30 September, 2010

Muka palsu

Aku kalau dah meluat dengan seseorang, ekspresi muka memang ketara, cuba lah maniskan muka macam mana pun..memang akan nampak fake giler. Nak menyembang bercakap or bertentang muka pun aku tak kuasa. Memang aku layan acuh tak acuh punya. So..kalau ada yang terasa tu..faham-faham la ye.

27 September, 2010

Papan kekunci

Haih..mencik! Mencik!

/.,mnbvcxz\\';lkjhgfdsa][poiuytrewq=-0987654321`
Kalau engkau orang bijak bistari, HURUF apa yang tak memunculkan diri?
Hint terang-terang aku dah bagi.


26 September, 2010

Dunia baru

Dunia baru. Cabaran baru.

8 tahun dulu aku pernah lepaskan pengajian aku. Dilepaskan secara tidak rela hati. Juga dengan rasa serba salah. Serba serabut. Assignment banyak yang perlu dihantar. Kuiz & ujian bersusun menanti. Ditambah dengan menghitung hari untuk peperiksaan akhir. Tiba-tiba diminta keluarga untuk menguruskan soal berhenti, terus rasa gloomy.Hendak dibantah aku tak betah kerana mereka sangat berharap aku menerima tawaran kerja ini. Yalah, kerja kerajaan dan mereka rasakan itu satu jaminan. Rezeki aku katanya. Sementelah tawaran kerja yang diterima adalah sama dengan bidang yang aku study dulu, jadi tak perlu pening-pening beria. Tambahan pula, yang berkeja sambil belajar juga ramai. Boleh ikut jejak mereka.  Pendek kata, nothing to lose - Itulah hujah orang tua aku.
Walau bercucuran air mata, walau tensi kerana dipaksa (waktu tu aku rasa macam kena reverse-physcology aje dengan mak bapak aku), walau cemburu melihat teman-teman lain bakal menggengam ijazah dan bergelar siswa-siswi ..aku turutkan jua. Konon bajet tak mahu jadi anak derhakalah kaedahnya.Namun hakikatnya waktu itu, memang aku marahkan mak ayah aku. Aku marah sebab mereka tak faham cita-cita aku - nak grab a degree then baru kerja even kena jadi kuli batak sekalipun aku rela (konon semangat nak gained experience, biasalah jiwa orang muda). Aku marah mak ayah aku sibuk-sibuk call JPA tanya pasal penempatan aku then minta JPA tempatkan aku kat SUK Pahang konon dekat dengan rumah & keluarga kerana akhirnya aku tercampak ke Pekan nun (masa lapor diri kat SUK tu, kerani kat situ siap bagitahu aku lambat sebab orang lain dah 'chop' penempatan pilihan masing-masing). Aku rasa marah juga pada mak ayah aku kerana aku terpaksa bekerja seorang diri, sebatang kara sebagai personel IT yang harus pandai tentang macam-macam benda sedangkan aku lack of experience. Dunia kerja dan latihan praktikal adalah berbeza, apatah lagi dunia pelajar. Teori dan praktikalnya tidak sama. Mereka melihat aku sebagai hebat, punya harapan yang tinggi menggunung untuk aku merealisasikan harapan mereka. Macam aku tahu segala-galanya, petik jari saja. Walhal mengigil kepala lutut kalau kena attend meeting melibatkan para ketua. Sedangkan aku masih sukar menerima takdir diri. Antara kelemahan & situasi yang menghimpit diri, aku seperti bukan aku. Aku buntu memikirkan jalan penyelesaian untuk memulakan hidup baru.
Aku pernah merancang untuk sambung belajar. Cadangnya hendak cari tempat belajar yang berdekatan sahaja kerana aku tidak yakin untuk komited berulang-alik dari Kuantan ke KL misalnya kerana itu memerlukan pengorbanan yang lebih dari segi masa, tenaga dan ongkosnya..tapi tak berjumpa dengan kursus yang bersesuaian. Maka perancangan terus tertangguh begitu sahaja.
Dan bila difikir-fikirkan semula, aku merasa rugi kerana tidak menciptakan ruang kepada peluang yang ada. Kalaulah aku tahu bertukar tempat kerja bukanlah seteruk yang aku bayangkan mungkin aku sudah lebih lama menjadi orang Putrajaya. Mungkin aku punya lebih banyak peluang untuk belajar  menjadi pekerja yang cemerlang. Hmm..kalaulah dapat aku putarkan masa...

Okay...okay, sesi penceritaan secara sedih medih skema tak bermaya aku stopkan ye?

