27 April, 2010

Aduh, sakit kepala!

Migraine itu normal tapi menyiksakan, bukan?

Sebab-sebab terjadinya migraine:
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Akan tetapi tiada teori yang jelas kenapa ia berlaku sedemikian.

Faktor - faktor penyebab migraine:
1. Keturun - Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah). Ok, ini aku copy & paste aje. Belum lagi la aku nak elaborate fakta sains macam doktor.

2.  Pemakanan - Makan tak tentu masa (Erm, selalu aku missed part makan pagi je..oo je, sedangkan sarapan itu adalah meal yang terpenting bukan?). Makan makanan yang mengandungi MSG (no more Ajinomoto? Cukup Rasa?). Minum minuman berkafein (sesekali teringin ku telan jua, kalau nasib tak baik memang berdenyut la kepala), coklat (owh, my favourite  +__+), kekacang, daging yang mengandungi nitrate seperti sosej, alkohol (aku pernah pakai minyak wangi beralkohol aje..minum minyak wangi beralkohol dan seangkatan dengannya belum lagi  dan insya Allah tidak akanlah :P) & aspartame (confirm aku tak tau apa kebendanya ni, korang nak tahu sila Google).

3. Hormon - Paras estrogen yang tidak menentu dikaitkan dengan kejadian migraine. Itulah sebabnya kaum wanita lebih ramai, mudah dan kerap terkena migraine.
4. Cara hidup - Kurang tidur atau terlebih tidur (kurang tidur itu memang, zaman terlebih tidur pulak dah lama berlalu). Pengambilan ubat yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang. Tekanan emosi & fizikal.

5. Lain-lain -  Perubahan cuaca (bila berpanas confirm naik ke kepala), bunyi bising (ini aku boleh tolerate lagi), bau-bauan yang kuat (terlebih spray perfume kesukaan pun boleh memeningkan kepala, aku ingatkan aku alahan 'ada isi' ke apa), menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama atau membaca.

Simptom-simptom migraine:
1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Aku selalu kena kat sebelah kanan, kadang kadang dah kurang sakit yang sebelah kanan..berjangkit pulak ke sebelah kiri. Lebih teruk bila melarat ke bahagian belakang kepala & tengkuk. Ades.
2. Rasa mual, kadang-kadang muntah.
3. Sensitif pada cahaya yang terlalu terang dan bunyi bising.

Cara mengurangkan serangan migraine:
1. Of course lah makan ubat, jangan  makan sembarangan ubat pulak.
2. Dapatkan rehat yang cukup. Tidurlah paling afdal. Heheh!
3. Letakkan ais atau kain sejuk di kepala.
4. Minum air dengan banyak (if muntah-muntah).

Info : Credit to Rara & Salindah.

Arghh...sakit kepala datang kembali. +_______+ Tak suka, tak suka! :-(

26 April, 2010

Malang tidak berbau

Hati-hatilah kamu sekiranya ingin menyinggah makan di hentian rehat Tol Sungai Besi (dari arah KL). Ala..yang ada KFC & kedai Dunkin Donut tu. Kalau hari itu ditakdirkan kamu menerima malang yang tidak berbau di lokasi yang tersebut, nasib kamu adalah sama seperti aku. Selepas bersuka-ria bermain air di Desa Waterpark, kami bercadang untuk pergi melawat makcik aku yang sudah selamat bersalin. Jadinya untuk menjimatkan masa dan dalam masa yang sama, untuk mengenyangkan perut..kami decide untuk makan di KFC Tol Sungai Besi dulu (memanglah dah makan time kat Desa Waterpark tapi tak cukup kenyang). Parent aku parking kereta betul-betul depan restoran tu, kami pulak parking kat area kedai Dunkin Donut, lot paling tepi sebelah jalan KFC drive thru.  Hahah..spesifik giler describe lokasi parking lot. What to do, it's a typical me :P Kebetulan, lot tepi itu aje yang kosong waktu tu.

