26 August, 2010

Santapan Ramadhan #1

Ini entri pertama aku tentang masak-masak di dalam bulan puasa. Ramadhan kali ini aku cuba masak sekerap yang boleh. Oleh itu, aku cuma sediakan juadah yang termampu dimasak secara ringkas, mudah dan cepat. Kalau kurang mampu, aku tapau juga lauk kat kafe pejabat atau singgah param. Antara yang sempat aku masak - ayam masak kicap pedas, sup sayur, kailan goreng, ikan bakar sumbat sambal + air asam, udang masak lemak cili api, sambal tumis, char kuey teow + cili kicap, mihun goreng Singapura, puding roti & adalah lagi beberapa menu yang aku dah tak ingat. Nothing really fancy, tho. Selain itu, ada juga 2 kali berbuka dengan family aku dan 2 kali berbuka di rumah mak lang & mak teh, setakat ini lah. Mungkin akan ada undangan lain yang datang (sangatlah dialu-alukan..huhu), atau mungkin kami akan mengundang orang. Setakat ini, aku baru sempat jemput family aku datang berbuka, itupun tak cukup korum..SIL aku kerja & adik bongsu aku kat Johor. Melepas mereka nak merasa ayam goreng Uncle Bob..heheh! Aku tak pasti ayam goreng ini dah berleluasa ke belum, tapi kalau di Putrajaya..memang kena beratur la nak membelinya. Memang menjadi kegemaran ramai.

Oklah, as for last weekend (juga 2,3 hari lepas) aku buatkan ini sebagai menu berbuka:

Mi kari. Disebabkan terkenang-kenang akan mi kari di R&R Seremban maka aku buatlah. Kuah karinya just nice untuk tekak aku, tak pekat sangat tapi tak juga cair berleleh. S0 aku bajetlah buat kuah kari dengan stail yang sama. Kelmarin aku berbuka dengan family aku, kebetulan mak aku buat mi kari so aku ceritalah aku baru aje buat mi kari Sabtu lepas. Terus dia cakap, mi kari ko tak sedap..mi kari aku confirm sedap! Hahahah. Yelah, air tangan emak kan..manalah tak sedap. Tapi mak aku suka buat kuahnya pekat likat, aku tak pasti berapa peket serbuk kari dia taruk sebab macam aku guna sepeket aje untuk seperiuk sedang. tapi memang piau lah, kalau orang tak biasa mesti rasa macam makan santan dengan serbuk kari..hihihih.

Bubur jagung. Orang yang paling beria makan adalah si kinting. Sama naik je dia ngan aku makan. Aku buat bubur ni pun sebab terfikir tak pernah lagi buat bubur yang manis-manis sepanjang bulan puasa ni. 

Soto, seperti yang pernah aku mentioned before. Bila dok tengok sana-sini, dalam blog, dalam FB orang dok cerita makan soto, aku pun teringin juga. Disebabkan aku cuti hari Isnin lepas, bahan-bahan pun aku dah beli siap-siap sebelum tu so dapatlah aku ON projek membuat soto. Actually buat soto ni takde lah susah, tapi renyah. Itu pasal aku tunggu waktu aku bebetul lapang barulah boleh buat. Siap aku simpan balance soto yang ada, aku perangat the balance & makan lagi..tekak still nak melantak lah katakan. Anyway, puas hati aku dapat makan soto puas-puas.

Dan ini pula adalah habuan dari kebun FIL sepupu aku. Dua minggu berturut-turut dia balik kampung collect hasil dusun FIL dia, siap buat jual lagi. Jadinya bila dah banyak tu, dia hulur lah sikit rambutan,langsat,dokong,manggis & durian pada aku. Kecik tapak tangan, tudung saji aku tadahkan. Huhu. Memang kami pulun bagai nak rak lah, even batuk tak baik lagi pun..aku belasah semacam. Buat ubat, bak kata orang.

Sekian cerita santapan ramadhan aku untuk kali ini. Terima kasih.

23 August, 2010

Dua raksasa kecil yang tumpas

Hari ni aku ambil cuti, jadi babysitter terjun sebab mak aku postpond kepulangan dia dari kampung (Kuantan & Dungun). Dia postpond balik pun sebab cuaca semalam kurang mengizinkan untuk bapak aku yang rabun tu drive memalam.

Baru kena jaga 2 orang kanak-kanak riang tapi suara aku naik macam kena jaga anak 12 orang. Haih. Banyak-banyak sabar ye cik Nina, anggap ini latihan nak tambah ahli keluarga. 

