21 November, 2011

Bergedil yang gagal

Kalau kita makan soto, sedap di'kawan'kan dengan bergedil kan? Be it bergedil ayam atau daging, dedua pun sedappp kan? Kan? Tapinya aku kecewa kerana sudah 2 kali mengalami kegagalan membuat bergedil. Sebelum-sebelum itu, tetiap kali aku buat bergedil, menjadi je. Tapi itu aku guna ubi kentang yang digoreng. Bila aku cuba guna ubi kentang yang direbus, terus 'failed'..haih! Konon nak kurangkan penggunaan minyak la, tapi end-up bergedil aku jadi benyek. Rasa pon 'kureng'. Keadaan ini sangat mengecewakan..huhu. Kenapa aku makan bergedil yang kawan aku buat guna ubi kentang rebus, sedap je eh? Kenapa bergedil aku tidak ha? Makanya aku pon cuba mengkaji sebab-musababnya dan aku dapati sebab-sebab dibawah adalah jawapannya.

1. Aku rebus ubi kentang terlalu empuk, lalu adunannya akan menjadi lembik, susah digentel/dibulatkan even telah ditambahkan tepung. Ok..aku baru tahu, tambah tepung bukan alternatif terbaik sebab adunan tersebut masih akan lembik dan benyek. Rasa asli bergedil juga akan 'spoiled'. Err, kalau tambah tepung jagung macam mana pulak eh? Jadi ranggup tak? Haha.

Erms..sebab kedua dan seterusnya, adalah sebab pertama itu juga..hihi.

Jadinya, tahulah aku bahawa ubi kentang itu boleh direbus tetapi jangan dibiarkan terlalu empuk. Kalau ikut resepi, banyak yang suggest goreng kan? Dan kalau digoreng, jangan terlalu empuk juga kerana bergedinya akan menjadi terlalu berminyak.
Hurms..sesungguhnya misi masak-memasak ini adalah satu misi cuba-jaya..sekurang-kurangnya untuk aku. Dapat, tak dapat? Oh ya, kamu-kamu ada tips masak-memasak especially bergedil untuk dikongsi bersama? Sila..sila.

3 comments:

  1. cuba lagi chemp .. kt blog masak kita ada x silap resepi bergedil .. main campak2 jer resepinya ;-)

    http://nuruldiana008kitchen.blogspot.com/2009/02/bergedil.html

    ReplyDelete
  2. baby,

    Aku masak begedil memang suka rebus je ubi kentang tu, of course kene rebus sampai empuk,then terus uli bentuk yang dikehendaki. masa nak goreng begedil, gaul sket pada tepung ( tepung gandum/ tepung gandum + tepung jagung ( lebih garing) dan terus celup dalam telur yang telah dipukul..tak perlu sampai kembang giler...then terus la goreng dengan jayanya....so far method aku tu berjaya....

    ReplyDelete
  3. @Diana : tengkiu for sharing. ada letak udang kering ye? menarik tu..insya Allah nanti Chem cuba.

    @Natrah : tu lah, konon nak ikut stail ko, rebus-rebus je. masa nak uli tu mmg ada gaul ngan tepung skit..tp tu la,x berapa nak menjadi. kena cuba lagi la kot.tq bebeh.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)