31 March, 2011

Ibu, Anim nak potong kek!

Sehari sebelum birthday si kinting, aku bagitahu dia esok birthday dia, esok dia dah 3 tahun. Si kinting sengih lebar seraya bertanya, "Ye ke, ibu? Anim nak potong kek!" Aku pun balas, "Yelah, nanti ibu belikan." Padahal malam esoknya tu aku ada kelas jadinya adalah berkira-kira nak keluar pejabat tepat 5.30 & singgah SR dulu dalam pada on the way ke Bangi tu. Tapi bila tiba harinya, aku tukar planning. 'Escape' kelas terus, ngeh ngeh ngeh! *tanduk setan* Makanya aku pun menuju ke pasar tani, beli barang dapur apa yang patut untuk prepare makan malam merangkap birthday celebration Tasnim. Kemudian singgah ke Baker's Cottage cari kek tunjuk yang terhad pilihannya. Tahun ni memang aku takde plan nak sambut birthday Tasnim macam tahun-tahun lepas. (Tahun lepas pun aku takde plan nak sambut birthday Tasnim beria-ia tapi hasil campur tangan Makcik Juli, jadi 'beria' la juga..huhu.) Lepas maghrib, aku siapkan la apa yang patut. Encik F pula keluar konon nak jumpa kawan hantar barang & mintak aku bagitau dia bila semuanya dah ready, dia balik (tapi sebenarnya dia senyap-senyap pegi Alamana carikan hadiah si kinting). Oh ok, fine. Tepat 8.30 malam, semuanya siap.

Chocolate Cheese 'Sumthing-sumthing'. Aku tak ingat nama betulnya. Pada aku, asal kek ada unsur-unsur cheese ni aku bajet sedap la. Pulaknya, si kinting suka makanan yang ada unsur-unsur gitu. Saja la aku tutup lampu time snap gambar kek ni, konon nak bagi nampak wording 'Happy 3rd Birthday Tasnim' di dalam kesamaran remang-remang cahaya lilin nan sebatang. Tak kuasa aku letak lilin banyak banyak hatta 3 batang pun, buat tersembur air liur je kang si kinting nak tiup. Elok je aku keluarkan kek dari kotaknya, En.F komen.."Eh, gini je kek dia..tak menarik langsung, beli la yang ada Mickey Mouse ker..kartun-kartun ker, barulah Tasnim suka." Hek eleh, banyak cakap pulak dia..kalo nak fancy-fancy, kenapa tak offer diri sendiri pergi beli..huhu!

 Ini bajet amalam pemakanan sihat la, ada juadah buah segala.

Seafood Carbonara. Kegemaran aku. Kegemaran si kinting juga.




Budak kinting yang tak sabar nak tiup lilin & potong kek.

Buat masa ni, ini ajelah yang sempat & mampu aku buat untuk meraikan hari jadi si buah hati. Disebabkan dalam kepala otak plan nak sambut secara anak-beranak aje, itu yang aku tak terfikir nak belikan kek & sediakan goodies untuk kengkawan si kinting kat taska. Insya Allah, kalau hajat Makcik Juli nak sambut hari jadi cucu kinting dia ni bersekali dengan majlis doa selamat kat Kuantan nanti, aku cuba sediakan & simpan goodies untuk kengkawan taska si kinting. Mak aku tu biasalah, kalau boleh tiap-tiap tahun request aku buatkan birthday party untuk cucundanya. Tak tahu lah kot lepas ni akan ada another celebration untuk tujuan yang sama (kot agak-agak nak layan angin Makcik Juli..hihihih, haruslah jadi double/triple birthday celebration..ahaks). Kita tunggu dan lihat ajelah ye.

P/S : Hey ladies, thanx for all the birthday wishes..XOXO

3 comments:

  1. wah...siok nye dia
    tiup lilin
    bln dpn damia lak

    ReplyDelete
  2. Ko buat sendiri ke kek tu nina? Hebatnya. Nampak pun dah tau sedap.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)