Berpura-pura 'behave' di depan kamera. Sorang buat-buat khusyuk tonton TV, sorang lagi tersengih-sengih innocent.

Masing-masing buat hal sendiri. Si bibik (aku la tue :P) hanya memerhati dari jauh. Budak yang main pintu tu, kalau lepa (bukan lepa macam lepa simen atau lepa butter pada roti ye! tapi lepa a.k.a lupa..saja pakai term mak aku) sikit je, mau selamba dipanjat grill tu. Kelihatan juga basikal arnab & ayam yang tonggang terbalik setelah dikerjakan. 

Itu adalah gambar sewaktu keadaan terkawal..gambar sewaktu mainan bersepahan, perebutan basikal, bertumbuk, bertolak-tolakan, beramas-ramasan, turun-naik tangga tak kuasa aku nak ambil. Dek kerana masing-masing tak boleh berdekat, mesti ada salah seorang yang akan melalak..maka aku pun bertukar menjadi lebih garang daripada biasa. Kuranglah sikit lorat mereka. Tapi onar dibuat jugak (contohnya, masukkan toys dalam lubang speaker or conteng muka), cuma bila aku 'sound' ala-ala Nanny McPhee..sekali je dorang dah dengar kata. Memang tak bagi 'can' dorang nak manja-manja. 
Gamaknya, disebabkan sikap aku yang tetiba over garang itu..si kinting tiba-tiba mengeluh.."mana auntie ni.." sambil pandang ke luar..alahai, kesian pulak aku mendengarnya, huhu. So aku kena cool down sikitlah nampaknya.

Tadi aku bagi dorang mandi lama-lama, then lepas pakaikan baju..aku buatkan susu sorang satu dan akhirnya masing-masing tumpas terlena. Pheww~!!



Kalau dorang tidur lama sikit, boleh la aku on projek nak buat soto dengan fokus untuk juadah berbuka. Kalau tak, petang ni aku bersilat bagai nak rak la gayanya. Kiranya berjaya, picca akan menyusul kemudian.

21 August, 2010

Conteng jangan tak conteng

Inilah pekerjaan si kinting bila aku leka-leka. Dia kata nak menulis, siap mintak pen..so aku bagi la buku & pen untuk dia tulis (actually lukis bulat-bulat ..tapi dia panggil tulis ). Dan inilah hasilnya...

... contengan abstrak di kaki. Jenuh aku nak mengonyohnya. Mujur dia pakai  baju & seluar, so takat tu aje yang mampu dicontengnya. Kalau dia ber'diaper' aje, mau penuh satu badan dia mencakar. So sambil-sambil mandikan si kinting, aku bagitau dia..lain kali jangan 'tulis' kat kaki, orang 'tulis' kat buku aje. And si kecik tu pun kemain mengangguk lagi tanda faham.

Itu kejadian seminggu dua yang lepas..tadi dia minta pen & buku nak menulis lagi. Bila aku hulurkan pen, spontan aje si kinting menjawab, "Angan tuwisy kaki kan?" - jangan tulis kaki kan?. Dia ingat lagi nasihat aku ke dia tu rupanya. Hehe.

So dia pon mencontenglah seperti biasa. Siap minta aku lukiskan tangan dia. Maksudnya dia tekap tangan pada buku & aku akan buat garisan ikut tekapan tangan yang dia buat. Mujur dia tak mintak lukis kaki..selalu mesti dia mintak secara pakej. Bila dia dah puas aku layan dia, dia duduk tengok TV and aku seronok layan FB. Tup-tup aku tengok dia pulak yang seronok kalerkan mulut dia dengan pen tu. Adess.


Konon pakai lipstick dengan eye-liner la tu. Gamaknya dia fikir, ibu kata tak  boleh 'tulis' kat kaki tapi 'tulis' kat mulut & mata mesti ok. Hurms...logik gak kalau dia fikir macam tu. Aku la kena lebih pandang ke depan sebelum nak cakap or ingatkan dia dengan sesuatu.Macam-macam la telatah anak-anak ni kan?

18 August, 2010

Bahana.

Terkesima & kesal aku dengan kata-kata hamba-hamba Allah itu.

