30 January, 2011

Pagi Ahad yang dingin

Harapan untuk ketiduran di hujung minggu tidak kesampaian kerana perut telah membuat ragam. Selesai subuh, puas aku berbolak balik diperbaringan untuk lelap lena tetapi hampeh. Lalu habiskan masa menggomol si kinting di sebelah yang 'masyam-masyam' baunya. Asyik tau. Biasalah ibu-ibu memang begini :-)
Disebabkan hari masih pagi dan aku tiada cerita menarik untuk dikongsi..maka aku kongsikan sahaja quotes ini;
"I praise loudly, i blame softly" - Catherine II
"People are more easily led than driven" - David H. Fink
Aku amat setuju dengan quotes itu. Kalau kita mahu puji, pujilah dengan lantang...kalau kita mahu puji biar sebenar-benar puji...kalau kita mahu puji, pujilah dengan ikhlas dan terbuka hati. Kalau kita mahu menyalahkan, menegur atau marah..lakukan dengan berhemah dan berhikmah (ingatan untuk diri sendiri). Tiada siapa yang suka air muka dijatuhkan dengan pakej dimalukan bersekali. Dan ya, tiada siapa yang suka disuruh-suruh atau diperintah itu ini seperti balaci, makanya membimbing itu adalah lebih baik dari memerintah/menyuruh orang lain membuat begitu begini. Tidak semua orang boleh mengajar orang lain dengan sewenang-wenangnya seolah hanya dia yang tahu semua atau dia sahaja yang betul macamkan diri itu bagus sangat. "Siapa, bagaimana dan di mana kita hari ini, tidak menjamin siapa, bagaimana dan di mana kita hari esok" ~ memetik kata-kata about me ibu Hanis.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)