27 August, 2011

Kekhilafan diri

Baru-baru ni aku kehilangan sejumlah wang. Wang yang sepatutnya dibuat bayaran bulanan taska si kinting. Memang aku sudah siapkan awal-awal duit tersebut. Aku masukkan dalam sampul kad bayaran yang taska sediakan. Memang ingat nak bayar secepat mungkin tapi mungkin memang perkara dah hendak jadi, tugas aku menghantar si kinting pagi itu di ambil alih secara sukarela oleh En.F (pucuk dicita ulam mendatang la kaedahnya,bukan selalu aku dapat offer cenggitu). Jadinya dalam aku bersenang lenang bersiap hendak ke pejabat, aku terlupa nak kirimkan sampul kad tu pada En.F. Aku fikir takpelah, esok-esok pon boleh. Petang tu lepas habis kerja, aku singgah ke bazar ramadhan. Lepas settle membeli lebih kurang & berbuka, aku pun terus pergi kelas. Esoknya tu baru lah aku sedar kad tu dah takde dalam handbag. Puas aku geledah beg, cari. Tak jumpa. Cari dalam rumah, tak jumpa. Cari dalam kereta, tak jumpa. Cari dekat pejabat, pun tak jumpa. Aku tanyakan juga dekat member sekelas yang aku tumpang kereta dia sehari dua yang lepas, dia pun cakap tak jumpa. Oklah, memang dah takde rezeki. Aku dah lama tak rasa hilang barang. Jadi bila wang itu hilang, macam terasa juga, walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak mana untuk sesetengah orang. Aku rasa ralat, mungkin sebab aku rasa aku cuai. Aku rasa terkilan, mungkin sebab aku rasa dengan jumlah duit yang sama, aku boleh belanja En. F & keluarga aku berbuka dekat PICC atau boleh settlekan separuh duit raya tahun ini atau boleh topup duit minyak & tol nak balik kampung nanti atau boleh belikan sepasang dua baju lagi untuk si kinting atau kasut & handbag baru untuk aku, huhu. Tapi itulah, selalunya kejadian-kejadian yang boleh membuatkan kita terasa ralat atau terkilan, mempunyai sebab kenapa ianya berlaku. Setidak-tidaknya aku fikir begitulah. Ini bukan soal cuai semata-mata. Ini soal memang sudah tersurat wang itu bukan hak aku secara halusnya. Mungkin juga kehilangan itu adalah kifarah untuk kekhilafan diri yang aku tak sedar aku dah buat sepanjang bulan puasa ini. Maka aku harus berlapang dada. Walau dibebel En.F pun, aku tak rasa sentap. Aku redha. Duit boleh dicari. Yang penting, khilaf aku harus diperbaiki. Aku akui, walau terkadang benda sebegini nampak kecil, tapi impaknya boleh membuat kita tersentak dari lamunan, boleh buat kita muhasabah diri. Dan ya, sudah bukan rezeki tetaplah tidak akan menjadi rezeki, biarlah ianya menjadi rezeki kepada yang menjumpai. Titik.

Apapun, sempena hari raya hari mulia ni, aku seisi keluarga ingin mohon maaf andai ada lisan yg tak terjaga..janji yang terabaikan..hati yang berprasangka atau sikap yang pernah menyakitkan. Salam minnal aidil walfa'izin untuk semua :)

2 comments:

  1. mungkin ada hikmahnya,sabar ya,selamat hari raya maap zahi batin juga :)

    ReplyDelete
  2. @asniza itulah, apapun..selamat hari raya & maaf zahir batin utk azni juga :)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)