31 March, 2011

Ibu, Anim nak potong kek!

Sehari sebelum birthday si kinting, aku bagitahu dia esok birthday dia, esok dia dah 3 tahun. Si kinting sengih lebar seraya bertanya, "Ye ke, ibu? Anim nak potong kek!" Aku pun balas, "Yelah, nanti ibu belikan." Padahal malam esoknya tu aku ada kelas jadinya adalah berkira-kira nak keluar pejabat tepat 5.30 & singgah SR dulu dalam pada on the way ke Bangi tu. Tapi bila tiba harinya, aku tukar planning. 'Escape' kelas terus, ngeh ngeh ngeh! *tanduk setan* Makanya aku pun menuju ke pasar tani, beli barang dapur apa yang patut untuk prepare makan malam merangkap birthday celebration Tasnim. Kemudian singgah ke Baker's Cottage cari kek tunjuk yang terhad pilihannya. Tahun ni memang aku takde plan nak sambut birthday Tasnim macam tahun-tahun lepas. (Tahun lepas pun aku takde plan nak sambut birthday Tasnim beria-ia tapi hasil campur tangan Makcik Juli, jadi 'beria' la juga..huhu.) Lepas maghrib, aku siapkan la apa yang patut. Encik F pula keluar konon nak jumpa kawan hantar barang & mintak aku bagitau dia bila semuanya dah ready, dia balik (tapi sebenarnya dia senyap-senyap pegi Alamana carikan hadiah si kinting). Oh ok, fine. Tepat 8.30 malam, semuanya siap.

Chocolate Cheese 'Sumthing-sumthing'. Aku tak ingat nama betulnya. Pada aku, asal kek ada unsur-unsur cheese ni aku bajet sedap la. Pulaknya, si kinting suka makanan yang ada unsur-unsur gitu. Saja la aku tutup lampu time snap gambar kek ni, konon nak bagi nampak wording 'Happy 3rd Birthday Tasnim' di dalam kesamaran remang-remang cahaya lilin nan sebatang. Tak kuasa aku letak lilin banyak banyak hatta 3 batang pun, buat tersembur air liur je kang si kinting nak tiup. Elok je aku keluarkan kek dari kotaknya, En.F komen.."Eh, gini je kek dia..tak menarik langsung, beli la yang ada Mickey Mouse ker..kartun-kartun ker, barulah Tasnim suka." Hek eleh, banyak cakap pulak dia..kalo nak fancy-fancy, kenapa tak offer diri sendiri pergi beli..huhu!

 Ini bajet amalam pemakanan sihat la, ada juadah buah segala.

Seafood Carbonara. Kegemaran aku. Kegemaran si kinting juga.




Budak kinting yang tak sabar nak tiup lilin & potong kek.

Buat masa ni, ini ajelah yang sempat & mampu aku buat untuk meraikan hari jadi si buah hati. Disebabkan dalam kepala otak plan nak sambut secara anak-beranak aje, itu yang aku tak terfikir nak belikan kek & sediakan goodies untuk kengkawan si kinting kat taska. Insya Allah, kalau hajat Makcik Juli nak sambut hari jadi cucu kinting dia ni bersekali dengan majlis doa selamat kat Kuantan nanti, aku cuba sediakan & simpan goodies untuk kengkawan taska si kinting. Mak aku tu biasalah, kalau boleh tiap-tiap tahun request aku buatkan birthday party untuk cucundanya. Tak tahu lah kot lepas ni akan ada another celebration untuk tujuan yang sama (kot agak-agak nak layan angin Makcik Juli..hihihih, haruslah jadi double/triple birthday celebration..ahaks). Kita tunggu dan lihat ajelah ye.

P/S : Hey ladies, thanx for all the birthday wishes..XOXO

30 March, 2011

Wordless Wednesday #4

Hah, kamu fikir apa?

29 March, 2011

Tasnim is 3!

Teristimewa buat anak ibu, ibu doakan semoga kamu menjadi hamba Allah yang taat, anak yang baik, muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga kamu sentiasa berada dibawah peliharaan dan keredhaan-Nya. Ibu hadiahkan lagu ini buat kamu - kamu, cahaya hidup ibu.

