27 December, 2011

My little cuppy cake, gumdrop, snoogums-boogums

Sudah lama tidak bercerita tentang kanak-kanak berbaju polkadot krim & coklat yang berambut kerinting gumpal-gumpal di tengah-tengah itu kan? Dan dari kiri adalah si sepupu yang 'garang' tetapi sangat keletah percakapannya. Dikenali sebagai jelmaan Mei Mei - Upin & Ipin. Walau dalam garang-garang pun, sekali dia membujuk rayu, hati boleh menjadi cair seperti M&Ms. Di sebelah kanan pula adalah 'auntie' kepada si 'Mei Mei' dan si kinting, 'little auntie' kerana jarak umur mereka hanyalah setahun. Dulu nampak macam comot-comot, tapi sekarang sudah menang gaya, halakan sahaja kamera pada dia :-) Jika tahun lepas, si kinting adalah sasaran utama dia untuk melepaskan geram dengan gigitan 'chenta' tetapi tahun ini mereka kelihatan sangat 'serashi bershama', sudah boleh berpeluk-peluk bahu gitu. Seperti selalu, si kinting adalah juara dari segi saiz & suara. Suara dia makin lama makin 'besar', makin husky i tell u. Dan aku perasan, dia jadi malu bila ada siapa-siapa yang menegur akan suaranya itu lalu dia akan bercakap menggunakan suara kecil ala-ala itik serati. Haih. Aku selalu ingatkan dia untuk bercakap seperti biasa dan memuji suaranya yang 'besar' & husky itu supaya dia tidak merasa rendah diri atau seangkatan dengannya. Itu bukan kekurangan kamu ye nak. Walau secara fizikalnya adalah membesar bagai johan, tetapi bab pengucapan awamnya masih ada sisa-sisa kepelatan, yang antaranya berbunyi begini; "Ibu, Anim kelupalah.", "Ibu, Anim kesedu ni..", "Ibu, tolong la pilih 'kartun laloq'", "Ibu, Anim nak 'beget'".. :-) Hurm..agak-agak kamu, apakah bendanya 'kartun laloq' & 'beget' itu? Haa..cer teka..cer teka..hehe.

Akan tetapi, dalam pada pelat-pelat itu, ada juga si kinting bercakap ala-ala skema  yang penuh ciri-ciri bahasa buku teks kaedahnya..huhu. Selalulah juga aku dengar dia cakap begini; "Kelajuan pantas!!! (pengaruh kartun Little Einstein..hihi)", "Opps..maafff!", "Anim sukakan ibu, suka sangat." Dan kelmarin, sewaktu dalam perjalanan balik daripada menghadiri majlis bertandang sepupu aku, pihak pengantin lelaki bagi cenderahati berupa kotak yang berisi home-made chocolate & ayat yang keluar daripada mulut si kinting, "Wah, peti harta! (ini musti pengaruh kartun "Jack & The Never Land Pirates)" Erks, ibu masa umur 3 tahun tak tahu apa kejadahnya peti harta tu nak oii, sobs..sobs..

4 comments:

  1. Hua hua hua!! Anim dah besar! : ) Tak tahan betul baca ayat2 skema, especially part "wah, peti harta!" Hahahah. Adoi sakit perut. Tapi ni semestinya pengaruh kartun2 alih bahasa yang banyak ditonton. Adik Ayu dulu pun macam tu jugak. Bila kita nak simpan mainan dia, dia mintak balik. Kita tak kasi, dia kata "lepaskannya!" Oh drama swasta betull

    ReplyDelete
  2. alahai comeinya anak dara chemp ;-).. bak mai pas aura girl kt sini boleh ;-)

    ReplyDelete
  3. Cutenya berpakaian camgitu....

    ReplyDelete
  4. @Ayu : Hihi, comel je kan bila budak-budak cakap bahasa buku cenggitu.

    @Diana : Nah..nah aura gegurl utk Diana, kita tukar suka sama suka aura boboi & gegurl ye :-)

    @Zie : Tutu skirt tu adik saya buat sendiri :-)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)