31 May, 2010

Funny signs

Inilah yang dikatakan jalan penuh liku.

You are a sickening people if the animal get sick after eating you. :)) Haih, siapalah yang buat papan tanda ni :))

Giler kejam punya amaran. Stok nak bagi kepala otak gegel.

Ada ibu bapa yang bercita-cita nak jadikan anak masing-masing bintang sarkas?

Papan tanda atas - Ini kes pelanggan mabuk tak hinggat la kaedahnya sampai keluar merangkak-rangkak sambil mengharung putung rokok merata-rata. Sengals.
Papan tanda bawah - Apa ke payah nak bagitau bar tu tutup? Dasar putar belit punya pengurus. :))

* Note: Pictures Googled.

24 May, 2010

Hobi baru

Bila aku mula berjinak-jinak mencuba bakat berbudi kepada tanah.

Pokok limau Hang kasturi. Aku tanam kat laman depan. Memula cadang nak tanam pokok ni dalam pasu besar tapi since aku takde kesempatan nak pergi membeli pasu & dedaun anak pokok ni dah mula gugur ala-ala nak menazakkan diri gitu, so aku cecepat la transfer ia ke tanah. Sekarang bahagian yang togel tu dah berputik. :-)

Yang ini pokok ubi keledek. Sebenarnya sebelum ni tak pernah hayat aku tengok pokok ubi keledek, ubinya pun officemate aku yang bagi sebab dah bertunas-tunas dek lama sangat disimpan. Aku pun ambik ajelah, saja-saja nak cuba tanam. Kalau tengok daun kemain menjalar-jalar lagik, tapi tang ubinya aku tak pasti. Jangan kecut/berlubang kena makan dek semut udah. Ibu (aku asyik tersasul taip ini,mana nak jumpa Ibu keledek? :P) Ubi keledek kan manis, sebab itu semut suka.

Seciput aje serai aku. Jadilah. Kalau agak-agak tak cukup nanti, boleh lah mintak serai dari jiran-jiran sebelah menyebelah. Depa tanam serai bercekak-cekak. Heheh.

Yang condong menyondong ni pokok serai jugak tapi serai wangi. Mak aku bagi. Katanya senang nanti nak guna buat mandi time dalam pantang. Yolah, cakap mak bidan usah dibantah..Akeke! Anyway, aku tak pasti kenapa pokok serai ni nak menyondong. Aku tanam elok dah menegaknya. Bila dah bercambah gini pulak jadinya. Suka hati kau lah serai, janji kau bertumbuh bagai johan.

Anak pokok kari ni aku beli sekali dengan anak pokok limau kasturi tu. Tapi anak pokok kari ni aku tanam kat laman belakang, senang nak petik bila memerlukan nanti. Hmm..btw, ada ke orang tanam pokok kari kat depan rumah? Alah, memana ajelah kan..janji hidup. And aku berharap sangat anak pokok kari ni hidup merimbun macam pokok kari kat rumah lama aku (yang itu mak aku yang tanam). Dah terbayang-bayang aku makan ulam pucuk daun kari. Sedap woo! Rasa herbanika gitu. 

Suko ati den nak masak ayam mosak lomak cili api pas nih. Nak hiris hehalus tabur ateh rondang pun buleh nih. Oh, ini daun kunyit..jangan ada yang ingat ini daun pisang..asal bergulung aje daun pisang.

Anak pokok tomato ni payah sikit nak hidup. Dalam banyak-banyak anak benih yang aku semai, 2 pokok aje yang menjadi. Tak pasti la kalau cara aku menyemai tu tak betul ke apa. Yang pasti, aku tak sabar nak tunggu pokok ni berbuah. Isk..memang tak sabar mahu melihat merah itu tomat.

Lepas ni senang la aku nak cili mulut-mulut puaka sebab aku dah tanam pokoknya. Hehe..acah aje. Asal bengang jek, petik nama cili..asal sentap aje sebut nama cili. Cili juga yang kena yek. Tapi aku tanam cili ni sebab aku nak kenakan mulut sendiri. Biasalah, ai kan suka hot and spicy.

Si lidah buaya ni memang senang hidup. Actually ini pokok pertama yang aku tanam. Dah la takde apa-apa asas bercucuk tanam so aku main biarkan aje pokok ni kat tengah laman berpanas berhujan. Makin hari makin layu. Dari dua pasu sampai tinggal sepasu aje. And untuk pastikan sepasu pokok ni still survive, aku campur tanah sedia ada dengan tanah hitam. Aku gembur-gemburkan. Lepas tu aku tanam semula setiap anak pokok yang ada. Aku letakkan kat tempat yang teduh. Aku siram hari-hari. Alhamdulillah dari hari ke hari pokok ni nampak makin segar, makin bercambah siap bertunas lagi. Aku dah plan nak keluarkan pokok yang bercampah ke pasu satu lagi nanti.

