20 October, 2010

Sneek peak

Motif adalah ingin memaparkan entri yang terdapat di dalam draft. *Hek eleh minah ni,ntah apa-apa kan? * Haha..entri yang sungguh tidak berfaedah bukan?(Macamlah entri-entri sebelum ni berfaedah sangat..) Orang lain punya draft ntah lagi bersusun-susun, cuma tinggal mahu klik Publish atau diset Auto-publish supaya hari-hari ada entri baru, atau paling kurang 3,4 entri satu minggu..huhu. Itu baru nampak produktif bukan? Atau err..proaktif? Maaf, bab-bab mendefinisikan sesuatu perkara aku memang lemah. So, faham-faham sendiri lah ye.
Berdasarkan gambar di atas, senarai entri yang di label sebagai draf adalah entri kosong. Tajuk tanpa isi. Konon mahu menulis begitu begini, konon mahu menulis berdasarkan isi hati. Sudahnya memang kononlah hasilnya. Terperap, terjeruk disitu dan dipandang sepi. Tapi itulah aku nak bagitahu, mungkin nanti-nanti akan keluar entri tentang semua itu. Kalau rasa nak menambahkan kebosanan atau hendak rasa tak berbaloi buang masa, boleh tunggu. Dengan sabar.
Ok, aku dah merepek. Waktu untuk menjadi pelajar. *Action kamen, bertukar!* Got to go. Sekian.

16 October, 2010

Cerita tak bergambar

Bermula awal bulan ini kesibukan adalah teman setia. Hurm..sibuk ke? Aku rasa macam sibuklah juga sebab rasa macam 24 jam sehari adalah tidak cukup, itu nak buat..ini nak buat, itu nak fikir ini nak fikir sampai senak kepala otak & hati tak tenteram (tapi orang nampak macam aku endah tak endah aje, saja la acting cool kunun-kunun :P)

Mana nak handle aktiviti & event PUSPANITA, nak buat preparation untuk mesyuarat berganda di Pahang & Selangor, mujur aku just kena attend mesyuarat kat Selangor. Dah kena stand by untuk buat tindakan susulan hasil dari mesyuarat hari tu..ada la 2,3 daerah kami kena turun nanti untuk pemantauan & bantuan teknikal. Nak entertain negeri-negeri lain yang report pasal fault log lagi. Malam-malam attend class lagi, nak buat assignment lagi ( which is aku tak sempat nak buat, just sempat print..baca & discuss soalan aje & aku terpaksa skip class programming sebab ada masalah regarding PUSPANITA matter, hurms..mujurlah ada classmates yang sudi nak share their notes..tengs ye kawan-kawan!),  and kelam-kabut since mak aku tak dapat babysit si kinting untuk 3 hari (dia teman ayah aku attend majlis persaraan kat KL..sakan depa stay kat The Legend..bagi can la depa berhoneymadu..huhu!).

Dulu masa kat officce lama, aku tak tahu pun kewujudan PUSPANITA nih..'lame' giler mak noks. Takde siapa ajak aku join pun, aku tau pun bila akak-akak kat office sibuk berlatih menari poco-poco. Aku pulak dok ingat aku tak layak nak join kot sebab belum masuk kategori akak-akak lagi time tu..hahah! Tapi bila PTD baru masuk, dia yang muda remaja macam aku automatik di'join'kan. Apakah? Gamaknya sebab aku ni tak masuk 'click' kot..oklah, whatever. Then bila pindah masuk office baru, aku nampak kelab PUSPANITAnya lebih happening. Kemain beria officemate aku ajak join. Aku pun join. Aku tau ada sesetengah muda-mudi cakap PUSPANITA ni poyo hoyo. Aku pun skeptikal macam tu juga tapi pepandai la kau bawak diri kan. And bila dah join, dah attend meetings, dah join activities depa, it's not so bad though. Apa-apapun, tepuk dada..lu pikir la sendiri.