YOU LIGHT UP MY LIFE 
 
So many nights I sit by my window
Waiting for someone to sing me his song
So many dreams I kept deep inside me
Alone in the dark but now
You've come along
You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song
Rollin' at sea, adrift on the water
Could it be finally I'm turning for home?
Finally, a chance to say hey,
I love You
Never again to be all alone
You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song
You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song
It can't be wrong
When it feels so right
'Cause You
You light up my life 


5 months old

1 year old


2 years old

25 March, 2011

Timbang rasa

Sebenarnya aku nak cerita tugasan aku membeli susu semalam (err..tugasan? Itu pengaruh kartun Agent OSO - 613, hihih). Disebabkan kelas habis awal sikit dari biasa (awal lebih kurang 20 minit), makanya sempatlah aku terjah ke Manjaku, Bangi untuk mendapatkan susu si kinting. Waktu tu kereta pun dah tak bersusun, berdedai kat lot-lot parking & tepi jalan so dapatlah aku parking betul-betul depan kedai. Selesai urusan, dalam pada aku nak ke kereta..datanglah sebuah Proton Saga lama yang dipandu oleh seorang kakak (atau aku boleh cakap makcik sebab macam baya-baya mak aku) parking menyenget baek kat sebelah kereta aku dan dia duduk melepak dalam kereta seolah sedang menunggu seseorang. Dalam hati aku dah terdetik mesti aku susah nak keluar parking ni sebab belakang kereta aku pun ada kereta yang diparking kat tepi jalan.  Uhuks..memang susah pon kau. Bila aku reverse, kereta aku memang sikit lagi nak cium badan kereta akak tu. Lepas tu aku tak boleh nak reverse habis sebab kalau reverse habis mau kereta aku hentam kereta belakang pulak. Nak mengadjust ke depan nanti bertembung dengan buntut kereta akak tu pulak. Makanya nak tak hendak terpaksalah aku masuk parking balik. Aku tunggulah juga kot-kot akak tu nak adjust kedudukan kereta dia, tapi hampeh! Sikit pun dia tak endah. Buat muka tak tahu aje. Siap sibuk bercakap kat handphone lagi ada. Nak kata akak ni tak perasan kereta aku, kami ni parking sebelah menyebelah. 2,3 orang yang kat kedai tu pun dah pandang-pandang kat kami. Tapi akak tu tetaplah macam tu. Aku cuba la juga tunggu sekejap, konon nak bagi akak tu beredar dulu. Manalah tahu dia tengah tunggu anak dia kat dalam kedai tu kan. Tapi takde maknanyer.. gRrr. Last-last terpaksa la aku pepandai adjust nak bagi ruang untuk kereta aku reverse & keluar. Nasib baik sebelah kanan aku, 2 parking lotnya kosong..so boleh la lagi nak adjust-adjust, tapi jenuhlah dok pulas stereng pi balik pi balik.
Sabau jelah. Kalau ikutkan hati, memanglah aku bengang...memanglah rasa nak maki-maki. Tapi aku tak naklah nanti terjadi insiden yang lebih menyakitkan hati. Sudahlah parking sesuka hati, menyusahkan orang &  buat tak reti aje ngan keadaan sekeliling. Tak prihatin langsung, timbang rasa zero...menyampah betul aku dengan spesis manusia macam ni. Takpelah hari semalam hari akak, esok lusa siapa tahu, akak kena pulak... :P

22 March, 2011

Beberapa peristiwa

Okay, seperti kebiasaannya aku suka merge-mergekan entri. Makanya terjadilah tajuk beberapa peristiwa seperti yang tertera. Berikut adalah peristiwa yang dimaksudkan mengikut turutan. ( Macamkan menulis rencana kaedahnya pakai bahasa control ayu :)) )

Kenduri kahwin boss baru aku @ Larkin Jaya, Johor Bahru.

Sepupu aku ketemu jodoh dengan orang nogori. Kisahnya akak sepejabat dia sudah terberkenan sama dia untuk dibuat menantu lalu di'kenen'kan sepupu aku yang pendiam & pemalu itu dengan anak dara dia yang ayu. Ensem weh sepupu aku tu, pakkal gambar ni tak clear aje. Terpaku aku tengok dia pakai baju pengantin sampai dia pulak yang malu-malu nak pandang aku..kehkeh! Mesti mung dok rela Kak Long pandang mung gitu ak Nan?

Ini pula dua pasangan pengantin, si abang dan si adik. Kedua-duanya berjodoh dengan orang Johor. Ala-ala kutub utara kutub selatan lah depa ni. Si abang dan pasangan berpersalinan soft pink dan si adik dan pasangan berpersalinan ungu. Baju pengantin perempuan adalah gorgeous terutamanya yang color merah jambu, memang jambulah! Boleh feeling-feeling princess gitu.


Oh Fara Diba, u're so sporting! Dia penyeri majlis kami hari ini. Beliau telah datang mengisi slot mesyuarat PUSPANITA jabatan aku dengan membuat demonstrasi mekap dan tudung secara ringkas. She's so bubbly, friendly & humble. Love her style too. Maka dengan itu, dan-dan aku like page Najjah kat FB :))

18 March, 2011

Late night snack

Sehabis kelas, sesampai rumah, perut haruslah diisi. Haruslah selongkar dapur mencari makan apa yang ada. Kononnya yang ringan-ringan takpe :-P Selesai semua sandwich biskut tuna mayo, terus puas hati.