Seriously, bila dah melayan pokok-pokok ni semua..kita boleh jadi ralit (bagi yang berminat lah). Sekarang kalau pergi mana-mana, aku mesti nak cari bahagian tanam-tanaman nih. Tengok anak benih. Tengok baja. Tengok tools untuk bercucuk tanam. Kalau pergi pasar tani, mesti aku geram je tengok anak-anak pokok tu semua.
Dah berangan nak tanam pokok-pokok hiasan & deco laman depan. Dah berangan nak tambah koleksi tanam-tanaman kat laman belakang. Mujur jugak setakat ni si kinting tak gatal tangan usik-usik pokok yang aku tanam. Dia sibuk petik bunga yang kontraktor tanam then masukkan dalam pasu, itu je.

Tips dari pakcik penjual pokok :-)
1. Kalau nak tanam anak pokok direct ke tanah, gali lubang dengan keluasan dan kedalaman yang besar dan bersesuaian. Masukkan tanah hitam terlebih dahulu. Kemudian masukkan anak pokok dan kambus. Seeloknya gunakan tanah hitam untuk menanam kerana selalunya tanah di kawasan perumahan adalah tanam tambak atau padat yang penuh dengan batu-batuan. Tanah sebegitu melambatkan proses tumbesaran sesuatu pokok dan boleh menyebab pokok cepat mati.
2. Bila anak benih telah bercambah menjadi anak pokok, gunakan baja pokok untuk meningkatkan kesuburan tanaman. Baja pokok ini boleh digunakan untuk pokok berbuah (tanaman yang mengeluarkan buah) dan berbunga (pokok bunga). Bila anak pokok tersebut makin membesar, pokok berbuah dan pokok berbunga mempunyai baja yang berbeza.
3. Jangan patahkan dahan, batang atau ranting sesuatu tanaman. Gunakan gunting untuk membuang bahagian yang rosak.

Segmen seterusnya tiada kena mengena dengan berbudi kepada tanah :P

 
Ini adalah juadah makan malam kami. Sup sayur sawi + telur untuk si kinting, asam rebus ikan selar kuning, ikan kerisi goreng & POTAI. Hahahah! Harus harum semerbak toilet aku nanti. Dah lama benor aku tak menjamahnya, Jumaat lepas pergi pasar tani..aku tak boleh tahan..sambar seikat sebab dah teringin sangat. Hoh, aku taulah makruh makan bendalah tu sebab baunya kuat ya ampun. Tapi pandai makan, pandai la cover beb. Gosok gigi kaw-kaw, kumur dengan listerine, flush toilet banyak-banyak kali..kalau tak puas hati, curah shampoo terus dalam toilet bowl kasi wangi. Akekeke. Lagipun bukan aku nganga mulut depan engkauorang kan. Apatah lagi tumpang toilet untuk men'shishi'kan diri. Bagi yang suka makan bendalah tu tapi nak kurangkan baunya, cuba rebus dulu. Rebus dengan kulit-kulit tu sekali. Insya-Allah, baunya takkan setara mana okeh. Takpun makan aje petai jeruk. Layanssss.

16 May, 2010

Pen merah, pen biru..Selamat Hari Guru!

Masa sekolah rendah, aku pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Rasa seronok aje tengok cikgu mengajar. Tapi biasalah budak-budak, tahun ni fikir nak jadi itu..tahun depan fikir nak jadi ini. Lagipun aku fikir, jadi cikgu kena banyak sabar..aku rasa aku seorang yang kurang sabar. Bila dah kurang sabar, mesti aku jadi garang. Bila dah garang mesti ramai murid tak sukakan aku. So bila dah masuk sekolah menengah, cita-cita tu jadi upgrade sikit, nak jadi pensyarah. Tapi nan hado, takde maknanya. Aku yang kena syarah ada ler. Setakat jadi tutor tu adalah, ngajar subjek Maths untuk students pra kolej aku dulu..itupun aku sempat mengajar untuk 1 jam aje. Akakakak..bajet citer jadi tutor macam ye-ye aje. Saja la aku propa sikit bai. Sebenarnya, aku pun dah lupa kenapa pengalaman aku mengajar hanyalah seciput itu, hurms..mungkin atas sebab pengurusan & pentadbiran kot, so semua kelas tambahan kena cancelled. Gamaknyer lah. Ntah-ntah bebudak pra tu ngadu aku ngajar tak best dak? Hahahahaha hampesh!

Ironiknya, sekarang ni kalau pergi mana-mana mesti orang ingat aku cikgu. Paling tak boleh blah, bila ada orang panggil aku Ustazah. Tersedak aku mendengarnya. Tang manalah yang ustazahnya weh. Jauh panggang dari api. Ustazah takde ye, 'Ustajah' ada. Tapi sekarang dengan profesyen semasa aku, sesekali memang terasa macam jadi cikgu, ajar orang Pejabat Tanah pakai sistem. Jadilah kan.

