21 July, 2010

Semua dalam 1

Entri kali ini memang sangat caca marba. Harap kamu yang membacanya bersabar. Mana lah tahu kalau entri caca marba ini jadi panjang lebar. Gaya bahasa sudah macam ritma. Keh keh keh.

1. Mimpi
Hujung minggu lepas aku rasa aku mengalami mimpi paling merepek dalam hidup. Tiba-tiba sahaja aku berada di tengah-tengah majlis perkahwinan sepupu aku. Dalam mimpi itu, dia sepupu aku tapi realitinya aku tak kenal siapa dia. Tak pernah nampak pun. Aku jadi penanggah. Majlis itu sangat rock sebab siap ada konsert rock artis luar negara. Aku tak ingat siapa. Tapi sambil aku lalu bawa pinggan mangkuk kotor boleh singgah kejap layan head banging lah. Hahaha..rosak..rosak. Kemudian muncul budak-budak AF pulak, buat aksi macam dalam drama Hotel Mania. Dah jadi kenduri kahwin the musical pulaknya. Tapi  memang drama sebab pengantin lelaki lari. Tapinya lagi, pengantin perempuan sedih kejap aje lepas tu dia bergembira. Aku pulak dah confuse, ni majlis kahwin ke atau bachelor party. Siap dalam hati aku terdetik nak buatkan 1 entri tentang tu. Blogger tegar la konon kaedahnya sampai dalam mimpi pun boleh cari idea untuk masukkan dalam blog..macam lah masyuk sangat, padahal nan hado. Disebabkan mimpi aku terlalu merepek, aku paksa diri aku untuk jaga.

2. Floria, Putrajaya
Tak silap aku ini macam event tahunan. Tapi selama duduk di Putrajaya ini aku masih belum berjaya bawa famili kecil aku ke sana. Tahun lepas aku pergi seorang diri. Sambil pergi ke pasar minggu sambil singgah, konon nak survey dulu sebelum bawa famili. Tapi tak terbawa pun. Tahun ini aku pergi dengan geng-geng pejabat. Siap naik bas lagi. Tu la kali pertama dalam Putrajaya aku naik bas, masing-masing malas nak drive sebab malas nak cari parking. Disebabkan waktu tu keadaan ekonomi sedang tidak masyuk, maka aku mampu telan air liur ajelah melihatkan rimbunan pokok-pokok tanaman yang dijual. Gerai orkid giler banyak, cantik-cantik tapi aku tak minat sangat sebab orkid macam renyah nak jaga. So aku ambil gambar ajelah. Ok..ok, aku tahu takkan ada orang yang ke Floria tidak ambil gambar dan tidak muat naik ke internet..memang ada. So mungkin ada yang sudah boring untuk tatap benda yang sama, tapi aku bagi chance untuk diri sendiri tayang gambar juga. :P
Macam real je biawak tu weh. Geli aku nengokkannya tapi kreatiflah. Suppose to be event ni berlangsung sampai Ahad minggu lepas tapi dilanjutkan ke Isnin lepas sebab dapat sambutan menggalakkan. Kawan aku bagitau on the last day semua pepokok, tanaman, hiasan & batu-batuan dilelong atau diberi percuma. Tapi tak dapat le pokok-pokok yang best-best ye sebab kebanyakkannya dah sold out. Ala, kalau dapat pokok-pokok yang macam majlis perbandaran buat hiasan landskap kat tepi jalan tu pun dah ok apa.

3. Kenangan
Hari tu mak aku bagi sekotak bebarang personal yang aku tinggalkan kat Kuantan. Actually bebarang tu aku simpan kat almari buku aku tapi mak aku dah jadikan almari tu tempat simpanan koleksi katak kuang dia pulak dah. Hurm..elok la tu, dulu dia minat itik, sekarang minat katak pulak..adik aku pun dha terjebak minat kat bebarang bermotifkan lembu hitam putih cuma aku ajelah takde minat nak buat koleksi macam tu. Ok, berbalik pada cerita bebarang dalam kotak tu, bila aku selongkar punya selongkar..aku terjumpakan cekak di atas. Actually itu cekak yang aku buat untuk flower girl masa aku sanding dulu. Tasnim bukan main seronok bila jumpa cekak ni. Tak sangka sekarang anak aku dah boleh gayakannya. Boleh juga aku simpan buat kenang-kenangan.

