08 December, 2011

Ayat-ayat cinta Makcik Juli

Aku baru sembang dengan adik & mak aku thru phone pagi ni. Sembang tentang cerita esok hari, hari bersejarah adik aku. Adik aku nikah pagi, to be exact, jam 10 pagi esok..insya Allah. Kalau ikut plan adik aku, dia memang nak nikah kat rumah, tapi kalau ikut plan emak aku, dia nak majlis tu dibuat di masjid je. Dan keputusannya adalah bernikah di rumah atas dasar takde siapa yang nak mengiring pernikahan di masjid tersebut since kebanyakkan saudara-mara kami bertolak pagi esok ke Kuantan termasuk aku jadinya kalau buat dirumah, jiran-tetangga boleh memeriahkan majlis kalau ada diantara kami yang terlewat sampai. Adik aku cakap, esok majlis nikah dia akan menggunakan tema British pekebenda ntah..huhu. Sempat juga cakap dengan mak aku, dia bercerita tentang esok pagi nak masak nasi dagang, bla..bla..bla..untuk sarapan pagi. Kemudian nak masak juadah makan tengahari bla..bla..bla..wajiblah terkejar-kejar dia esok hari, nak jadi mak pengantin lagi, nak jadi ketua chef lagi (even dia kata dia da sub-kan kat orang tapi Makcik Juli tetaplah Makcik Juli..hihi), bila aku kata "banyaknya benda nak kena buat (secara tersiratnya nak bagitahu mak aku sepatutnya pagi tu masak simple-simple je supaya tak terkejar-kejar nak siapkan makan tengahari a.k.a jamuan selepas majlis nikah), tetapi respon yang aku dapat berbunyi sebegini; "Yelah, nak buat macam mana, ada anak pun sibuk nak 'skoloh', xpelah." Hahaha..ayat sentap beri hati. Nak buat camne, memang aku dah tak mampu nak adjust plan aku..kalaupun tang kerja free dis week, tang study plak tak free, kena fikir kengkawan kelas yang dah beria-ia mintak cuti semalam & hari ni semata-mata untuk mid-sem test, minggu depan pun sudah ada beberapa komitmen, tetaplah tak boleh nak melepaskan lelah minggu ini. Terkilan memanglah terkilan tak dapat bersama-sama keluarga saat ini :( Adakah ini satu pengorbanan atau satu bebanan? Huhu. *aku da mula nak merapu lettew*

5 comments:

  1. kak long bertolak bila... kita jumaat pagi tu...

    ReplyDelete
  2. sama sebab malam ni ada test, x bleh excuse

    ReplyDelete
  3. salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

    ReplyDelete
  4. Sabar banyak2, dugaan/bebanan tu akan hilang dari hidup anda suatu hari nanti. Barusahalahh!! :D

    ReplyDelete
  5. @Ayu : Terima kasih atas kata-kata semangat itu.. d*_*b

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)