25 February, 2011

Tahniah! Nombor sim anda terpilih untuk diTIPU!

Sebenarnya aku dapat mesej pesanan ringkas yang berbunyi begini;
"Congratulation"
Your SIM-Card B'jaya menangi RM17,000.00
"Nestle House" From. PTG JY BHD.
No. Siri:778899
Sila call office: 019860978
"ORIGINAL"
Yeah, nice!! Kayap lah jadinya kalau masih ada yang terpanggil untuk melayan mesej pesanan ringkas seumpama ini. Sebaik mesej dari nombor nan asing masuk ke dalam peti pesanan pun kita sudah boleh mencurigai, apatah lagi tatkala membaca isi kandungannya. Tak semena-mena dapat ucapan tahniah konon menang 17K.Sudahlah guna bahasa rojak. Dan eh, apa yang "ORIGINAL"nya? Kalau betol memang tulen dan telus, kenapa tidak hubungi terus si 'pemenang bertuah?'. Kenapa telefon pejabat guna nombor talian mobil?  Nama syarikat & no. siri pun tidak menyakinkan. (PTG JY BHD?! Tolonglah para penipu..nama syarikat itu dah rata kamu jaja :P). Lagipun takkanlah Nestle murah hati sangat nak bagi entah siapa-siapa duit sebanyak itu kan? Kenapa Nestle House? Kenapa tidak Nestle (M) Bhd? Nestle House itu bukankah nama ibu pejabatnya? Maka dengan itu, demi mencari kebenaran yang pasti, maklumat yang ada harus diselidiki.
 Antara penemuan hasil dari penyelidikan yang dijalankan...kehkeh!


Si penipu percaya bahawa manusia zaman kini memang mata duitan (Kalau ye pun kan, janganlah bermata duitan secara membuta tuli). Mendambakan wang. Apatah lagi dengan cara senang. Maka mereka mencipta taktik ini. Ubah ayat sana sini sikit, godam dan dapat senarai nombor telefon sekian-sekian, hantar. Pada sudut hitungan kebarangkalian mereka, dalam 100 mesej yang dihantar, pasti sekurang-kurangnya akan ada 1 yang terkena. Itu kalau satu, kalau 10? Al-masyuklah hasil pancingan mereka.Tak usahlah nak cuba-cuba percaya dengan bersandarkan bahawa mana tahu dalam banyak-banyak pesanan ringkas sebegitu, ada yang benar maka ada rezeki untuk kamu. Takde makna ya. Kalau tiba-tiba engkau orang diminta bagi nombor akaun bank atau nombor kad ATM, atau diminta masukkan sejumlah wang untuk aktifkan akaun atau diminta resetkan kata laluan perbankan internet atau bagi nombor TAC, itu adalah ciri-ciri modus operandi penipuan seperti yang tersebut. Aku tahulah rakyat Malaysia sekarang dah bijak nak tangani masalah ini tapi masihlah juga ada berita orang kita jadi mangsa tipu, adalah lagi kita dapat mesej kencing deras sebegini. So how?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan kita supaya berhati-hati dan sekiranya penipuan tersebut berjaya serta melibatkan kerugian, laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. Aduan juga boleh dibuat sekiranya pengguna menerima mesej berunsur penipuan dan SKMM akan menghubungi dan meminta syarikat pemberi perkhidmatan untuk menyekat nombor berkenaan. 

24 February, 2011

16 February, 2011

Wordly Wednesday

Akan lebih berusaha dan berikhtiar untuk dapatkan sambal yang lebih meletop tip top dan balado terung yang lebih mantap.Wong Solo..aku cabar kau! (Kononnnnn..)


Kek lobak caca marba
 
Isian kek lobak yang mampat. 

14 February, 2011

Penuaan..oh,no!

Situasi : Di bilik temuduga
Penemuduga telah meminta butiran peribadi aku sebelum memulakan sesi temuduga. 

Penemuduga : Eh, muda lagi rupanya.
Aku : Muda? Dah 3-series boleh consider muda lagi ye?
Penemuduga : Bolehhhh. *Senyum*
Aku : Err..kenapa? Saya nampak macam tua sangat ye? *muka hampa*
Penemuduga : Eh, taklah. Bukan tua. Tapi matured. Dah kawen ye?
Aku : Ya.
Penemuduga : Oh, xpelah tu. Standard la orang dah kawen nampak matured. *Senyum*
Aku :  Yelah. *muka tak puas hati*
Dalam hati :   Mungkin sebab muka aku berkilat-kilat sebab menapak dalam panas terik dari parking nak ke sini, tu yang dia cakap macam tu. Huh! ( dan-dan keluar ayat nak sedapkan hati, takmo ngaku diri sudah tua :)) ) Lepas ni kena rajin belek muka lah gayanya. Terus terbayang serum Probio-C & Prim rose oil. Wajib dapatkannya segera!

p.s: itu bukan sesi temuduga mohon kerja tapi adalah sebahagian sesi temuduga sebagai pengadil kepada kawan lama (:

13 February, 2011

Perkara rawak tentang si kinting

Hari ini, pagi-pagi sesudah celik mata dan melayan channel 613 seframe..si kinting minta nasi. Tekak Melayu sungguh anak aku ni. Mujur nasi putih semalam ada balance. Aku panaskan nasi & sup sayur (lauk balance semalam juga, kondisinya elok lagi jadi kenapa perlu membazir?), ceduk masuk dalam mangkuk, cicipkan kicap manis sikit dan itulah dia sarapan pagi my anak dara. Ibunya pulak melantak roti gandum butter kaya cicah teh O aje. Lepas makan nasi tu, aku suruh si kinting minum air putih. Memang kena suruh. Walau dia sudah lebih bertoleransi dengan air putih sejak masuk taska, kadang-kadang dia suka nak ikut tekak dia mintak air manis saja. Cara untuk pujuk dia minum air putih adalah mudah. Ingatkan dia tentang hendak senang buang air besau atau tidak. Pasti dia akan teringat betapa seksanya dia hendak melakukan aktiviti penyahtinjaan sampai menangis meneran-neran, berpeluh peluh..serba tak kena jadinya. Ingatan itu akan buat dia minum segelas air putih dengan bersungguh-sungguh. Tiap kali dia makan apa-apa pun, aku atau babahnya akan suruh dia minum air putih. Kalau ikutkan dia yang suka makan..makan dan makan..kurang minum air pun tak apa. Haih, tak boleh nak ikutkan sangat selera dia. Mujurlah dia mahu dengar kata. (:

Sekarang kalau makan ubat, dia akan compliment diri sendiri sambil tunjuk ibu jari - "Good!" dan aku akan balas, "Yes..very good!" (:

Sekarang juga dia taksub hendak kenal warna. Dulu-dulu aku ada dia ajar dia kenal warna dalam bahasa melayu, sekarang aku ajar dia kenal warna dalam bahasa Inggeris. Bila aku tanya, "What color is this?" Dia akan buat riak muka macam tengah berfikir kemudian jawab, "Ijaaaaaaaa!" ( Ija = Hijau ) Semua pun dibantai sebut hijau tapi manalah dia dapat loghat Kelate tu. Huhu. And bila aku ajar sebut 'Purple' pulak, dia balas sebut 'Apple'.  Ada la bunyinya juga, kalau color lain tu ntah apa bunyi yang keluar. Pelat punya pasal tapi kira fair lah kan.

Sangat ngam dengan sepupu dia, abang Awish. Boleh main baik-baik sama-sama dalam jangka masa yang lama. Bila dah ngam main sesama, sukalah dia sekejap-sekejap nak pelok abang Awish sampai rimas budak tu. Oh ya, mereka punya fesyen rambut yang sama cuma rambut abang Awish dah kena potong pendek sebab nak sekolah. So aku pun terfikir kalau depa dah besar nanti, bila cerita balik kat depa gelagat depa masa kekecik dulu, macamanalah reaksi depa ye?



Selalu dekat rumah kalau dengar bunyi kereta jejiran, si kinting mesti jengah dekat sliding door. So bila jejiran aku tegur dia, dia jawab lah. Pernahlah jiran aku tegur dia kenapa tak pakai baju, dengan tulus ikhlas dia menjawab, "Anim panas..Anim pakai suar saja."  Siapa yang tengok gambar dia mandi kat pantai Tg. Bidara mesti boleh bayang macam mana rupa dia bila berseluar sahaja. Petak dan domdimbob.

Sesi menayang ole-ole dari babah yang dibeli lepas tengok match Malaysia - Hong Kong untuk si kinting. Ada kawan aku cakap kesian Tasnim, mesti dah besar nanti mesti dia malu tengok gambar ni. Eh, haruskah? Aku takde niat pun nak memalukan anak sendiri. Mungkinlah si kinting tak nampak cute & girly tapi pada mata aku comel ajek. Heheh. Kenangan kan? Si kinting pun suka, tu yang lepas mandi tak sempat rambut bersikat dah posing dulu.


Lagi satu (last but no least :P), kalau dia tengok kartun Timmy Time, scene emak Timmy hantar Timmy ke kindergarten tu kan emak Timmy nangis, so dia akan panggil aku & cakap, "Ibu..tingok tu..ibu nanes...sian ibu kan..Anim nak pegi kulah." Dan aku harus membalas seperti ini; "Haah...mmbeekkkk (dengan nada sedih)." Huhu, terpaksa mengambengkan diri..layankan sajork lah. Bila dia tengah layan channel kegemaran dia, janganlah cuba-cuba nak tukar channel lain, hatta nak tengok info pon dia akan bising, "Ibu..Anim nak tingok naa (laaa)." Ketika itu, kuasa memegang remote contol adalah tidak bermakna..huhu!

09 February, 2011

Wordless Wednesday #3

 Menyapu licin Menikmati yong tau foo dekat bomba, Taiping :P

08 February, 2011

My SIL - Juwita's Solemnization & Reception Ceremony

5th February 2011
They were officially husband & wife ~ Juwita & Fadzli

Juwita's oldest & youngest sisters - Junne & Julia 

 Latest edition of Mr. Johan's family

Celebration of loves - 6th February 2011






Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Ulang tayang tagging piala pusingan

Cik adik manis ini --> Aunie telah mengetagged aku untuk "25 perkara tentang diri", since aku dah pernah buat tagged tu, so aku ulang tayangkan saja. Boleh kan Aunie? (:

klik! klik!

02 February, 2011

Wordless Wednesday #2

mahu cari, beli dan baca ini walau sudah ketinggalan keretapi.