29 April, 2011

Pagi-pagi aku sudah jadi macam arwah Neng Yatimah

Iyer..pagi-pagi sudah bikin drama ayer mata. Sendu benor hati ahkak pagi tadi. Nih bila dok fikir-fikir balik, ya ampun..malew semalew-malewnyers (T________T). Ceritanyer cenggini. Hari ini seksyen lama aku buat jamuan sempena meraikan pertukaran aku ke seksyen puaka baru (eh, meraikan? Cam suker je aku blah ye? Ahaks!). So haruslah orang yang dirai (ahkak la tue :P) dijemput memberi sepatah dua kata. Aku ni bukanlah gabra nak bagi ucapan ke apa sebab orang-orang seksyen lama tu semua aku dah mesra tapi gamaknyer sebab mesra bebenor time nak berucap tu suara aku tetiba ke dalam aje. Tau-tau ayer mata dah mengalir. Muka toksah harap lah..dah cemik gaya haper..giler emosi :)) Ex-Timbalan Pengarah aku buat lawak hulur piring..suruh aku tadah air mata dalam piring, yang encik Pengerusi Majlis buat lawak kata kat luar pun hujan jugak..kawan-kawan aku plak ada yang siap cakap, "Jangan lah nangis Na..ko kan brutal.." Haah, iyer..brutal kejadahnya. Bajet je cam brutal tapi hati jambu :)) Ex-bos aku pun tak kurang jadi nasik tambah, dia kata kalo aku dah 'teriak'..dia lagi la. Makin terisak-isak la aku di depan khalayak seksyen lama..Uwaa..maluuuuuuuuunyer sebab aku tau, aku kalo dah nangis..muka confirm huduh cam tapir memerot :((. Dah la bukan bertukar jauh pun..dari tingkat 3 ke tingkat 10 je pun ..huehue. Yelah, suasana kerja dah tak sama..jadi jarak yang dekat pun boleh membawa kepada kesebakan seolah mahu berpisah beribu batu. Huhu. Tapi lepas tu time makan, elok je aku sama naik 'mencekik' ngan depa.

Pakkal lah aku ada test mid-sem paper Data Comm petang karang, so gigih la lunch break yang panjang ni aku berhibernasi kat 'workstation tumpangan'ku ini sahaja. Kalau tak, harus aku join bergossip berjimba sambil menikmati makan tengahari dengan geng seksyen lama. Ini pun baru lepas settle submit individual assignment HCI. Masak la aku nak menjawab malam ni..tu la 'leka' sangat ngan hal duniawi sampai tak study...uhuks. Nina, berusaha!

Akhir kata, ♥SPTB..aku sayang kamu♥ Tempat aku menimba ilmu, mengenal kawan & lawan, bersuka dan berduka. Apapun, patah tumbuh hilang berganti. Kesinambungan perjuangan harus diteruskan ditempat baru yang penuh pancaroba :)) *ayat macam penglipurlara*

8 comments:

  1. Serius ahh aku pun penah alami benda yg sama. Pdhal org yg ada dlm jamuan tu, tak sedih pun. Aku plak yg sedih beriya2. Nasib masa tu blum ada FB. Kalo tak mesti malu aku kena tag. Chesss...

    ReplyDelete
  2. haha lid...ada geng la aku. tu la, EO seksyen lama aku tu siap record lagi, jgn dia upload masuk FB sudah..harus aku report spam :))

    ReplyDelete
  3. uhkhukhuk..tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pulak tempat kerja...hehhee..

    ReplyDelete
  4. hahaha yana,itulah..masa bebaru dulu cam pressure tp lama-lama syg pulak..:-)

    ReplyDelete
  5. hahaha~ dekat cenonet jew.. ekekek.

    eh akak studi jugak ea~

    ReplyDelete
  6. haah..biasalah drama queen je yg lebey deq.
    yup, dah tetua ni baru nak gigihkan diri study...hazab tau.

    ReplyDelete
  7. tobat sedey...saat perpisahan..aku pun dah alami...suasana itu..huhuuu

    ReplyDelete
  8. kak tini..tobat sedey kak,aku tau ko faham perasaan aku, dalam pada benci ada chenta..ahaks..aku ni muka je harap cam legend..tapi hati kiut tau...auuwwww :))

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)