02 June, 2011

Sang hawa

Terkadang bila kita berada di kalangan kaum kita juga (read: sang hawa), kita akan jadi terlebih prihatin atau terlalu obsesi untuk berkongsi cerita yang kononnya relevan untuk kita dan kaum kita. Kalau kita ini pasangan muda yang jarak umur pun tidak banyak beda, lantas masing-masing berkahwin dalam sela tempoh 2,3,4 tahun maka persoalan giliran mengandung, menambah anak itu seperti wajib diperkata. Seperti baton itu harus ada yang sambut. Kalau tak bersambut, macam pincang. Eh, mati kutu ye kalau tak berbicara soal itu.

Kalau sudah lama kahwin, dan baru dapat mengandung kemudian keguguran dan susah untuk lekat lagi,prediction bukan setakat takde rezeki..tapi mungkin akan disangkut pautkan dengan kandungan diambil bunian (okay, fine. ini aku masih boleh percaya kerana itupun makhluk Allah juga),tapi bila disabitkan dengan kisah si suami memancing di laut lalu disampuk hantu laut dan ketika itu juga kandungan si isteri sudah tiada denyut nadi, maka kesimpulannya itulah penyebab keguguran. Berapa banyak versi cerita untuk satu kehilangan yang sudah cukup menyedihkan? Antara logik akal dan alam yang tak terjangkau dek fikiran, bolehkan kalau kita sekadar mengatakan itu sudah kehendak Tuhan? Kenapa bersikap yang tidak-tidak?

Ok, habis satu cerita. Ini cerita lain pula. Berkawan, bercinta dan tup-tup bertunang pun menimbulkan kehairanan. Menghairankan sangatkah? Kalau ekpress sangat bertunang, atau berkahwin maka haruskah konklusinyer kepada sesuatu yang negatif sahaja? Cepat tunang, cepat kahwin, cepat putus, cepat cerai? Begitu? Kenapa tidak kita doakan yang terbaik buat mereka. Cepat atau lambat itu bukan urusan kita hendak mengadili sebab musababnya. Kita pun hanya mampu merancang kan? Dan kalau pun takdir tidak menyebelahi mereka, apa kamu fikir, nasib itu sangat menyebelahi kamu? Begitu?

Hurms..harus bagaimana lagi wahai sang hawa?

*mode : cermin diri* :)) *pis*

5 comments:

  1. Setuju2. Sebelum mulut rancak bercakap & fikiran ligat buat speku, kenalah banyak2 istighfar ingat Tuhan. Manusia ni kalau bab cerita orang & gosip2 ni, mmg dia minattt sangat. Termasuklah yg menaip ni jugak. ;p

    ReplyDelete
  2. singgah follow sini. jom serang balas...

    ReplyDelete
  3. @Ayu,i pun minat jugak sesekali bergossip..tp kalau asyik bergossip benda yang sama over & over again, macam takde cerita lain, x habis-habis..x kuasa jgk nak melayannya..heheh.

    @NM02, thanx sebab singgah :-)

    ReplyDelete
  4. erks. Aku kuat gak bergossip. Tapi selalunya citernya berbeza beza kakakakakaaa...

    ReplyDelete
  5. @along : huhuhu...tu lah, kalo dok cakap benda yg sama tak sudah-sudah macam x relevan sebab org yg disembangkan tu dh move on with their life pun..

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)