15 January, 2011

Cerita tentang A'anim

Gambar di atas di ambil ketika si kinting baru balik dari taska. Muka happy dapat balik rumah.  Helmet itu dibeli khas oleh si babah sempena nak mengambil anak tersayang dari taska.


So far, dah 2 minggu si kinting ke sekolah. Kalau ikutkan dalamasa 2 minggu ni aku ada ambil cuti untuk study leave & exam tapi aku hantarlah juga si kinting ke taska. Yelah, nak dia cepat biasakan diri kat tempat baru. Plus, dapat juga aku fokus untuk study studo.. since dah cuti tu, aku hantar dia lambat sikit lah. Selalunya waktu aku hantar tu, kawan-kawan dia tengah berbaris dalam taska nyanyi lagu tema taska.
On the 1st week, memang si kinting semedang je nangis. Masa nak hantar nangis, masa nak balik pun nangis. Memang kena bersilat la depan pintu taska tu masa nak hantar dia. Memang dia meronta habis-habisan sampai tercampak botol susu dengan kasut semua. Sampai cikgu pun cakap, anak aku tu kuat. Well, see the body la kan...kihkih. Masa nak balik pun dia bantai melalak bila nampak kelibat aku padahal sebelum tu elok aje. Biasa la bebudak, depan mak bapak bikin drama. Gamaknya sebak sebab dah seharian kena tinggal. Drama-drama pun sayu gak hati tengok anak cenggitu kan? Pagi-pagi nak siapkan dia pun sikit punya bercinta. Dia buat malas-malas nak bangun la, dah bangun..tak nak mandi pulak..sejuk katanya. So aku pun masakkan la air panas (umah ahkak takde water heater ye..ni anak dah komplen ni memang kena beli le nanti), aku rasa cam dah elok je suam airnya..dah sedap nak buat mandi..dia komplen panas pulak..sakit badan. Hahahaha....hai anak, pepagi buta kamu dah menguji kesabaran ibu ye. Ada waktu aku mandikan je dia..melalak pun melalak la, nak berguling pun berguling la. Janji dapat siapkan dia pergi sekolah. Ada satu hari tu, dia dah dapat uniform taska..so aku pakaikan lah. Dia pulak tengok aku dah sarungkan uniform tu ke badan dia, terus cebik-cebik mulut..dan-dan tersedu-sedu. Aku pun cakap la kat dia, "Anim pergi sekolah dulu, nanti hari Sabtu/Ahad kita pegi rumah atuk ye." Dia angguk. Lepas tu dia balas, "Anim kena pegi kulah, babah nak work, ibu nak work. Anim jangan nangis. Anim dak baik. Kan? Kan?", hadoi..terus aku touching ngan ayat motivasi si kinting. Pandai kamu pujuk diri sendiri ye nak.


Masuk minggu kedua, keadaan dia dah OK sikit. Still struggle nak siapkan dia pagi-pagi tapi dia dah takde nangis-nangis. Sampai je taska, aku bukakan pintu kereta then aku pimpin dia terus masuk taska. Tenang. Waktu balik pun, dia dah boleh nak tanya mana ibu pergi masa dia kat sekolah. Cikgu pun bagitahu yang dia dah banyak cakap sekarang. Dah banyak tanya. For me, it's a good sign. :-) Sejak si kinting masuk taska, dia dah pandai kira 1 - 10. Kekadang betul..kekadang berterabur. :)) Aku tahu ada je anak orang lain dah  hafal 1-10 tu lama dah. Aku pun bukan takde ajar dia sebelum ni, ada..tapi aku tak kisah sangat dia hafal ke tidak, just nak bagi dia pendedahan awal. Dia pun lagi seronok tengok gambar dari nak hafal-hafal. Takpelah tu kan. Let kids being kids, aite?  Selain tu, sekarang dia dah suka minum air masak. Dulu selain susu, dia prefer minum air manis..milo ker, ribena ker, jus buah ker. Pernah juga dia minum air gas tapi aku takdelah bagi dia pulun beria. Even air kopi & teh pon dia pernah minum...ini kes 'belasah' air atuk & nenek dia ler. Tapi masa umur dia bawah 2 tahun dulu, memang semua tu restricted.  Ye, aku tahu perkara-perkara sebegini  ibu bapa kena kawal & main peranan yang sepatutnya. Tapi aku cuma tak nak bertindak terlalu mengawal. Lets them taste & feel something new and tell them either it's good or bad one. Anway, everybody have their own way taking care of their kids, aite? :-) Oh ye, si kinting juga sudah ke arah diaperless.  Aku cuma bekalkan sekeping diaper ke taska untuk si kinting pakai ketika tidur. Since sebelum ni si kinting tu dah diajar ke tandas untuk 'shi-shi', jadinya tak susah sangatlah cikgu dia nak ajar.  Bab buang air besar pula, kat sekolah cikgunya ada bagi potty training, tapi kat rumah..aku dudukkan terus dia atas toilet bowl, ada juga masa dia mintak diaper bila nak 'yak' tu..so kena gigih lagi la untuk misi meng'diaperless'kan si kinting. d*_*b Lepas ni, kena carikan Iqra 1 & tudung comel untuk si kinting belajar mengaji pulak. Semoga diterangkan hati anak ibu untuk menerima segala ilmu..amin.

3 comments:

  1. amin...

    comey je kinting2..rambut kite pun kinting..agak2 turun kt anak pompuan x nnt?hehe

    ReplyDelete
  2. nina (mcm panggil diri sendiri pulak :D), thanx.

    heheh, insya Allah nanti mesti ada anak-anak awk yg dapat dpt gen tu. haah, comels je kekinting..suka tgk anim lompat-lompat sebab suka tgk rambut dia dok toing-toing..

    ReplyDelete
  3. hehehe..name dekat2 Nina

    yelah abis Danial rambut halusss sgt..xtau la kalau br 5 bulan belum terserlah lagi rambut sebenar die =)

    jemput join ga sy http://puannina.blogspot.com/2011/01/my-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)