Kini, aku dah tak marahkan mak ayah aku. Aku dah tak fikirkan nak putarkan masa. Aku percaya semua yang terjadi sudah ditulis begitu, nothing to be regret with..semua ada hikmahnya. Aku belajar mengenali kesilapan, kelemahan & kekhilafan aku. Aku sedar yang aku perlu mengubah keadaan bukan menunggu keadaan berubah untuk aku. Aku gembira dapat belajar banyak benda di tempat baru. Dan kerana itu, aku mengorak langkah melaksanakan impian untuk menyambung pengajian. Diri terasa kerdil (walaupun hakikatnya aku adalah golongan 'Giant' ooo, err ayat masih skima seadanya..sesiapa yang membaca..redhakan aje la ye.) kerana baru terhegeh-hegeh hendak mendapatkan sarjanmuda sedangkan orang lain yang seusia aku sudah mengejar master/PHD. Better late than never, ye dak? Ate ayat nak menyedapkan ati kaedahnya. Huhu. Coursemates aku kebanyakkan adalah angkatan 20-an, dan aku adalah beberapa kerat angkatan 30-an yang menambahkan persaingan..acece (bajet competitive la konon..iyolah tu :P). Mujur En.F takda tentangan. Dia ok sahaja. Alhamdulillah. Yelah, aku tak mahu ada yang dok fikir aku ni ikan-sendiri(selfish) sebab sibuk sangat nak sambung belajar sedangkan sepatutnya bagi peluang tu pada dia. Bab ini kami sudah bermusyawarah dulu ye. As for mak ayah aku diaorang sokong aje apa-apa yang terbaik untuk aku & keluarga. Family in law aku pun sama. Hopefully dengan berkat doa & restu mereka aku berjaya lah hendaknya. Yang lawaknya, respon pertama ayah aku bila aku bagitau aku dah dapat tawaran belajar, disuruhnya aku buat cermin mata..siap nak sponsorkan lagi. Motif? Dia kata dah la aku kerja hari-hari mengadap komputer, aku rabun malam & silau so mesti kena pakai spek. Sekali pergi check, aku tak rabun cuma ada masalah nak kontrol pembesaran & pengecilan anak mata..tu pasal aku tak tahan silau. Tapi ayah aku macam tak puas hati pulak..keh keh keh. Patutnya dia bersyukur la sebab duit dia selamat kan? Hurm..gamaknya waktu tu dia dalam mood nak buat amal jariah kot.

Aku pulak masa hari pertama kelas bermula, masa nak tidur boleh hati kama teringatkan si kinting yang aku tinggalkan kat mak aku. Mak ngan ayah aku pulak dah sebut-sebut nak ambil si kinting bawa balik Kuantan bila ayah aku pencen hujung tahun ini. Owh tidakkkk!! Hahah..mahu makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena kalau berpisah dengan si kinting lelama cenggitu..ai tak rela!  Tak tenang la aku nak kerja & study nanti...uhuks! Hmmm..aku dok pikir ginilah hidup aku untuk  3-4 tahun lagi. Banyak yang perlu dikorbankan dan dilepaskan. Sabar Nina..sabar. Orang lain boleh, takkan engkau tak boleh. Even kalau tak boleh pun engkau kena boleh-bolehkan (+_+).

Semoga catatan ini boleh menjadi catatan peribadi yang memberikan kenangan masam-masam manis pada masa depan :-) Kerana yang masam-masam manis seperti kek lapis itu adalah enak untuk dimakan dan yang pahit itu adalah sukar untuk ditelan.

21 September, 2010

Bertamu dan menerima tetamu

Ada juga kawan-kawan yang bertanya, "Kau tak buat open house ke?".  Open house atau tidak, kalau nak datang beraya, datanglah dengan satu kondisi, inform dahulu. Itu saja. Eh, kena la inform..kalau dibuatnya aku keluar beraya, engkau orang juga yang hampa. Kalau aku ada di rumah pun, sesiapa yang datang terjah secara tiba-tiba kena redha lah kalau hanya  dapat minum air sirap dan makan kuih raya sahaja (p.s : sementara stok masih ada). Lebih malang lagi kalau serdak kuih raya aje yang ada, maka tuan rumah jamu air teh o panas dengan biskut meri ajelah ye?

Sabtu lepas aku berkesempatan berkunjung ke rumah terbuka my long-time-no-see friend. Punyalah lama kami tak berjumpa, kali terakhir adalah sewaktu di tingkatan 4 ketika dia membuat kunjungan mesra selepas berhijrah ke MRSM. Mukabuku telah menemukan kami semula. Dulu-dulu, dialah yang komplen tak betah duduk sebelah aku sebab aku pendiam gila. Hampir-hampir tensi dia dibuatnya. Hahah. Kemudian, entah macam mana kami boleh kamceng dan mempunyai geng yang dipanggil 4 sekawan yang semuanya riuh kecuali aku. Lama kelamaan aku pun dapat tempias keriuhan mereka. Itu aku klasifikasikan sebagai pengaruh baik kawan-kawan :-) Walaupun hanya 3 dari 4 sekawan yang bertemu, i'm happy. Ada rezeki, tiada aral, kita berjumpa lagi. Aku boleh katakan ini adalah rekod peribadi kerana adalah sangat jarang aku punya kesempatan untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah.