Apapun, untuk para pendidik a.k.a cikgu a.k.a guru walau siapa pun kamu - guru driving school, guru tadika, guru sandaran, guru ganti, guru kecik, guru besar, guru tuisyen hatta mahaguru berbanggalah dengan tugas yang kamu pikul. Bak kata kawan aku yang juga seorang guru, "Jadilah guru yang kehadirannya ditunggu." Memetik juga kata-kata dari sang Anon ~ "Leading a child to learning's treasures, gives a teacher untold pleasure."

CIKGU
C : cantik budinya
I : inovatif praktisnya
K : kreatif mindanya
G : garang semangatnya
U : unggul ilmunya
Dapat BUNGA? Tanda tugas guru mengharum dunia
Dapat PEN? Tanda guru bijak melakar kata
Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan kesilapan muridnya
Dapat MESEJ? Tanda guru sentiasa di ingatan

SELAMAT HARI GURU!!

15 May, 2010

Penyumbaleweng

Dulu dekat kawasan sekolah aku ada seorang penyumbaleweng yang suka menunjukkan anunya kepada pelajar-pelajar sekolah yang pergi atau balik dari/ke sekolah berseorangan. Dulu-dulu mana ada istilah penyumbaleweng kan, orang dok panggil si gila seks aje. Dan kerana perbuatan si gila seks tersebutlah aku memahami maksud gangguan seksual. Masa sekolah menengah dulu, aku dan pelajar-pelajar yang naik bas ke sekolah, kena melalui satu jalan bersebelahan dengan deretan bangunan dan rumah-rumah teres. Nak dijadikan cerita, hari tu hari Sabtu & aku merajinkan diri join kawan aku pergi sekolah untuk aktiviti kokurikulum. Aku tak sure kenapa aku balik sorang-sorang hari tu tapi sebab aku balik time tengahari, aku lalu je la jalan tepi bangunan & rumah tu macam biasa. Memang sunyi la sikit jalan tu sebab hari cuti. Tiba-tiba aku dengar bunyi motor. Aku buat dek aje la. Lepas tu aku dengar ada suara dok pangil-panggil "Adik...pandang sini..adik pandang sini!". Bila dah berkali-kali dengar suara tu, aku pon menoleh la. Aku nampak seorang lelaki bertopi keledar elok je parking motor dekat simpang antara jalan yang aku lalu tu dengan lorong belakang bangunan sambil sengih-sengih kat aku. Tangan dia yang sebelah lagi pulak macam tengah pegang something. Aku puas la dok perhati apa benda yang lelaki tu cuba nak tunjuk kat aku. Aku tak dapat tengok clearly sebab silau. Lelaki tu berdiri kat tempat teduh, aku pulak berdiri mengadap matahari. So ligat la kepala otak aku dok pikir apa kebenda yaang lelaki tu dok syok sangat tunjuk kat aku & dalam masa yang sama aku pelik kenapa 'benda' tu dia tunjuk kat bawah je. Lebih kurang 3,4 minit camtu barulah aku dapat pick-up. Ciss..memang celaka la jantan tu..sebab rupanya dia dok  tayang 'anaconda' (pinjam perkataan kak D ~ Green Apple japs) dia ke aku. Padan la meleweh semacam je. Nampak macam pisang tanduk salai pun ye. Terus aku berpaling & jalan laju-laju. Aku nak lari tapi dalam masa yang sama aku nampak ada 3 students dari sekolah aku baru nak masuk jalan tu. Aku pandang dorang & cuba bagi hint tapi tak pasti lah dorang faham ke tak. Aku tengok kemain lagi depa beriringan bergelak ketawa. Jangan kejap lagi korang menjerit macam orang gila sudah. Then aku terus blah. Sambil tu aku terfikir, mesti jantan GS tu ingat aku syok 'layan' 'anaconda' dia sebab cara aku tengok tu macam khusyuk benor memerhati. Haramjadah sungguh. Time tu tak putus-putus aku menyumpah biar 'anaconda' dia berulat lesot.