Kebelakangan ini, nama hamba Allah yang dimaksudkan di atas sudah menjadi sebutan,  semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia. Dia tentu suka. Dia tentu bangga kerana dia berjaya mencetuskan sesuatu. Mungkin dia rasa, dia adalah manusia yang radikal secara ekstem. Tapi mungkin dia tak rasa dia emo atau kurang matang atau kurang akal atau tiada pedoman. Dia rasa dia 'besar' di kalangan khalayaknya. Tapi mungkin dia lupa/tidak sedar/tidak tahu, dia kerdil di sisi-Nya.

Aku sedar aku bukan siapa-siapa untuk mengajar dia, menghukum dia atau melabel dia sebagai apa-apa. Tetapi tindakannya membuka mata hati ini, betapa dunia sekarang penuh dengan bahana. Bahana yang membawa kepada malapetaka dan kemurkaan-Nya.  Doa aku, semoga dia dan sahabat-sahabatnya diberi petunjuk ke jalan yang benar & diredhai-Nya walau siapa pun mereka.  Amin!

Nostalgia Ramadhan

Dulu-dulu, emak aku adalah antara orang yang paling sibuk di dapur bila tiba bulan puasa. Sibuk sediakan juadah berbuka pun iya, tapi sebenarnya dia lagi sibuk nak siapkan tempahan biskut raya yang diterima. Bila Makcik Juli sibuk, secara automatik kerahan tenaga adalah di batu jemala anakandanya yang rajin lagi tekun, yang tidak jemu membantunya siang malam dan beliau yang dimaksudkan adalah aku (erks.. ayat masuk bakul, angkat sendiri..sungguhlah tak tahan :P). Emak aku mula berjinak-jinak berniaga kuih raya waktu aku dalam darjah 2,3 macam tu rasanya. Waktu tu emak aku packing biskut raya pakai plastik aje, beralaskan kertas minyak (yang orang buat bungkus nasi lemak / nasi campur tu ler) dan di'stapler' atau dibakar hujungnya. Setiap biskut raya itu dibungkus dengan nilai 100 biji. Untuk tempahan dari jiran tetangga, aku lah yang jadi tukang hantarnya. Bertatanglah biskut raya oleh aku ke sana ke mari. Waktu tu, emak aku kira naif lagi..buat kuih raya yang biasa-biasa aje. Takde nilai komersial. Rupa biskut-biskutnya pun tak glamer. Yelah, biskut kelapa..biskut mazola (adik bongsu aku panggil kuih kopek sebab bentuknya yang bulat, ada kacang tanah diatas then disapu kuning telur +_+ ), biskut peanut butter, samprit & tat nenas. Masa ni tat nenas pakai tekap guna acuan aje, takde lagi inisiatif nak bergulung, berduri landak bagai. Apapun, rasanya adalah terbaek okeh. Percubaan menambah duit belanja raya yang menggalakkan. Dengan duit keuntungan itu, Makcik Juli akan bawa kami adik-beradik berbuka puasa di luar..and waktu tu Benteng adalah 'port' paling happening - as for us la, bagi aku mewah dah tu..seronok tak terhingga lah..nak-nak dapat baju raya extra..teruja habis dah time tu.

