31 January, 2011

Semoga selamat semuanya

Sama-sama kita doakan ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan kita berada dibawah lindungan-Nya. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan di sana. Amin. Untuk khabar terkini nasib pelajar kita di Mesir, boleh layari :


Mohon panjang-panjangkan dan doa-doakan bersama.

30 January, 2011

Pagi Ahad yang dingin

Harapan untuk ketiduran di hujung minggu tidak kesampaian kerana perut telah membuat ragam. Selesai subuh, puas aku berbolak balik diperbaringan untuk lelap lena tetapi hampeh. Lalu habiskan masa menggomol si kinting di sebelah yang 'masyam-masyam' baunya. Asyik tau. Biasalah ibu-ibu memang begini :-)
Disebabkan hari masih pagi dan aku tiada cerita menarik untuk dikongsi..maka aku kongsikan sahaja quotes ini;
"I praise loudly, i blame softly" - Catherine II
"People are more easily led than driven" - David H. Fink
Aku amat setuju dengan quotes itu. Kalau kita mahu puji, pujilah dengan lantang...kalau kita mahu puji biar sebenar-benar puji...kalau kita mahu puji, pujilah dengan ikhlas dan terbuka hati. Kalau kita mahu menyalahkan, menegur atau marah..lakukan dengan berhemah dan berhikmah (ingatan untuk diri sendiri). Tiada siapa yang suka air muka dijatuhkan dengan pakej dimalukan bersekali. Dan ya, tiada siapa yang suka disuruh-suruh atau diperintah itu ini seperti balaci, makanya membimbing itu adalah lebih baik dari memerintah/menyuruh orang lain membuat begitu begini. Tidak semua orang boleh mengajar orang lain dengan sewenang-wenangnya seolah hanya dia yang tahu semua atau dia sahaja yang betul macamkan diri itu bagus sangat. "Siapa, bagaimana dan di mana kita hari ini, tidak menjamin siapa, bagaimana dan di mana kita hari esok" ~ memetik kata-kata about me ibu Hanis.

26 January, 2011

Wordless Wednesday #1

Tanjung Bidara, sekitar Julai/Ogos 2010.

21 January, 2011

Friendship - Khalil Gibran

And a youth said,
speak to us of friendship!
  And he answered, saying:
  Your friend is your needs answered.
  He is your field which you sow with love
and reap with thanksgiving.

And he is your board and your fireside.
  For you come to him with your hunger,
and you seek him for peace.

  When your friend speaks his mind you fear
not the "nay" in your own mind,
nor do you withhold the "ay".
  And when he is silent your heart ceases
not to listen to his heart;
  For without words, in friendship, all thoughts,
all desires, all expectations are born and shared,
with joy that is unacclaimed.
  When you part from your friend, you grieve not;
  For that which you love most
in him may be clearer in his absence,
as the mountain to the climber
is clearer from the plain.

  And let there be no purpose in friendship
save the deepening of the spirit.
  For love that seeks aught but the disclosure
of its own mystery is not love but a net cast forth:
and only the unprofitable is caught.

  And let your best be for your friend
that you should seek him with hours to kill?
Seek him always with hours to live.
  For it is his to fill your need,
but not your emptiness.
  And in the sweetness of friendship
let there be laughter, and sharing of pleasures.
  For in the dew of little things
the heart finds its morning and is refreshed.

17 January, 2011

Loving mineral makeup giveaway!


Hello uols!!
Siapa suka makeup?! (Saya!! Saya!!)
Pernah dengar Loving mineral? (Err..tak pernah.)
Hurms..tapi nak cuba medium makeup yang bersifat alami? (Nak!! Nak!!)
Jadi harus sertai contest simple anjuran little mama's diary. Beliau dengan murah hatinya telah menawarkan sample kit Loving mineral makeup secara percuma! Wallah! Sounds interesting bukan?

Okay, tatacara penyertaan sangatlah mudah, tak perlu berpenat lelah :-). Caranya begini :-
1. Buat blog entry pasal contest dan link ke page ini.
2. Jawab 1 soalan mudah yang boleh didapati di blog yang tersebut. (Siap ada hint lagi tau. Senang baitu!)
3. Tinggalkan permanent link anda di bahagian komen entry tersebut.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah. Tempoh giveaway adalah dari 12 Jan 2011 - 25 Jan 2011. Jom uols, jangan berlengah lagi!

Soalan : Warna apa riben yang Izzah pakai?
Jawapan : HIJAU!

♥ Cuteness ♥ erms..at lest for me lah, hihiks!


Jatuh cinta pandangan pertama pada dia sejak kami bertentang mata di Beautiful Life *okay, engkau orang boleh muntah/pengsan/sawan sekarang*

Anyway, those clips really help me overcome my monday blues *winks* Lagu catchy, model ensem (i loikee!), layankan ajelah iklan krim/gel/kehapakebenda ntah ni...kihkih.

