31 December, 2010

Kedai sempoi beb!

Ehems-ehemsss..
Hai saudara-saudari,
Anda peminat replika kereta? Atau kapal terbang penumpang? Atau jet pejuang?  Iya?! *senyum* Anda mahukan yang murah dan berpatutan? Iya?! *mata bercahaya, pling! pling!* Kalau begitu, sudilah kiranya bertandang ke Sempoi Shoppe kerana di sana terdapat barangan koleksi peribadi seperti yang tersebut. Jom..jom..

 myvi, RM 59

 royal brunei , RM 20

 air asia, RM 20

 eurofighter typhoon, RM 55

panavia tornado 2, RM 55

Oh ye, bukan itu sahaja. Sempoi Shoppe juga ada menjual rantai kunci berbentuk senjata (senapang, machine-gun, pistol dsb) dengan harga serendah RM 15. Kalau terasa hendak tawar-menawar, sila tanya taukenya ye, ai tolong promotekan aje.


Hey, beg laptop pun ada tau!
 MWalker Sleeve
1) Sleeve Baru.
2) Warna : Hitam bercorak cartoon.
3) Kualiti : Neoprene.
4) Stretches kusyen.
5) Tiga bhg saku utk menyimpan accessories.
 Harga : RM 40.00

Floris RD
1) Brand Original.
2) Warna : Merah dgn berbunga matahari.
3) Saiz : W34 x H34 x D8cm
4) Kualiti : High Water Resistance.
5) Bahan : High Quality Polyester.
6) Sesuai untuk dibawa.
7) Utk laptop hingga 13.1"
8) Siap sedia dgn :
Poket Zipped Tepi, Compartment, Kusyen laptop, Organiser.
Harga : RM 140

Kalau rasa macam hendak tengok model & design yang lain, sila ke Sempoi Shoppe eh!

30 December, 2010

Aurora I

picture googled

tatkala melihat biasan diri
nuraniku berbisik
adakah biasan diriku
sempurna nan biasan purnama 
 di hamparan laut gelap biru
adakah engkau melihat aku
sebegitu atau bagaimana?

29 December, 2010

We keep on fighting till the end..


Semoga Harimau Malaya mampu menunjukkan belang dan taring serta mengaum ganas di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk perlawanan akhir kedua timbal balik menentang sang Garuda. Walaupun sudah berada di kedudukan yang selesa, pasukan Malaysia harus buktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung picisan. Untuk pasukan Malaysia..doa kami mengiringi kalian, semoga kalian beroleh kemenangan. Fighting!! d(+_+)b
 Last but not least, do play with attitude, dudes!!

Updated : Yeay!! Malaysia menang! Syabas pasukan Malaysia, keep it up dudes! Fahmi, sekelip mata kamu famous-amous di Twitter ye, you are a great goal keeper indeed.


Note : aku 'link'kan blog GF FAHMI khas untuk para peminatnya :-) (ada ke peminat Fahmi yang tetiba tersesat kat blog nan-hado ni? Kih kih. Kalo ada la kan. Dengan awek dia sekali famous ko. 

28 December, 2010

Aurora

picture courtesy from http://suzanneschechtman.com


malam itu
jalan itu basah
berangin dingin
dan udaranya segar
sepertinya aku mahu lelap
di situ waktu itu
sambil merenung langit kelam
tapi indah
melenyapkan resah
melunaskan pasrah

26 December, 2010

Pendiam

 Picture googled

Ini sikap aku sejak azali. Kemungkinan besar ianya diwarisi dari gen Pakcik Harun. Beliau memang seorang yang tak banyak bercakap, contohnyalah kalau ada tetamu datang bertandang ke rumah..Makcik Juli lah yang conquer the conversations, Pakcik Harun banyak senyum aje. Tapi itulah, pendiam-pendiam beliau pun..sekali bila beliau dah bercakap, jenuh juga nak layan..kalau beliau dah membebel lagilah jenuh nak tadah telinga. Bisa lagi membinasakan oi. Bernanah telinga. Terasa bengap sekejap. Heheh.

