22 March, 2011

Beberapa peristiwa

Okay, seperti kebiasaannya aku suka merge-mergekan entri. Makanya terjadilah tajuk beberapa peristiwa seperti yang tertera. Berikut adalah peristiwa yang dimaksudkan mengikut turutan. ( Macamkan menulis rencana kaedahnya pakai bahasa control ayu :)) )

Kenduri kahwin boss baru aku @ Larkin Jaya, Johor Bahru.

Sepupu aku ketemu jodoh dengan orang nogori. Kisahnya akak sepejabat dia sudah terberkenan sama dia untuk dibuat menantu lalu di'kenen'kan sepupu aku yang pendiam & pemalu itu dengan anak dara dia yang ayu. Ensem weh sepupu aku tu, pakkal gambar ni tak clear aje. Terpaku aku tengok dia pakai baju pengantin sampai dia pulak yang malu-malu nak pandang aku..kehkeh! Mesti mung dok rela Kak Long pandang mung gitu ak Nan?

Ini pula dua pasangan pengantin, si abang dan si adik. Kedua-duanya berjodoh dengan orang Johor. Ala-ala kutub utara kutub selatan lah depa ni. Si abang dan pasangan berpersalinan soft pink dan si adik dan pasangan berpersalinan ungu. Baju pengantin perempuan adalah gorgeous terutamanya yang color merah jambu, memang jambulah! Boleh feeling-feeling princess gitu.


Oh Fara Diba, u're so sporting! Dia penyeri majlis kami hari ini. Beliau telah datang mengisi slot mesyuarat PUSPANITA jabatan aku dengan membuat demonstrasi mekap dan tudung secara ringkas. She's so bubbly, friendly & humble. Love her style too. Maka dengan itu, dan-dan aku like page Najjah kat FB :))

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)