16 January, 2011

Entri berlabel periuk belanga beta

Standard la bila dah ada anak yang 'pemakan' nasi, harus sediakan satu lauk untuk dia. Standard juga sebab lauk tu pi balik pi balik adalah berunsur sup jua. Tengok, pengaruh Wonderpet kuat tu..sebabnya ada batang saderi. Tapi anak aku makan carrot je. Batang saderi tu aku yang bedal sebab aku yang suka. Ayam tu? Aku bedal jugak la..takkan nak membazir pulak walaupun motif utamanya adalah sebagai perencah masakan.

Kurma ayam. Yang hitam-hitam tu aku pun blur apa kebendanya. Tak reti teman nak ngabornya.Dah tak reti nak cam dah lepas ngedit gambornya.

Sambal tempe & ikan bilis. Gandingan ideal dimakan bersama lauk kurma. Percayalah.
 Kek marble versi mat gebu. Konon nak jadikan hidangan minum petang. Tapi dekat maghrib baru boleh makan. Jadi nak kira hidangan makan malam ke camne? Huhu. Padahal lepas maghrib tu, kami anak beranak menjamu selera di Ani Sup Utara pulak, haih..makan nasik lagik. Sakan..sakan.

15 January, 2011

Cerita tentang A'anim

Gambar di atas di ambil ketika si kinting baru balik dari taska. Muka happy dapat balik rumah.  Helmet itu dibeli khas oleh si babah sempena nak mengambil anak tersayang dari taska.


So far, dah 2 minggu si kinting ke sekolah. Kalau ikutkan dalamasa 2 minggu ni aku ada ambil cuti untuk study leave & exam tapi aku hantarlah juga si kinting ke taska. Yelah, nak dia cepat biasakan diri kat tempat baru. Plus, dapat juga aku fokus untuk study studo.. since dah cuti tu, aku hantar dia lambat sikit lah. Selalunya waktu aku hantar tu, kawan-kawan dia tengah berbaris dalam taska nyanyi lagu tema taska.
On the 1st week, memang si kinting semedang je nangis. Masa nak hantar nangis, masa nak balik pun nangis. Memang kena bersilat la depan pintu taska tu masa nak hantar dia. Memang dia meronta habis-habisan sampai tercampak botol susu dengan kasut semua. Sampai cikgu pun cakap, anak aku tu kuat. Well, see the body la kan...kihkih. Masa nak balik pun dia bantai melalak bila nampak kelibat aku padahal sebelum tu elok aje. Biasa la bebudak, depan mak bapak bikin drama. Gamaknya sebak sebab dah seharian kena tinggal. Drama-drama pun sayu gak hati tengok anak cenggitu kan? Pagi-pagi nak siapkan dia pun sikit punya bercinta. Dia buat malas-malas nak bangun la, dah bangun..tak nak mandi pulak..sejuk katanya. So aku pun masakkan la air panas (umah ahkak takde water heater ye..ni anak dah komplen ni memang kena beli le nanti), aku rasa cam dah elok je suam airnya..dah sedap nak buat mandi..dia komplen panas pulak..sakit badan. Hahahaha....hai anak, pepagi buta kamu dah menguji kesabaran ibu ye. Ada waktu aku mandikan je dia..melalak pun melalak la, nak berguling pun berguling la. Janji dapat siapkan dia pergi sekolah. Ada satu hari tu, dia dah dapat uniform taska..so aku pakaikan lah. Dia pulak tengok aku dah sarungkan uniform tu ke badan dia, terus cebik-cebik mulut..dan-dan tersedu-sedu. Aku pun cakap la kat dia, "Anim pergi sekolah dulu, nanti hari Sabtu/Ahad kita pegi rumah atuk ye." Dia angguk. Lepas tu dia balas, "Anim kena pegi kulah, babah nak work, ibu nak work. Anim jangan nangis. Anim dak baik. Kan? Kan?", hadoi..terus aku touching ngan ayat motivasi si kinting. Pandai kamu pujuk diri sendiri ye nak.