Dulu aku kecewa juga dengan perwarisan sikap ini. Kecewa kerana orang selalu akan anggap orang yang pendiam itu membosankan. Orang yang pendiam itu sombong. Orang yang pendiam itu kurang bijak. Orang yang pendiam itu kera sumbang. Orang yang pendiam itu lack of confidence. Yada..yada...yada..Eii, rasa sangat 'loser' walaupun aku rasa aku seorang yang 'fun' (tak kenal maka tak chenta :P), aku tak sombong as long orang tak menyombong dengan aku..kalau pun mulut ni tak reti nak bertegur sapa sekurang-kurangnya aku masih melemparkan senyuman semanis mungkin, aku bukan bodoh walaupun bukan extravaganza bijak, aku juga bukan kera sumbang kerana aku suka & mahu berkawan dan aku juga sentiasa membina keyakinan diri cuma tidak suka hendak tunjuk bagus macam yakin sangat. Tetapi selalunya begitulah persepsi manusia. Yang hitam selalu membayangi putih. Yang buruk selalu nampak lebih ketara. Walaubagaimanapun, kekecewaan sebegitu tidak harus dilayan..kerana ianya seolah-olah menyesali kurniaan Ilahi bukan? Jadinya, haruslah si pendiam menoleh kepada sisi positif yang ada.

Bagi akulah, si pendiam itu selalunya datang dengan pakej-pakej seperti:

i) Pendengar yang baik
Mereka adalah tempat meluahkan perasaan terbaik. Apabila mulut tidak bekerja, deria pendengaran akan menjadi berkuasa. Cumanya agak-agak lah nak meluahkan perasaan pun..takkan nak biar kami tadah dengar sampai cair tahi telinga. Kih kih kih.

ii) Penyimpan rahsia
Insya Allah, risiko untuk rahsia seseorang terbongkar di mulut si pendiam adalah rendah berbanding di mulut tempayan. Apapun sesuatu rahsia hanya layak di simpan oleh orang yang kita percaya. *winks*

iii) Pemerhati PBB
Selalunya orang pendiam lebih suka memerhatikan sifat dan gelagat orang lain. Sebarang penafsiran / analisa yang dibuat berdasarkan pemerhatian tersebut adalah untuk panduan peribadi. Apapun, jangan silap perhati sudah lah. Ada sesetengah orang tu tak boleh orang tengok sikit, terus sentap..dia ingat kita ni ada niat jahat or tak puas hati dengan dia. Bluerghhh!

iv) Tak kacau orang
Disebabkan suka buat hal sendiri, makanya takde lah si pendiam sibuk hendak jaga tepi kain orang. Tapi bagi aku lah,  even tak suka kacau orang or jaga tepi kain orang..tetap kena alert dengan keadaan sekeliling supaya kita tak jadi mangsa gangguan hidup oleh manusia lain pulak.

Lagi satu kan,bila difikir-fikir..selain perwarisan genetik dari ayah sendiri, sikap pendiam aku ini juga mungkin berkait rapat dengan rahsia bulan kelahiran yang Dato' Dr.Fadzilah Kamsah buat tu. Huhuh!

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur.Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap.  Sangat sensitif yang tidak diketahui. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Seorang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik.Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik

Apapun, kita harus sedar bahawasanya setiap manusia itu diciptakan dengan sifat-sifat yang tertentu. Sifat-sifat yang berlainan di antara satu sama lain menjadikan kita seorang insan yang unik dan tersendiri :-)

18 December, 2010

Liku - liku hidup : updated

kerja : masih di tempat lama, masih menunggu surat penempatan dari bahagian pentadbiran. surat itu penting untuk mengesahkan penempatan baru aku even sudah dimaklumkan secara lisan, untuk buat surat tangguh (if necessary) dan untuk aku mempersiapkan diri secara mental & fizikal sebelum melangkah ke tempat baru ( bukan tukar kementerian atau jabatan, mungkin cuma tukar seksyen unless ............). apapun, alhamdulillah..rezeki si Tasnim.

