30 December, 2011

Sangat tidak terjebak

... dengan penangan sinetron tempatan terhangat tahun ini #tentangdhia. Hanya sempat tengok 2 episod sahaja, itupun secara sikit-sikit. Hanya tahu perkembangan cerita dari teman-teman, blog-blog & juga status-status kengkawan di FB. Malam ini, hampir separuh warga FB memperkatakan Tentang Dhia...episod akhirlah katakan. Dan aku hanya mampu menelurusi status-status dan komen-komen secara 'blur' kerana gagal menjebakkan diri secara total untuk menghayati drama itu. Tidak mengapalah, masih punya banyak kesempatan untuk tatap wajah tampan Ady Putra di media massa. Walau tidak mengikuti, tetapi aku dapat moral of the story : Bomoh-membomoh membawa mati. Syirik. *Aku assume mak Zikir mati la kaedahnya* <-- tak terjebak la sangattttt :)) Anyway, banyak pengajarannya kan?

Ombak Rindu di U Tiub? Astro First? Belum ada perkiraan untuk muat turun atau melanggan buat masa ini. Antara teruja untuk menghayati karya Fauziah Ashari di layar perak, skeptikal dengan filem-filem adaptasi dan watak heroin itu (kenapa Maya Karin? Kenapa????), maka buat masa ini 'gua lek lu'.

27 December, 2011

My little cuppy cake, gumdrop, snoogums-boogums

Sudah lama tidak bercerita tentang kanak-kanak berbaju polkadot krim & coklat yang berambut kerinting gumpal-gumpal di tengah-tengah itu kan? Dan dari kiri adalah si sepupu yang 'garang' tetapi sangat keletah percakapannya. Dikenali sebagai jelmaan Mei Mei - Upin & Ipin. Walau dalam garang-garang pun, sekali dia membujuk rayu, hati boleh menjadi cair seperti M&Ms. Di sebelah kanan pula adalah 'auntie' kepada si 'Mei Mei' dan si kinting, 'little auntie' kerana jarak umur mereka hanyalah setahun. Dulu nampak macam comot-comot, tapi sekarang sudah menang gaya, halakan sahaja kamera pada dia :-) Jika tahun lepas, si kinting adalah sasaran utama dia untuk melepaskan geram dengan gigitan 'chenta' tetapi tahun ini mereka kelihatan sangat 'serashi bershama', sudah boleh berpeluk-peluk bahu gitu. Seperti selalu, si kinting adalah juara dari segi saiz & suara. Suara dia makin lama makin 'besar', makin husky i tell u. Dan aku perasan, dia jadi malu bila ada siapa-siapa yang menegur akan suaranya itu lalu dia akan bercakap menggunakan suara kecil ala-ala itik serati. Haih. Aku selalu ingatkan dia untuk bercakap seperti biasa dan memuji suaranya yang 'besar' & husky itu supaya dia tidak merasa rendah diri atau seangkatan dengannya. Itu bukan kekurangan kamu ye nak. Walau secara fizikalnya adalah membesar bagai johan, tetapi bab pengucapan awamnya masih ada sisa-sisa kepelatan, yang antaranya berbunyi begini; "Ibu, Anim kelupalah.", "Ibu, Anim kesedu ni..", "Ibu, tolong la pilih 'kartun laloq'", "Ibu, Anim nak 'beget'".. :-) Hurm..agak-agak kamu, apakah bendanya 'kartun laloq' & 'beget' itu? Haa..cer teka..cer teka..hehe.

Akan tetapi, dalam pada pelat-pelat itu, ada juga si kinting bercakap ala-ala skema  yang penuh ciri-ciri bahasa buku teks kaedahnya..huhu. Selalulah juga aku dengar dia cakap begini; "Kelajuan pantas!!! (pengaruh kartun Little Einstein..hihi)", "Opps..maafff!", "Anim sukakan ibu, suka sangat." Dan kelmarin, sewaktu dalam perjalanan balik daripada menghadiri majlis bertandang sepupu aku, pihak pengantin lelaki bagi cenderahati berupa kotak yang berisi home-made chocolate & ayat yang keluar daripada mulut si kinting, "Wah, peti harta! (ini musti pengaruh kartun "Jack & The Never Land Pirates)" Erks, ibu masa umur 3 tahun tak tahu apa kejadahnya peti harta tu nak oii, sobs..sobs..

13 December, 2011

Perkongsian secebis ilmu dari sahabat

Sekadar memanjangkan secebis ilmu yang dikongsi oleh ex-schoolmate aku :

"Apabila memasak, kacau arah lawan jam (arah tawaf Kaabah), sambil berzikir 'laisala ha mindunillahi khasyifah', tambahkan garam atau serbuk perasa mengikut kiraan nombor ganjil, contohnya 1,3,atau 5 sudu, InsyaAllah akan sedap dan berkat masakan tersebut."

Dan yang menariknya, petua tersebut kawan aku dapat dari bapak mertua dia :-) Semoga petua ini memberi manfaat kepada kita semu. Selamat memasak kawan-kawan!

08 December, 2011

Ayat-ayat cinta Makcik Juli

Aku baru sembang dengan adik & mak aku thru phone pagi ni. Sembang tentang cerita esok hari, hari bersejarah adik aku. Adik aku nikah pagi, to be exact, jam 10 pagi esok..insya Allah. Kalau ikut plan adik aku, dia memang nak nikah kat rumah, tapi kalau ikut plan emak aku, dia nak majlis tu dibuat di masjid je. Dan keputusannya adalah bernikah di rumah atas dasar takde siapa yang nak mengiring pernikahan di masjid tersebut since kebanyakkan saudara-mara kami bertolak pagi esok ke Kuantan termasuk aku jadinya kalau buat dirumah, jiran-tetangga boleh memeriahkan majlis kalau ada diantara kami yang terlewat sampai. Adik aku cakap, esok majlis nikah dia akan menggunakan tema British pekebenda ntah..huhu. Sempat juga cakap dengan mak aku, dia bercerita tentang esok pagi nak masak nasi dagang, bla..bla..bla..untuk sarapan pagi. Kemudian nak masak juadah makan tengahari bla..bla..bla..wajiblah terkejar-kejar dia esok hari, nak jadi mak pengantin lagi, nak jadi ketua chef lagi (even dia kata dia da sub-kan kat orang tapi Makcik Juli tetaplah Makcik Juli..hihi), bila aku kata "banyaknya benda nak kena buat (secara tersiratnya nak bagitahu mak aku sepatutnya pagi tu masak simple-simple je supaya tak terkejar-kejar nak siapkan makan tengahari a.k.a jamuan selepas majlis nikah), tetapi respon yang aku dapat berbunyi sebegini; "Yelah, nak buat macam mana, ada anak pun sibuk nak 'skoloh', xpelah." Hahaha..ayat sentap beri hati. Nak buat camne, memang aku dah tak mampu nak adjust plan aku..kalaupun tang kerja free dis week, tang study plak tak free, kena fikir kengkawan kelas yang dah beria-ia mintak cuti semalam & hari ni semata-mata untuk mid-sem test, minggu depan pun sudah ada beberapa komitmen, tetaplah tak boleh nak melepaskan lelah minggu ini. Terkilan memanglah terkilan tak dapat bersama-sama keluarga saat ini :( Adakah ini satu pengorbanan atau satu bebanan? Huhu. *aku da mula nak merapu lettew*

05 December, 2011

Amalkan selalu :P

Baru boleh bernafas sikit sebab sudah settle submit tugasan individu ke-2 subjek Teknik Pemproses Bahasa atau bahasa pasar yang aku sekelas guna "Compiler". Tapi ini kes last-minute buat kerja maka hasilnya boleh bikin pensyarah aku geleng kepala.

Malam ini ada mid-sem test subjek Komputer, Etika & Sosial. 7 bab kesemuanya dan 7 bab juga aku tak baca (lagi). Alasannya? Sibuk dengan rencana-rencana hidup yang lain serta tabiat yang suka menangguh-nangguhkan ulangkaji. Padan muka kan?

2 minggu lepas berulang-alik ke Kuala Pilah, minggu lepas menghabiskan masa berbengkel di Shah Alam dan minggu ni ada ura-ura FAT di Melaka tapi macam senyap aje. Mungkin aku sudah boleh apply cuti bermula Rabu ini hingga Isnin depan sempena majlis perkahwinan Lely Ngade (adik aku). Hooreay?!

Kalau dapat cuti, hari Rabu harus diperuntukkan untuk mengemas pakaian, jumpa doktor gigi (dah 3 minggu aku merana dek penangan geraham bongsu berlubang oii, semedang telan ponstan..tak bagus kan? Tapi nak buat camne, takde masa lagi nak jumpa doktor..uhuks!), servis kereta (jika perlu) dan attend kelas Compiler since minggu lepas dah ponteng sebab out-station. Hari Khamis subuh-subuh sapie harus bertolak supaya cepat sampai dan dapat menyediakan 20 biji kek marble versi Mat Gebu atas permintaan Makcik Juli. Mampukah aku?? Atau janji tinggal janji..huhu.

Erkss..alamak, aku baru teringat yang hari Khamis ni ada mid-test Computer Architecture plak..adoi la :(( Kena minta excuse buat next week la gayanya..harap-harap boleh la..haih.

