16 January, 2011

Entri berlabel periuk belanga beta

Standard la bila dah ada anak yang 'pemakan' nasi, harus sediakan satu lauk untuk dia. Standard juga sebab lauk tu pi balik pi balik adalah berunsur sup jua. Tengok, pengaruh Wonderpet kuat tu..sebabnya ada batang saderi. Tapi anak aku makan carrot je. Batang saderi tu aku yang bedal sebab aku yang suka. Ayam tu? Aku bedal jugak la..takkan nak membazir pulak walaupun motif utamanya adalah sebagai perencah masakan.

Kurma ayam. Yang hitam-hitam tu aku pun blur apa kebendanya. Tak reti teman nak ngabornya.Dah tak reti nak cam dah lepas ngedit gambornya.

Sambal tempe & ikan bilis. Gandingan ideal dimakan bersama lauk kurma. Percayalah.
 Kek marble versi mat gebu. Konon nak jadikan hidangan minum petang. Tapi dekat maghrib baru boleh makan. Jadi nak kira hidangan makan malam ke camne? Huhu. Padahal lepas maghrib tu, kami anak beranak menjamu selera di Ani Sup Utara pulak, haih..makan nasik lagik. Sakan..sakan.

2 comments:

  1. wahhhhhhhhh kek marble tue gebunyer chemp ;-)

    ReplyDelete
  2. diana : resepi kek marble mat gebu mmg gebu sebab pakai ovalette & gliserin. tp chem ganti gliserin ngan fresh milk je. kalau lepakan butter cream lagi sedap (ini selera tekak chem la..heheh!)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)