25 February, 2011

Tahniah! Nombor sim anda terpilih untuk diTIPU!

Sebenarnya aku dapat mesej pesanan ringkas yang berbunyi begini;
"Congratulation"
Your SIM-Card B'jaya menangi RM17,000.00
"Nestle House" From. PTG JY BHD.
No. Siri:778899
Sila call office: 019860978
"ORIGINAL"
Yeah, nice!! Kayap lah jadinya kalau masih ada yang terpanggil untuk melayan mesej pesanan ringkas seumpama ini. Sebaik mesej dari nombor nan asing masuk ke dalam peti pesanan pun kita sudah boleh mencurigai, apatah lagi tatkala membaca isi kandungannya. Tak semena-mena dapat ucapan tahniah konon menang 17K.Sudahlah guna bahasa rojak. Dan eh, apa yang "ORIGINAL"nya? Kalau betol memang tulen dan telus, kenapa tidak hubungi terus si 'pemenang bertuah?'. Kenapa telefon pejabat guna nombor talian mobil?  Nama syarikat & no. siri pun tidak menyakinkan. (PTG JY BHD?! Tolonglah para penipu..nama syarikat itu dah rata kamu jaja :P). Lagipun takkanlah Nestle murah hati sangat nak bagi entah siapa-siapa duit sebanyak itu kan? Kenapa Nestle House? Kenapa tidak Nestle (M) Bhd? Nestle House itu bukankah nama ibu pejabatnya? Maka dengan itu, demi mencari kebenaran yang pasti, maklumat yang ada harus diselidiki.
 Antara penemuan hasil dari penyelidikan yang dijalankan...kehkeh!


Si penipu percaya bahawa manusia zaman kini memang mata duitan (Kalau ye pun kan, janganlah bermata duitan secara membuta tuli). Mendambakan wang. Apatah lagi dengan cara senang. Maka mereka mencipta taktik ini. Ubah ayat sana sini sikit, godam dan dapat senarai nombor telefon sekian-sekian, hantar. Pada sudut hitungan kebarangkalian mereka, dalam 100 mesej yang dihantar, pasti sekurang-kurangnya akan ada 1 yang terkena. Itu kalau satu, kalau 10? Al-masyuklah hasil pancingan mereka.Tak usahlah nak cuba-cuba percaya dengan bersandarkan bahawa mana tahu dalam banyak-banyak pesanan ringkas sebegitu, ada yang benar maka ada rezeki untuk kamu. Takde makna ya. Kalau tiba-tiba engkau orang diminta bagi nombor akaun bank atau nombor kad ATM, atau diminta masukkan sejumlah wang untuk aktifkan akaun atau diminta resetkan kata laluan perbankan internet atau bagi nombor TAC, itu adalah ciri-ciri modus operandi penipuan seperti yang tersebut. Aku tahulah rakyat Malaysia sekarang dah bijak nak tangani masalah ini tapi masihlah juga ada berita orang kita jadi mangsa tipu, adalah lagi kita dapat mesej kencing deras sebegini. So how?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan kita supaya berhati-hati dan sekiranya penipuan tersebut berjaya serta melibatkan kerugian, laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. Aduan juga boleh dibuat sekiranya pengguna menerima mesej berunsur penipuan dan SKMM akan menghubungi dan meminta syarikat pemberi perkhidmatan untuk menyekat nombor berkenaan. 

14 comments:

  1. orang2 tu ingat kite ni kurang akal nak pk kot~haa..ade ker senang2 duduk..goyang kaki dapat duit beribu2...masuk kontez pun tak.penah gak kena cam ni....terus delete~tapi dalam kite beringat masih ade gak yg kena...cam ner tu ek???? tak terpikir ke......aduyaiii

    ReplyDelete
  2. selalu gak dpt msg cam tu.. wat dono je..

    ReplyDelete
  3. tapi masih ramai lagi orang yg percaya dan tertipu...huhuhu

    ReplyDelete
  4. mommylavender: itulah,si penipu sj cuba-cuba..dia nak tengok siapa yg kena. kepada kita-kita yg dah tau temberang mereka, beruntunglah tak jadi mangsa.

    cepet: rasa ramai yang pernah ter'terima' msj ampeh tu kan?

    farmys: kalau dah tahu, boleh je buat donno..ada gaks yg gi layan maki-maki or ugut-ugut nak report polis..x tau la ada effect ke idak kat si penipu..ntah-ntah dia pun buat donno sajork :))

    yana : haah..tu yg menyedihkan tu.

    ReplyDelete
  5. i've just received the same sms.. ;)

    ReplyDelete
  6. i just received the same sms yesterday,and i knew it came from a scammer....poor little creature!

    ReplyDelete
  7. Ade tak cara utk report the number yg dier suruh call kat SKMM or tribunal pengguna?

    Dapat sms yg sama kat SIM Broadband Maxis.

    No. yang perlu direport: 012_8191219

    Better tangkap culprit sebelum ada lagi yg kene aniaya

    ReplyDelete
  8. suami bru dapat sms tu. google nama office keluar add blog ini. dah agak pon. saya pernah terima sms dari "ayah" minta topup $30 sdgkan ayah dah arwah lebih 10 thn. gelak kera saya. . nak report tapi tak dilayan. tukang yg sepatutnya terima report cakap: ala kak, delete jer sms tu. kitorang pun dapat gak. pihak kitorang tak boleh nak buat ape2! tension tak dengar?

    ReplyDelete
  9. Hi semua , wah pun dapat sms yang sama hari ni , no sms dari 012-8136310 , bolehkah kita minta tolong dari Polis ( Malaysia Boleh ).

    ReplyDelete
  10. Hi semua, baru dapat SMS yg sama, dari no. 0128064565, Dan suruh aku panggail no. ini : 0128342987

    :(

    ReplyDelete
  11. Received yesterday from 0128639255 and call to 0142806549.
    Police can get the user from the call center??

    ReplyDelete
  12. ish ish ish teruk btl kan..aku pun dapat gak ada ker patu BI campur BM ayat pun darjah satu lagi bagis...kawan kawan just delate jer..mana ada orang nak bagi duit percuma...5 sen pun orang tak kasi melainkan kita usaha baru dapat hasil...pencuri perompak pun buat kerja bro

    ReplyDelete
  13. penipu besar...kalo dah x isi mana2 peraduan mana de org nk kasi duit free jer....nk bg RM10 free kat org pun susah ni kn plak nk bagi duit ribu2

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)