Oh ye, hujung bulan ni PUSPANITA office aku nak buat majlis hi-tea untuk meraikan Timbalan Pengerusi baru & lama serta ahli-ahli yang bertukar dan bersara, maka kami sepakat nak buat persembahan ala-ala fashion-show bertemakan muslimah moden, so kepada sesiapa yang sudi nak kongsi/promote produk muslimah, sila kontek saya di chempakaunderscoreaurora@yahoodotcom.

Oklah, aku nak mula menelaah sekarang :-|

21 November, 2011

Bergedil yang gagal

Kalau kita makan soto, sedap di'kawan'kan dengan bergedil kan? Be it bergedil ayam atau daging, dedua pun sedappp kan? Kan? Tapinya aku kecewa kerana sudah 2 kali mengalami kegagalan membuat bergedil. Sebelum-sebelum itu, tetiap kali aku buat bergedil, menjadi je. Tapi itu aku guna ubi kentang yang digoreng. Bila aku cuba guna ubi kentang yang direbus, terus 'failed'..haih! Konon nak kurangkan penggunaan minyak la, tapi end-up bergedil aku jadi benyek. Rasa pon 'kureng'. Keadaan ini sangat mengecewakan..huhu. Kenapa aku makan bergedil yang kawan aku buat guna ubi kentang rebus, sedap je eh? Kenapa bergedil aku tidak ha? Makanya aku pon cuba mengkaji sebab-musababnya dan aku dapati sebab-sebab dibawah adalah jawapannya.

1. Aku rebus ubi kentang terlalu empuk, lalu adunannya akan menjadi lembik, susah digentel/dibulatkan even telah ditambahkan tepung. Ok..aku baru tahu, tambah tepung bukan alternatif terbaik sebab adunan tersebut masih akan lembik dan benyek. Rasa asli bergedil juga akan 'spoiled'. Err, kalau tambah tepung jagung macam mana pulak eh? Jadi ranggup tak? Haha.

Erms..sebab kedua dan seterusnya, adalah sebab pertama itu juga..hihi.

Jadinya, tahulah aku bahawa ubi kentang itu boleh direbus tetapi jangan dibiarkan terlalu empuk. Kalau ikut resepi, banyak yang suggest goreng kan? Dan kalau digoreng, jangan terlalu empuk juga kerana bergedinya akan menjadi terlalu berminyak.
Hurms..sesungguhnya misi masak-memasak ini adalah satu misi cuba-jaya..sekurang-kurangnya untuk aku. Dapat, tak dapat? Oh ya, kamu-kamu ada tips masak-memasak especially bergedil untuk dikongsi bersama? Sila..sila.

18 November, 2011

Terima kasih Tuhan

Ini lagu nasyid kanak-kanak yang si kinting & the gang performed masa Hari Graduasi & Apresiasi tempoh hari. Suka pulak aku dengar :-)

17 November, 2011

I love you like a love song baby

Berpenampilan muslimah di Hari Graduasi & Apresiasi :-). Aku ingatkan hari tu hari konsert semata-mata sebab cikgu si kinting mintak aku sediakan baju kurung kuning 'ang' & tudung hitam untuk si kinting sebab katanya si kinting join konsert. Maka gigih lah aku mencari kain kaler kuning seperti yang dimaksudkan. Tudung pun konon nak beli tudung awning tapi nak cari tudung hitam plain saiz kekanak riang tidaklah semudah yang disangka maka penyudahnya aku belikan kain kosong hitam & minta tailor buatkan tudung sekolah. Tapi sayangnya tudung itu labuh di depan & pendek di belakang..hadoi la T__T

Malu-malu miaow pulak dia. Keadaan tudung agak tidak semenggah di situ. Konon nak bagi tudung si kinting yang tak berapa cukup sifat tu tak nampak pelik sangat, aku sematkan pin. Tapi, masihlah jugak nampak pelik. Wut to do, belasah je lah nak. Yang penting kamu nampak sangat kiut di mata ibu. Hihi.

Persembahan dari si kinting & rakan sekelas. Bebudak perempuan lain semua kemas je mak bapaknya pakaikan tudung, comel-comel belaka. Sampai kat si kinting, macam minah sambal la pulak gayanya. Dan-dan aku rasa bersalah. Kalau aku pinjamkan tudung awning aku pun takpe kot, jahitkan sikit tang leher bagi kecik tapi bila mengenangkan si kinting takut aku pakaikan pin, tu yang tak jadi nak buatkan. Apapun nak, i love you like a love song bebeh! Masa si kinting buat persembahan ni, si omaknyo jadi sobak tibo-tibo. Hahah. Torharu bonar keknyo.

Usai persembahan, 'terbang' sudah tudungnya. Haih. Itu aksi menayang piala pusingan sempena prestasi yang agak memberangsakan bagi peperiksaan penggal kedua. Alhamdulillah :-)

Tahun depan macam mana pulak la gaya & ceritanya eh?

16 November, 2011

Kamus hidup aku minggu ini

Kudis buta / Kudis Malam / Kerapu (Scabies) : Sejenis masalah / iritasi kulit yang disebabkan oleh hama Sarcoptes Scabiei. Hama ini adalah sejenis parasit berkaki 8 yang membenamkan dirinya ke dalam kulit (di bahagian stratum korneum) seterusnya meninggalkan tinja dan menghasilkan telur yang menyebabkan kegatalan dan reaksi imunologi pada kulit. Apabila digaru dengan kerap, kawasan yang gatal (selalunya berupa taburan benjolan merah) akan luka dan bakteria akan menjangkiti luka-luka ini lalu menyebabkan kudis dan nanah. Bahagian badan yang biasa dijangkiti adalah celah-celah jari, di sekitar pergelangan tangan, di bahagian luar siku, ketiak, perut dan kemaluan. Ia juga boleh muncul pada kulit kepala, muka, tempurung lutut, telapak tangan, sisi-sisi dan tapak kakinya.
Mangsanya adalah si kinting :-(  Sudahlah kulitnya sensitif, mudah alergik, maka mudahlah dia menjadi mangsa. Ini masuk kali ke-2 dia kena. Selang sebulan dua aje kulit dia okay, kemudian jadi balik. Mungkin dia terdedah pada habuk & hama masa keluarga aku buat house renovation hari tu. Bila dia balik semula ke Putrajaya, aku buat operasi pembersihan secara klinis kat rumah pula (jemur tilam & bantal kat cahaya matahari, basuh cadar, sarung bantal & pakaian si kinting dengan air panas, pastikan rumah bebas dari habuk - walaupun masa nak membuang habuk secara cemerlang adalah terhad & rumah aku pulak bebetol tepi jalan). Plus, potongkan rambut dia hingga pendek. Sebabnya sampai ke kepala pon berkudis. Si kinting pun semacam serik berambut pendek, tapi apakan daya wahai anak. Hurm..nampak gayanya kena ulang operasi yang sama lagi. Semoga kali ini cepatlah kudis-kudis itu baik. Awas kamu Sarcoptes Scabiei!!
Lexical Analysis : In computer science, lexical analysis is the process of converting a sequence of characters into a sequence of tokens. A program or function which performs lexical analysis is called a lexical analyzer, lexer or scanner. A lexer often exists as a single function which is called by a parser or another function. Sumber : Wikipedia
Question : Write a lexical analysis specification for JFlex to recognize token used the JAVA language specifically to construct program for the statistical problem. Bla..bla..bla..Tugasan kedua subjek Teknik Pemproses Bahasa yang menemui kebuntuan. Sekali missed kelas adalah penyesalan. Dan ye, aku sudah merasai penyesalan itu. Killer subject semester ini.

04 November, 2011

Menangani anak yang nakal

Untuk perkongsian bersama :-)

1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Antara doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:

1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik. Jika ada kesalahan mohon betulkan.

31 October, 2011

Pemenang Odisi Aurora 1st Giveway

Seperti yang dijanjikan, aku akan umumkan pemenang bertuah bagi giveaway aku yang pertama...jeng..jeng..jeng..

 Aku guna cabutan bertuah stail tradisional ye, gunting-gunting kertas, tulis-tulis nama, lipat-lipat kertas, lambakkan atas meja & gaul sebati.

Juri yang dipilih untuk membuat cabutan. Thanx ye cik Mira yang cantik manis :-)
Dan pemenang Odisi Aurora 1st Giveway adalah ...

..................

............

.........
 .....

...

KAK NGAHHHHHHHHHHHHHHHH!!
Kepada pemenang bertuah yang tersebut, sila hubungi aku di chempaka_aurora at yahoo dot com  untuk urusan penghantaran hadiah :-)
Kepada yang tak berjaya, jangan rasa tak best pula ye, ada rezeki..giveaway by Odisi Aurora akan menyusul lagi..jangan serik nak cuba lagi okeh?! *err..semangat usop wilcha - kita bako..kita bako jangan disemat di hati ye..hihi* Btw, aku nak ucapkan terima kasih untuk sokongan yang korang berikan dalam menjayakan giveaway pertama aku ini. Selain ber'contest-contest'an, kita merapatkan sillaturahim, tak gitew? Last but not least..love uolls!

