08 April, 2011

1,2,3 lari!

Sukan tahunan taska/tadika Generasi Inspirasi. 

Ahad lepas, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk bawa si kinting ke Dewan Komuniti Presint 9 untuk event ni. Excited nak tengok anak bersukan la kaedahnya. Dah terbayang-bayang gelagat si kinting bawa guli dalam sudu la..lari bawa belon la..kononnya. Lagipun, 3,4 hari sebelum tu..kat rumah si kinting asyik dok praktis.."1,2,3..tayiiiiiii".."1,2,3..tayiiiii". Jadinya aku assume ada acara lari-lari la untuk budak 3 tahun.

Kemonyokan dalam kesibukan.

Time ni kami ambil gambar si kinting secara sembunyi-sembunyi. Apa taknya, elok je kami masuk dewan, dia dah start cebik-cebik..hadoi, dia mula dah sindrom anti-sosial dia. Puas kami pujuk, si kinting berkeras takmo masuk barisan. Bila cikgu-cikgu dia cuba amik dia, dia melalak. Ate ada ibu ngan babahnya, buat perangai la konon kan. Kalau engkau orang pasan, dalam gambar kat atas tu ada jugak lain yang tengah menangis kan? Memang majoriti yang meraung dalam dewan tu bebudak umur 2 & 3 tahun. Yang nak berdukung, terpaksa mak ayahnya kelek ke hulur ke hilir..yang nak berpaut kat kaki, kena la mak ayahnya seret ke sana ke mari. Mana mak ayah yang malas nak layan, dorang tinggal je anak-anak depa ngan cikgu..engkau nak melalak..melalak lah ye nak..tapi dah duduk ngan cikgu, elok pulak masing-masing duduk makan sandwich. Yang si kinting tu pun sama. Kami sampai kena berlakon, konon nak pegi 'work'..so si kinting kena duduk ngan cikgu. Tu muka cuak + blur kena tinggal. Kami nyorok kat luar dewan. Aku ingatkan aku je buat taktik macam tu..rupanya kat luar dewan, ada je mak ayah lain buat taktik yang sama..hahah!

 Muka boring. Time ni dia dah settle makan. Tengah tunggu untuk acara perarakan. Muka tak puas hati pun ye sebab ibu ngan babah kata pegi kerja tapi elok je berkeliaran dalam dewan snap-snap gambar dia.

Ni cara-cara posing time emosi dah stabil. Kami masuk dewan pun dia takde buat perangai. So boleh la amik gambar dia dekat-dekat.

Acara pertama untuk bebudak 3 tahun - Barangan kitar semula. Si kinting kena tayang handbag kotak. Patut la cikgu dia minta si kinting bawak kotak hari tu. Sempoi aje handbagnyer. Dalam dok suka tengok dia bawak beg tu, rasa kesian pun ada..tapi budak yang kena pakai kampit beras tu lagi kesian aku rasa. Bebudak kan, orang sarung kampit beras pun dia layan renyih aje.

 Ini acara kedua. Boling botol. Masing-masing dibahagi pada 2 kumpulan, kemudian setiap sorang kena bergilir baling bola untuk jatuhkan botol tu. Si kinting tu gaya nak baling je yang lebih, tapi botol tu elok je tak tumbang-tumbang sebab bolanya menyimpang ntah kemana. Kalau baling bola boling real guna skill ni mau bergegar lantai dibuatnya. Dalam ramai-ramai bebudak yang baling ikut dan depa je, ada juga budak yang pandai, dia tak baling bola tu, dia golekkan..so strike la dia..huhu. Ini mesti mak ayah dia biasa bawak pegi layan main boling nih.

Kalah-kalah pun harus dapat medal. Bebudak kan..engkau menang ke, kalah ker..hadiah wajib dapat. Dah settle acara depa, dapat makanan lagi...mihun goreng. Tapi si kinting mintak nasi pulak, so kami bawak la dia makan kat food court depan dewan tu. Sepatutnya lepas acara tu kami kena tunggu sebab ada acara untuk ibu bapa, tapi sebab aku nak kejar masa packing baju si kinting (sebab petangnya mak aku nak datang amik si kinting bawak balik Kuantan since aku kena outstation 3 hari start kesokkan harinya) & nak bersiap untuk sesi 'photoshoot poh ah kong'..so kami balik awal.
Pada aku, kira oklah taska si kinting organized aktiviti-aktiviti macam ni sebab boleh bagi pendedahkan pada anak-anak, aku pun dapat pendedahan jugak. Kalau selama ni dok tengok orang bawak anak join Hari Sukan, la ni boleh bawak anak sendiri. Harap-harap tahun depan si kinting boleh enjoy la dengan aktiviti cenggitu, tahun ni aku tengok dia banyak blur dari enjoy..uhuks. Balik je rumah, lepas pekena susu sepam elok je dia terbongkang macamkan tadi dah kena lari keliling padang.

2 comments:

  1. cik kodok : seronok mmg seronok..macam-macam ragam bebudak ni tau.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)