Kami keluar & kunci kereta seperti biasa. Tapi kami kunci secara manual aje sebab yang remotenya dah tak berfungsi. Terus berjalan menuju ke KFC tanpa menyedari kami diperhatikan atau mengesyaki apa-apa. Lepas dah kenyang makan-makan, bila En.F nak masukkan kunci dia perasan yang tempat kunci dah terangkat, macam kena umpil. Kemudian barulah kami perasan, bebarang dalam kereta dah berubah. Monitor DVD player dah terbuka , DVD Upin Ipin si kinting dah berterabur, beg bakul barang si kinting pun dah tunggang terbalik. Confirm..confirm. Confirm kereta 'bulldozer' semut itam kami dah kena pecah masuk. Check punya check, telefon bimbit aku nan usang sudah lesap. My mistake sebab terlupa nak bawak keluar sekali tadi. Kebetulan telefon tu duduk terselit di celahan lampin pakai buang & botol susu si kinting. Aku ni pulak memang bukan jenis yang akan usung telefon ke hulur ke hilir jika tak perlu. So, memang jadi habuan si pencopet la jawabnya. 'Selamat'. Kami check pulak kat bonet. Beg pakaian jenama Jusco reusable shopping bag juga telah lesap. Di dalamnya terkandung telekung solat Makcik Juli, toiletteries si kinting & aku, baju si kinting (pemberian si mak ngah yang baru pertama kali di pakai), track suit buruk aku,  dan yang paling berharga, kamera pemberian my FIL.

Haih. Nak marah-marah pun takde guna. Si pencuri sudah lari entah ke mana. Tiada saksi. Tiada CCTV. Diri sendiri cuai juga sebab tak ambil langkah berjaga-jaga. Kawasan yang tenang jangan di sangka tiada 'jibauk'nya. Barang yang hilang pun bukan boleh diperolehi kembali. Kereta jahanam sudah. Makanya kami redha & pasrah.  Mungkin ada khilaf kami di mana-mana. Terima juga ini sebagai peringatan & pengajaran. Bak kata MIL, halalkan saja. Balasan itu biarlah Dia yang tentukan. Aku bersyukur kerana hanya barang biasa yang hilang. Nowadays, ada kejadian curi yang lebih buruk dan dashyat hingga mengorbankan nyawa atau menyebabkan trauma..alhamdulillah, kami tidak mengalami itu semua dan mohon dijauhkan & disimpangkan terus dari kejadian sebegitu, amin. Anyway, kunci semut hitam akan dibaiki esok hari.

Benarlah, malang tidak berbau. Malang juga tidak berupa. Bila-bila boleh jadi. Boleh jadi di mana sahaja. Boleh menimpa siapa-siapa. Tapi aku harap kamu tidak menjadi mangsa.

20 April, 2010

.........

Line broadband mengots, kejap-kejap disconnect..bosan aku! Hilang terus mood nak mengarang.

Sesi menayang juadah lunch last weekend - sayur bayam tumis air, tomyam campur ( gambar diambil ketika tomyam elok menggelegak kat atas dapur ) & siakap kukus ala Thai ( ikan dah tinggal separuh terkulai-kulai tapi still gedik nak amik gamba ) + telur dadar.

Tapi ikan siakap kukus tu sedap makan time panas-panas je. Kalau dah sejuk, macam dah tak berapa best. Hurm..lepas ni nak cuba kukus ikan merah pulak.

18 April, 2010

Alaut atinaw

Rumah aku dekat dengan kawasan sekolah. Secara tepatnya, sekolah tersebut adalah bersebelahan dengan barisan rumah yang aku duduki. Selang 4 buah rumah, lorong pejalan kaki & pagar. Kalau hari persekolahan, memang boleh dengar suara budak-budak sekolah menjalani pendidikan jasmani. Kalau hari cuti, memang sunyi sepi suasana di situ. Tapi minggu ini, dari malam semalam sudah boleh dengar suara-suara dan bunyi-bunyian dari arah sana. Rupa-rupanya ada perkhemahan bebudak pengakap.  Tapi hanya untuk budak pengakap perempuan sekitar Selangor. Sekejap-sekejap mesti dengar si cikgu-cikgu buat pengumuman. Siang hari tadi lagilah meriah dengan pengumuman. Pengumuman mintak semua ahli pengakap berkumpulah, pulangkan walkie-talkie lah, beratur ikut daerah lah hatta pengumumun supaya insan-insan berkenaan alihkan kenderaan sebab sudah menghalang laluan lori sampah pun ada. Meriah..meriah. Macam itu rupanya situasi bercamping kat sekolah. Aku ni dah habis sekolah baru ada kesempatan berkhemah, tapi itu terus masuk dalam hutan. Syok oo. Ok..ok, ini baru mukadimah.