Senarai peserta Odisi Aurora 1st Giveaway

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera uols :-)

Pertama-tamanya aku nak berterima kasih kepada semua yang sudi menceburkan diri menjebakkan diri menyertai giveaway yang seadanya ini. Melihatkan penyertaan yang menggalakkan, aku selaku 'tuan tanah' merasa terharu dengan sambutan yang diterima. Rasa berkobar-kobar nak buat giveaway lagi, ececeh. Thanx again uols! Btw, berikut adalah senarai peserta yang aku maksudkan setelah lawatan tapak & semakan dibuat. Semua bertindak mengikut arahan :-) (Yang siap menganalisis & mengulas, meng'tagged' kengkawan, berpantun dsb, aku selaku tuan tanah really appriciate it!) Dan semua pun memberi jawapan yang tepat (yang terlebih tepat pun ada, baguslah kamu-kamu ni!). So uols, let's check it out!

1. LydSunshine
2. Mama Adam
3. FADZ
4. Muslimah Vogue- Azwa
5. Erawatie
6. Mas
7. ZaiKulim
8. Taufidris
9. Ayuselalu
10. Nani
11. Rosilah
12. Segalanyer kuterima
13. SofiaHB
14. Kak Ngah
15. Inasepi
16. Inahasan
17. Shidasyakirin
18. Zie
19. Iqawangi
20. Fieda
21. Azatiesayang
22. Nida
23. Golden Rose - Sha
24. Miss Ozja
25. Lina
26. Aieyn Bf
27. Nanakimie
28. Cempaka Kuning
29. Syima
30. Joel Leslie
31. AnaLyana
32. Kutu
33. 'Aq suka contest'
34. Nurul 'Ain
35. Khai
36. Cik Rose Cute
37. The Giveawaystuff
38. Shahdiana
39. Gina Harry
40. Adna Madhiha
41. Mommy Aisy
42. Miss Nadrah
43. Leen
44. Irma
45. CuteMummy
46. Noor Fatin
47. Azie
48. Bella
49. Hema
50. Syakila
51. Tiefazatie
52. Shikin
53. Fiezahkecik
54. Ogy
55. Juniza
56. Qard91
57. Zalina
58. Sarah
59. Izan cute

Keputusan akan diumumkan HARI INI, jam 5.00 PTG. Suka diingatkan bahawa keputusan tuan tanah adalah muktamad dan pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah (mari kita lihat siapa yang menang!).

30 October, 2011

Odisi Aurora 1st Giveaway!

 * THIS IS STICKY POST ENTRY, DO SCROLL DOWN FOR LATEST UPDATE *

Seperti yang dijanjikan, giveaway pertama dari aku untuk semua blogger yang sudi singgah ke blog picisan ini :-)

Bukan satu tetapi DUA (2) hadiah menanti korang!!

Hadiah-hadiahnya:

Romper set (12 months), cute colourful baby tights (6-12 months) & white pant
Sekiranya kamu ada baby gegurl, mungkin ini untuk si kecil itu. Sekiranya tiada, tidak salah rasanya hadiah ini dijadikan buah tangan buat anak saudara-mara mahupun rakan-taulan. Atau mungkin baby dalam kandungan sudah sah jantinanya, ini boleh jadi antara koleksi dalam closet si bayi.

&

 Chiffon shawl roses  in pink
Ini shawl yang sangat manis dipakai. Tak kira status anak dara atau mak dara, semua boleh gayakannya. Apapun, terpulang pada cara bakal tuan punya hendak lilit melilit ikut rasa.

Cara-caranya :
1. Sila buat entri berkenaan giveaway ini & 'link'kan ke entri ini.
2. Jawab soalan ini : Bilakah tarikh entri pertama Odisi Aurora di'publish'?
3. Tinggalkan jawapan & URL link korang di ruangan komen.

Itu sahaja :-) 
Seorang pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah (dengan jawapan yang betul semestinya).
Tarik tutup penyertaan : 30 Oktober 2011 (Ahad) jam 11.59 pm.

All the best!

28 October, 2011

Subjek Elektif

Aku baru tahu dekat sekolah kebangsaan subjek elektif seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin & bahasa India dah dilaksanakan *sangat lame bukan?* Itupun bila kawan aku bercerita yang anak dia pilih bahasa Mandarin sebagai subjek elektif. Lagipun, dia sendiri ada ambil bahasa tersebut sebagai subjek elektif  untuk pengajian luar kampus, jadi dia fikir tak jadi masalah untuk dia beri tunjuk ajar kepada si anak. Tetapi rupa-rupanya cara pembelajaran si ibu & anak adalah berbeza. Kawan aku cerita, even dia belajar bahasa Mandarin pun, akan ada terjemahan bahasa Melayu, juga akan ada terjemahan sebutan dalam rumi, sedangkan anak dia memang bulat-bulat kena baca tulisan cina tu tapi si anak bagitau tak susah pun nak belajar subjek tu, which is amat membuat aku takjub sebab dia bukan setakat belajar bahasa Melayu, Inggers & Mandarin, tapi ada belajar bahasa Arab juga di sekolah agama. Multilingual gitu. Pada aku, bagus juga disediakan subjek elektif macam tu kat sekolah kebangsaan sebab dalam masa sekarang, bukan mudah untuk anak-anak kita memasuki sekolah jenis kebangsaan kerana terdapat banyak syarat yang perlu dipatuhi. Tapi menurut kawan aku tu, setiap tahun sekolah tidak akan menawarkan subjek elektif yang sama, mungkin tahun lepas sekolah tu offer bahasa Arab & bahasa Mandarin, tahun ni mungkin sekolah tu akan offer subjek bahasa Arab & bahasa Tamil. Yang  aku tak tahan tu, ada kawan-kawan anak dia yang pilih nak belajar bahasa Tamil sebab nak elak kena tipu waktu makan minum kat kedai mamak. Bahasa Arab takmau belajar sebab nak pergi Mekah sekali je seumur hidup tapi kedai mamak..hari-hari pergi. Hadui, apa punya motif la bebudak zaman sekarang ni (-_-)"

15 October, 2011

Give away

Insya Allah dalam masa terdekat ni, aku akan buat give away. Macam mana stail give away tu nanti, akan aku fikirkan. First time nak buat ni, so kena gebang-gebang dulu.

10 October, 2011

Sabun di bilik mandi

"Cabunnn di bilik mandi, cabuuuuunnnnnnn." Geli hati pulak bila aku dengar si kinting nyanyi lagu ni time dia mandi. Senang hati gamaknya dapat mandi sendiri (tapi aku monitor la). Haih, ni semua pengaruh cerita Laksamana Do Re Mi, jadi ikutan dari bapak turun ke anak.

30 September, 2011

27 September, 2011

Penchuri

..ada di mana-mana. Baru-baru ini, family in law kepada sepupu aku telah kehilangan 2 tas tangan yang dilesapkan oleh si 'panjang tangan'. Dah letak dalam bilik pun boleh hilang. Walaupun kejadian kehilangan sebegitu sebenarnya bukanlah perkara asing, maka kalau ada sebarang majlis keramaian di rumah kita, barang-barang berharga haruslah disimpan dan dikunci rapi, mungkin tuan rumah tidak menyangka akan ada jemputan yang sewenang-wenangnya berani menceroboh ruangan privasi si tuan rumah. What were they thinking? Pergi majlis orang untuk mencuri? Haih, macam-macam taktik pencuri zaman sekarang kan? Asal ada peluang, copet sana..copet sini. Yang kita ni, walau berada di rumah saudara-mara ke, sahabat handai ke, waktu-waktu majlis jamuan atau kenduri kendara tak boleh 'lepa' akan barang berharga kita. Kalau boleh kena jinjit ke sana ke mari. Peluang hendak beramah mesra dan menjamu selera dengan tenang pun jadi tak berapa nak tenang. Itu kalau majlis kenduri kendara, hatta dalam surau atau masjid pun, kita berada dalam situasi yang sama. Asal boleh aje ye kamu si pencuri? Memanglah malang itu tidak berbau. Tapi wahai si pencuri, mungkin hari ini hari kamu, esok lusa siapa tahu! Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga :P Shame on you!

22 September, 2011

Nasihat

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari taska selepas mengambil si kinting, beliau berkata, "Wah, ibu bawak kete laju & pantas!"  Erms..pujian ikhlas yang menusuk kalbu, huhu. Terima kasih anak atas 'nasihat' itu. Btw, sejak bila kamu belajar perkataan 'pantas' itu haa?

21 September, 2011

Wordless Wednesday #8

  
klik untuk tumbesaran ;-)

19 September, 2011

It's complicated

Dalam FB, adalah menjadi pemandangan biasa jika seseorang itu bertukar status. Dari "single" jadi "in the relationship", dari "in the relationship" jadi "engaged", dari "engaged" jadi "married". Adalah menjadi pemandangan biasa juga kalau dari "in the relationship/engaged" menjadi "it's complicated/single". Kalau hendak lebih drama boleh letak status "divorced". Kira bajet bercerai-bertalak & turun-naik mahkahmah bagai padahal "break" pakwe makwe saja. Dan kepada yang tunang-bertunang, kalau dari "it's complicated" tiba-tiba terus bertukar menjadi "married", marilah kita pakat doa-doa semoga rumahtangga mereka aman damai, permai & bahagia. Tak payah lah nak kondem, "Hari tu kata dah takde harapan, macam nak putus sesangat, tup-tup kawin pulak. Ntah pape." *cebik mulots* Eh, terima ajelah itu sudah jodoh mereka. Kalau pun tetiba mereka bertunang dengan orang lain kemudian berkahwin dengan orang lain, tak perlulah susah-susah nak argue kenapa jadi begitu. Semua itu bukan aturan kita. Tapi kalau kepada yang berkahwin, tiba-tiba status jadi "it's complicated", ini akan mengundang tanda tanya, maka ramailah yang akan memasang speku kannn?? (Kalau yang "single but not available" bertukar status kepada "it's complicated" pun, ramai yang berspekulasi, x gitu?) Bukankah, status "married" itu lebih baik remain as "married" selagi tiada kata putus untuk bertukar menjadi "single" (read : i'm available!(again))? - walaupun ada yang akan kata, ala..mulut orang ni tukar apa-apa status pun kalau dah dasar mulut tempayan, yang baik-baik pun akan diburukkan tapi sekurang-kurangnya tak perlulah kita bagi peluang untuk mereka berbuat demikian.