pelajaran : sudah selamat submit group assignment & 1st report untuk SAD semalam. juga selesai sudah last quiz untuk that subject. kena pulun untuk 2nd report pula sebab kena hantar on 23th, tapi tak tahu macam mana nak pulun since start 20th - 21st aku kena attend meeting RKT seksyen di JB. groupmate aku dah sibuk tanya bila nak discuss & start buat 2nd report tu. huhu. masing-masing hidup tak tenang mengenangkan banyak assignent & projek nak kena submit..final pun lagi 2 minggu aje...gulps!

personal : semalam sembang dengan si kinting on the phone. i'm surprise to know that she's talk a lot nowadays. dah pandai nak jawab, dah pandai nak tanya itu ini. padahal aku akan call dia or mak aku call aku untuk sembang dengan si kinting selang dua hari. (aku tak call hari-hari sebab selalu lepas call aku mesti hati kama sebab tu selang dua hari).

ibu : tasnim dah makan?
tasnim : dah, makan nasik. (dulu-dulu dia jawab 'dah' aje)

ibu : tasnim sayang ibu?
tasnimm : sayang ibu sangat-sangat (*hati cair*)

tasnim : ibu kat mana?
ibu : ibu kat office
tasnim : kat opish? nak ikut pegi opish boleh? nak ikut!

ibu : tasnim, ibu rindu kat tasnim...
tasnim : *bhs jerman*
ibu : ???? tasnim cakap apa?
auntie lely : anak ko dah sedih.
ibu : ermms, ye ke. xpelah. ok, bai. (terus lari ke toilet & banjir :(( )

kalau ikutkan hati, rasa nak aje balik kuantan tapi ahad ni ada kelas ganti. mujur minggu depan depa turun sini. can't wait to see my  ♥ belahan hati ♥

14 December, 2010

(T__T) - (+__+) - ("_,) - \(*o*)/

Hari ini terasa seperti mahu bermain dengan emoticons. (^_~)
  • Di kala ini kelopak mata terasa bagai digam-gam. I'm having lethargy  [(--)] zzZzz..
  • Syukur kerana kami (me & the team) berjaya troubleshoot system di Melaka, hooyeahh! \(*o*)/ & d^-^b
  • Harus pulun siapkan group assignment & projek untuk subjek SAD kerana harus submit Jumaat ini. Ada kuiz pula lagi. (T__T)  & (+__+)
  • Kebelakangan ini pinggang kerap lenguh, jadinya baring lama-lama salah..duduk lama-lama pun salah. Haih. (>_<)
  • Bulan ini kerap emosi dengan sesetengah situasi yang terkadang menyampahkan. (¬_¬)
  • Selera makan sentiasa berubah-ubah secara rawak dalam jangka masa singkat. Seperti deria rasa tidak terpuaskan bak lanun hantu dalam The Pirates Of Carribean. (-_-)
Hurms..itu saja ("_,) Tata! (^ _ ^)/~~  

11 December, 2010

Khasiat tumbuhan herba

Aku pernah cerita tentang lawatan sambil belajar ke Taman Herba Perak, Batu Gajah pada Oktober lepas kan? Jadinya hasil daripada lawatan tersebut adalah mendapat pengetahuan baru tentang banyaknya khasiat yang terdapat pada tumbuhan herba. Hatta rumput umpama lalang di halaman rumah pun punya khasiat yang jarang kita mahu ambil tahu. Jadinya di sini aku kongsikan khasiat beberapa tumbuhan yang berguna untuk kesihatan wanita khususnya dan kesihatan sejagat amnya :D Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya. (keh keh keh...ayat skema tak boleh blah tuuu..)