Dalam banyak-banyak pengumuman, ada satu pengumuman berupa teguran dari seorang guru kepada bebudak tu tentang kebersihan. Mula-mula tu jelas la dengar dia sound bebudak tu pasal sinki. Maybe ada kes bebudak basuh pinggan mangkuk lepas tu tak reti nak buang sisa makanan then sinki jadi kotor & tersumbat. Hmm..cenggitu la kalau dah ramai. Memacam peel masing-masing. Aku ni baru je bajet nak pasang telinga time tu..hahahah, saja buang masa jadi penyibuk kejap. Tapi tak dan apa-apa speaker dah dioffkan.. tak dapat  ler aku dengar butir bicara si cikgu, Ini mesti tengah sentuh isu sensitif kan? Aku membuat perkiraan sendiri.

Kalau sudah isu sensitif orang perempuan dan bersangkut tentang kebersihan, apa dianya? Banyaklah kan? Adalah kan? Kalau melibatkan budak-budak sekolah? Mesti ada kaitan dengan "alaut atinaw". Sila baca dari belakang ke depan bagi setiap patah perkataan. Got it?! Masa didatangi 'auntie visit' bagi kali pertama dulu, aku tidak diajar secara formal tentang penjagaan kebersihan berkenaan tuala wanita. Aku belajar dengan melihat. Bukanlah aku lihat upacara pembersihan itu dilakukan secara 'live' tapi bila nampak sisa tuala wanita yang telah digunakan tetapi bersih di dalam tong sampah, aku faham lah. Oh begitu. Dan aku pun buat begitu. Tapi aku biasa juga melihat tuala wanita yang telah digunakan, dipenuhi tompokan merah dibuang begitu sahaja. Tidak dibersihkan, apatah lagi digulung atau dibungkus, elok merah menyala terlentang di dalam tong sampah yang terdedah. Empunya tuala itu penggeli atau pemalas tahap kronik ker? Kenapa hendak geli, sedangkan itu darah sendiri. Kalau begitu, hah..elok pakai sabut kelapa macam zaman nenek moyang kita. Pernah suatu ketika tandas dekat sekolah aku dipenuhi dengan benda alah itu, ada yang bergelimpangan di lantai, di lubang tandas, di depan pintu. Yang siap dihanger pun ada. Aku tak pasti siapa punya kerja. Tapi memang geli lah tengok tompokan merah merata-rata. Horror pun ada. Yelah, kan makhluk halus suka benda-benda cenggitu. Kang tak pepasal ada minah kena histeria.

Sampai sekarang aku masih ingat dengan petua dari seorang ustazah di sekolah dulu. Katanya, kalau mahu hilangkan kesan kebocoran..silalah guna sabun mandi. Kesan kebocoran itu akan tanggal dengan jaya dan segera walau sudah kering, tidak perlu direndam dengan peluntur segala. Eh, memang berkesan lah petua dia. Aku siap belasah guna syampu juga kadang kala. Janji bersih kan. Harum semerbak lagi. Diaplikasikan juga untuk mencuci tuala wanita. Kadang-kadang ada yang kata, "eh,aku dah cuci la." Tapi kalau sudah betul-betul cuci, kenapa masih ada bau hanyir/hamis? Itu macam main jirus air lalu sahaja atau pijak sekali dua, sudah ye? Spesis yang buat acuh tak acuh aje.

Eh, aku bukan cleanaholics tapi pada aku, kita harus tahu menjaga kebersihan diri dan benda-benda peribadi sebegitu. Kita harus terapkan aspek kebersihan peribadi pada anak-anak gadis kita (nanti). It's a basic thing yang wajib orang perempuan tahu dan buat. Kita kan tahu, benda-benda macam itu jika tidak dijaga boleh mengundang macam-macam malapetaka. Tapi mujur la aku tulis entry ini tetengah malam buta, so aku malas nak sentuh bab-bab misteri nusantara. Malas nak cerita. Btw, aku pernah terjumpa satu produk wanita, cloth pad namanya. Aku ingatkan dalam pasaran ada cloth diaper aje. Rupanya cloth pad pun sudah ada. Katanya cloth pad itu environment friendly.