*entry cermin diri*

18 September, 2011

Mat Deng


Tasnim : Ibu, Anim tak suka la Mat Deng duduk kat umah kita.
Ibu : Kenapa?
Tasnim : Anim tak nak kawan ngan Mat Deng. Suoh la dia duduk ngan atuk erm, atuk apa tu?  Aaa..Atuk Nohan (merujuk kepada Atuk Johan, pak mertua aku).
Ibu : Kenapa? Sian Mat Deng (saja la aku bagi ayat pancing).
Tasnim : Mat Deng tido tak tutup mata.

* Mat Deng ni tikus getah. Bapak mertua aku saja bagi sebab dia tau si kinting geli gila babas kat menatang ni (nasib ko la Tasnim dapat atuk kuat mengusik). Motif dipanggil Mat Deng? Ntah, aku pun tak tahu.

05 September, 2011

Eid Mubarak 1432H/2011

Giliran beraya bersama keluarga En.F. Rezeki dia tahun ni dapat cuti lama. Tapi nyaris-nyaris officemate dia nak 'kecek' cuti dia, padahal tahun lepas beria dah berjanji tahun ni giliran En.F sebab tahun lepas officemate dia tu awal-awal dah booking nak cuti raya lama. Tup-tup tahun ni dia nak cuti lagi, mementang lah tahun ni 3 hari straight dapat cuti free, itu tak masuk cuti Sabtu & Ahad. Memang berbaloi-baloi. Tapi apa hal plak nak sibuk-sibuk suruh orang pilih nak cuti Isnin ke Jumaat kan sedangkan En.F dah entitled untuk cuti raya tahun ni & big boss dia pun dah bagi lampu hijau untuk dia cuti hari Isnin & Jumaat tu. Kalau En.F cuti hari Jumaat, maknanya kami kena balik SP malam raya, kalau dia cuti hari Isnin, maknanya hari raya ke-3 dah kena bergegas balik KL sedangkan aku pulak ambil cuti hari ni sebab mengenangkan nak bagi 'can' En.F beraya sakan dengan keluarga dia, yelah sepanjang 6 tahun dia kerja kat MAB tu, baru tahun ni dia dapat cuti raya. 2 tahun lepas, even kami beraya dengan keluarga dia kat Terengganu, dia tak dapat cuti cuma kebetulan hari raya pertama & kedua dia 'off', jadilah kan. Janji dia dapat beraya dengan keluarga dia. Tahun ni pun, En.F bagi aku pilihan sama ada nak beraya ngan keluarga dia atau keluarga aku (lagi?). Musykil juga masa dia memula tanya tu, yelah..aku dok pikir apa motif dia buat baik plak bab giliran balik raya ni. Huhu. Dia kata dia tak kisah beraya kat memana pun. Eh, aku kisah..okeh? Dia kata dia ok. Pada aku, itu tak ok. Dah tahun ni dia dapat cuti panjang & sepatutnya tahun ni giliran beraya dengan keluarga dia, jadi sepatutnya dia kena guna kesempatan yang ada sebaiknya. Chewah. Bunyi macam isteri solehah aje kan? Bajettt la sangat, huahuahua. Aku tak nak lah dia fikir aku suka ambil kesempatan membuta tuli tanpa hati perut & perasaan. Aku suka aje beraya dengan keluarga mertua (eh serius tak tipu okeh! :P), yelah kami bukan selalu ada kesempatan nak berkumpul & berjumpa.

Alamak, macam termembebel la pulak..walhal itu baru mukadimah cerita raya je. Oklah, tahun ni seperti tahun-tahun lepas..kami ada warna tema. Selalunya aku akan decide nak pilih kaler apa tapi selalu juga akan end-up pilih warna lain sebab bila dah ke kedai kain, belek-belek kain, mesti terberkenan dengan warna yang bukan pilihan. Jadinya tahun ni, kami (sebenarnya aku je yang kuasa nak pilih warna-warna bagai ni) memilih gabungan blok warna - hijau emerald & merah hati. Hijau emerald tu macam ala-ala hijau Petronas kot. Sepatutnya tahun ni aku beraya dengan 3 pasang baju raya tapi hanya sepasang aje yang siap sebab akak tukang jahit bagitau aku, dia dah kena tipu. Dia ada 'sub'kan pada tukang jahit lain separuh dari tempahan yang dia terima, alih-alih last minute si tukang jahit tu hantar balik semua kain-kain tu kat dia. Memula aku frust juga, aku hantar tempah hujung bulan 6 gitu, dia janji pertengah bulan puasa dah boleh ambil, alih-alih 3 hari lagi nak raya baru baju aku siap, itupun sepasang. Nasib baik, baju yang aku tempah untuk majlis nikah adik aku bulan 12 nanti, dia dah siapkan. Kain tu aku hantar sebulan awal dari tempahan baju raya hari tu. Dapatlah aku 2 pasang baju raya. Dia janji 2 pasang lagi dia akan siapkan secepat mungkin & bagi diskaun even dia ada komplen, salah satu kain yang aku hantar tu susah nak jahit sebab batu-batu kilat susah nak ditanggal. Dia kata kalau tukang jahit lain dah tak terima kain macam tu. Aku cakap dalam hati, kalau tak terima, pulangkan ajelah kak. Aku pakai buat sari. Kalau kain macam tu tak boleh buat baju, takkan ada orang jual pulak. Haih. Tapi akak tu sambung, dia kata boleh buat sebenarnya cuma leceh sikit nak kena iron lama-lama kat tempat batu-batuan tu. Hah, pulak. Dan aku hanya mampu member senyuman kambing sebagai respon. Yelah, kau tukang jahit, kalau tak boleh buat, cakap bebetol, kalau rasa boleh buat, buatlah, kita yang buat dia kan? Kalau rasa nak charge lebih, kaw timlah dengan aku. Asalkan tak melampaui batas, aku akan bayar jerih perih dia nak menjahit baju aku tu. Isk, pakkal lah dalam banyak-banyak tukang jahit kat area Putrajaya ni, jahitan akak tu yang aku selesa pakai. Tapi aku dah berkira-kira nak usha tukang jahit lain pulak lepas ni sebagai alternatif. Hurm, kita tutup cerita pasal baju raya.

Ini gambar raya seluruh ahli keluarga mertua.

Tahun ni macam merata juga kami beraya. Seperti biasa, kami beraya kat rumah adik En.F dulu sebab rumah dia yang paling dekat dengan rumah mertua aku. Senangkan bila anak beranak duduk dedekat ni? Kemudian, hari raya kedua, kami beraya ke Gurun - rumah makcik saudara En.F, kemudian ke Alor Star - rumah keluarga adik ipar En.F (yang pakai sedondon dengan En.F tu). Hari raya ke-3 pulak, diaorang plan nak turun Taiping, bermalam kat sana sebelum kami semua ke KL sebab nenek En.F ada kat Cheras - rumah pakcik En.F. Dalam perjalanan nak ke Taiping tu, kami singgah beraya di Kepala Batas, rumah pakcik saudara adik ipar En.F (yang berbaju melayu hitam tu). Sampai di KL, kami stay beramai-ramai di Cheras. Memang meriah sebab sepupu sepapat En.F pun ada. Kemudian, dari Cheras, family mertua aku berangkat ke Putrajaya pula untuk bermalam di teratak kami sebelum mereka bergerak ke Melaka untuk menghantar adik ipar aku yang bongsu balik ke kampus dia kat Lendu semalam. Hari ni, aku hanya memalaskan diri di rumah sambil melayan si kinting, heaven sungguh..huhu.

 Okay, aku 'up'kan 1 gambar aku & si kinting :-)

 Yang lain, aku tempek di FB.

Kalau ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti, 
Kalau ada silap & salah,aku mohon semoga dimaafi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011 untuk semua yang mengenali aku di alam maya ini :-)

04 September, 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan 2011 Bhg Akhir

Haih, sudah masuk bulan Syawal pun masih hendak bercakap soal masak-memasak di bulan Ramadhan. Tetiba aje dari bahagian satu terus ke bahagian akhir. Nampak sangat dapur ahkak tak berapa nak berasap bulan lepas. Ate setakat goreng cincai boncai, tumis ayer atau panaskan lauk tu, al-paham ler kan..itu aktiviti standard di dapur untuk wanita berkeroje & belajo cam ahkak ni kan, di tambah pula tak berapa nak gigih berkuntau di dapur saban hari. Sebenarnya ini entri ter'kepam', sayang pulok le teman nak mendeletnyer. Ate nak nunjuk kat kome kerajinan teman yang tak seberapa tu kan..maka teman hapdetkan entri ini. Lepeh ni kita cerita pasey ghaye le pulok ye. Moh kita layan :))

Mi goreng sehangat mentari - nama kemain over, rasa sedang elok aje..eceh-ceh, terpuji masakan sendiri pulak. Ala..mi goreng je pun.

