30 April, 2011

One lovely blog award

Terima kasih Nina - ibu Danial untuk award ini, 'like' 33 kali :-)


Sudah diberi award, haruslah cerita serba sedikit tentang empunya penerimanya kan? mungkin ada fakta bukan auta yang di ulang tayang..lantak situ yek :-)
  • suka pantai, suka laut, suka ombak, suka angin sepoi-sepoi bahasa, suka langit nan membiru..maka aku sesuai menjadi fisherman bestfriend.*berkali-kali sudah aku mention ini dan memang aku suka nak mentionkan lagi sebagai tanda betapa aku sukakannya*
  • penyedih secara tiba-tiba *rujuk entry neng yatimah*, ada masa keharuan mengatasi segalanya. kelakar? yelah, engkau orang hati waja aku hati jambu, aneh sangat ye?
  • terkadang bersikap defensive hasil statement 'beri hati'. padahal aku sebenarnya cuba pujuk hati untuk terima kepahitan realiti.
  • 'bentat' buat kerja. mesti nak teliti satu-satu dulu.
  • mudah memaafkan tapi tidak mudah melupakan.
  • kalau dah mula mengemas, orang terlentang tengah rumah pun aku sapu :)) jadinya, pepandai la bawak diri time aku dah mula operasi.
  • suka tengok cerita thriller atau hantu tapi tak suka tengok adengan mati yang melampau-lampau macam dalam Final Destination. Horror giler okeh.

Okey, sebagai bertindak mengikut arahan..aku akan tag 15 lovely blogger untuk menerima lovely award ini, dan calon-calonnyer adalah:

along  
nat 
ayu 

insya Allah lain kali kalau ada sesi tagging-menagging, aku akan tag kengkawan blogger aku yang lain pula..okeh! as for this time, aku pilih depa-depa ni sebab aku suka baca coletah memasing..macam-macam stail. 'like' 33x :)) *hope kalian sudi ler terima award dari aku ni yek*.

Bila aura kerajinan dah datang nak jawab tag ni nanti, sila :
  • copy image award pada entry baru korang
  • buat link pada aku/ahkak/adik manis ni yek :))
  • senarai apa-apa cerita pasal diri korang sebanyak 7 perkara
  • tag la 15 blogger lain *kalau korang nak la - ini bukan paksaan..nama pun tag just for fun kan?*
  • sebab korang pilih blog yang tersebut
  •  
    ♥ lots of love ♥
    chempaka aurora

    29 April, 2011

    Pagi-pagi aku sudah jadi macam arwah Neng Yatimah

    Iyer..pagi-pagi sudah bikin drama ayer mata. Sendu benor hati ahkak pagi tadi. Nih bila dok fikir-fikir balik, ya ampun..malew semalew-malewnyers (T________T). Ceritanyer cenggini. Hari ini seksyen lama aku buat jamuan sempena meraikan pertukaran aku ke seksyen puaka baru (eh, meraikan? Cam suker je aku blah ye? Ahaks!). So haruslah orang yang dirai (ahkak la tue :P) dijemput memberi sepatah dua kata. Aku ni bukanlah gabra nak bagi ucapan ke apa sebab orang-orang seksyen lama tu semua aku dah mesra tapi gamaknyer sebab mesra bebenor time nak berucap tu suara aku tetiba ke dalam aje. Tau-tau ayer mata dah mengalir. Muka toksah harap lah..dah cemik gaya haper..giler emosi :)) Ex-Timbalan Pengarah aku buat lawak hulur piring..suruh aku tadah air mata dalam piring, yang encik Pengerusi Majlis buat lawak kata kat luar pun hujan jugak..kawan-kawan aku plak ada yang siap cakap, "Jangan lah nangis Na..ko kan brutal.." Haah, iyer..brutal kejadahnya. Bajet je cam brutal tapi hati jambu :)) Ex-bos aku pun tak kurang jadi nasik tambah, dia kata kalo aku dah 'teriak'..dia lagi la. Makin terisak-isak la aku di depan khalayak seksyen lama..Uwaa..maluuuuuuuuunyer sebab aku tau, aku kalo dah nangis..muka confirm huduh cam tapir memerot :((. Dah la bukan bertukar jauh pun..dari tingkat 3 ke tingkat 10 je pun ..huehue. Yelah, suasana kerja dah tak sama..jadi jarak yang dekat pun boleh membawa kepada kesebakan seolah mahu berpisah beribu batu. Huhu. Tapi lepas tu time makan, elok je aku sama naik 'mencekik' ngan depa.

