01 March, 2011

Akak kafe ponti

Dah lama aku perhatikan akak kafe aku ni. Bukan perhati sebab dia jeliters ke apa, tapi perhati cara dia kira harga makanan/minuman kami-kami kat sini. Macam suka hati dia main petik harga. Kawan aku pernah terkena, dia dengan kawan dia makan nasi campur, ambil nasi & lauk pauk yang sama, kuantiti/saiz pun lebih kurang tapi masing-masing kena cas lain harga. Ada lagi sorang kawan aku, dia dengan kawan dia (lagi) ambil nasi campur, cuma bezanya sorang ambil nasi + ikan dan sorang lagi ambil nasi + ikan + sayur sejemput, beza harga mereka dekat RM 1. Bukan sayur 'fancy' pun. Dah 2,3 kali aku terkedu kena 'cekik' dengan akak kafe tu, tapi sebab aku fikir aku ambil 3 lauk..mungkin sebab tu mahal sikit, lagipun dekat Putrajaya ni amatlah susah nak cari tempat makan yang murah-murah, jadinya aku pun al-fahamkan sajalah adat orang berniaga. Tapi..pagi tadi aku bukan setakat terkedu tapi sedikit sentap tatkala menapau bekal untuk sarapan, aku ambil nasi goreng kosong untuk 1 senduk kena cas RM 1.50. Alah, RM 1.50 je pun kan, kenapa nak kecoh?! Yang aku bengangkan tu, pelanggan depan aku ambil makanan yang sama, aku nampak dia ceduk nasi goreng tu dekat 4 senduk, tup-tup bila kira..dia kena RM 1.50, so aku assume mesti aku kena cas dalam RM 1 sebab macam mustahil aje akak tu nak kira nasi goreng aku RM0.80 ke apa. Apa akak tu tak reti tengok ke apa? Dia yang bungkuskan makanan kami, sepatutnya dia boleh tahu lah siapa ambil banyak siapa ambil sikit. Ada la dalam beberapa saat aku terkedu depan akak tu dengan muka pelik tapi akak tu boleh buat muka toye aja. Kalau ikutkan hati aku nak aja tanya dia kenapa dia cas aku macam tu tapi sebab kat belakang aku dah ada orang yang menunggu nak bayar, so aku cuma mampu mengomel sendiri sambil ambil tisu dengan harapan akak tu dengarlah omelan aku. Haih. Lain kali kalau terkena lagi, aku tak bagi 'can' ye kak :P

2 comments:

  1. alahai .. kit apun terkena gak kt kafe ofis .. amik nasi goreng kosong ..sikit or byk tetap dlm RM1.++ ..hu..hu..hu

    ReplyDelete
  2. diana : gitu ye..kalo gitu elok amik banyak la tak rugi :))

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)