Khasiat pokok bunga kertas ye..bukan Bun Kertas.."nga"nya tak nampak dek kerana silau ler.
 ~~~~~~~~~~~~~~

Tak kenal rupa pokok balung ayam? Selalu ditanam sebagai tumbuhan landskap oleh majlis perbandaran/daerah, so mesti pernah tengok. Hurms..tak? Sila lihat gambar seterusnya :P

~~~~~~~~~~~~~~

 Ini sawi rusa. Bagaimana nama begitulah rupanya. :-)

 ~~~~~~~~~~~~~~

Terung pipit. Aku pasti khasiat yang pertama itu membuatkan ramai yang teruja. Kih kih kih. Walaupun kecil-kecil cili padi,  macam-macam khasiatnya..kalau atuk nenek, mak ayah, suami hatta diri kita sendiri ada darah tinggi elok amalkan makan buahnya.
~~~~~~~~~~~~~~

 Pokok cekup manis gajah

 Yang paling bawah tu ada seriawan bukan berlawan :P Pokok ni tak bagi khasiat untuk berlawan, bergocoh, bertumbuk atau yang seangkatan dengannya. Khasiatnya adalah melawan barah rahim, bengkak boobs, menjarangkan anak dan seriawan.Oh,apa itu seriawan? Jom kita tanya pakcik Google. Dan pakcik Google berkata, here it is - Seriawan merupakan jangkitan kulat pada mulut bayi yang boleh merebak pada buah dada anda dan menyebabkan puting anda terasa sakit dan gatal. Ia juga dikenali sebagai jangkitan yis. Senang cakap bahasa omputihnya adalah thrush.
~~~~~~~~~~~~~~

Pokok tanduk. Dulu-dulu selalu la aku nampak orang tanam pokok ni kat kawasan rumah. Sekarang macam rare sahaja.

 
 Bila dah meningkat umur & beranak pinak, memang akan rasa sengal seluruh badan a.k.a sakit-sakit urat. So kalau rasa gamak nak telan air rebusan pokok tanduk, boleh cuba. Jangan risau, engkau orang takkan bertanduk punya. :D
~~~~~~~~~~~~~~

 Nenas batu

 Ada siapa-siapa yang pernah makan nenas batu? Rasa sama macam nenas biasa ker?
~~~~~~~~~~~~~~

 Terung susu kambing. Kenapa tak terung susu lembu ker..kerbau ker eh? Erms...agaknya rasa terung ni macam susu kambing kot, takpun anak kambing suka menyusu ngan terung ni..huhuh! Apa la ko merepek ni labu? Haih.

 Maap le kome terteleng-teleng kepala nak membacanye. Haa..ini antara alternatif kepada ibu bapa yang mempunyai bayi yang menghidap demam kuning. Ate petua tok nenek kita bagitau susu kambing boleh kurangkan demam kuning, gamaknya apa-apa yang ada kaitan ngan susu kambing pun boleh la ye? Yang penting, kita ikhtiar..iye dak?
~~~~~~~~~~~~~~

 Biasa jumpa tak pokok jemuju nih? Rupanya pokok jemuju ni famous ye sebab hampir boleh ditemui di seluruh dunia. Kat US, orang buat pokok ni sebagai sayur youuu. Sedap digoreng bersama telur dan dapat menenangkan fikiran sekiranya dimakan. Juga turut digunakan sebagai perasa untuk masakan. Owh, i'm impressed. Aku ingatkan rupa cenggitu takda nilai apa-apa. I'm totally wrong, shame..shame.