Bila kami berpindah ke rumah baru, mak aku dapat pendedahan baru jugak. Waktu tu saingan yang buat biskut raya dah ada..makanya mak aku pun cubalah mencari-cari resepi baru. Dan sejak itu, tiap-tiap tahun itulah biskut-biskut raya yang aku kena hadap dari seminggu dua nak puasa sampailah nak ke hari raya. Waktu ni, biskut-biskut macam tat gulung / tat landak, mama carries (sampai la ni, aku confuse dengan ejaan sebenar biskut ni - mama carry? marmar carrie? marmar carry? mama keri? Huh, wutevalah :P), mainland square (lapisan tepung biskut yang dilapisi dengan susu pekat, madu, butter, badam & potongan coklat masak, dibakar & dipotong 4segi..hidangan tea time omputih kata tok guru mak aku..yolah tu, yang penting makan panas-panas sangatlah 'setappp', besh!), almond london (rupa almond london mak aku bulat-bulat, dicelup coklat & ditabur kalerpol chocolate rice..tak kuasa de dia nak buat lonjong-lonjong katanya.) & cheese cake, ini bukan cheese cake a.k.a kek keju ye, tapi biskut yang dipanggil cheese cake atau cisbedebahkek. Biskut ni pakai acuan macam acuan pie tu kan tapi yang versi cikenit sekali..sebelum guna, kena sapu dengan marjerin dulu supaya biskut yang dibakar tak melekat. Dah la proses nak siapkan biskut ni giler renyah, mula-mula kena buat basednya dulu lepas tu picit jem strawberi..lepas tu lapiskan ngan adunan kek..kemudian bakar. Jem strawberi tak boleh terlebih, nanti waktu membakar..fillingnya melimpah..rupa biskut jadi huduh. Agak-agak dah garing, kena cepat-cepat keluarkan dari acuan..kalau tak, nanti biskut melekat terus..rugi. Kalau ada yang terpecah waktu keluarkan dari acuan pun rugi..dah kena classified jadi wastage which is sesuatu yang aku suka sebab boleh perabiskan..kekadang tu tak wastage pun buat-buat jadi wastage sebab nak makan punya pasal. Rupa cheese cake ni memang tak boleh blah tapi biskut ini adalah tempahan paling banyak yang kami terima. Bila tempahan dah banyak, Makcik Juli jadi teruja dan pembantu dia jadi sengal kerana ini bermakna siang malam adalah wajib memeruk di dapur sampai berpetak buntut jadinya, kaki  pulak..dari lenguh jadi kebas kemudian lenguh semula..baju pun dah bau masam lemak manis. Lagi hangin kalau tiba-tiba, kena buat extra biskut-biskut yang dah settle sebab ada customer datang rumah nak ambil biskut raya dia then terpesona tengok balang kuih bersusun-susun dengan biskut raya yang dia tak order lalu bermulut manis dan merayu bersuara "Teringinlah nak rasa kuih ni, saya amik ni 2 balang ye kak Juli", "Saya nak la kuih ni, saya amik 3 balang ye..nak bagi mak..nak bagi mama..bla..bla..", "Anak saya suka sangat kuih ni, boleh la ye saya amik dulu..nanti mak juli buat la lagi..". Haih..(keluhan si pembantu) dah tak pasal-pasal kena top-up balik. Sampaikan kadang-kadang tauke biskut raya pun tak sempat  dah nak buat biskut raya untuk diri sendiri. Tapi sebab mak aku memang lembut hati, kalau ada special request pun..dia layankan aje. Hati customer kan kena jaga. Rezeki pulak jangan di tolak. Iyerlah. Bila tak cukup pembantu, emak aku import kawan dia & anak-anak dia sekali..bila tempahan dah makin bertambah tahun depannya..import sepupu-sepupu aku pula..adik aku ada juga tolong tapi dia suka cengkelat. Huhu. Tapi bila aku masuk kolej, automatically dia pulak la yang jadi orang kuat yang tak berapa nak kuat..sampai dia pernah cakap kat emak aku.."sudah-sudah la kita buat kuih raya, kak lang dah tak larat nak tengok mama carries ni..nak bau pun dah tak lalu.." Ya, disebabkan itu kami lebih herankan kuih raya di rumah orang daripada di rumah sendiri. Sedap tak sedap belakang kira. Janji bukan biskut yang sama kecuali kuih tat. Itu dikecualikan sebab memang biskut raya kegemaran.

Bila buat biskut, kita banyak guna kuning telur kan? Selalunya yang putih telur tu, mak aku akan recycled buat puding karamel atau sekaya. Sampai dah tak teringin nak makan kuih-muih tu. Tapi ok lah macam tu kan, tak membazir. Bab saiz, biskut-biskut yang mak aku buat memang buntat-buntat. Dia tak pandai buat biskut kecik molek. Kalau yang mulut kecik tu, kuih tat kena ngap 2,3 kali baru habis. Aku serius okeh. Bentuk dah buntat, rasa dah sedap..haruslah dijual dengan harga yang berpatutan. Tapi itupun ada yang complaint mahal. Kalau nak murah, better beli kat bazar ramadhan yang jual longgok-longgok tu kan? Yang bentuk macam-macam rupa, warna macam-macam kaler tapi rasa sama. Yang itu memang murah lah. Tak boleh nak compare lah. Lagipun bahan-bahan nak buat biskut dah mahal..butter, tepung, gula, kacang, badam, coklat masak..bla..bla...bla..mahal-mahal biskut mak aku pun, paling mahal 100 biji RM46. Aku tengok sekarang biskut-biskut yang orang jual memang average harga macam tu lah.. RM20-RM26 sebalang, ~ 50,60 biji or maybe kurang depends on saiz & packaging. So standardlah kan. Itu bukan harga lama, tapi itu harga pasaran 2,3 tahun lepas yang aku perhatikan. Kalau nak tahu senang susah, mahal murah buat kuih raya ni..cubalah buat sendiri, baru tahu lah.