Nekbat - sebelum disira dengan air gula. Dah 3 tahun aku mengidam nak makan pencuci mulut orang pantai timur ni time bulan puasa. Tahun ni baru berhasil mendapatkan. Itupun sebab member pejabat En.F bagi. Alhamdulillah, dapat juga aku merasa.

Gini le rope nekbat yang telah disira. Kembang semangkuk gitu. Tengok, daun pandan pun tak dibuang, tukang masak pemalas kaedahnya. Konon stail la kan nak amik gambo. Aku buat air gula ni cair sikit sebab takmo menanggung risiko terkena kencing manis. Sebenarnya nekbat ni memang sedap dimakan manis-manis. Kalau air gula dia lagi pekat & manis, lagi sedap la tapi sendiri mau ingat la itu kandungan gula haaa.

Aglio olio. Selera mat saleh la pulak. Tu pinggan jiran (motif bagitau? saja :p), sebelum bertukar juadah berbuka, kita amik gambar dulu.

 Salah Salad kentang dengan tuna mayo. Kurang mendapat sambutan. Rupa pun 'kusam' semacam je kan, tak membangkit selera. Aku je yang tala. Erm..aku prefer salad kentang letak telur, sedap lagi kot.

Kerutuk ayam, telur rebus & pulut kuning. Mujur tak keneneng makan pulut time berbuka, yelah perut tengah kosong dilawan dengan makanan berangin, memang saja cari penyakit la kan tapi disebabkan teringin sangat punya pasal. 3 kali aku ulang makan. Siap tapaukan pada jiran sebelah & makcik Juli sebab aku buat banyak. Tapi tang pulut tu kena kasi lemak lagi baru menepati piawaian makcik Juli. Aku malas nak buat lemak-lemak sangat, nanti nak makan banyak-banyak tak boleh sebab muak. Hahah..alasan..alasan.

Kek buah - buah tangan balik rumah mertua. Konon tahun ni nak buat projek 'baking with joy' secara gigih tapi disebabkan aku ni 'cekap' sangat buat kerja 'baking-membaking' ni, maka yang terhasil hanyalah sebiji kek marble trio untuk buah tangan family aku & kek buah untuk family En.F, selebihnya aku bawakan kuih muih raya tunjuk-tunjuk aje.

Sekian,wassalam :))

27 August, 2011

Kekhilafan diri

Baru-baru ni aku kehilangan sejumlah wang. Wang yang sepatutnya dibuat bayaran bulanan taska si kinting. Memang aku sudah siapkan awal-awal duit tersebut. Aku masukkan dalam sampul kad bayaran yang taska sediakan. Memang ingat nak bayar secepat mungkin tapi mungkin memang perkara dah hendak jadi, tugas aku menghantar si kinting pagi itu di ambil alih secara sukarela oleh En.F (pucuk dicita ulam mendatang la kaedahnya,bukan selalu aku dapat offer cenggitu). Jadinya dalam aku bersenang lenang bersiap hendak ke pejabat, aku terlupa nak kirimkan sampul kad tu pada En.F. Aku fikir takpelah, esok-esok pon boleh. Petang tu lepas habis kerja, aku singgah ke bazar ramadhan. Lepas settle membeli lebih kurang & berbuka, aku pun terus pergi kelas. Esoknya tu baru lah aku sedar kad tu dah takde dalam handbag. Puas aku geledah beg, cari. Tak jumpa. Cari dalam rumah, tak jumpa. Cari dalam kereta, tak jumpa. Cari dekat pejabat, pun tak jumpa. Aku tanyakan juga dekat member sekelas yang aku tumpang kereta dia sehari dua yang lepas, dia pun cakap tak jumpa. Oklah, memang dah takde rezeki. Aku dah lama tak rasa hilang barang. Jadi bila wang itu hilang, macam terasa juga, walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak mana untuk sesetengah orang. Aku rasa ralat, mungkin sebab aku rasa aku cuai. Aku rasa terkilan, mungkin sebab aku rasa dengan jumlah duit yang sama, aku boleh belanja En. F & keluarga aku berbuka dekat PICC atau boleh settlekan separuh duit raya tahun ini atau boleh topup duit minyak & tol nak balik kampung nanti atau boleh belikan sepasang dua baju lagi untuk si kinting atau kasut & handbag baru untuk aku, huhu. Tapi itulah, selalunya kejadian-kejadian yang boleh membuatkan kita terasa ralat atau terkilan, mempunyai sebab kenapa ianya berlaku. Setidak-tidaknya aku fikir begitulah. Ini bukan soal cuai semata-mata. Ini soal memang sudah tersurat wang itu bukan hak aku secara halusnya. Mungkin juga kehilangan itu adalah kifarah untuk kekhilafan diri yang aku tak sedar aku dah buat sepanjang bulan puasa ini. Maka aku harus berlapang dada. Walau dibebel En.F pun, aku tak rasa sentap. Aku redha. Duit boleh dicari. Yang penting, khilaf aku harus diperbaiki. Aku akui, walau terkadang benda sebegini nampak kecil, tapi impaknya boleh membuat kita tersentak dari lamunan, boleh buat kita muhasabah diri. Dan ya, sudah bukan rezeki tetaplah tidak akan menjadi rezeki, biarlah ianya menjadi rezeki kepada yang menjumpai. Titik.

Apapun, sempena hari raya hari mulia ni, aku seisi keluarga ingin mohon maaf andai ada lisan yg tak terjaga..janji yang terabaikan..hati yang berprasangka atau sikap yang pernah menyakitkan. Salam minnal aidil walfa'izin untuk semua :)

24 August, 2011

Wordless Wednesday #7

*rolling eyes*

22 August, 2011

Kalau sedap bagitahu kawan

Sabtu lepas, adik-adik En.F ada bertandang ke teratak kami kerana mereka berhajat untuk shopping raya sekitar KL, tapi aku cadangkan pada dorang untuk survey kat area Bangi dulu sebab kat Warta or PKNS ada banyak kedai yang jual baju raya. Disebabkan kami plan nak keluar lepas Asar, maka gigihlah kami surfing internet konon nak buat tempahan kat mana-mana restoran yang terdekat, tapi malangnya semua dah fully booked. Hendak tak hendak, kami decide nak redah aje so aku syorkan En.F ikut Sungai Merab untuk ke Bangi (sebab nak elakkan jam dari Kajang nak masuk Bangi tu kononnya), sambil dalam kepala dok ligat fikir tempat nak berbuka. Kemudian aku teringat satu restoran yang terletak bebetol tepi jalan & ada lampu tanglung.
Gamaknya masa ni restoran tu tak habis setup lagi kerusi meja semua, tapi signature lampu tanglung tu yang penting.
Tiap kali aku pegi or balik kelas, bila lalu situ mesti aku nak toleh tengok restoran tu. Dan tiap kali aku lalu, aku tengok pelanggan yang datang boleh tahan ramai so kami pun decide nak cuba tanya sama ada boleh buat tempahan lagi ke tidak sebab time tu dah jam 6.30 petang. Mungkin rezeki kami ( dan juga rezeki tauke restoran tu), maka dapatlah kami tempat untuk berbuka. Dan barulah aku tahu bahawasanya restoran itu bukan restoran Arab tetapi adalah restoran Cina Muslim yang bernama Al-Sinni.

Bak kata tauke Al-Sinni, "kalau sedap bagitahu kawan, kalau tak sedap bagitahu kami"
 Aku ni rabun, so tak nampak tang ayat Chinese Muslim Restaurant ngan tulisan Cina tu. Mati-mati aku ingat restoran Arab. Restoran Al-Sinni ni menawarkan BBQ & steamboat secara buffet. Dan sempena bulan Ramadhan, restoran ni buat promosi dengan harga yang berpatutan (RM19.90 untuk dewasa & RM 9.90 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun). Tapi macam hari tu aku bawa si kinting tak kena charge pun.  Pada aku, makanan kat sini sedap & memuaskan. Berbaloilah dengan harga RM 19.90 tu. Selalu kalau dah restoran BBQ atau stimboat, kita akan prefer nak makan daging, udang, sotong, ayam & segala-mala yang boleh di BBQ/distimboatkan selagi boleh hadap, betul tak? Kat sini, selain dari benda-benda alah tu semua, makanan berat macam nasi ayam Hainan, nasi goreng & mihun goreng pun sedap. Adik ipar aku dah ambil sepinggan mihun setiap sorang, tapi still rasa nak tambah. En. F pun licin dia kerjakan nasi goreng sepinggan terak. Aku ni pulak konon nak kongsi aje nasi ayam dengan si kinting, yelah..sebab fikir nanti nak makan BBQ ngan stimboat lagi. Tak sangkalah pulak si kinting boleh hadap nasi ayam tu sampai habis, aku dapat la merasa 3,4 suap. Aiskrim ada banyak variety, tapi takde bahan-bahan sampingan macam kekacang, kismis, coklat rice, gegula tu semua. Kalau ada, mesti lagi syok. Air pulak ada dua jenis, limau ais & sirap limau ais..plus air kosong. Aku tak sure lah pulak kalau dorang tukar-tukar menu tang air ni. Cuma tang makanan berat tu, aku dimaklumkan oleh tauke Al Sinni ni yang dorang akan tukar-tukar menu. Aku ni jenis suka makan stimboat, so definitely aku akan datang lagi. Lagipun, ada juga alternatif port makan stimboat kat area Bangi ni.
So kalau engkauorang rasa-rasa nak berbuka kat sini, pergi lah. Taukenya peramah, pekerjanya pun baik-baik. Semua anak-anak bujang aje..so sempatlah ahkak 'cuci mata'..tettttttt! Oh ye, pada para muslimin, kalau engkauorang tak berkisah nak bersolat di kawasan terbuka, khemah & tikar ada disediakan di hadapan restoran untuk bersolat. Masa aku pegi sana hari tu, ada sekumpulan pelajar siap solat berjemaah lagi kat depan restoran tu. Kami je lepas makan, terus menghala ke Warta & solat kat sana. So aku tak berapa pasti surau ada disediakan kat bahagian belakang kedai ke camner, lupa pulak nak tanya kat tauke dia hari tu.