Inilah antara khasiatnya :
 ~~~~~~~~~~~~~~

 Haba neraka - pokok ini tak mendatangkan apa-apa khasiat tetapi memberi impak negatif kepada kaum wanita ye. (*o*)

Maklumat tang mengugurkan kandungan tu bukanlah nak bagi idea kepada siapa-siapa musibat untuk buat pekerjaan haram tu ye. Aku sekadar nak kongsi dengan semua tentang betapa bahayanya tumbuhan ini. As stated in the picture, wanita mengandung dinasihati untuk tidak menghampiri atau berada dekat dengan kawasan tanaman  ini (dengan kerap) kerana ia boleh menyebabkan keguguran. Bagi wanita yang kedatangan haid/period, ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan bagi anak dara , tumbuhan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Sebab itu, tumbuhan ini tidak digalakkan ditanam di kawasan rumah atau tempat yang menjadi tumpuan orang. Wallahualam.

04 December, 2010

25 things i hate about you

Oklah, sebenarnya aku takda apa-apa sebab untuk bencikan siapa-siapa pun sekarang ini. Itu sekadar tajuk entri yang sebenarnya adalah lebih bersesuaian diberi tajuk "25 random things about me". Sekadar meluangkan masa untuk menyahut seruan tanpa paksaan cik Ayu - A lady's tweets  

Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. 

1. Teringin bercuti dengan kengkawan rapat (ladies only) ke mana-mana tempat menarik untuk explore the place & having fun together-gether. Sesekali si isteri-ibu-pekerja-pelajar pun teringin nak take a break jugak.
2. Nampak seperti seorang wanita yang mempunyai ciri lemah-lembut (*batuk kong kong kong*) tetapi sebenarnya hati[ku] keras umpama batu.
3. Suka gigit kuku. :P - bila rasa  takut, bingung, gabra or waktu tengah berfikir  (can't help myself lah..whut to do?)
4. Sentiasa berdoa supaya diri diberi kekuatan untuk menghabiskan pengajian dengan jayanya. Tapi semalam sudah dapat result mid-sem exam untuk paper Maths..tak cukup memberangsangkan,haih! Geum Jandi, fighting!! *tetiba*
5. Love my workplace & my colleagues. Banyak belajar benda baru & dapat kenal dengan ramai orang. I wish i could stay..amin!
6. Sampai sekarang masih rindukan kucing-kucing kesayangan yang hilang tiba-tiba - Kamchik & Cekodok :-(
7. Pernah dapat boyfriend psiko, asal gaduh hantuk kepala kat dinding..asal gaduh..buang barang..paling mengots..dia pernah sapu sos cili kat muka aku time aku makan KFC. Terus la aku mintak putus. Macam..err..macam...xpelah. Harap sekarang dia tak sewel lagi.
8. Berangan nak jadi penternak lembu dan kambing ( Konon nak ikut jejak langkah arwah Tok Ki Bak aku) Tapi ongkosnya ngak ada. Duit..duit di mana kau duit?
9. Seorang yang berjiwa alami. Suka pantai, air terjun & hutan. Kalau dapat bercamping mesti syok tapi takut jugak kot kena rasuk macam kes kawan aku masa kami ramai-ramai bercamping kat Hutan Jerangkang zaman muda-muda dulu. Moral of the story, jangan buat tak tentu pasal kat tempat orang. 
10. Sudah prepare nama untuk anak kedua dan ketiga, tapi rezekinya aje yang belum sampai.Insya Allah, usaha..doa..tawakal pasti berjaya :D
11. Kebelakangan ini sangat suka makan ikan bakar berkuahkan air asam. Heheheh..dah takde main cicah-cicah, buat kuah terus. Baru aku tahu, sedap rupanya masukkan hirisan bunga kantan dalam air asam. Marbeles i tell you.
12. Tak suka muzik techno tapi En.F suka. Dalam kereta, aku lebih rela dia pasang cerita Avatar berulang-ulang dari dengar lagu techno. Tak menusuk jiwa langsung kaedahnya, membingitkan telinga lagi ada. 