4. Masak-masak

Ini adalah weekend lepas punya masakan. Sarapan pagi dengan veggie pasta with herbs & cheese cream. Ala, aku beli yang dalam tin tu je pastu tumis dengan minyak zaitun, bawang putih & udang. Siap. Lagipun, pasta-pasta ni kegemaran si kinting :-),licin sepinggan tu dia makan. Untuk makan tengahari aku buat sup ikan merah (tekak aku yang teringin), telur dadar (wajib!) & sambal tempoyak (tempoyak aku buat sendiri, jadi la nak buat lepas gian makan sambal tempoyak..haih,teringin lagi?!). Diiringi dengan air ribena susu (pengaruh iklan Ribena di bulan puasa..ingat tak iklannya?) Tapi selera makan mentekedarah melantak macam masih belum dipuaskan lagi kerana teringin juga menikmati ini;

Ayam penyet Wong Solo(erm, mcm tak berapa nak penyet tapi sambalnya sodap!)
dan ini;
Jus poligami (abaikan budak yang sedang menganga di belakang itu ye, lapar sangat nampak gayanya..kui kui kui!)

5. My precious
Ini budak kerinting rambutnya dari hari ke hari makin bergumpal dan mengembang. Gambar diambil sewaktu majlis aqiqah dan cukur jambul dua pupu(s) & little auntie(s) di kampung. Sekarang dia dalam sesi untuk bercerai dengan puting. Dia kena katakan tidak pada puting. Jadi kena selalu puji yang dia cantik tak hisap puting. Kalau dia minta juga, kena bagitahu ulat dah gigit puting so puting dah kena buang then buat tak tahu sahaja. Heheheh. So far semuanya berjalan lancar. Hopefully berjayalah prosedur perceraian ini.\(*o*)/

Walaupun si kinting tak berapa petah or fasih bercakap, tapi sesekali bila dia bercakap rasa kelakar juga. Ada satu hari tu dia pernah cakap, "Babah, nak ikut saya..nak ikut saya" bila nampak En.F bersiap-siap nak keluar. Terpinga-pinga juga mula-mula En.F nak faham ayat dia. Sebenarnya dia nak cakap, "Babah, saya nak ikut." Hehehe. Selain tu, dia pernah nak follow aku ke public toilet tapi aku tak bagi dia ikut sebab nanti leceh nak heret dia sama masuk toilet, tapi dia insist nak ikut, dia cakap "A'anim nak itut gak, a'anim nak cing gak, tingok ni..tingok ni", sambil kangkangkan kaki & tunjuk diaper dia. Haa..dia pernah juga berlakon tak mahu balik time aku nak ambil dia kat Kajang..dah elok-elok dia salam semua orang & follow aku ke pintu, dia patah balik, aku ajak balik dia tak nak, bila aku nak tutup pintu cepat-cepat dia lari datang kat aku sambil senyum-senyum notty. Eii, budak kecik ni pandai berlakon la pulak. Dari nak rasa hampa, rasa tercuit hati pula. ♥ her.

15 July, 2010

Pasangan ideal

Ideal itu subjektif, maka lain orang lain lah ukuran idealnya. Tapi yang benar setiap orang pasti mencari pasangan yang ideal bukan?

Selalunya yang ideal itu digambarkan datang secara pakej - elok paras rupa, tahap pendidikan tinggi, kerjaya bagus, ada harta benda, punya budi pekerti dan yang seumpama dengannya. Pendek kata, mereka-mereka yang punya nilai-nilai ini adalah calon terbaik untuk dibuat pasangan. Mereka sangat ideal. Oleh kerana ideal itu, hidup berumahtangga adalah dijamin aman bahagia, gembira dan senang lenang. Benarlah tu. Ia memang fakta bukan auta. Hei, siapa tak mahu hidup bahagia kan? Jadi, bodohlah kalau tiada keinginan untuk mencari pasangan ideal.

Dan apabila kita fikir pasangan ideal kita adalah seperti yang tersebut di atas, kita terdorong untuk mengatakan dia adalah calon terbaik untuk kita. Bagi yang ketemu dan berjaya hidup bersama pasangan ideal mereka, memang sudah suratan Allah itu jodoh kalian. Maka bersyukurlah. Bagi mereka yang merasakan mereka layak mendapat jodoh ideal tapi diketemukan Allah dengan seseorang yang 'tidak ideal', hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu. Sesuatu perkara yang kita rasakan baik tak semestinya tidak mendatangkan mudarat pada kita. Contohnya kalau kita inginkan pasangan yang handsome kerana kita cantik, kalau tak kena gaya kita makan hati kerana buah hati yang handsome asyik menjadi perhatian orang,  atau lebih buruk lagi kalau dia sendiri yang perasan sahamnya tinggi lalu sibuk bermain kayu tiga-empat-lima. Sama juga kalau berkehendakkan pasangan yang berkerjaya, berduit dan berharta, dari segi lahiriah memang itu semua boleh memberikan bahagia tapi kalau kena si panas baran, tangkai jering, pengotor, pemalas, gatal, tak bertanggungjawab etc..adakah kita boleh bahagia? Selalu manusia memandang kesekufuan dari segi lahiriah tetapi dari segi emosi dan peribadi bagaimana?

