01 January, 2011

Madah berhelah 2011


Kita mulakan tahun baru Masihi ini dengan bermadah pujangga, boleh? Hahahah. Sungguh tak berciri millenium, bukan? Wut eva lah. Kalau hendak cerita tentang azam, azam tahun lepas pun ada yang tak tertunai. Kalau hendak cerita tentang suka duka tahun lepas..peristiwa yang duka atau suka sangat tu tak adalah & alhamdulillah, rezeki aku sekeluarga dimurahkan. Overall, tahun 2010 adalah tahun yang baik-baik saja * i guess so*  Semoga tahun 2011 akan lebih baik lagi.


Sebenarnya tadi aku adalah membelek-belek barang simpanan aku, ingat nak buang la mana-mana barang yang dah tak relevan untuk disimpan. Belek punya belek, aku terjumpa dengan buku planner aku dulu.  Dalam pada dok belek-belek tu..aku terbaca la semula madah-madah yang pernah aku salin untuk renungan peribadi di kala berduka lara dedulu.  Biasalah nak motivasi diri menghadapi onak duri percintaan di zaman muda-mudi. Huhuh. Minah kental jugak aku ni rupanya ye? :P Itulah sebabnya wujudnya karya-karya picisan itu.


Love & life quotes of the day :-)


Anda ada quotes menarik untuk dikongsi? Feel free to share eh.  Jangan malu-malu, anda dialu-alu.
p.s: Tahun ini tahun arnab.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)