Dan semenjak ada cucu ni, emak aku dah tak berkisah nak berniaga biskut raya lagi. Dah tak daya & dah malas katanya. Jaga cucu pun dah cukup hazab, inikan pulak kalau buat kuih raya, mau rumah jadi tongkang pecah. Memang emak aku sekarang pun dah tak berkisah. Kalau dia rasa dia nak mengemas, dia mengemas la..kalau dia rasa tak larat..dia biarkan aje. Dia dah malas nak push-push diri buat kerja apa-apa, sebab nanti dia juga yang menggigil-gigil berkelubung dalam selimut. So aku fahamlah. Pasal tu aku takde nak promote biskut raya buatan mak aku kat kawan-kawan. Kalau ada mak au buat, adalah. Nanti ada jamuan raya ke..potluck raya ke..aku bawak la bagi diaorang rasa. Pakkal aku sendiri pulak nak ganti mak aku ambil tempahan, belum lagi la. Ilmu belum penuh di dada. Tunggulah kalau sampai seru. Yang pasti, itu adalah kenangan ramadhan aku with my mum yang akan selalu dikenang :-).

14 August, 2010

Pesalah trafik

Ok. Aku mengaku aku ada tunggakan saman trafik yang belum dijelaskan. Aku dah semak dekat MyEG. 2 saman sebab memandu melebih had laju & 1 saman kerana menganggu lalu lintas. Kesemuanya berjumlah RM330. Tapi aku musykil bila masanya aku menganggu lalu lintas ni? Aku parking kat tempat yang  tak sepatutnya ker? Aku parking sampai menghalang kenderaan lain ker? Or sebab aku masuk petak kuning? Tahun lepas pulak tu kena. Aku rasa aku dah cukup aware bab-bab parking & petak kuning ni, tapi yelah..dah nak kena. Mungkin aku tak perasan aku dah buat kesalahan tu. Yang bab speeding tu memang aku aware lah. Ini kes memandu seorang diri di lebuh raya yang lengang, jadinya ikut sedap je menekan minyak. So now sudah dapat surat cinta. Kalau dulu bercinta nak settlekan, sekarang tak boleh nak lengahkan lagi, nanti kena pangkah muka black list..naya je (plus padan muka! :P)

Langkah yang kerajaan buat ini juga adalah seiring dengan pelaksanaan pemasangan CCTV di sekitar Putrajaya (aku tulis macam tu sebab aku dok kat sini ye). So sekarang ni, pengguna jalan raya tak boleh dah nak sewenang-wenang melanggar peraturan trafik. Dulu waktu jalan-jalan kat sini lengang  (for certain area), lampu trafik banyak lagi yang tak berfungsi..kalau berfungsi pun memang lip-lap-lip warna kuning je, so memang masing-masing belasah je la nak masuk simpang ke, nak jalan terus ke, nak u-turn ker. So since dah ada CCTV ni, para pemandu tak boleh dah la nak memandu ikut suka. Kadang-kadang bukan saja nak memandu ikut suka, contoh macam aku la. Pernah secara tak sengaja aku terlanggar lampu merah sebab aku ingat lampu merah tu untuk masuk simpang, sebab waktu tu aku drive terus. Nak-nak pula time tu tengah remang-remang senja & ditambah pula dengan keadaan aku yang rabun-rabun ayam ni..so suspender lah jugak kan. So far, aku check kat MyEG tu, saman aku maintain yang dok ada tu je la..tak bertambah. Hopefully takkan bertambah la..amin, amin! Yelah, dulu-dulu boleh mintak pengurangan, boleh mintak diskaun. Tapi sekarang, kalau langgar lampu trafik..bulat-bulat RM300 kena bayar. Kalau ada 2,3 saman yang sama..mau senak perut nak membayarnya. Huhu. Ada juga member-member aku yang kata kalau nak buat pengurangan kena pergi Bukit Aman atau IPD terdekat..betul ker? Bukan tiada kompromi dah ke?

Apapun, sama-samalah kita menjadi pemandu berkhemah berhemah (chewah ayat aku).

13 August, 2010

Sahaja aku puasa..