Malam ini budak-budak pengakap itu tidur awal barangkali. Sekarang sudah sunyi. Daa.

16 April, 2010

Mengigau

Suatu malam, si kinting sudah bikin aku seriau. Sudahlah malam tu aku mimpi benda tak best, lepas tu boleh terasa macam atas perut ni ada something. Dalam rasa kelat mengantuk, perlahan-lahan aku bukak mata & nampak kelibat budak duduk atas perut aku. Elok je mata aku sampai ke bahagian muka, budak tu pandang tepat ke mata aku. Berderau darah den. Bila masa ntah si kinting duduk elok atas perut aku, mujur tak dihenyak-henyaknya. Cuak juga oi. Tak pernah-pernah anak aku buang tebiat lagu tu. Selalu kalau dia ngingau pun dia nangis ker, bercakap ker..ni sampai tahap dah duduk atas perut aku rasa misteri jugak la. Mujur la bila aku angkat dia, pujuk dia minum air & tidur..dia menurut perintah. Aku risau gak kot-kot tetiba keluar suara garau ke apa kan. Memang tak lena tidur lah lepas tu.
Hmm...aper benda lah yang si kinting mimpikan sampai dia panjat perut aku tu yek? Adakah sebab dia main sakan waktu siang sampai ngingau? Or ......... ( korang pepaham sendiri lah ye? Isk..mintak simpang malaikat 44 )

14 April, 2010

Marilah kita sama-sama doakan kesihatan si kecil ini

Hati ini tergerak untuk sama-sama berkongsi luahan hati seorang ibu yang dikirimkan melalui emel.
Diambil dari blog kawan saya, Natrah.

MANUSIA SENTIASA DI UJI, HARI INI HARI DIA, MUNGKIN ESOK HARI KITA

 Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
 
Ni gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
 Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ni gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

"Ya Allah, Engkau Maha Besar, Engkau Maha Berkuasa, Engkau Maha Pendengar lagi Pengasih & Penyayang. Berikanlah kekuatan kepada ibu ini untuk mengharungi dugaan Mu, berikanlah anaknya kesihatan semoga anak kecil itu dapat membesar seperti anak-anak lain. Amin."

11 April, 2010

Hujung minggu bersama En. Sabtu & Mr. Ahad

Sebenarnya hujung minggu adalah dihabiskan bersama keluarga kecil 'saiya'. Bukan 'super saiya' dalam majalah komik Dragon Ball ada tujuh biji kesemuanya itu yek, ini adalah saya yang di'indonesia'kan. Faham sudah? Kalau tak faham pun sudah. Adapun telah menerima kedatangan adik ipar pada hari Sabtunya maka aku memasak agak beria-ia. Pagi dan tengahari aku & si kinting makan seadanya sahaja kerana si ibu malas nak masak (cuma rajin nak makan). Minum petang kami menjamu pisang goreng yang dibeli oleh si adik ipar dan aku buat cendawan goreng celup tepung  yang ranggup la sangat . Terasa teringin sebab tak puas makan cendawan goreng yang dibeli oleh officemate tempoh hari. Yelah, dah dia yang beli..jadi bila dipelawa makan kena ingat orang lain juga. Tapinya terlupa beli tepung kentaki, maka bancuh tepung ikut citarasa sendiri ajelah. Itupun kalau diikutkan bahan tak cukup korum sebab takde tepung beras. Jadi jugak. Orang lain tak makan sangat, tukang buat ni je yang pulun beria. Puas hati aku dapat makan cendawan goreng. Nyum..nyum. Haa nak speku aku ngandung la tue..xpe..xpe, aku aminkan. Heheh.

 Enak di makan bersama sos cili atau sambal kicap :-)

Kerana hati senang dapat makan makanan idaman, maka terus gigih menyediakan makan malam pula. Flora & fauna di dalam esbok haruskan di'clear'kan demi mengelakkan pembaziran bagi orang macam aku yang rajin membeli tapi tak berapa rajin nak memasak ini. Maka terhasillah cencaru bakar sumbat sambal, air asam belacan-free, ayam crispy Ayamas masak masam manis & kailan tumis ayer bersos tiram. Huh, nama resepi bukan main 'vogue' even tumis air  pakai sos tiram pun nak bagitahu. Biasalah, buat apa-apa pun mesti ada gaya..bak kata pepatah biar papa asal bergaya. Hoh?! Macam tak relevan aje. Takpelah janji perkataan gaya itu ada, ok kan aje. Ok. Ok.

