem & daun sup itu. Tiada taugeh, carrot mahupun tauhu. Sup itu bila dah 2 kali perangat barulah rasa lebih bersari. Moralnya, sila reneh sup lama-lama.

Oklah, lepas dah tayang cerita bergambar baru rasa entri ini complete. Barulah terasa mata ni macam dah berat. Adios.