Teringat waktu aku mula-mula belajar berpuasa. Pakcik Harun & Makcik Juli ajar aku niat dalam bahasa Melayu dulu - "sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Taala".  Agak-agak dah lancar baru diaorang ajar niat dalam bahasa Arab pulak. Aku mula belajar puasa masa aku darjah 1. Masa tu memang belajar puasa penuh terus lah. Masa umur 5,6 tahun ada juga aku belajar puasa..tapi lebih pada puasa yang-yang yok aje lah. Bebudak lah katakan. Tapi bebudak sekarang umur 5,6 tahun macam tu dah terer berpuasa kan? Segan aku weh. Insya Allah aku akan cuba latih anak-anak aku berpuasa seawal yang boleh. Bak kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, ye tak? Ok, back to my story..waktu awal-awal puasa dulu, ayah aku ada bekalkan duit belanja tapi dia suruh aku simpan dalam tabung. Mula-mula memang aku tak usik duit belanja tu. Tapi  bila sampai time balik sekolah, disebabkan tak tahan..menggelupur aku join bebudak yang tak puasa beli aiskrim Malaysia. Aiskrim dah habis sebatang, tapi bila sampai rumah buat-buat muka penat. Konon ye-ye aje berpuasa. So bila mak aku tengok aku macam tu, dia tak banyak tanya lah. Cuma ayah aku la sibuk dok tanya duit belanja aku ada lagi ke tak. Terus aku tunjuk tabung rimau ke dia. Sebelum tu, aku dah siap-siap masukkan duit balance dalam tabung. Kebetulan dalam tabung tu memang dah sedia ada dua,tiga posen so bila tambah balance duit belanja tu nampak macam aku tak usik la duit tu..ahaks! Kemain lagi budak besor lengan buat taktik menipu. Erms..itu belum termasuk taktik kumur mulut sambil telan air paip. Malah mandi sambil telan air pun pernah. Itu kira taktik standard lah kan sebab kebanyakkan bebudak mesti guna taktik tu. Cuma Jimmy Yesszaa aje yang tak lalu nak minum air paip tu, yang lain ( termasuk aku :)) ) semua telan selagi boleh, padahal bukan sedap pun. Bedal sajalah labu. Tapinya kan, kalau kes budak-budak buat perangai waktu bulan puasa tahan lah lagi..kalau orang tua buat taktik lagu tu..elok ditabuh ngan meriam buluh aje. Tapi rekod aku kira baik la sebab takde curi-curi makan. Eh, ye ke? Erms..aku lupa la..rasa macam takde..hehehe, tapi tak tau la kalau Makcik Juli kata ada..punah la rekod aku yang kononnya baik tu.

Oh ye, kembali bercerita tentang niat..dulu-dulu aku keliru sebab ada orang kata baca niat puasa untuk sebulan terus so lepas-lepas tu dah tak perlu baca niat hari-hari. Rupa-rupanya niat puasa sebulan adalah dibolehkan dalam mazhab Maliki. Untuk mazhab Syafie, niat puasa adalah wajib dilafazkan setiap hari kerana setiap hari berpuasa dalam dalam bulan Ramadhan mempunyai nilai ibadahnya yang tersendiri. Jadinya kalaupun puasa kita semalam adalah batal/terbatal..ianya takkan effect puasa kita pada hari ini. Lagipun kalau dalam hati kita sudah berniat untuk puasa, itu juga sudah dikira seperti berniat penuh kerana niat itu adalah lintasan hati. Begitu juga kalau kita bangun untuk bersahur, itu juga sudah dikira seperti berniat puasa. Makna kata, sebenarnya bukan lah susah untuk kita berniat melaksanakan puasa. Jadinya nanti, takde lah alasan "aku tak puasa sebab aku lupa niat" lepas tu makan dengan bersungguh-sungguh sambil buat muka innocent *grinned*

Ok, itu cerita niat. Ini cerita tentang berbuka. Of course lah berbuka bersama keluarga itu adalah yang terpaling best. Ya, memang best. Air tangan emak adalah terbaik walaupun hanya berbuka dengan mi goreng dan cekodok pisang. Aku suka juga pengalaman berbuka zaman belajar. Takde juadah fancy-fancy sebab nak jimat tapi sebab makan bersama-sama apa yang ada, jadi nikmat. Kemudian siap-siap untuk solat terawih di blok hostel pelajar lelaki. Kikikiki. (*mode: kucing miang*) Dan kini, setelah menjadi isteri, aku cuba menyediakan juadah berpuasa selagi boleh. Kalau tak larat masak beria, buat yang goreng-goreng sudah. Kalau agak rasa tak sempat, beli so bila balik rumah cuma perlu masak nasi. Kalau rasa tak malu, tapau masakan makcik Juli :)) . Kalau makcik Juli ajak berbuka bersama lagi la happy. Tapi sebab mak ayah aku duduk dekat dengan aku, ada yang fikir aku tak perlu nak susah payah macam mereka siapkan juadah berbuka. Dulu waktu En.F kerja shift, boleh la aku nak lepak berbuka dengan keluarga sebab En.F berbuka kat tempat kerja, sekarang since En.F dah kerja office hour tak dapat dah la. Kena tunggu hari-hari tertentu ajelah nak berbuka dengan family. Lagipun this year, aku nak cuba arrange masa untuk berbuka dengan ipar-duai aku since 3 orang adik-adik En.F dah dok kat KL ni. Juga looking forward untuk berbuka dengan sedara mara secara beramai-ramai & last but not least, with my bestie - anda tahu siapa anda. *wink*wink* Hopefully adalah rezeki aku untuk berbuka together-gether dengan mereka itu nanti.