Ada satu kes lagi, terjadi waktu aku balik dari sekolah naik bas tambang. Waktu tu aku dengan 3,4 orang member kena berdiri sebab seat dah penuh. Adalah lagi 3,4 orang penumpang lain yang berdiri juga tapi keadaan dalam bas tak sesak pun. Tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki, macam dah umur 40-an bukan main syok menyendel-nyendel  kat sorang penumpang wanita yang duduk. Cam lahanat jek buat muka selamba macamkan kami-kami ni tak perasan dengan perbuatan dia. Si penumpang wanita tu pulak dah tebal muka & macam nak menangis tapi dia diam tak bersuara. Kasihan dia. Lepas tu aku tengok jantan tu cuba nak amik kesempatan kat kami pulak. Dia cuba pulak nak bergesel-gesel badan dengan kami. Lepas tu siap raba & picit punggung konduktor bas yang lalu sebelah dia. Melampau sungguh. Aku pun ambik langkah berjaga-jaga, keluarkan pin tudung aku and get ready nak bertindak. (Terima kasih kepada Ustazah Azizah atas tips yang diberi :-), sampai sekarang saya ingat.) Anyway,keadaan jadi terkawal untuk sementara. Cuma bila sampai turn aku & member nak turun, jantan tu cuba nak follow kami pulak tapi bila dia tengok aku pandang dia & menjerit "Jantan gatal!" terus cuak muka dia. Terus dia tak jadi follow kami. Huh, syukur. Tau pulak dia kecut telor bila kena gertak macam tu.

Tapi yang paling tak boleh blah pada aku, ialah apabila seseorang yang layak di panggil ustaz hantar sms berbaur lucah dekat aku.  Kalau orang tengok dia, mesti orang tak sangka dia 'dirty minded' giler.  Siap bagitahu aku,  dia mimpikan aku sekian-sekian. Kalau dia sms untuk bertanya khabar ker, bagi nasihat ker, gurau-gurau biasa..aku takde hal la. Ini siap sebut nak panjat dua gunung lah, panjat inilah..apa kejadahnya. Engkau ingat aku bimbo sangat tak faham kiasan jantan gatal ker? Huh, aku tak desperatelah nak berkenalan dengan lelaki 'beriman' kalau macam itu lah gayanya. Hilang hormat aku pada dia. Ya, engkau manusia biasa, ada hawa nafsu segala but u have done a sexual harassment dan itu penyakit jiwa namanya. Bad ustaz. Shame on you!

Anyway, dari hari ke hari, isu-isu sebegini telah mendapat perhatian dan pembelaan daripada semua pihak terutamanya Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta badan-badan bukan kerajaan - WAO, AWAM, NCWO etc. Kaum wanita lebih terbuka dan aware dengan hak mereka untuk memberitahu, melaporkan dan menghentikan perlakuan si penyumbaleweng. Kaum wanita juga sudah lebih berani untuk bertindak, bersuara dan bijak mengambil langkah berjaga-jaga.

14 May, 2010

Poligami

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi...

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga". Isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular", dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural maka abang MAMPUS, tambah "s" je kan ?

11 May, 2010

Sambutan Hari Ibu

" When you are a mother, you are never really alone in your thoughts. A mother always has to think twice, once for herself and once for her child ~ Sophia Loren. "

Itu sangatlah benar. Tiada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka. Bila sudah jadi ibu, aku lebih faham kata-kata itu. *smile* Sesungguhnya menjadi ibu itu satu kurnia, satu rahmat dan satu kebahagiaan nan tak terucap. Dan tergalaslah tanggungjawab kita untuk menjaga, memelihara, mendidik, membentuk dan membesarkan si anak dengan penuh kasih sayang.

Dan tatkala si kinting menyanyikan lagu Ibu (dari iklan Nespray tu), tiba-tiba hati aku jadi tersentuh. Walaupun nyanyiannya hanyalah pada hujung-hujung kata dan pelat pula tu, aku tak jemu mendengarnya. Bertambah 'geram' kerana si kinting menyanyi siap dengan gaya depang tangan segala..alahai anak ibu.

Btw, Sabtu lepas ayah mertua aku ada jemput kami untuk sama-sama raikan Hari Ibu bersama my family-in-law. Kami ni pulak tak tahu depa ada turun KL, dah petang baru ayah mertua aku sms En.F bagitau tentang kedatangan depa & pasal sambutan Hari Ibu. Adik-adik ipar aku dah rancang nak raikan mak mertua aku, so kami semua berkumpul di Sunway Pyramid. Sebuah majlis makan malam keluarga yang ringkas tetapi meriah. Here are some of the photos.

Sesi potong kek oleh ibu, ummi & mama. Dari kiri adalah tuan empunya blog yang kalau kemana-mana mesti nak pakai shawl bunga-bunga purple pink dia itu selagi tak jemu, adik ipar yang sebaya umur dengan tuan empunya blog (motif bagitahu sebaya segala? Takut terlihat lebih matang di samping adik ipar..akakak!)serta ibu mertuaku yang sporting dan suka shopping. *tetiba aje sebut pasal shopping..apakah?!*

Ini adalah sebahagian dari ahli keluarga mertua aku. Si kinting tiba-tiba terselit kat tengah-tengah tu. Mula-mula elok je dia makan sendiri lepas tu, separuh baju basah terkena air pepsi yang dia tumpahkan.Elok la tu, bercorak sikit baju dia yang plain tu. Haih.


