27 September, 2011

Penchuri

..ada di mana-mana. Baru-baru ini, family in law kepada sepupu aku telah kehilangan 2 tas tangan yang dilesapkan oleh si 'panjang tangan'. Dah letak dalam bilik pun boleh hilang. Walaupun kejadian kehilangan sebegitu sebenarnya bukanlah perkara asing, maka kalau ada sebarang majlis keramaian di rumah kita, barang-barang berharga haruslah disimpan dan dikunci rapi, mungkin tuan rumah tidak menyangka akan ada jemputan yang sewenang-wenangnya berani menceroboh ruangan privasi si tuan rumah. What were they thinking? Pergi majlis orang untuk mencuri? Haih, macam-macam taktik pencuri zaman sekarang kan? Asal ada peluang, copet sana..copet sini. Yang kita ni, walau berada di rumah saudara-mara ke, sahabat handai ke, waktu-waktu majlis jamuan atau kenduri kendara tak boleh 'lepa' akan barang berharga kita. Kalau boleh kena jinjit ke sana ke mari. Peluang hendak beramah mesra dan menjamu selera dengan tenang pun jadi tak berapa nak tenang. Itu kalau majlis kenduri kendara, hatta dalam surau atau masjid pun, kita berada dalam situasi yang sama. Asal boleh aje ye kamu si pencuri? Memanglah malang itu tidak berbau. Tapi wahai si pencuri, mungkin hari ini hari kamu, esok lusa siapa tahu! Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga :P Shame on you!

6 comments:

  1. betul2!
    kalau buat open house..
    mjlis kawen..
    memg kena extra careful!

    ReplyDelete
  2. Yes lelaki ini.... betul. Wanita ini menyokong statement anda. Kalo buat open house sila buat locked room because setiap kesempatan akan di gunakan oleh si pencopet (kompom muka buruk sbb perangai buruk) untuk mencuri!

    Kalo dapat tangkap kita bogelkan dia ikat kat pokok rambutan yang banyak kerenggaaaaa. Yesss kita jemput plak kerengga open bodykan si pencopet ini.

    Mode: Membayangkan kerengga tu menjamu seleraa.. Phewwww! tak kuasa mak . kakakaka

    ReplyDelete
  3. skrg ni kat mana2 pun kena berhati2

    ReplyDelete
  4. cekidout out latest educational toys for your kids..lets share the joy,lets share the fun..

    add us in facebook intelligent.toys@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. yg pencuri tu perempuan tau... tu yg teruk

    ReplyDelete
  6. @Lelaki ini : ye,x boleh nak take things for granted.

    @Along : hahah, mesti kalau si pencuri tu baca komen ko, dia cuak. Mmg itu pun 'makan' dia.

    @Inazz : haah, mmg kena hati-hati even org nak anggap kita ni skeptikal atau pesimistik pada org & keadaan sekeliling. Semuanya kerana angkara si pencuri..huh!

    @cuppycakemommy : thanx for dropping by. i'll drop by ur page later.

    @siti : perempuan? tau ye siapa pencurinyer?

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)