Masuk minggu kedua, keadaan dia dah OK sikit. Still struggle nak siapkan dia pagi-pagi tapi dia dah takde nangis-nangis. Sampai je taska, aku bukakan pintu kereta then aku pimpin dia terus masuk taska. Tenang. Waktu balik pun, dia dah boleh nak tanya mana ibu pergi masa dia kat sekolah. Cikgu pun bagitahu yang dia dah banyak cakap sekarang. Dah banyak tanya. For me, it's a good sign. :-) Sejak si kinting masuk taska, dia dah pandai kira 1 - 10. Kekadang betul..kekadang berterabur. :)) Aku tahu ada je anak orang lain dah  hafal 1-10 tu lama dah. Aku pun bukan takde ajar dia sebelum ni, ada..tapi aku tak kisah sangat dia hafal ke tidak, just nak bagi dia pendedahan awal. Dia pun lagi seronok tengok gambar dari nak hafal-hafal. Takpelah tu kan. Let kids being kids, aite?  Selain tu, sekarang dia dah suka minum air masak. Dulu selain susu, dia prefer minum air manis..milo ker, ribena ker, jus buah ker. Pernah juga dia minum air gas tapi aku takdelah bagi dia pulun beria. Even air kopi & teh pon dia pernah minum...ini kes 'belasah' air atuk & nenek dia ler. Tapi masa umur dia bawah 2 tahun dulu, memang semua tu restricted.  Ye, aku tahu perkara-perkara sebegini  ibu bapa kena kawal & main peranan yang sepatutnya. Tapi aku cuma tak nak bertindak terlalu mengawal. Lets them taste & feel something new and tell them either it's good or bad one. Anway, everybody have their own way taking care of their kids, aite? :-) Oh ye, si kinting juga sudah ke arah diaperless.  Aku cuma bekalkan sekeping diaper ke taska untuk si kinting pakai ketika tidur. Since sebelum ni si kinting tu dah diajar ke tandas untuk 'shi-shi', jadinya tak susah sangatlah cikgu dia nak ajar.  Bab buang air besar pula, kat sekolah cikgunya ada bagi potty training, tapi kat rumah..aku dudukkan terus dia atas toilet bowl, ada juga masa dia mintak diaper bila nak 'yak' tu..so kena gigih lagi la untuk misi meng'diaperless'kan si kinting. d*_*b Lepas ni, kena carikan Iqra 1 & tudung comel untuk si kinting belajar mengaji pulak. Semoga diterangkan hati anak ibu untuk menerima segala ilmu..amin.

14 January, 2011

Akekekeke.. *gelak Spongebob*


mood exam sudah dilambai *tata* tiada lagi sesi perah pecah otak. sudah boleh cucuk langit secara bebas. yeay! lagi. sekarang hanya perlu berdoa banyak-banyak agar mendapat keputusan yang tidak mengecewakan. oh ye, harus jelaskan hutang assignment java yang tertunggak. mujur lecturer bagi kelonggaran untuk hantar lepas exam. harus tumpukan perhatian pada group project bilangan 2 (dua) java dan group project & presentation kmk juga, ye..tak boleh hilang fokus sehingga 26 Jan. Selepas itu, peluang terus pulang ke rumah selepas habis waktu kerja 5.30 adalah heaven. (harap merasalah balik tepat jam 5.30 di tempat baru..amin!) ahaa, peluang ke pasar tani presint 2 setiap selasa juga dah boleh merasa..kihkih. seronoknya! perasaan dapat bercuti daripada belajar sudah kembali selepas 8 tahun. perasaan yang sama. perasaan yang tak kira usia. hmmms...(senyum bahagia sampai tertutup mata).

p.s: adat ahkak-ahkak cam aku ni belajar, sampai demam-demam ko..otak sentap kaedahnya :))
    

09 January, 2011

Masakan rawak minggu ini

 1
 Juadah tengahari semalam.
 Kobis masak lemak. Tiba-tiba tekak rasa teringin.

 Sosej daging + lobak merah masak bening. Untuk si kinting. Tapinya selera makan budak-budak ini sukar ditebak. Ada hari dia makan bukan main lagi. Ada hari jamah sikit pun idak. Anyway, kamu tahu apa itu bening dalam konteks masakan? Hah..teka...teka... :P

Ikan bakar. Guna paste segera aje. Konon nak cuba sebab nak compare dengan paste yang dibuat sendiri..plus kat packaging nampak macam menarik tapi rupanya tak kena dengan tekak aku..rasa serai yang keterlaluan..cannot go lah.


... dihidangkan bersama telur dadar (menu wajib) & sambal belacan. Ngam ho!

07 January, 2011

Giveaway Edy : Awak Busuk!








I've been tagged! Thanx to tuan tanah sha-sha bloggerheaven for tagging me. Kecik tapak sulaiman, tapak stadium aku tadahkan (erks..apakah?!). Anyway..kamu suka wangi-wangian? Atau kamu seorang busuk yang cute? (kenapa aku guna perkataan cute??? Kerana ia bersifat unisex..jadi tak perlu sebut seorang busuk yang cantik dan tampan. sudah jimat masa menaip - padahal masa memang terang-terang dah membazir dengan penerangan yang diberi.) *ntah apa-apa*

Okeh, terus ke pokok utama perkara pokok a.k.a topic sentence. Saudara Edy seperti pada gambar banner di atas telah bermurah hati untuk melancarkan acara giveaway original miniature perfume untuk mewangikan para follower beliau yang budiman.(Yelah..kalau sudah sudi follow itu dikira sebagai budiman lah kan?)