Zaman sekarang memanglah susah untuk ketemu dengan yang ideal mengikut idealistik kita. Tak salah untuk kita meletakkan nilai tapi haruslah berpada-pada. Nilai ideal tidak boleh sekadar diukur dari segi lahiriah, ciri-ciri nyata sahaja. Setiap manusia akan ada lebih dan kurangnya. Kalau kita ketemu seseorang dan berkahwin dengannya kemudian kita dapati dia tidaklah seideal yang kita sangka, lalu kita mencari ruang-ruang kosong itu untuk diisi dengan nilai-nilai ideal dari yang lain memang sampai ke sudahlah kita takkan menjumpai cinta yang dicari. Mungkin juga seseorang itu tidak ideal untuk kita tetapi dia menjadi ideal apabila dia melengkapi diri kita,boleh menerima kita seadanya. Ada juga seseorang yang kita rasakan tidak ideal untuk kita tetapi apabila dia ketemu dengan insan lain mereka menjadi ideal. Hurms..tak perlulah rasa terganggu. Kerana dia juga seperti kamu, harus deal with dengan kelebihan dan kekurangan yang dicintainya untuk terus kekal menjadi pasangan ideal. Dalam hal ini, anggaplah sahaja mereka itu bertuah kerana terus merasa idealnya cinta yang dijumpa, dan yang lainnya tidak rugi apa-apa kalau berusaha belajar mencipta ideal. Kerana baik yang bertuah atau tidak, akhirnya semua akan sama-sama merasa bahagia. Harta benda, ilmu, pangkat dan kedudukan boleh dicari, yang harus dicari adalah ideal pada iman..pada hati.

Yang pastinya, siapalah kita untuk mengukur idealnya cinta kalau kita tak mampu menerima ketentuan-Nya.

*mode Suria Cinta di Suria.fm* ("_,)

08 July, 2010

My Heavenly Hometown II

Kalau diikutkan perancangan di dalam kepala, lokasi-lokasi wajib kunjung memang sudah ada senarainya. Akan tetapi, disebabkan trip kali ini adalah trip kerja maka tidaklah aku berangan tinggi untuk berada di lokasi-lokasi yang diingini. Hajat yang tertunai adalah menikmati makanan laut di restoran Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur, window-shopping di Teluk Chempedak & berfotografi di pantai Cherating. Oklah tu. Nak jenjalan lebih-lebih kena buat trip sendiri la nanti.

Restoran Ana Ikan Bakar - tempat kegemaran aku dulu, kini dan selamanya untuk menikmati ikan pari bakar + petai, ikan siakap/kerapu 3 rasa & udang/sotong celup tepung. Nyum..nyum.Gulps! Kecur liur aku. Kalaupun aku makan makanan seafood di restoran lain, kepuasan adalah lebih apabila makan di Ana Ikan Bakar. Kalau dulu hanya ada satu restoran Ana Ikan Bakar, kini sudah ada 3. Semuanya di Tanjung Lumpur. Cuma untuk kali ini aku dapati sotong celup tepung  adalah 'kureng' sebab tepungnya serap minyak sangat. Terlalu rapuh & nipis. Takde rasa. Sedikit keciwa adinda. Dimaafkan sebab licin dikerjakan. Keh keh.

Teluk Chempedak - tempat ini memang telah sedia popular sedari aku berlari-larian di pantainya dengan hanya memakai sepentot. Ehems..itu cerita waktu umur aku 6,7 tahun ye. Kalau waktu sekarang aku berlari-larian kat TC macam itu, harus jadi malapetaka. Agagaga. Ini pantai popular tapi bahaya. Kalau tiba waktu tengkujuh atau air pasang, jangan berani-berani nak berenang ria. Bentuk pantainya yang landai sangatlah berisiko untuk menyebabkan kita lemas di laut nan masin (manalah ada laut nan manis pulak kan? :P)  Mintak simpang lah ye.  Tapi janganlah takut sampai tak sanggup nak jejakkan kaki ke sini. Yang aku cerita tu cerita momok aje. Actually, it is a nice place. Pemandangan laut yang luas terbentang. Bayu nan lembut. Ombak menghempas pantai. Selain itu, ada Teluk Tongkang, ada hutan lipur, ada Hotel Hyatt. *tetiba*  Akeke. Disebabkan aku berkunjung di sini waktu malam, maka tak dapatlah aku menghadap pantai memandang laut mendengar ombak. Lebih afdhal menemani my bos cuci mata di gerai-gerai jualan. Aku tengok kebanyakkan adik-adik yang menjadi jurujual di situ, makan tidur di situ juga. Gerai-gerai yang mereka jaga dilengkapi dengan sebuah bilik kecil sementara. Sudahlah masing-masing muda remaja, dibiar pula tanpa pengawasan keluarga atau orang dewasa. (+_____+) Haih.