07 March, 2011

Sedikit 'update'

1. Telah menempah pinafore comel daripada Lyana selepas melihat hasil tangan beliau di sini. Dan inilah hasilnya :-)
Pink printed cotton pinafore for Tasnim :-) 
Lyana ada buatkan bunga juga (dari kain yang sama)  as accessory tapi aku tak sempat lagi nak beli klipnya. Komen anak dara aku, "Anim tuke, ibu!"

2. Lawatan PUSPANITA ke Hari Kraftangan Malaysia minggu lepas. Aku banyak cuci mata & kenyangkan perut aje (Siapa yang biasa pergi HKM mesti tahu apa yang hendak diborong, macam-macam ada - kain sutera, batik, tenun, aksesori, barang hiasan etc dengan harga istimewa). Aku hanya beli seutas gelang batu hematite :-), jadik ler weh, dahnyer aku bawak duit cukup-cukup tambang balik kot tertinggal van rombongan ke apa :)) Shopping-mopping tak dipateri sebagai agenda. *sobs-sobs*

Cenderamata dari Kraftangan Msia ;-)

3. Semester kedua sudah bermula. Kehidupan lepas waktu kerja & malam bakal didedikasi khas buat mereka (merujuk kepada gambar seterusnya). \(+__+)/

Wahai ilmu, semoga ikatan cinta di musim ini membuahkan hasil yang lebih manis ye.

03 March, 2011

Penutup botol ada gunanya.

Alatan yang diperlukan :
Botol minuman plastik
Plastik pembungkus
Gunting

Cara-caranya :
Potong/gunting sembelih bahagian leher botol. 


 
Buka penutup botol yang telah dipotong. Masukkan bahagian atas pembungkus plastik ke dalam mulut penutup botol, kemaskan bungkusan dan tutup dengan kemas.

Maka terhasillah sudah pembungkusan makanan kedap udara :-)

Sumber : Emel dari kawan :-) Thanx for sharing.


01 March, 2011

Akak kafe ponti

Dah lama aku perhatikan akak kafe aku ni. Bukan perhati sebab dia jeliters ke apa, tapi perhati cara dia kira harga makanan/minuman kami-kami kat sini. Macam suka hati dia main petik harga. Kawan aku pernah terkena, dia dengan kawan dia makan nasi campur, ambil nasi & lauk pauk yang sama, kuantiti/saiz pun lebih kurang tapi masing-masing kena cas lain harga. Ada lagi sorang kawan aku, dia dengan kawan dia (lagi) ambil nasi campur, cuma bezanya sorang ambil nasi + ikan dan sorang lagi ambil nasi + ikan + sayur sejemput, beza harga mereka dekat RM 1. Bukan sayur 'fancy' pun. Dah 2,3 kali aku terkedu kena 'cekik' dengan akak kafe tu, tapi sebab aku fikir aku ambil 3 lauk..mungkin sebab tu mahal sikit, lagipun dekat Putrajaya ni amatlah susah nak cari tempat makan yang murah-murah, jadinya aku pun al-fahamkan sajalah adat orang berniaga. Tapi..pagi tadi aku bukan setakat terkedu tapi sedikit sentap tatkala menapau bekal untuk sarapan, aku ambil nasi goreng kosong untuk 1 senduk kena cas RM 1.50. Alah, RM 1.50 je pun kan, kenapa nak kecoh?! Yang aku bengangkan tu, pelanggan depan aku ambil makanan yang sama, aku nampak dia ceduk nasi goreng tu dekat 4 senduk, tup-tup bila kira..dia kena RM 1.50, so aku assume mesti aku kena cas dalam RM 1 sebab macam mustahil aje akak tu nak kira nasi goreng aku RM0.80 ke apa. Apa akak tu tak reti tengok ke apa? Dia yang bungkuskan makanan kami, sepatutnya dia boleh tahu lah siapa ambil banyak siapa ambil sikit. Ada la dalam beberapa saat aku terkedu depan akak tu dengan muka pelik tapi akak tu boleh buat muka toye aja. Kalau ikutkan hati aku nak aja tanya dia kenapa dia cas aku macam tu tapi sebab kat belakang aku dah ada orang yang menunggu nak bayar, so aku cuma mampu mengomel sendiri sambil ambil tisu dengan harapan akak tu dengarlah omelan aku. Haih. Lain kali kalau terkena lagi, aku tak bagi 'can' ye kak :P