13 February, 2011

Perkara rawak tentang si kinting

Hari ini, pagi-pagi sesudah celik mata dan melayan channel 613 seframe..si kinting minta nasi. Tekak Melayu sungguh anak aku ni. Mujur nasi putih semalam ada balance. Aku panaskan nasi & sup sayur (lauk balance semalam juga, kondisinya elok lagi jadi kenapa perlu membazir?), ceduk masuk dalam mangkuk, cicipkan kicap manis sikit dan itulah dia sarapan pagi my anak dara. Ibunya pulak melantak roti gandum butter kaya cicah teh O aje. Lepas makan nasi tu, aku suruh si kinting minum air putih. Memang kena suruh. Walau dia sudah lebih bertoleransi dengan air putih sejak masuk taska, kadang-kadang dia suka nak ikut tekak dia mintak air manis saja. Cara untuk pujuk dia minum air putih adalah mudah. Ingatkan dia tentang hendak senang buang air besau atau tidak. Pasti dia akan teringat betapa seksanya dia hendak melakukan aktiviti penyahtinjaan sampai menangis meneran-neran, berpeluh peluh..serba tak kena jadinya. Ingatan itu akan buat dia minum segelas air putih dengan bersungguh-sungguh. Tiap kali dia makan apa-apa pun, aku atau babahnya akan suruh dia minum air putih. Kalau ikutkan dia yang suka makan..makan dan makan..kurang minum air pun tak apa. Haih, tak boleh nak ikutkan sangat selera dia. Mujurlah dia mahu dengar kata. (:

Sekarang kalau makan ubat, dia akan compliment diri sendiri sambil tunjuk ibu jari - "Good!" dan aku akan balas, "Yes..very good!" (:

Sekarang juga dia taksub hendak kenal warna. Dulu-dulu aku ada dia ajar dia kenal warna dalam bahasa melayu, sekarang aku ajar dia kenal warna dalam bahasa Inggeris. Bila aku tanya, "What color is this?" Dia akan buat riak muka macam tengah berfikir kemudian jawab, "Ijaaaaaaaa!" ( Ija = Hijau ) Semua pun dibantai sebut hijau tapi manalah dia dapat loghat Kelate tu. Huhu. And bila aku ajar sebut 'Purple' pulak, dia balas sebut 'Apple'.  Ada la bunyinya juga, kalau color lain tu ntah apa bunyi yang keluar. Pelat punya pasal tapi kira fair lah kan.

Sangat ngam dengan sepupu dia, abang Awish. Boleh main baik-baik sama-sama dalam jangka masa yang lama. Bila dah ngam main sesama, sukalah dia sekejap-sekejap nak pelok abang Awish sampai rimas budak tu. Oh ya, mereka punya fesyen rambut yang sama cuma rambut abang Awish dah kena potong pendek sebab nak sekolah. So aku pun terfikir kalau depa dah besar nanti, bila cerita balik kat depa gelagat depa masa kekecik dulu, macamanalah reaksi depa ye?



Selalu dekat rumah kalau dengar bunyi kereta jejiran, si kinting mesti jengah dekat sliding door. So bila jejiran aku tegur dia, dia jawab lah. Pernahlah jiran aku tegur dia kenapa tak pakai baju, dengan tulus ikhlas dia menjawab, "Anim panas..Anim pakai suar saja."  Siapa yang tengok gambar dia mandi kat pantai Tg. Bidara mesti boleh bayang macam mana rupa dia bila berseluar sahaja. Petak dan domdimbob.

Sesi menayang ole-ole dari babah yang dibeli lepas tengok match Malaysia - Hong Kong untuk si kinting. Ada kawan aku cakap kesian Tasnim, mesti dah besar nanti mesti dia malu tengok gambar ni. Eh, haruskah? Aku takde niat pun nak memalukan anak sendiri. Mungkinlah si kinting tak nampak cute & girly tapi pada mata aku comel ajek. Heheh. Kenangan kan? Si kinting pun suka, tu yang lepas mandi tak sempat rambut bersikat dah posing dulu.


Lagi satu (last but no least :P), kalau dia tengok kartun Timmy Time, scene emak Timmy hantar Timmy ke kindergarten tu kan emak Timmy nangis, so dia akan panggil aku & cakap, "Ibu..tingok tu..ibu nanes...sian ibu kan..Anim nak pegi kulah." Dan aku harus membalas seperti ini; "Haah...mmbeekkkk (dengan nada sedih)." Huhu, terpaksa mengambengkan diri..layankan sajork lah. Bila dia tengah layan channel kegemaran dia, janganlah cuba-cuba nak tukar channel lain, hatta nak tengok info pon dia akan bising, "Ibu..Anim nak tingok naa (laaa)." Ketika itu, kuasa memegang remote contol adalah tidak bermakna..huhu!

2 comments:

  1. sakina : oh ye? budak-budak begitulah. kadang-kadang perbuatan yg biasa nampak comel pd mata kita :)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)