Pantai Cherating - di sini, aku hanya kepingin untuk pergi ke Bulan. Ini bukan bulan di angkasa daa. Ini bulan yang dekat saja. Tempatnya adalah bersebelahan Hotel Legend. Waktu malam, kalau bulan terang..bayangan bulan boleh dilihat di hamparan laut. Cantik gilos.  Sebab itulah lokasi itu dinamakan Bulan. Sangat nyaman dapat makan mengadap pantai melihat bulan. Oh, di situ ada restoran..err, dah lupa nama dia. Ada chalet juga. Dan kebetulan pula encik driver jabatan memang teringin hendak sampai ke Cherating maka aku tunjukkan jalan ke sana. Memang bawa dia betul-betul kat 'main' Cherating dan kemudian beralih ke Bulan. Setelah rakamkan foto dia sepuas hatinya, aku..dia & my bos bergerak pulang. Eh, wajib nyatakan kami keluar bertiga ye sebab manalah tahu kalau ada hamba Allah nak fikir aku keluar berdua-duaan. Apapun, aku puas kerana dapat menyapa ombak.




Sekian cerita liburan dan darmawisata aku.
Seterusnya adalah iklan tanpa tajaan :-)



Klip rambut comel hasil kerja tangan kawan seangkatan. I likee! Ada 2 sebenarnya tapi aku tayang 1 dulu. Dia juga sempat buatkan 3 purse comel untuk anak-anak my bos. Boleh klik link yang diberi untuk tatapan lanjut :-) Manalah tahu kalau ada yang berkenan di hati. Harga adalah berpatutan.

07 July, 2010

Tanduk setan


Setiap pagi, sepanjang 5 hari aku berkampung di Kuantan minggu lepas..aku akan melalui sebuah jalan yang berhadapan dengan beberapa buah sekolah. Makanya, setiap pagi aku boleh melihat murid-murid berkumpul, berbaris, berarak dan berlatih kawad. Dan aku membuat kesimpulan, murid-murid tersebut adalah sedang gigih berlatih untuk meraikan Hari Sukan. Jadi, apa kena mengena tanduk setan dan Hari Sukan eh?

Dulu-dulu, di sekolah aku kalau hari sukan..kita akan pakai t-shirt rumah sukan yang kita wakili & track suit. Nothing fancy unless kita kena buat persembahan kebudayaan atau taekwando atau karate-do. Jadinya bila aku melihat murid-murid sebuah sekolah berpakaian sukan warna-warni siap bertema, aku rasakan ianya sangat menarik. Peserta rumah kuning akan pakai bandana kuning polos di bahu, rumah biru memegang riben berwarna biru dan rumah hijau memakai tanjak berwarna hijau. Memang meriah lah. Seronok aku tengok. Murid-murid di situ lagi lah seronok. Masing-masing berlari-lari anak dan berbaris dengan riang di khemah rumah sukan masing-masing yang dihias meriah. Tapinya dalam pada aku ralit memerhati itu, aku agak terkejut dengan penampilan murid-murid rumah merah. Bukan apa, masing-masing nampak seronok bergaya dengan kain ala-ala Little Red Riding Hood siap bercekak tanduk setan & bertopeng pak lawak. Alahai. Dalam hati aku terdetik, cikgu manalah yang bodoh sangat ambil tema Red Devils tu. Dia ingat 'cool' sangat la tema macam tu. Dia fikir itu hanya untuk suka-suka, not a big deal. Waddahek? Kenapa tak buat tema Little Red Riding Hood aje? Dah sah-sah sekolah itu semuanya pelajar perempuan semata. Lagipun sudah diwar-warkan dalam media massa akan hukum pemakaian perhiasan yang menyerupai syaitan itu. Kalau si cikgu penasihat itu bukanlah Islam sekalipun, takkanlah cikgu yang beragama Islam yang lain tak boleh beri nasihat atau pandangan? Di manakah sensitiviti mereka? Di manakah keprihatinan mereka? Fatwa sudah dikeluarkan, takkan lah takde seorang cikgu pun yang aware tentang hal ini? Dangkal benarkah ilmu keagamaan yang ada? Hurms..this is so unaccepted *geleng-geleng kepala* Kasihan murid-murid itu, menjadi mangsa idea 'brilliant' sang guru yang ntah apa-apa.