 Puasa ada 8 hari lagi, so kalau nak booking, boleh hubungi no. telefon yang tertera (kat banner di atas). Selamat menjamu selera uols!

17 August, 2011

Wordless Wednesday #6

Bagaimana acuan begitulah kuihnya  - anak bapak

15 August, 2011

Please note FB has changed it's security settings (again)

Kepada yang sudah lebih awal 'alert' tentang perkara ni, baguslah ye. Kepada yang tidak (seperti aku), makanya di sini disediakan tatacara ringkas (ye, kalau tidak buat tatacara pun sepatutnya kamu sudah boleh ubah security setting FB kamu. Tetapi disebabkan aku adalah sedikit rajin pagi ini, maka aku kongsikan disini.

1) Cuba perhatikan URL  FB kamu (seperti yang aku bulatkan dengan warna merah itu). Jika kamu dapati URLnya adalah http atau www instead of https, maknanya FB kamu tidak mempunya secure session dan ini meningkatkan kemungkinan akaun FB kamu untuk menjadi mangsa penggodam. Jadi, apa yang kamu boleh buat? Kamu harus enabled security setting di Account Setting (seperti yang aku bulatkan menggunakan warna hijau petronas muda itu..heheh).
*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.*
2. Setelah kamu klik Account Setting, klik pula Security.
*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.*

3. Pergi ke Security Browsing dan klik Edit. Tick checkbox Browse Facebook on a secure connection (https) when possible dan klik Save. Done!
*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.*

4. Dan kamu boleh layari FB kamu dalam keadaan yang lebih selamat dan tidak terancam :-)
*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.*

Itu aje. Sekian.

11 August, 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan 2011 Bhg I

Seperti biasa, untuk aktiviti bakar-membakar, aku sentiasa sukacita memilih ikan cencaru sebagai bahan untuk dibakar. Kali ini dibakar bersama sambal tanpa kelapa.

Udang masak lemak cili api. Disebabkan dah jemu makan sambal udang, so aku buat masak lemak pulak. Konon nak buat udang masak lemak tempoyak, tapi bila dah prepare semua bahan baru aku perasan stok tempoyak aku tinggal ciput je, aiseyman..kang tak 'kick' plak rasanya..so punah la harapan nak menempoyakkan udang itu.

Bubur kacang & durian. Walaupun makanan ni bukan makanan kegemaran aku, akan tetapi disebabkan puasa, benda yang berapa tak suka pun jadi suka nak makan. Kebetulan ada bahan so aku pun buatlah seperiuk sedang. Alhamdulillah 'selamat' sebab aku tapau bagi jiran sebelah menyebelah & mak aku. Dalam umah tu aku sorang je makan. Tak syok lah.

Ini kuey teow bandung sempoi namanya. Sebab apa sempoi. Pertama, sebab guna pes ready made yang dibeli di Petronas :)) Kedua, sebab bahan-bahannya tak berapa meriah. Aku just letak bunga kobis, sawi, telur & ayam je. Dah itu je pun bahan yang ada kat dapur time tu, belasah ajelah. Jadilah buat ilang kempunan anak tekak aku nak merasa.

Tomyam seafood lemak. Terliur tengok tomyam lemak yang blogger mana ntah masak masa dok blog walking. Layan weh buat ratah-ratah lepas dah kenyang makan nasi.

Tahun ni aku rasa macam seronok pulak memasak untuk berbuka, biarpun setakat masak yang sempoi-sempoi. Tapi ada juga masa aku tapau lauk kat kafe atau bazar ramadhan. Cuma pepaham la harga makanan kat Putrajaya ni, kalau tak kena gaya kita membeli boleh pitam tetengah zebra line masa melintas dari bazar nak kena parking sebab harga makanannya yang 'sangatlah berpatutan'..huhu. Anyway, untuk sahur aku just panaskan baki lauk yg ada, itupun seingat aku baru 2 ke 3 kali kami bersahur makan nasi. Kalau tak kami makan je apa yang ada, roti bakar ker, telur goreng mata kerbau ker, biskut ker. Kadang makan kurma ngan minum milo/nestum aje. Nampaklah sangat aku pemalas masak time sahur kan? Memang ahkak malasssss pun :))

Okeylah, selamat berbuka semua!

10 August, 2011

Wordless Wednesday #5

Dulu : kinting kembang & gebus

Sekarang : Kinting kuncup & tak berapa gebus :(

29 July, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Allahumma balighna Ramadhan
Kepada semua teman-teman blogger, saya mohon ampun maaf andai ada terkasar bahasa & perbuatan (pada yang pernah bersua muka) secara sengaja atau tidak terhadap kalian. Semoga Ramadhan kali ini memberi sebanyak-banyak keberkatan kepada kita semua.
Selamat berpuasa.

24 July, 2011

Memasak itu terapeutik

Keinginan terhadap beberapa juadah yang tidak kesampaian di'hadap' telah mempengaruhi diri ini untuk menyediakannya sendiri dan me'lantak'annya sepuas hati. Semenjak dua menjak kesibukan hidup melanda diri, kesempatan untuk bersilat di dapur tidak tercapai sehingga tangan sudah menggigil untuk memegang sudip, periuk & belanga 'blender', lalu bila masa sudah ada, sesi terapi ini pun bermula.

 Sambal goreng terung & ikan bilis. 
Aku selalu tidak bernasib baik untuk men'tapau' nasi campur bersama sambal goreng ini di kafe office - sama ada habis atau waktu tu aku kena kerja luar. Kempunan ahkak.
Nah, bila masak sendiri..satu kuali itu aku hadap sorang...kau boleh?

 Nasi tomato.  Ini pun kes kempunan tapi jual mahal. Minggu lepas, waktu aku attend meeting kat Melaka, untuk lunch, menunya adalah nasi tomato dan disebabkan aku puasa maka menelan air liur lah aku tatkala aroma nasinya menusuk hidung..uhuks.  Orang lain siap tapau since ahli mesyuarat tingkap yang hadir tak lah seramai yang dijangka maka banyaklah balance nasi dan lauk-pauknya, tapi disebabkan aku segan nak mintak plastik/bekas menapau..jadinya dan-dan tu juga pasang azam hendak masak nasi tomato..nak masak nasi tomato, apa nak jadi pun jadilah :))

 Lauk pilihan untuk di makan bersama nasi tomato - dalca. Lepas ini boleh test power depan Makcik Juli..huhi.

 Dipadankan bersama - ayam masak merah i love u nama diberi. Pun boleh dibawa ke gelanggang Master Chef  Makcik Juli. Tapi mesti dia komen, kacang peasnya mana? Aku tak suka, so aku tak bother nak letak. Piss mama..hahah.

Pulut & serawa durian. 
Orang lain pagi-pagi makan nasi goreng, nasi lemak..aku masak pulut & serawa durian ni untuk sarapan..aci tak? Huhu. Tekak ni dah tak menyabor nak merasa, so aku turutkan aje. Huh, puas ati sungguh ti!

Psst...1 : Malam ni, akhirnya dapat juga aku melayan Transformer 3 - Dark of The Moon yang sangat pisang goreng panas ittew. Oh, dan sebelum itu, tekak ini macam mahu makan donat Big Apple atau waffle @ Rasa Foodcourt, Alamanda..ngeh-ngeh.

Psst...2 : Rasa macam nak tengok Harry Potter - Deathly Hallows part 2 lagi sekali.

23 July, 2011

Kisah hati

Single terbaru Alyah yang sangat enak di pendengaran aku dan menyentuh kalbu. VCnya juga menarik, kan? Lokasi yang super nice - Tasoh Lake Resort & Ladang Tebu Chuping. Persalinan adi busana yang indah. Juga hero yang super hot, ♥ Remy Ishak :)) Thumbs up to Alyah, Manusia Putih, Sixth Sense & semua yang terlibat di dalam pembikinan lagu & VC ini.

22 July, 2011

Ya Allah, berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul

Aku tak tahu hendak mula dari mana. Sesungguhnya dugaan dari Allah itu datang kepada kita dengan pelbagai cara yang kita sendiri tidak terduga. Sekiranya aku diduga sebegini, aku tidak pasti samada aku punya kekuatan seperti mereka untuk menghadapinya.