Untuk 2 orang jejaka nan bertuah,  setiap seorang dari kamu akan dapat ini
picture taken from blog encik edy
dan;
2 orang hey ladies yang bertuah, setiap seorang dari kamu atau aku akan dapat ini
picture taken from blog encik edy
  Syarat penyertaannya juga mudah sahaja. Kamu hanya perlu :
1.Buat 1 entri tentang giveaway ini dengan tajuk - Giveaway Edy : Awak Busuk! (Letak banner giveaway pada entri dan pastikan kamu ada link terus kepada entri contest.)
2. Jadi follower blog Encik Edy
3. Wajib tag 2 orang blogger , seorang blogger lelaki & seorang blogger perempuan. (Pastikan mereka tahu anda mengetagged mereka :-))
4. Tinggalkan link kamu di ruangan komen entri tersebut. (Okey, dah 3 kali aku bagi linknya.Sila gunakan teknik pencarian maklumat yang strategik untuk menjoinkan diri.
5. Tarikh tutup peraduan adalah pada 11.59 am, 12 Januari 2011.

Okey sekarang, aku mahu tag : 
 Sekian, terima kasih.

05 January, 2011

Contest 'Jelingan Manja'

Hahah..gedix aje kan 'mak-mak orang' macam aku ni nak join contest seperti yang tersebut. But, hey..ada ahkak kesah?! At least boleh juga ringankan kepala otak aku yang dah kremengadap buku (gegels la..malam ni akan ada paper kemahiran maklumat uols. Harus rebus buku itew then minum baru leh ingat semua yang dibaca & yang tak dibaca. Tak pun tekap buku atas roti & makan. Konpom sebijik-sebijik ayat dalam buku tu aku ingat. Kenyang pun kenyang. Keh keh keh. Pengaruh Doraemon sungguh ti lah :P) Opps..melalut sudah. Ampun cik adik penganjur..akak over acting sikit hari ni. 
Oh ye, kepada mereka-mereka yang suka jeling-menjeling terjuling-juling...ayuh sertai peraduan ni. Cara dan syarat penyertaannya mudah sahaja uols. Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut okeh?!
 Hadiah menarik menanti aku (kalau ada rezeki ahkak la kan) dan engkau (kalau rezeki bukan milik aku tapi kamu..). Oh ye, khas untuk jelingan manja aje tau. Jelingan maut, jelingan menyampah atau yang negatif-negatif adalah disqualified. Eh..eh..aku pulak yang lebih-lebih tambah syarat, macam nak lawan tauke pulaknya..keh keh. Jangan mara ye cik adik pengajur..akak joking saja. (sebenarnya mentel!)

Tak tahu lah tang mana yang manjanyer...tapi belasah ajelah.
 Hik hik hik! (tetiba gelak pun sudah secara manja)

Oh ye, saya mahu tag :

02 January, 2011

Final exam

Owh, how i wish i'm looking forward for the exam which is not.

Tomorrow i'll be sitting my 1st paper for the final exaMath Discrete. Got a lot to catch up! (+_+)
"STRESSED" is "DESSERTS" spelled backwards? Hopefully.

p.s : What is the condition before you get on the bus? You're not yet on the bus! Hey, that's true isn't it? That's how you have to think for writing a Z specification. - my ♥ math's lecturer. :))

01 January, 2011

Madah berhelah 2011


Kita mulakan tahun baru Masihi ini dengan bermadah pujangga, boleh? Hahahah. Sungguh tak berciri millenium, bukan? Wut eva lah. Kalau hendak cerita tentang azam, azam tahun lepas pun ada yang tak tertunai. Kalau hendak cerita tentang suka duka tahun lepas..peristiwa yang duka atau suka sangat tu tak adalah & alhamdulillah, rezeki aku sekeluarga dimurahkan. Overall, tahun 2010 adalah tahun yang baik-baik saja * i guess so*  Semoga tahun 2011 akan lebih baik lagi.


Sebenarnya tadi aku adalah membelek-belek barang simpanan aku, ingat nak buang la mana-mana barang yang dah tak relevan untuk disimpan. Belek punya belek, aku terjumpa dengan buku planner aku dulu.  Dalam pada dok belek-belek tu..aku terbaca la semula madah-madah yang pernah aku salin untuk renungan peribadi di kala berduka lara dedulu.  Biasalah nak motivasi diri menghadapi onak duri percintaan di zaman muda-mudi. Huhuh. Minah kental jugak aku ni rupanya ye? :P Itulah sebabnya wujudnya karya-karya picisan itu.


Love & life quotes of the day :-)


Anda ada quotes menarik untuk dikongsi? Feel free to share eh.  Jangan malu-malu, anda dialu-alu.
p.s: Tahun ini tahun arnab.