    Pakkal lah aku ada test mid-sem paper Data Comm petang karang, so gigih la lunch break yang panjang ni aku berhibernasi kat 'workstation tumpangan'ku ini sahaja. Kalau tak, harus aku join bergossip berjimba sambil menikmati makan tengahari dengan geng seksyen lama. Ini pun baru lepas settle submit individual assignment HCI. Masak la aku nak menjawab malam ni..tu la 'leka' sangat ngan hal duniawi sampai tak study...uhuks. Nina, berusaha!

    Akhir kata, ♥SPTB..aku sayang kamu♥ Tempat aku menimba ilmu, mengenal kawan & lawan, bersuka dan berduka. Apapun, patah tumbuh hilang berganti. Kesinambungan perjuangan harus diteruskan ditempat baru yang penuh pancaroba :)) *ayat macam penglipurlara*

    25 April, 2011

    Quickie : Tasnim & A

    Sambil melayan Tasnim mewarna, ada 1 page dalam buku mewarna tu  letak aktiviti untuk mengenal huruf..so aku pun cubalah bertanya pada si kinting..

    Ibu : Tasnim, cuba tunjuk kat ibu mana A?
    Tasnim : Erm..(sambil letak jari telunjuk pada dagu & mata pandang atas macam fikirkan sesuatu), Anim tak nampak pun A ibu, ada A ke ibu? Mana A ibu?
    Ibu : T___T (nak, A tu depan mata kamu..sobs..sobs!) *nak tergelak pun ada tengok gelagat dia, sungguh tak bersalah..hahah!*

    22 April, 2011

    Melankolik

    hati tetap hati
    masih merah dan bergetar
    selama aku hidup
    hingga saat ini

    hati tetaplah hati
    ada roh perasaan
    untuk kita rasa
    kasih dan sayang
    untuk kita rasa
    kehangatan cinta
    dan kedinginannya

    hati masihlah hati
    walau warnanya pudar
    walau rasanya kurang
    atau menghilang

    dan hati ini
    sedang menghitung
    apa yang lebih 
    apa yang kurang
    semoga hati tidak mati
    cinta tidak permisi
    sebelum waktu

    08 April, 2011

    1,2,3 lari!

    Sukan tahunan taska/tadika Generasi Inspirasi. 

    Ahad lepas, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk bawa si kinting ke Dewan Komuniti Presint 9 untuk event ni. Excited nak tengok anak bersukan la kaedahnya. Dah terbayang-bayang gelagat si kinting bawa guli dalam sudu la..lari bawa belon la..kononnya. Lagipun, 3,4 hari sebelum tu..kat rumah si kinting asyik dok praktis.."1,2,3..tayiiiiiii".."1,2,3..tayiiiii". Jadinya aku assume ada acara lari-lari la untuk budak 3 tahun.

    Kemonyokan dalam kesibukan.