  Memetik kata-kata daripada Moon (beliau adalah kakak ipar kepada Norma yang telah berkongsi kisah menyayat hati ini atas dasar kasih sayang beliau kepada Norma, Talib & Rafiq) - "dia org kawen last year ...than Norma mengajar kat Pontian n Talib kat KL ...jumpa pun sekali sekala ..then Norma pregnant n masa kandungan 7 bulan Norma dah flat n dah start tunjuk kan tanda2 dia sakit . Allah mmg maha kuasa dia bantu Norma permudahkan bersalin kan Rafiq ...then masa tew la kesakitan Norma mmg tak dpt di tanggung lagi ...masa tew la kami baru tahu yg dia ada brain cancer .

Dalam kami kesian kan keadaan Norma ...kami lagi kesian kan keadaan Talib n Rafiq . Kesian sangat Rafiq tak dapat rasa langsung kasih sayang dr mama dia ....dah la Rafiq tew sebijik muka Norma ...

Mmg maha hebat la ujian dia org ...hope Talib sentiasa tabah dlm menghadapi ujian nih . Lib tuhan takkan menguji hamba nya kecuali DIA tahu hamba nya itew mampu menghadapi semua itu .

Jangan kiter mengalah ....kiter patut terus kan n usaha selagi kiter mampu ...kami semua akan sentiasa doakan yg terbaik utk Norma . Apa pun yg berlaku kiter redha ya."
Kepada mereka yang belum tahu, Norma adalah ibu muda yang disahkan doktor menghidap tumor otak tahap 4. Lagi cerita tentang Norma di sini.
 Aku tak mampu menahan sebak tatkala melihat gambar ini :-(
Kepada semua yang membaca entry ini, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan sekadar yang termampu serta mendoakan kesihatan Norma supaya beliau dapat bersama-sama suami dan keluarga tercinta melihat anakandanya, Rafiq membesar bersama limpahan kasih sayang seorang ibu.

Bantuan boleh dihulurkan kepada akaun :
CIMB : 01070068677528 - NOORMAWATI MOHD RASIF
 Semoga bantuan dan doa yang kita hulurkan, mendapat keberkatan-Nya.

18 July, 2011

Beberapa minggu ini

2 minggu lepas : minggu akhir peperiksaan akhir semester dua ( baru dua semester dah terasa hazabnyer kau..itu baru cara-cara buat degree, belum sambung Master or PHD lagi T__T demi mengejar cita-cita dan kecerahan masa depan maka akak redhooo ajelah ). Bencana bermula selepas projek berkumpulan untuk subjek SE kami di'reject shop'kan oleh pensyarah kami yang nampak lemah-lembut-ayu-berkredibiliti-lagi-muda-remaja-gitu-tapi-bila-bercakap-giler-kaw-pedas-menusuk-kalbu-kaedahnya. Sudahlah due date project proposal + presentation hanya berbaki tidak sampai seminggu ditambah dengan nak menelaah subject HCI & IS lagi maka menggelabahlah semua ahlil kumpulan. Usai menduduki paper HCI, masing-masing gigih berkumpul untuk menyiapkan tugasan SE dan dari situlah bermulanya episod kami berjaga sehingga jam 4,5 pagi setiap hari. Dengan masing-masing ada yang kena kerja luar lah waktu tu, kena masuk office sebab ada kerja urgent, memang gigihlah masing-masing. Ada juga yang terpaksa ambil EL sebab jatuh sakit dek kerana kegigihan menyiapkan projek. Sakit-sakit pun masing-masing still berkumpul untuk siapkan projek. Aku pulak dek kerana stress, boleh melayan stimbot kat Bangi malam sebelum paper IS. Orang lain dah sibuk menelaah, aku sibuk nak me'releasekan stress' dengan acara menjamu selera. Bila perut dah kenyang, acara seterusnya tatkala kaki menjejak rumah adalah beradu. Sudahnya aku study IS secara seadaanya aje (kalau dapat result seadaanya nanti baru padan dengan muka..huhu). Usai paper IS, masing-masing gigih siapkan slide presentation pulak kerana kami hanya punya 3 jam setengah untuk mempersiapkan diri bagi presentation. Rupa paras slide adalah yang paling sempoi. Dah tak kuasa nak berinteraktif canggih manggih bagai. Aku sampai mengigil-gigil tangan nak siapkan slide sebab masa sangatlah mencemburui kami. Mujur ada ahlil group yang sudi cover. Kegabraan aku terbawa-bawa hingga ke waktu presentation (time ni la penyakit parkinson ni nak mai..bluerghh), tapi bila masuk 2nd round dah rasa ok sikit. Tapi group kami tak sempat habiskan presentation, cik puan pensyarah dah suruh stop. Time's out katanya (aku terkilan la sikit tak dapat nak present pasal white box testing..haih). Apapun, geng gagak hitam (dek kerana ahlil kumpulan aku yang pompuan semua berbaju kurung, bertudung & berblazer serba hitam) sudah buat yang terbaik.  Usai presentation, seperti terasa beban di batu jemala patik terlepas sudah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja keluar berjimba, tetapi disebabkan ahlil kumpulan semuanya keneneng tidak cukup tidur, makanya peluang yang ada tidak harus dilepaskan sementelah selang sehari lagi sudah mula semester baru. Alhamdulillah, markah group project + presentation kami tidaklah menghampakan cumanya markah individu adalah penantian yang mendebarkan sebab masa final hari tu banyak soalan yang aku jawab merapu..jangan sampai pensyarah aku naik hantu marking paper aku sudah lah..uhuhu.

1 minggu lepas : aku ingatkan bencana sudah berakhir, rupanya ia berlarutan. Minggu inilah semester baru bermula, semester pendek. Semester baru dengan permulaan yang seperti menseronokkan. Dapat pensyarah-pensyarah yang ceria & sporting. Harus juga berlapang dada dan bersiap siaga dengan tugasan & projek yang telah/akan diberikan. Itu aktiviti selepas waktu kerja. Aktiviti semasa waktu kerja minggu ini selain daripada menghadiri mesyuarat berkaitan kerja hakiki & mendapatkan  serta mengemaskini statistik terkini aktiviti micro lab data cleaning, adalah dipenuhi dengan taklimat, perjumpaan, latihan dan menguruskan pasukan boling wanita jabatan sempena kejohanan sukan kementerian. Ada orang kata, alah..jadi pengurus aja..apalah yang penatnya. Haah lah, tak penat. Rileks sahaja. Apalah sangat kalau setakat kena kutip duit yuran perlawanan dari pemain (walaupun terpaksa dahulukan duit sendiri - takde niat hendak berkira ye, mana yang terlebih terkurang aku dah halalkan), nak arrangekan pengangkutan, tempat latihan & perlawanan, makan minum, elaun ahli pasukan, t-shirt kontinjen..itukan perkara enteng sahaja. Setakat kena berlatih untuk kawad perbarisan dan perlu hadir untuk acara pembukaan & penutup pun perkara enteng juga. Belum lagi kena berulang alik dari rumah - the mines - upm dalam keadaan terkejar-kejar ke sana ke mari. Di tambah pula dengan kesihatan anak yang tidak mengizinkan. Si kinting terkena keracunan makanan. Actually masuk minggu ni dah 2 minggu si kinting stay dengan Makcik Juli. Minggu lepas dia stay sebab aku sibuk dengan exam & si babahnya pulak kena outstation ke Penang. Minggu ni dia stay sebab aku dah start kelas & En. F sambung trip outstation dia ke KK pulak. Mula-mula mak aku ngadu si kinting cirit-birit, so aku ingat itu cirit-birit biasa. Bila aku balik Kajang nak bermalam kat sana, si kinting dah start demam. Makcik Juli bagitau dia dah bagi ubat demam yang aku bekalkan. Mujur juga demam dia tak tinggi, still dalam kawalan. Masuk hari kedua aku bermalam kat sana, si kinting start muntah-muntah. Ayah aku dah panik semacam (since dia yang tidur dengan si kinting, aku takde can der nak bercuddle-cuddle ngan anak aku kat sana weh), dia risau tengok si kinting asal minum susu aje muntah so dia minta aku bawakan si kinting ke klinik. Masa ni aku dah suspek si kinting bukan demam tapi dia keracunan makanan @ rotavirus. Si nenek & atuknya mati-mati ingat cucundanya demam panas. Tapi memang itu salah satu simptom untuk kes keracunan makanan pun. Masa tu, keadaan si kinting memang lemah tapi dia still nak meronta-ronta time aku nak bawa dia pergi klinik. Bila si nenek tengok cucundanya dah menangis meronta-ronta cenggitu mula la dia sibuk nak suoh si atuk nyer ikut sekali. Si atuk pula dah tak larat sebab kerap terjaga. Dah depa dua orang dok kalut nak pegi ke idak. Sabor je lah. Last-last aku cakap, biar aku pegi ngan mak aku aje, bagi ayah aku berehat. Lagipun anak buah aku, si Yaya takde orang nak tengokkan kalau semua dah pegi klinik nanti. Yang si kinting pulak, lelama elok je dia dalam dukungan aku. Saja nak buat drama sat tadi. Haih.  Then, bila aku bawa jumpa doktor, terus doktor bagitau nak check darah & masukkan air since dia tengok keadaan si kinting dah lemah. And to my surprise, si kinting sangat cool sewaktu cik-cik nurse masukkan jarum untuk ambil darah & masukkan drip. Nurse tu suruh genggam tangan, dia genggam. Nurse tu suruh tarik nafas, dia tarik nafas. Siap boleh nak angkat kepala tengok apa nurse-nurse tu buat kat tangan dia. Yang over adalah neneknya. Kihkihkih (jahat ko Nina, gelakkan emak ko sendiri). Dalam pada dia nak bagi support "Anim budak baik kan? Anim kuat kan?" ala-ala pom-pom girl tu aku dengar suara dia sebak semacam. Aku pun sebenarnya sebak jugak tapi bila tengok anak aku yang acting sangat cool itu, aku rasa bangga. Kembang kempis dada ahkak uols. Aku bagitau dia, "Tasnim kuat. Hebatlah Tasnim"..kemain control bangga lagi muka dia time tu. Bila nurse-nurse puji pun dia maintain buat muka macam bagus. Huhuhu..sabor je lah. Then aku terus kami bawa balik Putrajaya untuk penjagaan secara intensif dari mak bapaknya pulak. So far, alhamdulillah keadaan si kinting dah beransur sihat. Sempat jugak la aku bagi dia teguk air rendaman beras yang digoreng garing (even dia minum 2,3 teguk aje & itupun puas berpujuk) - hasil aku surfing internet cari petua untuk kurangkan gejala muntah-muntah for food poisoning. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan si kinting.
Oh ye, penulisan tanpa selitan gambar adalah hambar. Maaf, keadaan ini tidak dapat dielakkan.