 Konon nak buat kailan ikan masin, tapi terjadi kailan tumis air. Elok jugak tersasul memasak cenggini, kurang sikit risiko nak dapat darah tinggi.

Disebabkan tiada pemanggang, aku bakar dalam oven sahaja. It turns out to be more juicy gitew, cuma ikannya kurang fresh sikit.

Nampak macam sambal kicap cair instead of air asam kan? Don't judge a book by its cover..ahahah!

Pertama kali guna ayam goreng crispy.
Hari Ahad, dari sarapan pagi sampai ke makan tengahari adalah main order dan tunjuk saja. Malam pula, kami sekeluarga makan roti sahaja kerana tetamu sudah undur diri. Habis cerita.

Eh belum habis lagi. Kalau diikutkan perancangan, aku mahu melawat sepupu aku yang baru melahirkan tapi ianya terpaksa ditunda kerana hari ni bermula tengahari tadi perut aku sekejap-sekejap memulas, aku pun sekejap-sekejap menjadi tetamu tandas. Ini mesti penangan Bio-flush. Memang dia 'flush' sungguh isi perut aku.Ini pun pulasan dalam perut belum reda. Tengah fikir sama ada nak makan lagi untuk dos malam ke idak. Kalau ubat tu bertindak cepat, mahu malam ini tak tidur lena. Kalau ubat tu bertindak lambat, mahu jammed pintu keluar (direct ke toilet) office aku. Kalau tak makan, perut tak meragam tapi aku kena maafkan babat-babat yang ada. Isk..sungguh dipersimpangan dilema.

Oklah, let me alone with the dilemma. Cerita sudah habis. Confirm. Till then, tata!

05 April, 2010

Tahun ini kamu pilihan aku

Sudah tersurat tahun ini rezeki Anugerah Bintang Popular Berita Harian milik Siti. Bak sirih pulang ke gagang.  Untuk tahun ini, part yang aku paling suka adalah.....











REMY ISHAK
menang  
PELAKON DRAMA LELAKI POPULAR!!
 Motif aku vote untuk mamat nih? Heheheh..adalah! Lalalalala.... *whistling*

02 April, 2010

Anugerah dariku untukmu

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada  para peminat yang telah mengundi saya, kerana tanpa undian dan sokongan anda, saya tidak akan berada di sini. Sesungguhnya saya terharu kerana keberadaan saya di dalam industri ini dapat diterima ramai. Oh lihatlah dunia! Lihatlah daku!  Dan untuk rakan-rakan seperjuangan yang tercalon, jangan bersedih kerana kita semua adalah pemenang..tiada pengalah!

Teettttttttt!!! Huh..apakah?! Ok, ok abaikan statement di atas. Itu mode artis gila glam yang veragan nak menang ABPH 4 April ni. Dan situasi itu adalah rekaan semata-mata.

 Apapun, aku memang gembira dan berbesar hati dengan anugerah yang diberi oleh Cik Lala ni. Kalau engkau orang nak tahu, Cik Lala ni single mingle lagi tau. ( Mementang la si Lala ni murah hati bagi anugerah kat aku, terus promote ke'available'an dia. Bodek terus ye! ) Eh, mesti la nak kipas-kipas sikit dik..untung-untung akak dapat anugerah lagi dari kau, akak pun nak glamour jugak. Haa..tu dia, orang 'peghak' baru dapat satu award sudey lebey-lebey. Ala..2,3 rama-rama..i just joking maaa. Yang sebenarnya Lala ni member chat aku. Dari berchatting, bawak ke gathering, kemudian ke Myspace, Friendster & Facebook dan silaturrahim kami terus dipanjangkan di blog. Dia lagi awal ber'blogging' dari aku. Kira dia lagi otai la even aku lagi tua dari dia. Hehehe. Realitinya kami baru sekali dua berjumpa tapi bagi aku dia ni seorang yang simple, happy go lucky & nice person. Jadinya, siapa-siapa yang ingin berkawan dengan si gadis manis itu..dipersilakan.  Dia pun memang jenis yang suka berkawan. ( tengok..tengok, ayat bodek aje dah satu perenggan..akakaka! Aler, ini pernyataan ikhlas lah. Serius ikhlas. Ngeee! )  Tak gitu Lala? Dua tiga biri-biri, Lala jangan amik hati. Akak cuma bersenda-golgi. Wah, pantun 3 kerat! Marvellous! Marvellous! Hahahah!