Ini pula cerita hangit di bulan puasa yang terjadi tahun lepas. Cerita biskut puaka. Entah saka apa yang merasuk, officemates aku masing-masing semua kemaruk nak buat biskut raya. Jadi niat tersebut diwar-warkanlah dikalangan kami. Masing-masing pun pakat la cari resepi, collect duit & rancang strategi nak seludup oven masuk pejabat, nak mula sesi membancuh adunan & sesi membakar. Aku adalah salah seorang yang dilantik sebagai penyeludup oven. Kami plan buat hari Jumaat sebab lunch break hari tu kan lama. Port pun dah dapat - bilik kosong. Actually bilik tu bilik pegawai, tapi since tak berpenghuni kami jadikan tu port melepak waktu lunch hour. So masing-masing ni take turns la masuk bilik tu nak buat biskut, konon nak cover line masing-masing la kan. Masa tu sekor-sekor excited bukan main. Tak menyabor-nyabor nak buat biskut cip coklat. Sekali bila dah buat, ada adunan jadi terlembik la pulak, bila bakar jadi kembang sekembang-kembangnya, hadoii la..tukang bagi resepi ni auta ke apa, dalam gambo tengok kemain cantik lagi biskutnya. Tapi yang kami buat, huduh bedooh la pulak. Tu belum masuk yang terhangit lagi tu. Hendak tak hendak, terpaksa la kami alter resepi,  tambah tepung sikit..barulah ok. Dari rasa hampa kembali merasa syok. Yang berpuasa syok membaking, yang tak boleh puasa syok merasa. Macam raya hindu bila sekor-sekor buat pejabat macam rumah sendiri. Dalam pada dok sibuk membakar tu, rupanya bau wangi biskut dah tersebar ke segenap tingkat. Ntah macam mana, dalam kecoh-kecoh tu..tiba-tiba datang pegawai dari seksyen pentadbiran a.k.a 'Mr. Prefect' menjengah. Dia siap tanya, "Sini ok ha?"(dengan muka curiga). Kami pun kecut perut la sebab time tu aku tengah keluarkan biskut dari tray, ada yang tengah bakar biskut, ada yang tengah sedut air, ada yang tengah melantak..so bila 'Mr.Prefect' tu datang, terkesima la masing-masing. Mujur ada yang pandai cover. Mujur juga ada partition. Mujur lagi sebab semuanya perempuan so si 'Mr. Prefect' segan nak masuk meninjau. Kalau tidak, mau "jom-jom heboh" staff seksyen aku buat parti buih sempena hari raya. Disebabkan insiden itu, ada la spekulasi yang kata si mulut longkang mereport, ada juga spekulasi yang kata, si Mr.Prefect tu datang secara tak langsung aje sebab dia nak jumpa someone so sambil-sambil tu buat pemantauan dan kami lah subjek rambangnya. Huhu. Hurms..apa-apa ajelah, janji kami semua terselamat. Terselamat dari sebarang tindakan. Dek kerana kepala lutut masing-masing sudah gigil kena 'sound', kami semua cepat-cepat clearkan tempat, musnahkan bukti..adunan yang tak siap dibakar, kami bahagi sama rata. Mana yang dah bakar even yang hangit tengit pun kami bahagi sama rata.  Sebab itulah tak pasal-pasal biskut coklat cip tu dapat nama biskut puaka. Puaka pun puaka lah. Tapi bila difikir-fikirkan, memang lawak lah. Sungguh thrill kenangan itu. Haha.

Anyway, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Dan sekiranya, ada sebarang info yang aku kongsikan di sini kurang tepat (merujuk kepada perenggan 'niat'), aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi memperbetulkan. Thanx in advanced. Wassalam.