For my mum & mother in law
"Ibu..ibu...engkaulah ratu hatiku"

08 May, 2010

A'anim

Ni A'anim nye. ( Ini Tasnim punya.) A'anim - Anak aku sebut nama sendiri siap ada idgham bagai. Comel bunyinya pada pendengaran aku :-). Sudah banyak mulut, tapi pelat. Hahah! Mak aku siap musykil kenapa si kinting ni pelat sebab dia cerita aku kekecik dulu tak pelat pun. Yang pelat adik lelaki aku.  Mak aku cerita lagi, masa umur adik aku 2 tahun lebih..Tok Ki Bak (atuk belah ayah) tanya la adik aku, "Mama mana?" Adik aku cakap, "Mama gi PD". 2,3 kali Tok Ki Bak aku tanya, dia dok sebut "Mama gi PD..Mama gi PD". Clueless orang tua tu. Rupanya dia nak cakap, "Mama pegi perigi." Akakaka. Gamaknya si kinting menurun Pak Ngahnya tak? Tapi ntah-ntah En.F yang pelat time kekecik dulu, mana tau kan? Padan la kalau si anak pun pelat juga. Aku pernah tanya En.F dia pelat tak kekecik dulu..sikit pun dia tak mengaku. Hek elleh. Hahaha. Apapun aku tak kisah dia pelat..bukan kami yang ajar dia cakap pelat, memang si kinting pelat semulajadi. Nanti dah besar insya Allah elok la dia bercakap.

Makin besar, dia makin kuat makan. Dia suka makan. Tiap kali aku hidangkan makanan atas meja, mesti mulut dia riuh menyuarakan ke'excited'annya. Kalau ada tetamu, dia yang beria-ia ajak tetamu makan. Tang makan ni, aku pasti dia menurun gen siapa. *Ehems-ehems*  Tapi mujurlah dia jenis makan sikit-sikit aje.  Setakat ni, alhamdulillah berat badan dia normal tapi kalau orang tengok bentuk badan dia mesti orang akan kata kus-mangat punya. Heheh!

Sekarang si kinting dah pandai mengadu, bukan mengadu stail gedik kalau orang marah or pukul sikit pergi lari kat orang lain mengadu gitu..dia mengadu kalau tangan dia sakit ke, dia tak selesa lepas poo-poo ker..jadinya senanglah aku nak tau tang mana yang sakit, bila dia membuang (especially time aku tengah sibuk buat kerja lain so tak terhidu akan hasil pembuangannya itu), kenapa dia tak selesa etc. Sekarang aku tengah latih dia untuk tak pakai dypers. Ada waktu, sempat la kami bawak dia ke tandas kalau nak shishi or pakaikan dypers kalau dia nak poo-poo (si kinting tak pass lagi nak poo-poo kat tandas, mesti dia tahan..tak terteran gamaknya). Tapi ada jugak waktu dia terlepas, menjejes-jejes kat lantai. Kalau tak kena masa, memang mulut aku boleh bising membebel macam Joyah Sport..huhu.

Haa..ini aksi si kinting yang aku snap tadi. Mula-mula aku ajak dia duduk atas pangku layan tengok gambar kat notebook sambil dengar lagu. Lepas tu bila aku dah tak daya nak memangku dia, aku letak dia kat kerusi sebelah sambil aku surfing internet.Elok je aku berpaling kat dia, aku tengok dia dah tertido stail cenggini. Sebelum angkat dia letak atas toto, snap gambar candid sekeping dua dulu. Adoi la..macam mana la duduk sambil tongkat dagu pun boleh terlelap ni nak oi? Si kinting ni kalau dah mengantuk sangat..sambil duduk tengok tv ker, sambil makan ker, memang dia boleh terlelap macam tu je. Tapi ini la kali pertama aku tengok dia terlelap sambil duduk tongkat dagu. Geram ibu tengok kau nak..rasa nak gomol-gomol kau time tu jugak. Tapi tang trompet tu memang spoil sikit gambar, haih.

Sebenarnya aku nak tayang juga video si kinting kayuh basikal, tapi ada error pulak time aku copy file tu dari hp ke pc. Invalid format ke hapa ntah errornya. Malas aku nak godek lelebih. Maybe next time lah. Si kinting dah boleh kayuh basikal roda tiga. Si atuk Harun la yang belikan. Dulu Atuk Johan belikan kereta ayam..Tasnim dah puas dah naik. Sekarang dia kemaruk kayuh basikal la pulak. Memang aku perasan si kinting dah lama teringin nak basikal since kami pindah ke rumah baru sebab dia tengok basikal anak jiran sebelah. Tapi basikal tu sesuai untuk budak umur 5,6 tahun. Jalan depan umah aku pulak bercerun, so aku ingat nak tunggu dia besar sikit la baru belikan basikal. Tup-tup si atuk dah belikan, syukur alhamdulillah. Setakat ni, aku biarkan si kinting main basikal dalam rumah ajelah. Biar dia dah pandai willi handle basikal tu nanti, baru boleh ajak dia berbasikal kat luar.