Niat di hati adalah untuk mencilok gambar dari FB tuan rumah, tapi hingga sekarang aku masih tertunggu-tunggu. Disebabkan penantian itu satu penyeksaan, maka aku putuskan tiada foto untuk menggambarkan cerita di atas.

Setelah berkunjungan ke rumah orang, orang pula datang berkunjung ke rumah aku. My BFF & officemates request mahu datang beraya, maka aku masaklah hidangan yang cepat & mudah untuk menjamu tetamu. Alang-alang dah masak tu, aku masak lebih sikit & jemput jiran & kawan-kawan aku & En. F yang berdekatan.

Mihun sup

Fettucini bolognese

Kuih raya - hasil tunjuk-tunjuk, air tangan sendiri serta ihsan ibunda

Buat teman-teman & jiran tetangga yang datang beraya, terima kasih di atas kesudian menjenguk teratak aku sekeluarga. Kalau ada yang terkurang tang layanan ke, sup tak kaw ke, bolognese sejuk siak ke, ais krim cair meleleh ke..maaf bebanyak ye! Jangan serik nak datang lagi ok. Nanti aku asah skill masak menu yang power rangers pula. Nom! Nom! Nom!

16 September, 2010

Cerita raya

Sangat klise bukan? Sangat standard. Ini kerana semua orang pun akan bercerita tentang raya. Be it cerita sedih atau cerita gembira. Tidak sah kalau tidak diceritakan. Sesungguhnya cerita raya, meriah atau tidak, seronok atau tidak, tidak banyak, sedikit pun hendak cerita juga. Memang tidak boleh disisihkan. Melainkan kita yang menyisihkan diri dari hari raya nan mulia.

Maka aku mulakan dengan ...
Perancangan awal adalah membuat tat nenas, kuih samprit dan 2,3 jenis kek sebagai ole-ole balik kampung. Akhirnya yang menjadi adalah cornflakes madu, popia mini nestum, biskut nestum cornflakes & coklat cip aje. Itupun dibuat secara last-minute, 2 hari sebelum hari raya. Sempat juga aku buat kek lapis masam manis seadunan tapi hasilnya sedikit mengecewakan. Terlalu manis & terlebih mentega. Itu la padahnya gatal-gatal ikut resepi lain. Maka ahkak redho ajelah dengan apa yang ada. Baki bebarang kek & biskut yang ada, nanti-nantilah aku usahakan kalau terajin. Kalau ye, kalau.

Kami sekeluarga bertolak balik ke kampung mak aku malam raya. Bertolak dari rumah dekat jam 12 tengah malam, konon berjanji dengan sedara-mara nak sampai kol 12 tapi biasalah aku bentat buat kerja, ditambah pulak semua benda last minute baru nak buat maka kami sampai ke kampung dalam jam 2 pagi. Semua orang pun dah tidur. Cuma mak aku & nenek aku yang tak dapat tidur malam tu. Mak aku batuk-batuk sampai kerap terkucil tu yang jadi tak lena nak tidur, nenek aku pulak diserang semput. Sempatlah aku tolong gosok-gosok dan urut badan nenek aku dengan minyak panas. Kasihan aku tengok dia mengantuk tapi tak boleh nak tidur, duduk salah, baring salah. Mujur dah lelama tu dia boleh juga lelapkan mata.

Tahun ni, pagi raya hanya ada keluarga aku & keluarga Mak Lang. Tapi masih terasa meriah sebab aku & 2 sepupu aku yang lain dah kawin, masing-masing pulak ada anak kecil jadi riuh la juga keadaan teratak nenek aku tu. Keluarga Mak Teh (kami panggil dia Ummi) balik sebelah petang, keluarga Mak Cik aku balik Melaka raya kedua (makcik aku isteri mithali woo, tiap-tiap tahun raya pertama mesti kat rumah mertua), keluarga Pak Long aku malam raya pertama datang beraya, 2 orang lagi makcik pakcik aku beraya dengan keluarga mertua sebab dah giliran depa beraya di sana.