13. Bila rindukan si kinting, aku dengar lagu ini - Alone Again Naturally : Chad Fisher. OST Ice Age 3. Tasnim punya favourite filem animasi. Babah - Manny, Ibu - Ellie, A'anim - Peaches. Oh yes, si anak mengiktiraf kami sebagai keluarga gajah.(T___T)
13. Tak suka orang kalut terlebih. Aku kalut terlebih takpa..hahah!
14. Saiz kasut adalah 9/10 atau 40/41. No wonder la anak aku anggap aku gajah. Zaman bebudak dulu pernah beraya dengan kasut kungfu sebab kasut cantik-cantik semua dah takde saiz, last minute shopping punya pasal.
15. Teringin nak bersmokey eyes secara gorgeous tapi selalu end-up mata bertompok bak panda. Eh, panda cute apa?! 
16. Ada masa lidah jadi berbelit masa bercakap..selalulah kalau bercakap tu aku tersasul or tergagap. Tapi ini bukan sifat semulajadi ya.
17. Inginkan kepastian...Lee Min Ho & Takuya Kimura memang ada buat pembedahan plastik ke? Farid Kamil ori kan? Hihihiks.
18. Giler seksa aku nak pikir random facts ni. So point no. 18 adalah pengakuan saiz badan. 3X-XX-XX. Boleh? Ok..ok, aku tau..tak kelakar hatta menarik pun. Pernah terfikir nak bina rumah beratapkan berbumbungkan cermin di bilik tidur utama supaya boleh tatap bintang tapi takut kalo ternampak hantu terbang :))
19. Tergendala sebentar sebab aku melayan Tempting Heart kat YouTube. Satu-satunya filem kantonis/mandarin yang aku suka sampai hari ni. Mungkin aku dah missed filem-filem kantonis/mandarin yang best sebab dah lama tak layan..zaman study dulu memang hafal la nama pelakon-pelakonnya. Filem ini pun aku tengok sebab minat kat Takeshi Kaneshiro tu, tapi end-up touching pulak dengan jalan ceritanya. Part-part 18SX tu aku tak ambil port sgt ye :P
20.  Suka makan ubi rebus cicah sambal atau kelapa parut. Boleh makan berketul-ketul. Erm, lempeng kelapa cicah sardin pun sedap. (Mementang la sekarang musim hujan..bila sejuk-sejuk macam tu memang berselera la makan makanan tu semua.)
21. Lebih prefer orang panggil aku - Nina. Masa aku form 2, cikgu sejarah aku  suka panggil aku Masturah instead of Mastura. Terima kasih cikgu. Saya tahu ia membawa makna yang baik. Cuma tak pernah lagi orang panggil aku Mas. Aku pun tak nak sebab rasa janggal.
22. Bosan dengan kenaikan harga minyak. Semedang aje naik. Sudahnya semua pun naik. Kasihan rakyat-rakyat marhaen sekalian.
23. Sanggup ulang tulis berkali-kali sekiranya tidak puas hati dengan mutu tulisan. Inilah penyebab aku tak cukup masa jawab paper writing untuk MUET dulu.Tulis untuk satu perenggan pun dah mengorbankan 5,6 helai kertas jawapan. Tak bagus..tak bagus.
24. Hampir-hampir nak kemalangan sewaktu ke kelas baru-baru ini. Time tu hujan dan semut hitam terbabas dari lane kanan ke lane paling kiri sewaktu ingin memasuki roundabout. Mujurlah waktu tu takda kenderaan lain. Dalam kepala otak aku waktu tu kalaulah aku accident, tak dapek la den nak poie kelas. Bukan nak pikir keselamatan diri ke apa. Huhu. Apapun, syukur alhamdulillah tak jadi apa-apa.
25. Dalam FB, aku letak nama ayah aku as Aminur Rasyid. Itu memang nama dia cuma tak didaftarkan aje. Itu bukan nama olok-olok untuk aku feeling-feeling cam bagus atau nama mana-mana skandal. Tak sesuai la uols!

Fuhh..siap juga akhirnya. Kesimpulannya jangan pandang mudah pada 25 fakta tentang diri anda :-). Aku pun tak mahu tag siapa-siapa..tetapi kepada mereka-mereka yang sudi, dipersilakan bukak entri ye.

03 December, 2010

Biro aduan atuk Harun