Selain tu, si kinting dah boleh melukis bulatan..bulat..bulat...bulat. Si Atuk yang ajar. Dari umur dia 10 bulan gitu memang aku dah ajar dia pegang pensil, tapi time tu tak reti nak menconteng lagi. Bila nak dekat setahun baru la dia reti nak menconteng kat kertas..ada jugak la dia terbabas menconteng kat dinding, sofa, kain baju..cuma tak dibuat secara meluas. Lepas kena titik tangan tegur, memang dia ingat la nak menconteng kena atas kertas sahaja. Nih, tengah sambil-sambil aku menaip ni..dia ajar aku cara pegang mouse pulak. Akakaka..ada-ada ajelah kau ni kinting. Muahs..muahs!

Sebagai penutup bicara, meh aku tunjuk sikit hasil contengah si kinting.

Bulat kecik. Bulat besar. Bulat herot. Bulat pengot. Semua ada. Hihi.

Daa.

06 May, 2010

Tumbuhan beracun?!

Aku terima emel ini dan terasa ingin berkongsi dengan engkau orang terutama kepada ibu-ibu & bapak-bapak budak.

Emel tersebut adalah lebih kurang berbunyi seperti ini
" I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant on her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of helpers, we should give them a safe environment where they can play."

Inilah tumbuhan yang di maksudkan. Ini pokok puding kan? Tak sangka pulak pokok ni beracun. Dah nama pun pokok puding, bunyi macam mesra alam gitew kan? Lagipun dari kecik aku memang dah biasa tengok orang jadikan pokok ni tanaman hiasan kat kawasan rumah atau pejabat. Aku dulu siap kutip daun ni main masak-masak atau jual-jual. Kira lagi lebar daun, lagi tinggi la nilai 'duit' tu. Lagipun spesis pokok puding ni ada macam-macam bentuk & warna. Jahanam pokok orang kami kerjakan.

Nama saintifik si puding ini ialah Codiaeum variegatum. Kebiasaannya didapati di Rwanda dan mengandungi racun yang boleh membunuh terutamanya kepada kanak-kanak. Ia boleh membunuh seorang kanak-kanak dalam masa kurang seminit dan dewasa dalam masa 15 minit. (Huh, dah ler rupa tak seberapa..beracun pulak ko ye.) Jika tersentuh, elakkan menyentuh mata kerana ia boleh menyebabkan buta - sementara atau selamanya. (Oh my..oh my! Err tapi aku tak pasti ini tersentuh daun aje ker atau terkena getahnya ker atau apa.)

Untuk penerangan lanjut boleh klik gambar di bawah.
Taken from here.

Okey, aku sertakan jugak link untuk senarai tanaman lain yang merbahaya kepada kanak-kanak. Klik sini. 
Some of the plants from the list tu bukanlah merbahaya secara keseluruhannya, contoh macam pokok kekwa..yang beracun daun dia tapi bunga dia kita boleh buat teh kan?
Kalau dah tanam atau nak tanam jugak, kena pastikan pokok tu ditempatkan di kawasan yang terhadang atau tak dapat dicapai oleh anak. Ajar anak-anak kita supaya tidak masukkan apa-apa bahagian dari tanaman tersebut ke dalam mulut. Bagi anak-anak yang dah besar, bagitahu sebabnya. Apa yang penting, kita kena aware dengan kebaikan dan keburukan sesuatu pokok/tumbuhan tu sebelum menanamnya.

Boleh juga get info dari website En.Fazlisyam di sini.

Chempaka aurora : Aku takut tengok pokok paku pandan yang bebesar tu sebab dulu Makcik Juli pernah cakap itu pokok tempat pontianak suka lepak. Akakaka. Ntah ye ntah idak. Ntah-ntah mak aku tu saja memandai sebab pokok tu kan spesis pokok menumpang kat pokok-pokok besar. Wallahualam.

05 May, 2010

Pesan Makcik Juli

Hahaha..gigih la hari ni buat entry 2 sekaligus. (Ada orang lagi gigih sampai 10 entry 1 hari..tu kira meroyan ke hapa? Huhu!) Sementara aku ingat pesanan mak aku ni, aku taip lah..kang dah lupa..hapah pun takdak.