05 August, 2010

Kemaruk ketam & no more 'uting'

Walaupun aku ini adalah penghidap sinus yang kuat, makanan laut seperti ketam tetap menjadi pojaaaan hatiku. Minggu ini memang melantak-lantaklah makan ketam. Bermula dengan ...
 ... sup ketam
Selalu aku prefer ketam masak lemak cili api atau ketam bercili, jadi kalau beli ketam memang pulun masak antara dua menu tu. Tapi tekak tiba-tiba teringin pula nak merasa sup ketam since dah lama bebenor tak merasa sup ketam. Ye ler, balik-balik sup ayam, sup daging, sup ekor, sup tulang, sup ikan so bila dapat makan sup ketam memang masyuk walaupun ketam yang aku beli kat Tesco tak berapa fresh, manisnya dah kureng tapi kepingin punya pasal..ku lantak jua bersama-sama ..
... sambal belacan, ulam timun & telur dada dadar. Sempoi tapi manyak syiok woo.

Di ikuti dengan ..
... all time favourite, ketam bercili dan dikawankan dengan juadah rasmi orang Melaka ...

... asam pedas ikan merah dan ...

... tempe goreng & sup ikan untuk si kinting.

Dan sekiranya fasa kemaruk ketam belum berakhir, mungkin akan disusuli pula dengan ketam masak lemak cili api tapi hari tu dah sempat rasa kat rumah mak aku. Mungkin lah kan. Haii..hidung aku ni dah mula merenyam-renyam kegatalan. Dah merah macam badut aku gonyoh. Sampaikan mata pun dah naik gatal-gatal. Huhu. Padanlah dengan muka sebab malas berpantang kan? Ala, macamlah aku seorang yang langgar pantang bila tiba bab-bab makan ni..engkau orang pun sama kan?

--- \(*o*)/ ---

"Oyan, emm tidappp!"
Anak aku si hantu durian. Semenjak dua menjak musim durian ni, secara automatik si kinting menjadi peminat durian tegar. Pantang nampak mesti mintak sampaikan si atuk & nenek pergi mana-mana kalau ada gerai durian mesti singgah semata-mata nak beli untuk si cucu. Siap simpankan stok kot-kot si cucu mintak sampaikan kami semua tak boleh nak balun habis-habisan..hahah! Kalau nak diikutkan, si kinting bukan makan banyak pun..paling banyak dua ulas..selalunya seulas je tapi aku risau jugak kalau hari-hari dia tala durian, kot nanti dia demam sebab panas badan ker..kot tahap kolesterol dia naik ker,  apa ker.. lagipun zaman sekarang ni apa-apa penyakit nak jadi dah tak kira umur, nak-nak dia jenis yang suka makan makanan manis pulak tu. Dah la mak aku yang ada kencing manis tu pun kemain lagi kalau makan durian, tak hingat donia dia..kami sound pon dia buat 'derk' sajork..hurms, jangan tumbang terkedang sok sudah la Makcik Juli oits! Btw, durian yang dijamah seperti di dalam gambar adalah pemberian officemate aku, memang marvellous. Tapi kami 3 beranak makan sebiji, ada balance 2 biji lagi..koho-koho lah dulu :-)

Oh ye, seminggu dua ini si kinting sudah berjaya dipisahkan dengan puting. Yeay!! Masa baru-baru nak latih dia tak berputing, malam-malam aku akan sumbat juga since dia takmau lena bila aku tepuk-tepuk dia tapi pepagi sebelum dia bangun, aku akan ambik puting tu dan simpan. Tapi lama-lama, sebelum tidur dia akan mintak susu untuk lenakan mata dia, then tetengah malam pun kalau dia merengek ke apa..aku cuma perlu tepuk-tepuk or suakan susu. Anyway, nenek si kinting pun banyak membantu untuk menjayakan misi ini. Sekarang kami dalam misi toilet training pulak. Ada masa dia cakap dia nak shi-shi, ada masa aku kena tanya then bawak dia ke toilet utk shi-shi & ada masa tau-tau dah meleleh je..tu yang haru tu cuma untuk poo-poo, dia still nak poo-poo dalam diaper. Chaiyook A'anim!!

Nota hati Hati jadi cair bila si kinting cakap "Tayang ibu cangat" & aku akan balas, "Sayang Tasnim sangat juga" lalu kami berpelukkan kuat-kuat. Sweet of you, my baby.