01 June, 2011

Kemenangan yang pertama untuk Kampung Hai Pening Lalat

Hahaha..rakyat jelata si kampung hai pening lalat sangat gumbira. Sesungguhnya kemenangan itu adalah kemenangan yang tidak disangka-sangka kerana niat di hati si rakyat jelata hanyalah sekadar meneka untuk suka-suka. Arakian sebelum-sebelum ini jenuh sudah masuk contest itu ini tapi hasilnya nan hado maka tidaklah lagi tegar rakyat jelata untuk menaruh harapan.

Apapun, berbanyak terima kasih  lah kepada penganjur teka teki tekuk, cik puan Ayu kerana sudi memilih saya sebagai salah seorang pemenangnya, siap buat special delivery lagi ngantor hadiah ke rumah. Susah-susah aje tau kamu ni. Semoga rezeki kamu dimurahkan ye cik puan Ayu (yang seriously memanglah ayu, dengan mata bundarnya, dengan wajah cutenya..macam..erm..macam..Yushanani Yushak, haa..ingat x? Ingat x? Ala, former pembaca berita TV3 dedulu. Eh Ayu, saya bukan dan-dan nak mem'bodek' tau..Serius suka tengok kamu..comelslah! Sorry ye sebab memula saya tak cam kamu, men jengah kat sliding door je..dah tengok dedekat barulah cam. Segan lah kat kamu sebab kami dua beranak kurang semenggah menyambut kamu di muka pintu, saya dengan muka selebet baru balik kelas, Tasnim dengan badan berlengas, masam & ber'pampers' aje..T__T Gigih kamu mahu dukung budak kinting yang masam lagi kus mangat itu..hihi.

Okehlah, sekarang adalah sesi mentayang pemberian istimewa dari penganjur teka teki :-)

 Dibungkus rapi..jeng jeng jengs...

 Like 33x! :)) yeay, koleksi fridge magnet bertambah lagi! dan ye, gelas jernih itu adalah sebagai simbolik kepada - perkenalan blogger nan ibarat persahabatan di dalam gelas *memang sesuai jadi rakyat jelata si pening lalat - u knowlah why kan? :)) *

Sekali lagi, buat cik puan Ayu..terima kasih daun keladi dan salam kenal di alam nyata!


2 comments:

  1. Pn. Chemp - alahai malu kita. Badan makin membesar mcm Goria madagascar dikatakan Yusanani Yushak pulak. ;p Anyway, kita tak boleh lupa si Tasneem yg keletah tu la. Teringat2 dia cakap "sape tu ibu?" Tasneem comel sangat! : )

    ReplyDelete
  2. Ayu, tang mana hat macam Gloria Madagascar tu..cheq x nampak pon. Haha..mulut dia la ni mmg becok, sabar je la.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)