Pok! Pok! Pok kepala sendiri sebab tetiba jadi sewel tak tentu pasal. Camner boleh terkenan jadi Jarjit pulak. Apakah?! Agagagaga!

Dan bersama cik Lala adalah  puan Nurul Diana a.k.a princessdiana008 yang turut sudi memberikan aku anugerah yang sama. Buat Diana, toche-toche ye. Well, Diana ni sebenarnya kawan siber yang aku kenal dari portal PCM. Kenal time berforum, maklumlah masa tu masing-masing sibuk cari info untuk buat persiapan perkahwinan. Dia kahwin dulu la tapinya. Diana ni salah seorang forummer yang aktif. Aku je forummer suam-suam kuku. Selalu jadi nasi tambah je. Hahahah! Setakat ni, kami masih tak berkesempatan nak bersua muka. Setakat bertanya khabar di alam siber aje. Mana lah tahu, satu hari nanti ada rezeki untuk kami jumpa pula. Insya Allah.

Maka dengan segala hormatnya aku mempertontonkan anugerah yang diterima daripada mereka berdua :-)

 Thanxs Lala & Diana :-)

Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa then kena beri anugerah yang sama pada orang lain pula.Setiap award diberi dengan pakej berikut:

1. Thank & link the person that gave you the award.
Done, as links given below the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic!
They are not just fantastico de amore, but bombastico lova-lova also :-)
2.Anna  
6.Ayu
9.Puja 
10. Syerah  

10 is enuff lah dude. Sebenarnya aku pun tak ramai kawan yang hendak di tag. Kalo ada yang di tag tu dah pernah di tag oleh kengkawan lain, mohon abaikan ajelah tag dari aku ni ye, tapi kalau rajin nak sekalikan tag aku dengan tag yang sama dari kengkawan yang lain ianya sangat dihargai :-)

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
Okie dokie. Dah  selesai menyemakkan comment box & shout box mereka.

4. State 7 things about yourself.
i) A cat lover. Used to gave some of my cats a weird name like Kamchik, Cekodok & Black Kumbang. Tapi semuanya hilang secara tiba-tiba. Sedey.
ii) Loves food. Loves eating.  I can still eating even i'm already full. ( Bak kata mulut longkang, buruk lantak lah :P ) Akekeke.
iii) Accidentyly cut my sister's palm when she tried to snatch a knife from me. It happened when both of us were still kids and thankfully it was only a shallow cut but my sister cried out fiercely. Tu memang saja nak bagi aku kena belasah ngan getah paip la tue. But seriously, aku sangat seriau dengan benda-benda tajam lepas kejadian tu. Trauma. Tukang buat bahana yang trauma. Peringatan : Pisau di dapur bukanlah alat mainan.
iv) Have no idea about the course that i took during my diploma at the first place. Jauh menyimpang dari cita-cita. Pakcik Harun yang pilihkan. Tapi tu lah, tak kenal maka tak cinta.
v) Never ever imagine getting married with my ex-fiance after years of being apart. But Allah knows best. Ku terima segala ketentuan-Nya, semoga semuanya elok-elok sahaja.
vi) Would love to learn to play guitar, drum & violin just for my own satisfaction. Masihkah ada ruang waktu untuk itu?
vi) I will scream to let out my anger. My semut hitam knows best about this. Kesian dia.
vii) I love adventure but i'm not really an adventurous person when it come to mix & match color attire. My all time favourite color is black. 

Kepada teman-teman blogger yang ditag, sudilah kiranya menerima penghargaan yang seberapa itu dari saya :-). Kepada teman-teman blogger yang tak dinyatakan di atas, kalau ada kelapangan jemputlah layankan tag ini. If you link me, i'll link you back. Just let me know eh. XOXO.