Gini..semenjak dua menjak ni ada lah 2,3 tiga orang kawan aku yang tanya sama ada mak aku free untuk mengurut member dorang yang keguguran. So aku tanya la mak aku kot-kot sesiapa ada call nak mintak berurut. Oh ye, mak aku ada kemahiran mengurut dan menjaga wanita lepas bersalin. Masa aku nak bersalinkan si kinting dulu, member-member cakap aku tak payah susah-susah nak cari orang untuk berurut atau jaga aku dalam pantang. Hehehe...betul tapi dek penangan dapat cucu sulung & aku pulak duduk hospital lama, aku dah masuk belas-belas hari berpantang baru la dapat berurut..naik sebu badan ni penuh angin..hahah! Tapi yelah kesian gak kat dia, nak jaga anak berpantang lagi..nak jaga cucu lagi..nak jadi babysitter anak jiran lagi..nak buat kerja rumah lagi..maka redhakan ajelah. Dia dah sanggup nak jaga tu pun dah besar rahmat. Syukur Alhamdulillah (gaya Hai-O).Hahaha. Eh..terlajak menceceh hal lain pulak.

Okay, just nak share pesan mak aku ni. Kalau mereka yang keguguran (misscarriage ye bukan keguguran rambut atau bulu idong..tu korang pepandai la pegi Yun Nam's Hair Care or pakai syampu Bawang wachaa-wachaa Jackie Chan :P) dan ada buat DNC, janganlah memandai nak berurut kat perut. Nak berurut badan takpe. Sebabnya, waktu tu rahim still ada luka..kalau diurut takut nanti rahim makin bengkak atau turun darah. Tak kisah la waktu tu engkau orang rasa macam peranakan jatuh ke apa. Kena pastikan peranakan tu dah ok baru la boleh diurut. Amalkan minum air kunyit 3 pagi berturut-turut untuk sihatkan kembali peranakan dan berpantanglah seperti biasa. Air kunyit tu lagi mujarab kalau dicampur dengan air rebusan inai. Boleh cuba yek.

Just my two-cents :-)

Silap beli lagi


Aku pakai this two-way cake foundation. Za je. Jatuh cinta pada ia plus minus 2 tahun lepas kot. Ntah macam mana aku terlupa color code time kali kedua terakhir aku beli this product. So, main agak-agak je. Masa tu aku tak tau kalau nak test foundation ker, compact powder ker..kena sapu kat area atas jawline tu..main belasah je amik. Balik rumah bila tempek ke muka, tu dia..muka jadi kelam semacam. Dah ala-ala Dayang Senandong rupa aku. Tensi sekejap (arghHH) tapi cepat-cepat pujuk hati untuk beli yang lain. 2,3 hari lepas tu aku beli 1 lagi tapi yang refill punya. Rasa macam dah kena je colornya tapi sekali lagik, hampeh. Kali ni terlebih cerah pulak. Ah..sudah. Penyelesaianya..bila nak pakai, aku combine these two compact powder..barulah kena skit ngan tone kulit muka aku. Hehehe..selamat..save duit aku. Tapi compact powder yang cerah kena angkut time kereta aku kena kopak tempoh hari so tinggal yang si gelap aje..nak tak nak aku belasah jugak la pakai. Kelam pun kelam lah.
So, semalam dek kerana nak gantikan compact powder yang hilang tu..aku beli la yang baru. Konon kali ni nak pilih bebetol. Nak yang bebetol kena ngan tone kulit muka. Kemain lagi aku test. Balik umah bila tempek...uwaa...terbeli yang cerah lagi. Apakah aku perasan kulit aku ni putih cerah macam amoi salesgirl kat Watson tu? Nampak gayanya aku kena la combine si putih ni dengan si gelap tadi. Aku pernah terbeli tone color no. 32, 23 & 21 which is not my tone. Sepatutnya aku amik yang 22 tu. Isk...isk.  Btw, aku baru dapat tips ini --> It's better for us to buy a yellowish tone since this kind of tone can match all skin type than a pinkish. Hurms, kiranya orang berkulit pinkish untung la sebab boleh pakai any tone color, ye dok? But mostly asian memang kulit ala-ala yellowish kan?

Siapa-siapa ada tips untuk cerahkan kembali kulit yang sunburn?

01 May, 2010

Putus tunang?! I'll see you in court!!

Bertunang itu adat dan dalam masyarakat Islam, selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak, pertunangan tersebut adalah digalakkan kerana ia adalah suatu bentuk perjanjian di antara pihak adam dan hawa untuk melangsungkan perkahwinan. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut boleh dibatalkan atas sebab-sebab yang munasabah dan mendapat persetujuan kedua belah pihak.Which is pihak lelaki atau perempuan, masing-masing ada hak untuk memutuskan pertunangan. Tapi bukanlah boleh suka-suka nak bertunang then suka-suka pulak nak putuskan.Bukan macam , "Kenapa U bagitahu dia kita dah bertunang, hah?" "Kenapa? Salah ker? Kan kita lagi 3 minggu ++ nak nikah?" "Whutever, i nak kita putus sekarang!" "Putus?Kenapa? Sebab dia ker?" "I dah tak tau whether I nak kawin dengan U atau tak. I dah tak rasa apa-apa." "........, kalau  u betul-betul nak putus, kita buat cara beradat. U kena datang jumpa mak bapak I." "Ok tapi pulangkan cincin tanda & tunang yang I bagi tu." "......, if u insist time U datang rumah I nanti, I pulangkan.". (Ini contoh dialog drama bertajuk "Putus sudah kasih sayang" ye para pembaca sekalian, Ahaks!) 