So antara aktiviti yang aku join tu adalah lawatan ke Taman Herba Perak, Batu Gajah. Even aktiviti tak seperti yang dirancang, panas, penat & rasa bersalah sebab menjebakkan 3 officemates aku untuk turut serta (suppose kami sampai Putrajaya petang tapi terlajak sampai malam..masing-masing dah selenge), terubat juga sebab dapat tambah ilmu tentang khasiat-khasiat tanaman-tanaman di sekeliling kita. Nantilah kalau aku ada masa aku share dengan engkau orang semua (rupanya banyak pokok disekeliling kita ni elok untuk kesihatan kaum wanita).Nak dijadikan cerita, masa kami dibawa melawat kebun aromaterapi ke hapa ntah, kami diberi kebenaran untuk ambil pucuk-pucuk, bunga-bunga & batang pokok..so masing-masing kemain terujalah petik sana petik sini sampaikan pokok serai wangi togel dikerjakan which is aku rasa kurang  'anggun' lah. Supervisor ladang pun sampai tak boleh nak kata apa..yang mencabut buat dunno aje ngan larangan dia. Kot ye pun orang bagi green light, agak-agak la kan. Apapun, layanan pegawai-pegawai kat Taman Herba tu memang terbaik..dapatlah kami bawa balik jus belimbing buluh, jus markisa & temulawak. Yang jus temulawak tu konon nak bagi mak aku..tapi dia suruh aku pulak yang minum..haha..bajet nak elakkan diri tapi tak dapat..apapun, jus tu elok je tak terusik lagi sebab aku still tak tergamak nak minum. Err..aku penakut pahit even orang kata rasa temulawak tu macam halia plus ada manis-manis sikit. So biarkan aku amik masa manis sendiri dulu ye. :P

Tang event PUSPANITA tu, macam-macam benda nak kena settle since aku under biro sosial yang dipertanggungjawabkan sebagai urusetia. Kitalah yang nak kena sediakan surat pelepasan dari Dato' Pengarah, mohon kebenaran guna dewan, handle hal ehwal mesyuarat, mohon kerjasama AJK untuk setiap tugasan yang berkaitan dengan event, buat poster, buat brochure, bagi bantuan pada AJK-AJK yang memerlukan, being part of techical person & lain-lain perkara yang terlibat. Semua tu dibuat dengan bantuan ahli-ahli senior yang banyak beri pandangan, guide, kritikan & support. Lagipun SU kami memang dah biasa handle such event, so dialah yang jadi floor manager & sumber rujukan. Seriously lepas habis je event, kepala otak aku dah terasa ringan-seringannya. Even ada unexpected cacat cela  once the event is on, overall semua yang hadir seronok & enjoy. Alhamdulillah. Aku pun malas nak fikir kalau ada orang still nak berbunyi ala-ala rumah dah siap tapi pahat berbunyi. Orang selalu nampak yang buruk tu lebih kan. Cakap memang senang, tapi cuba engkau pulak yang buat itu semua. Mesti superb kan? Nanti next event bolehlah kami-kami hand over all the task to you, okeh?

Hujung minggu ni kena gigih beramah mesra dengan assignment-assignment semula.

CONTEST : Gaya si comel berbaju raya


Anda ada foto anak-anak nan penuh gaya pelbagai ragam di hari lebaran? Walau sudah ditayang-tayang di dalam blog atau FB untuk orang menjamu mata, apa kata kita buat kemunculan semula khas untuk contest di atas. Sudah bermula sejak 25 September 2010 hingga hujung bulan ini. Terbahagi kepada 2 kategori - A : Beboys (Boys) & B : Gegurls (Girls).
Syarat penyertaannya adalah seperti di bawah:

  • Letak banner di sidebar blog/FB anda dengan link ke entri ini - DONE. 
  • Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda - DONE. 
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda atau di wall FaceBook anda - DONE.
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - DONE. 
  • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, boleh upload satu (1) gambar untuk setiap anak. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. - DONE. 
  • Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir   pertandingan.- DONE.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu dan Azzamoro dan  juga semua penaja (no link back will be disqualified) - DONE.
  • Once semua syarat diatas settle, tinggalkan link entri anda di entri ini. - DONE.

Mudah saja bukan? So follow sahajalah apa yang penganjur hendak supaya kita tidak disqualified :-) Nanti terus kempunan..sobs..sobs..

Hadiah - hadiah yang menanti untuk kedua-dua kategori adalah :
    Tempat Pertama
    Tempat Kedua
    Tempat Ketiga
    5 Hadiah Saguhati
Hadiah-hadiahnya akan diumumkan kemudian, of courselah pihak penganjur mahu bikin surprise sama kita kan? Baru la ada thrill berperaduan, hehe!

Anway, pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
Maka dengan ini, aku redholah dengan apa jua keputusannya..it's just for fun & nak memeriahkan suasana. Tapi kalau menang, hehehe(siapa la tak nak hadiah kan? kan?) sure seronok tak terkata kerana para penaja adalah superb-superb belaka!


Dan untuk si comel aku, inilah gayanya.
 TASNIM IMTINAN BT. MOHAMMED AFENDI
2 TAHUN 7 BULAN


Diakhiri dengan ucapan selamat bertuah untuk aku & juga kamu!