03 June, 2011

Like mother like daughter

Tiap-tiap pagi bila aku hantar Tasnim ke taska, sambil-sambil tunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau tu, mesti aku akan usik-usik or tegur-tegur dia yang dok melamun jauh. Biasalah, pepagi kena kerah bangun pergi 'sekolah', kesengalan dan kelemauan tu mesti ada. Huhu. Selalunya aku akan cakap, "Tasnim, pandang ibu." Kalau dia malas layan, dia pandanglah aku. Kalau dia tengah ada mood nak menyakat, dia tak pandang aku, tapi sesaja buang pandangan jauh ke luar sambil senyum-senyum. Kalau dia pandang aku, aku akan tanya lagi, "Tasnim sayang ibu?" Selalunya dia akan jawab ya. Tapi kalau pepagi dia sentap kena bebel dengan aku, dia buat tak tahu aje. Takpun dia pulak bagi aku sentap, dia jawab, "Tak." sambil geleng kepala. Kadang-kadang bila dia buat tak tahu, aku akan pegang pipi dia & buat-buat paksa dia pandang & cakap "Sayang ibu sangat!" kat aku *dengan anak pun boleh main gurau-gurau kasar* :))

Semalam, dia pulak buat benda yang sama pada aku. Dia pegang pipi aku & halakan muka aku setentang dengan muka dia. Dengan riak muka yang serius *kononnya* dia cakap, "Ibu, pandang Anim. Ibu sayang Anim tak? Dia buat exactly macam aku buat kat dia. Bila aku buat-buat tak mau pandang, dia pegang pipi aku kuat-kuat sambil paksa suruh cakap sayang. Hahahah. Dalam gelihati dengan keletah dia, terharu pulak rasanya...sobs..sobs. Terasa cepatnya masa men'dewasa'kan dia. Sudah boleh jadi teman senda gurau..dialah my favourite BFF.

5 comments:

  1. budak2 suker tiru ape yang kita pernah buat kat depa kan. so cute...

    eh, tak sudi follow ker.. *___"

    ReplyDelete
  2. Heheheh.. Budak2 mmg akan mirror exactly apa dia nampak kan. Sweet sgt! : )

    ReplyDelete
  3. itu tandanye dia pun sayang kat kitekan...

    mesti comey jer bile anak2 tanya kat kite mcm tu..

    ReplyDelete
  4. @nm: haah, betol.kalo tiru yg elok,oklah kan. nm,sy da try follow tp x tau kalo blogspot mengots ke apa, x nmpk butang follow tu..nanti sy cuba lagi.

    @ayu: betol..betol..betol.

    @ain: tu lah,budak-budak pun tahu hargai kasih-syg. mmg buat kita tersentuh hati.

    @diana: ank-ank kita ni bila keletah, macam-macam aje kan diana?

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)