Amboi-amboi..engkau buat onar, engkau mintak putus then engkau tak segan-silu nak mintak balik semua. Masa nak bertunang, engkau jugak yang beria-ia convince si dia  & keluarga yang engkau sudah jumpa calon isteri terpaling istimewa. Engkau jugak yang beria-ia canang pada saudara-mara & rakan taulan semua, "Ini tunang saya". Tup-tup..bila majlis sudah semakin hampir, persiapan sudah dibuat, engkau buat peel pulak. Sudahlah tidak berbincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak, engkau hilang begitu sahaja. Jadinya kalau setakat engkau tengok orang lain bertunang, then engkau pun terasa macam nak bertunang, lupakan saja. Memanglah ada orang kata, alangkan suami isteri pun boleh berpisah..inikan pulak orang bertunang kan?Memanglah. Tapi engkau bertunang tu bukan macam main pondok-pondok ye.Main pondok-pondok tak perlu nak keluar duit buat persiapan segala. Main pondok-pondok tak melibatkan air muka & maruah keluarga. Main pondok-pondok tak melibatkan hati dan perasaan siapa-siapa. Tapi kalau putus tunang tak kena gaya & caranya, memang boleh buat kita putus saudara.

Orang kita kan penuh dengan adat, apalah salahnya kalau berbincang elok-elok antara dua keluarga. Kalau pihak lelaki minta putus sebab si perempuan merenyams dengan jantan lain, hah..persilakan tuntut semua barang-barang hatta wang hantaran yang diberi. Kalau si lelaki minta putus sebab dia yang merenyams dengan betina lain, sila amik cermin sebesar-besar alam & cermin diri sendiri dulu. Jangan bikin malu orang aje. Tak guna jadi lelaki kalau takde timbangrasa atau rasionalnya. Sama jugak untuk pihak perempuan. Kalau engkau buat hal (samada engkau nak putus atau si lelaki mintak putus), jangan nak bikin kecoh macam engkau yang teraniaya (unless, memang engkau dianiaya atau ada salah faham yang tidak dibetulkan. Almaklum, tunangan orang especially perempuan memang terdedah untuk difitnahkan). Reti-retilah nak pulangkan wang hantaran. Kalau tidak dituntut, engkau sekeluarga patut bersyukur. Kalau engkau menjadi mangsa keadaan, tabahkan dan lapangkan hati menerima ketentuannya. Satu keluarga malu itu sudah tentu. Berhabis duit juga sudah tentu.

"Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan 'jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah."

"Berkenaan pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen & Enakmen Kekeluargaan Islam Negeri Melaka 1983 telah menyatakan bahawa: Jika pasangan telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, berseorangan atau melalui perantaraan, apabila suatu pihak enggan berkahwin tanpa sebab-sebab yang sahih maka dia bertanggungjawab memulangkan segala pemberian pertunangan. Pihak yang dimungkiri juga boleh memohon tindakan mahkamah bagi meminta pihak yang mungkir janji membayar apa-apa juga wang yang telah dibelanjakan bagi membuat persediaan perkahwinan."

Sudah termaktub dalam undang-undang, mana-mana pihak ada hak untuk menuntut hak masing-masing sekiranya terjadi kejadian putus tunang. Apa yang penting, tuntutan yang dibuat adalah berpatutan dengan kerugian yang dialami, bukanlah atas dasar ingin menangguk di air yang keruh atau atas dasar ingin membalas dendam hingga mendatangkan mudarat kepada pihak satu lagi. Jika tak, inilah sebabnya timbul isu saman-menyaman dengan jumlah yang ntah apa-apa. Nampak sangat macam harga maruah engkau sekeluarga boleh dibeli dengan duit. Nampak macam engkau tak redha dengan ketentuan-Nya. Kenapa perlu menyulitkan keadaan yang dah sedia sulit kan? Tak perlulah naik turun mahkamah semata-mata kerana nak puaskan hati,  bukan untuk selesaikan masalah.

Pada aku, kedua-dua belah pihak patut berani bersemuka dan berunding dengan cara baik. Jangan biarkan hanya satu pihak yang beria-ia untuk selesaikan masalah dan jangan sekali-kali mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan dengan pertunangan tersebut. Satu pergi sepuluh mari. Mungkin dia bukan jodoh terbaik untuk engkau. So let it be.