Disebabkan aku & sepupu-sepupu aku ada agenda nak balik beraya dengan keluarga mertua masing-masing pada hari raya kedua, so hari raya pertama tu kami mula berjalan raya. Mak ayah aku konon nak follow, ayah aku dah siap standy tepi pintu tapi sudahnya kena tinggal sebab mak aku ralit sangat bersembang dengan tetamu. So nasib dia la kena layan tetamu kat rumah nenek aku sementara kami semua beraya sakan. Hahah. Lepas solat jumaat pun sambung beraya sampai petang. Mak aku still tak dapat join sebab batuk dia makin menjadi-jadi, semedang terkucil. Bak kata ummi aku, mak ko kencing tak tos jadiknyer dia jaga rumah saja..gagagaga.

Si kinting with maksu Mira. Si Mira nampak je macam solehah, tapi mulut cam joyah. Kih kih kih.

Atuk Harun yang sengal tak dapat follow cucunya berhari raya. Tahun ni ayah aku dah mahu pakai baju melayu lengkap bersampin, baju pun dah mahu berbutang (kalau tidak, memang dia la orang paling tak semenggah di pagi raya) tapi sayang kami tak sempat nak snap gambar sekeluarga. Haih.

Pose sebelum buat perangai mintak susu, mujur rumah nenek sedara aku ni depan rumah nenek aku so boleh la adik aku angkut si kinting mendapatkan susu. Anyway, kawan aku cakap gambar ni nampak klasik..harus diframekan buat kenangan. 

 

Gambar raya kami sekeluarga tahun ini. Gambar adalah di'snap' di waktu petang, badan semua dah masam & berlengas. 

Pagi raya ketiga, kami bertolak ke Sungai Petani pulak. Sampai di SP, kami terus ke rumah makcik saudara En.F di Gurun sebab dia ada buat makan-makan sempena menjamu keluarga bakal besannya. Kiranya tahun ni, kami balik ke utara secara dua dalam satu..beraya & attend majlis pertunangan sepupu En.F.

Si dara yang dimaksudkan. Aku panggil dia & tunangan dia pasangan kutub utara kutub selatan sebab seorang orang Kedah, seorang orang JB. Dah kawin nanti, berpetak la buntut depa nak balik beraya. Kih kih kih. Jangan mare ye Azie, akak gurau ja.

Dan setelah beraya ke sana kemari, sekarang aku hanya ingin melepapkan diri di rumah sampai kepam. Even melepap-melepap pun, aku sudi menerima kedatangan mereka yang ingin beraya. Yang penting calling-calling dulu la ye. Next week dah start kerja semula..ades, malasnya rasa.

11 September, 2010

Entri 140 - Selamat Hari Raya secara belated

Buat mereka yang sudi menjengah, melayari, membaca dan mengomen blog picisanku ini,

Harapnya adalah tidak terlambat untuk aku memohon kemaafan semua, maafkan aku andai bahasa blog aku ada mengasari sesiapa secara langsung atau tidak langsung.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Ikhlas dari
Chempaka Aurora & Keluarga

01 September, 2010

Santapan Ramadhan #2

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku mempersilakan diri aku untuk menempek gambar santapan ramadhan barang sekeping dua.

Agak-agak kamu apa kebendanya juadah yang terpapar di atas? Oh ye, ampunkan kualiti gambar yang sungguh hazab itu. Aku ambil pakai kamera handphone cokia aje. Kasihan murtabak mi segera aku, rupanya tampak sangat malapetaka. Tapi alhamdulillah rasanya tidak kalah. Ok, aku sudah bilang namanya murtabak mi segera kan? Ya, itu murtabak mi segera..boleh di makan bersama kuah dalca, gulai, kari, sos, bawang jeruk atau begitu sahaja. Aku pilih untuk makan bersama bawang jeruk cubaan kali pertama..erms, kena kurangkan penggunaan cuka. Mujur lepas makan, muka tak masam mencuka. Kih kih kih.

 Ketupat sutun sotong. Dambaan pilu ku. Err..sangat didambakan kerana sudah lama teringin nak makan. Kali terakhir aku makan ia adalah tahun lepas dan untuk tahun ini, inilah kali pertamanya. Rupa sangat sengal. Sangat memilukan, tak gitu? Sekali lagi..maafkan kualiti gambar cap ayam ini. Biarlah secara fotografi rupa sotong tersebut macam kena demam kepialu, tapi rasanya enak berkrim di tekak aku. Ini  adalah ketupat sotong versi lemak masin, jangan tak tahu ketupat macam ini pun ada versi-versi juga. Lemak masin  adalah versi Terengganu & dan lemak manis adalah versi Kelantan. Yang versi lemak manis, kuahnya semacam kuah pengat/serawa gitu...which is tekak aku kurang boleh terima, cannot go..i tell u. Tapi ada je yang suka, masing-masing punya selera...so masing-masing tepuk dada. Dihidangkan bersama nasi putih, ayam goreng & sup sayur - lauk orang malas..huhu!