La ni mak aku habaq budak kinting ni sudah pandai mengadu. Dia pi report kat atuk dia, aku babab dia. "Ibu babab Anim, ibu ulas inger Anim degey ( ibu pulas telinga Tasnim degil), ibu uci alam ilik nak? (ibu kunci dalam bilik nak?)" - tu dia ayat anak aku. Rupanya dia still ingat aku pernah marah dia macam tu lebih kurang 2,3 bulan lepas masa dia buat perangai mengamuk-ngamuk..waktu tu dia tak reti sangat nak bercakap. Sekarang bila dia dah boleh bercakap, semua yang dia ingat dia cakap. Bila mak aku cerita..benda tu jadi macam wake-up call untuk aku bahawasanya apa yang aku buat and cakap kepada si anak adalah sesuatu yang perlu di ambil berat supaya tidak memberi tanggapan atau pengaruh negatif kepadanya. Dan aku mula terasa seperti - uhuks, dah besar anak ibu *emo selalu* (secara fizikal itu jelas ternyata ye, aku bercakap tentang secara mentalitinya).

Dilema

Di luah mati emak, di telan mati bapak. Begitulah ibaratnya keadaan aku sekarang...huhuh! En. F dah sibuk survey taska untuk si kinting & dah sibuk tanya aku bila nak inform kat mak ayah aku tentang hal tu. Hurms, kalau nak ikutkan dia..sejak si kinting umur setahun dia dah sibuk nak hantar si kecil tu ke taska. Masa aku duduk kat kuarters apartment dulu, adalah jiran-jiran yang cadangkan sekian-sekian pengasuh kepada kami. En. F memang take note lah dengan cadangan-cadangan tu semua, hanya aku yang memandang sepi. Paling kuat pun aku akan cakap, tunggu lah si kinting besar sikit. Well adalah beberapa sebab kenapa aku keberatan sikit dengan cadangan-cadangan yang diberi waktu tu, kepada yang memahai..fahamlah, kepada yang mengetahui..tahulah, kepada yang tak faham..takpelah. Tak perlu aku cerita panjang lah.

Apapun,memang dari si kinting dalam kandungan lagi, mak ayah aku dah berhajat nak jaga bakal cucunya. Bak kata orang, standardlah cucu pertama so of courselah atuk & neneknya akan teruja. Diaorang siap offer aku tinggalkan si kinting dengan diaorang, kalau nak ambil or jenguk seminggu sekali pun tak pa. Betapa kasihnya diaorang kepada anak aku (alhamdulillah) hinggakan tak sampai hati nak biarkan cucunya kena angkut pepagi & memalam buta. Tapinya tak sanggup lah pulak aku nak terima tawaran sedemikian memandangkan jarak bukannya jauh mana pun. Apa kes aku nak goyang kaki kat rumah sedangkan orang lain yang berhempas pulas jaga anak aku kan? Tak syok maa..Apapun bila atuk & nenek dah jaga cucu ni, susah sikitlah diaorang nak lepas (as for my parent lah). Selalu ambil peluang nak cucunya stay dengan diaorang. Kalau diikutkan macam-macam mak ayah aku plan untuk anak aku. Salah satunya ialah plan nak bawa si kinting stay dengan diaorang kat Kuantan. Inipun dah sebulan lebih si kinting kat sana dengan diaorang. And sepanjang tempoh tu, adalah 2 kali emak aku turun sini kejap & aku pun sempat jenguk si kinting kat Kuantan time raya haji hari tu. Masa minggu pertama si kinting tak da kat sini, aku macam ayam berak kapur..huhu! Selenge je muka. Rasa macam something missing aje. Gamaknya En. F pun sama naik dia punya sengal macam aku..tu yang dia beria nak cari taska untuk si kinting. Aku pun memanglah ada plan nak macam tu since aku rasa dalam umur si kinting yang dah nak menginjak ke 3 tahun tu kira dah sesuai nak hantar ke taska. Bila aku ajukan pada En.F tentang plan aku tu, dia memang sokong 110% lah sebab memang dah lama dia berkehendak cenggitu. Tapi sekarang aku rasa serba salah pulak. Rasa macam nak tangguhkan dulu plan tu sementara waktu.  Luahan mak aku mengusik hati aku dan telah membantutkan niat aku yang satu itu...ecececeh. Yolah, banyak hati nak kena jaga termasuk la hati sendiri. Uhuks. Apapun, untuk masa sekarang ni aku nak biar everything goes with the flow..hurms...... *rolling eyes*