25 March, 2011

Timbang rasa

Sebenarnya aku nak cerita tugasan aku membeli susu semalam (err..tugasan? Itu pengaruh kartun Agent OSO - 613, hihih). Disebabkan kelas habis awal sikit dari biasa (awal lebih kurang 20 minit), makanya sempatlah aku terjah ke Manjaku, Bangi untuk mendapatkan susu si kinting. Waktu tu kereta pun dah tak bersusun, berdedai kat lot-lot parking & tepi jalan so dapatlah aku parking betul-betul depan kedai. Selesai urusan, dalam pada aku nak ke kereta..datanglah sebuah Proton Saga lama yang dipandu oleh seorang kakak (atau aku boleh cakap makcik sebab macam baya-baya mak aku) parking menyenget baek kat sebelah kereta aku dan dia duduk melepak dalam kereta seolah sedang menunggu seseorang. Dalam hati aku dah terdetik mesti aku susah nak keluar parking ni sebab belakang kereta aku pun ada kereta yang diparking kat tepi jalan.  Uhuks..memang susah pon kau. Bila aku reverse, kereta aku memang sikit lagi nak cium badan kereta akak tu. Lepas tu aku tak boleh nak reverse habis sebab kalau reverse habis mau kereta aku hentam kereta belakang pulak. Nak mengadjust ke depan nanti bertembung dengan buntut kereta akak tu pulak. Makanya nak tak hendak terpaksalah aku masuk parking balik. Aku tunggulah juga kot-kot akak tu nak adjust kedudukan kereta dia, tapi hampeh! Sikit pun dia tak endah. Buat muka tak tahu aje. Siap sibuk bercakap kat handphone lagi ada. Nak kata akak ni tak perasan kereta aku, kami ni parking sebelah menyebelah. 2,3 orang yang kat kedai tu pun dah pandang-pandang kat kami. Tapi akak tu tetaplah macam tu. Aku cuba la juga tunggu sekejap, konon nak bagi akak tu beredar dulu. Manalah tahu dia tengah tunggu anak dia kat dalam kedai tu kan. Tapi takde maknanyer.. gRrr. Last-last terpaksa la aku pepandai adjust nak bagi ruang untuk kereta aku reverse & keluar. Nasib baik sebelah kanan aku, 2 parking lotnya kosong..so boleh la lagi nak adjust-adjust, tapi jenuhlah dok pulas stereng pi balik pi balik.
Sabau jelah. Kalau ikutkan hati, memanglah aku bengang...memanglah rasa nak maki-maki. Tapi aku tak naklah nanti terjadi insiden yang lebih menyakitkan hati. Sudahlah parking sesuka hati, menyusahkan orang &  buat tak reti aje ngan keadaan sekeliling. Tak prihatin langsung, timbang rasa zero...menyampah betul aku dengan spesis manusia macam ni. Takpelah hari semalam hari akak, esok lusa siapa tahu, akak kena pulak... :P

5 comments:

  1. Aloh hai baiknya. Kalo aku :)) mungkin ermmm telah terjadi sessi sepak terajang di situ kalo akak tu ada mata tapi buat buta. Aku pantang alah sungguh spesis paking mcm banggang ni lepas tu dah nampak kita terkial kial nak keluar parking masih buat dunno. Dunno erk? Dun penyepak agak agak dia nak tak? kakakakaa

    Anyway aku tabik spring kerna ko sorang yng masih boleh bersabarrrr..... Pahala besar buat org org yg mampu menahan kemarahannya.

    Eh Ida bukan men ko puji erk, diri sendiri tu bila nak banyakkan sabarrrr? Banyak angin ada.

    Eh. Padaiyaaapppaaaaaa!!!! kakakakakakaaa

    ReplyDelete
  2. haha kasik hon je.. biar die glabah

    ReplyDelete
  3. @along : dah kembang kempis hidung aku nahan sabar time tu..

    @cikkodok : tu lah, kalau ikutkan hati memang nak hon kuat-kuat,nak jeling-jeling mau & buat muka ketat/kekwat tapi tak terbuat :))

    ReplyDelete
  4. Haiyooo, orang2 macamni mmg menggeramkan to the max. Tapi apsallah kita nih geram2 pun boleh sabar kan? Tu yg pelik tu. Penyudahnya lepas balik rumah, hambur cerita bagai nak meletup rumah sebab geram. Hehehhehe...

    ReplyDelete
  5. @ayu, betullah tu..time di tempat kejadian amarah tu takmo meletop..dia keluar asap-asap aje..balik rumah..ya ampun, belog jadi mangsa :))

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)