    Time ni kami ambil gambar si kinting secara sembunyi-sembunyi. Apa taknya, elok je kami masuk dewan, dia dah start cebik-cebik..hadoi, dia mula dah sindrom anti-sosial dia. Puas kami pujuk, si kinting berkeras takmo masuk barisan. Bila cikgu-cikgu dia cuba amik dia, dia melalak. Ate ada ibu ngan babahnya, buat perangai la konon kan. Kalau engkau orang pasan, dalam gambar kat atas tu ada jugak lain yang tengah menangis kan? Memang majoriti yang meraung dalam dewan tu bebudak umur 2 & 3 tahun. Yang nak berdukung, terpaksa mak ayahnya kelek ke hulur ke hilir..yang nak berpaut kat kaki, kena la mak ayahnya seret ke sana ke mari. Mana mak ayah yang malas nak layan, dorang tinggal je anak-anak depa ngan cikgu..engkau nak melalak..melalak lah ye nak..tapi dah duduk ngan cikgu, elok pulak masing-masing duduk makan sandwich. Yang si kinting tu pun sama. Kami sampai kena berlakon, konon nak pegi 'work'..so si kinting kena duduk ngan cikgu. Tu muka cuak + blur kena tinggal. Kami nyorok kat luar dewan. Aku ingatkan aku je buat taktik macam tu..rupanya kat luar dewan, ada je mak ayah lain buat taktik yang sama..hahah!

     Muka boring. Time ni dia dah settle makan. Tengah tunggu untuk acara perarakan. Muka tak puas hati pun ye sebab ibu ngan babah kata pegi kerja tapi elok je berkeliaran dalam dewan snap-snap gambar dia.

    Ni cara-cara posing time emosi dah stabil. Kami masuk dewan pun dia takde buat perangai. So boleh la amik gambar dia dekat-dekat.

    Acara pertama untuk bebudak 3 tahun - Barangan kitar semula. Si kinting kena tayang handbag kotak. Patut la cikgu dia minta si kinting bawak kotak hari tu. Sempoi aje handbagnyer. Dalam dok suka tengok dia bawak beg tu, rasa kesian pun ada..tapi budak yang kena pakai kampit beras tu lagi kesian aku rasa. Bebudak kan, orang sarung kampit beras pun dia layan renyih aje.

     Ini acara kedua. Boling botol. Masing-masing dibahagi pada 2 kumpulan, kemudian setiap sorang kena bergilir baling bola untuk jatuhkan botol tu. Si kinting tu gaya nak baling je yang lebih, tapi botol tu elok je tak tumbang-tumbang sebab bolanya menyimpang ntah kemana. Kalau baling bola boling real guna skill ni mau bergegar lantai dibuatnya. Dalam ramai-ramai bebudak yang baling ikut dan depa je, ada juga budak yang pandai, dia tak baling bola tu, dia golekkan..so strike la dia..huhu. Ini mesti mak ayah dia biasa bawak pegi layan main boling nih.

    Kalah-kalah pun harus dapat medal. Bebudak kan..engkau menang ke, kalah ker..hadiah wajib dapat. Dah settle acara depa, dapat makanan lagi...mihun goreng. Tapi si kinting mintak nasi pulak, so kami bawak la dia makan kat food court depan dewan tu. Sepatutnya lepas acara tu kami kena tunggu sebab ada acara untuk ibu bapa, tapi sebab aku nak kejar masa packing baju si kinting (sebab petangnya mak aku nak datang amik si kinting bawak balik Kuantan since aku kena outstation 3 hari start kesokkan harinya) & nak bersiap untuk sesi 'photoshoot poh ah kong'..so kami balik awal.
    Pada aku, kira oklah taska si kinting organized aktiviti-aktiviti macam ni sebab boleh bagi pendedahkan pada anak-anak, aku pun dapat pendedahan jugak. Kalau selama ni dok tengok orang bawak anak join Hari Sukan, la ni boleh bawak anak sendiri. Harap-harap tahun depan si kinting boleh enjoy la dengan aktiviti cenggitu, tahun ni aku tengok dia banyak blur dari enjoy..uhuks. Balik je rumah, lepas pekena susu sepam elok je dia terbongkang macamkan tadi dah kena lari keliling padang.