09 July, 2011

Pesanan si anak buat ibu

"Ibu, Anim main syosyor. Ibu tak boleh ikut. Ibu duduk rumah saja. Ok, dah!",
lalu dia berhamburan pergi meninggalkan ibu yang terpisat-pisat di hujung talian.
(T__T)

07 July, 2011

Peluang

Peluang itu ruang
untuk diri kita
dan dirinya
membuang yang keruh
mengambil yang jernih

Peluang itu kesempatan
untuk melupakan
untuk memaafkan
untuk mewujudkan
kembali suatu kehilangan
supaya berada digenggaman

Haruskah apa yang kita butuh
dibutuhkan terus
atau menerima apa adanya
dalam meladeni hidup?

25 June, 2011

Tidak ada yang abadi

..bila kau putuskan untuk melepaskan hidup.. (-.-)"
Hepp, ini bukan bermaksud memutuskan hidup dengan terjun bangunan atau kelar pergelangan tangan atau makan pil tidur secara overdose. Oklah, sebenarnya tajuk itu sekadar propa kerana sekarang ini bukanlah masanya untuk memelankolikkan diri.
Kebelakangan ini terasa hidup adalah seperti tidak beronok-beronok (orang tamak memang begitu, tidak memadai hanya sekadar dengan seronok :P). Komitmen lebih ditumpukan kepada kerja. Waktu cuti kerja. Di rumah pun masih menghadap soal kerja. Hendak buat apapun jadi tidak betah kerana kerja. Aku ok sahaja bab itu sebenarnya. Walau hidup adalah sedikit kucar-kacir, aku ok. Cuma yang tidak oknya adalah sehari-hari dihambat dengan persoalan laporan dan statistik yang telah dan harus disediakan. Kenapa figurenya begini tidak begitu? Kenapa dulu figurenya lain sekarang lagi lain? Ada pihak hanya mahu tahu berapa persen progressnya. Ada pihak mahu tahu berapa banyak bilangan masalahnya. Ada pihak mahu tahu semua. Yelah, saya yang menurut perintah. Bukan saya yang memerintah, faham? Jadi jangan ingat kerja aku mudah, yang susah, yang renyah, yang payah itu macam terbeban di batu jemala kamu sahaja. Tidak ye, tidak. Semua ada peranan dan tanggungjawab masing-masing, tahu kan? Jadi kesimpulannya, apa yang penting? Cooperation :-)

Perjalanan soal pelajaran juga memerlukan aku struggle. Saban minggu harus dedikasikan sebahagian masa untuk perbincangan kumpulan. Semua subjek ada projek. 3/4 ada presentation. 1 subjek lagi akan dipersembahkan pada hari terakhir peperiksaan final *cuak* Inipun ada lagi sisa assignment yang perlu dihantar sebagai pen'top-up' carry marks. Satu paper sudah melepasi final, paper sains sosial. Orang cakap subjek itu senang sahaja nak goreng. Tapi pada aku yang tidak reti hendak menggoreng sesedap rasa, paper itu jadi susah amat untuk di'score' (T__T)  3 hari lagi harus berjuang semula untuk paper SE. Masak oii nak menelaah bab 1 sampai 15. Jangan sampai aku buat Rules of Thumb sendiri sudah la. Hihu. Semester ini sesungguhnya kelelahan belajar separuh masa itu memang terasa. Tekananlah juga. Tapi tak apa, bukankah stressed is dessert spelled backwards? *macam ayat pujuk hati waktu final semester lepas juga kaedahnya* d(*_*)b berusaha!

Dan entri ini diberhentikan secara tiba-tiba. Blank lah. Tata.

13 June, 2011

Tidak tergenggam

Cinta, ditaburkan dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
Berebut-rebut menangkapnya
Banyak yang dapat secupak
Banyak yang dapat segantang
Semakin banyak
Semakin tidak tergenggam

~ Andrea Hirata, Cinta di dalam gelas

03 June, 2011

Like mother like daughter

Tiap-tiap pagi bila aku hantar Tasnim ke taska, sambil-sambil tunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau tu, mesti aku akan usik-usik or tegur-tegur dia yang dok melamun jauh. Biasalah, pepagi kena kerah bangun pergi 'sekolah', kesengalan dan kelemauan tu mesti ada. Huhu. Selalunya aku akan cakap, "Tasnim, pandang ibu." Kalau dia malas layan, dia pandanglah aku. Kalau dia tengah ada mood nak menyakat, dia tak pandang aku, tapi sesaja buang pandangan jauh ke luar sambil senyum-senyum. Kalau dia pandang aku, aku akan tanya lagi, "Tasnim sayang ibu?" Selalunya dia akan jawab ya. Tapi kalau pepagi dia sentap kena bebel dengan aku, dia buat tak tahu aje. Takpun dia pulak bagi aku sentap, dia jawab, "Tak." sambil geleng kepala. Kadang-kadang bila dia buat tak tahu, aku akan pegang pipi dia & buat-buat paksa dia pandang & cakap "Sayang ibu sangat!" kat aku *dengan anak pun boleh main gurau-gurau kasar* :))

Semalam, dia pulak buat benda yang sama pada aku. Dia pegang pipi aku & halakan muka aku setentang dengan muka dia. Dengan riak muka yang serius *kononnya* dia cakap, "Ibu, pandang Anim. Ibu sayang Anim tak? Dia buat exactly macam aku buat kat dia. Bila aku buat-buat tak mau pandang, dia pegang pipi aku kuat-kuat sambil paksa suruh cakap sayang. Hahahah. Dalam gelihati dengan keletah dia, terharu pulak rasanya...sobs..sobs. Terasa cepatnya masa men'dewasa'kan dia. Sudah boleh jadi teman senda gurau..dialah my favourite BFF.

02 June, 2011

Sang hawa

Terkadang bila kita berada di kalangan kaum kita juga (read: sang hawa), kita akan jadi terlebih prihatin atau terlalu obsesi untuk berkongsi cerita yang kononnya relevan untuk kita dan kaum kita. Kalau kita ini pasangan muda yang jarak umur pun tidak banyak beda, lantas masing-masing berkahwin dalam sela tempoh 2,3,4 tahun maka persoalan giliran mengandung, menambah anak itu seperti wajib diperkata. Seperti baton itu harus ada yang sambut. Kalau tak bersambut, macam pincang. Eh, mati kutu ye kalau tak berbicara soal itu.

Kalau sudah lama kahwin, dan baru dapat mengandung kemudian keguguran dan susah untuk lekat lagi,prediction bukan setakat takde rezeki..tapi mungkin akan disangkut pautkan dengan kandungan diambil bunian (okay, fine. ini aku masih boleh percaya kerana itupun makhluk Allah juga),tapi bila disabitkan dengan kisah si suami memancing di laut lalu disampuk hantu laut dan ketika itu juga kandungan si isteri sudah tiada denyut nadi, maka kesimpulannya itulah penyebab keguguran. Berapa banyak versi cerita untuk satu kehilangan yang sudah cukup menyedihkan? Antara logik akal dan alam yang tak terjangkau dek fikiran, bolehkan kalau kita sekadar mengatakan itu sudah kehendak Tuhan? Kenapa bersikap yang tidak-tidak?

Ok, habis satu cerita. Ini cerita lain pula. Berkawan, bercinta dan tup-tup bertunang pun menimbulkan kehairanan. Menghairankan sangatkah? Kalau ekpress sangat bertunang, atau berkahwin maka haruskah konklusinyer kepada sesuatu yang negatif sahaja? Cepat tunang, cepat kahwin, cepat putus, cepat cerai? Begitu? Kenapa tidak kita doakan yang terbaik buat mereka. Cepat atau lambat itu bukan urusan kita hendak mengadili sebab musababnya. Kita pun hanya mampu merancang kan? Dan kalau pun takdir tidak menyebelahi mereka, apa kamu fikir, nasib itu sangat menyebelahi kamu? Begitu?

Hurms..harus bagaimana lagi wahai sang hawa?

*mode : cermin diri* :)) *pis*