25 June, 2011

Tidak ada yang abadi

..bila kau putuskan untuk melepaskan hidup.. (-.-)"
Hepp, ini bukan bermaksud memutuskan hidup dengan terjun bangunan atau kelar pergelangan tangan atau makan pil tidur secara overdose. Oklah, sebenarnya tajuk itu sekadar propa kerana sekarang ini bukanlah masanya untuk memelankolikkan diri.
Kebelakangan ini terasa hidup adalah seperti tidak beronok-beronok (orang tamak memang begitu, tidak memadai hanya sekadar dengan seronok :P). Komitmen lebih ditumpukan kepada kerja. Waktu cuti kerja. Di rumah pun masih menghadap soal kerja. Hendak buat apapun jadi tidak betah kerana kerja. Aku ok sahaja bab itu sebenarnya. Walau hidup adalah sedikit kucar-kacir, aku ok. Cuma yang tidak oknya adalah sehari-hari dihambat dengan persoalan laporan dan statistik yang telah dan harus disediakan. Kenapa figurenya begini tidak begitu? Kenapa dulu figurenya lain sekarang lagi lain? Ada pihak hanya mahu tahu berapa persen progressnya. Ada pihak mahu tahu berapa banyak bilangan masalahnya. Ada pihak mahu tahu semua. Yelah, saya yang menurut perintah. Bukan saya yang memerintah, faham? Jadi jangan ingat kerja aku mudah, yang susah, yang renyah, yang payah itu macam terbeban di batu jemala kamu sahaja. Tidak ye, tidak. Semua ada peranan dan tanggungjawab masing-masing, tahu kan? Jadi kesimpulannya, apa yang penting? Cooperation :-)

Perjalanan soal pelajaran juga memerlukan aku struggle. Saban minggu harus dedikasikan sebahagian masa untuk perbincangan kumpulan. Semua subjek ada projek. 3/4 ada presentation. 1 subjek lagi akan dipersembahkan pada hari terakhir peperiksaan final *cuak* Inipun ada lagi sisa assignment yang perlu dihantar sebagai pen'top-up' carry marks. Satu paper sudah melepasi final, paper sains sosial. Orang cakap subjek itu senang sahaja nak goreng. Tapi pada aku yang tidak reti hendak menggoreng sesedap rasa, paper itu jadi susah amat untuk di'score' (T__T)  3 hari lagi harus berjuang semula untuk paper SE. Masak oii nak menelaah bab 1 sampai 15. Jangan sampai aku buat Rules of Thumb sendiri sudah la. Hihu. Semester ini sesungguhnya kelelahan belajar separuh masa itu memang terasa. Tekananlah juga. Tapi tak apa, bukankah stressed is dessert spelled backwards? *macam ayat pujuk hati waktu final semester lepas juga kaedahnya* d(*_*)b berusaha!

Dan entri ini diberhentikan secara tiba-tiba. Blank lah. Tata.

13 June, 2011

Tidak tergenggam

Cinta, ditaburkan dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
Berebut-rebut menangkapnya
Banyak yang dapat secupak
Banyak yang dapat segantang
Semakin banyak
Semakin tidak tergenggam

~ Andrea Hirata, Cinta di dalam gelas

03 June, 2011

Like mother like daughter

Tiap-tiap pagi bila aku hantar Tasnim ke taska, sambil-sambil tunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau tu, mesti aku akan usik-usik or tegur-tegur dia yang dok melamun jauh. Biasalah, pepagi kena kerah bangun pergi 'sekolah', kesengalan dan kelemauan tu mesti ada. Huhu. Selalunya aku akan cakap, "Tasnim, pandang ibu." Kalau dia malas layan, dia pandanglah aku. Kalau dia tengah ada mood nak menyakat, dia tak pandang aku, tapi sesaja buang pandangan jauh ke luar sambil senyum-senyum. Kalau dia pandang aku, aku akan tanya lagi, "Tasnim sayang ibu?" Selalunya dia akan jawab ya. Tapi kalau pepagi dia sentap kena bebel dengan aku, dia buat tak tahu aje. Takpun dia pulak bagi aku sentap, dia jawab, "Tak." sambil geleng kepala. Kadang-kadang bila dia buat tak tahu, aku akan pegang pipi dia & buat-buat paksa dia pandang & cakap "Sayang ibu sangat!" kat aku *dengan anak pun boleh main gurau-gurau kasar* :))

Semalam, dia pulak buat benda yang sama pada aku. Dia pegang pipi aku & halakan muka aku setentang dengan muka dia. Dengan riak muka yang serius *kononnya* dia cakap, "Ibu, pandang Anim. Ibu sayang Anim tak? Dia buat exactly macam aku buat kat dia. Bila aku buat-buat tak mau pandang, dia pegang pipi aku kuat-kuat sambil paksa suruh cakap sayang. Hahahah. Dalam gelihati dengan keletah dia, terharu pulak rasanya...sobs..sobs. Terasa cepatnya masa men'dewasa'kan dia. Sudah boleh jadi teman senda gurau..dialah my favourite BFF.

02 June, 2011

Sang hawa

Terkadang bila kita berada di kalangan kaum kita juga (read: sang hawa), kita akan jadi terlebih prihatin atau terlalu obsesi untuk berkongsi cerita yang kononnya relevan untuk kita dan kaum kita. Kalau kita ini pasangan muda yang jarak umur pun tidak banyak beda, lantas masing-masing berkahwin dalam sela tempoh 2,3,4 tahun maka persoalan giliran mengandung, menambah anak itu seperti wajib diperkata. Seperti baton itu harus ada yang sambut. Kalau tak bersambut, macam pincang. Eh, mati kutu ye kalau tak berbicara soal itu.

Kalau sudah lama kahwin, dan baru dapat mengandung kemudian keguguran dan susah untuk lekat lagi,prediction bukan setakat takde rezeki..tapi mungkin akan disangkut pautkan dengan kandungan diambil bunian (okay, fine. ini aku masih boleh percaya kerana itupun makhluk Allah juga),tapi bila disabitkan dengan kisah si suami memancing di laut lalu disampuk hantu laut dan ketika itu juga kandungan si isteri sudah tiada denyut nadi, maka kesimpulannya itulah penyebab keguguran. Berapa banyak versi cerita untuk satu kehilangan yang sudah cukup menyedihkan? Antara logik akal dan alam yang tak terjangkau dek fikiran, bolehkan kalau kita sekadar mengatakan itu sudah kehendak Tuhan? Kenapa bersikap yang tidak-tidak?

Ok, habis satu cerita. Ini cerita lain pula. Berkawan, bercinta dan tup-tup bertunang pun menimbulkan kehairanan. Menghairankan sangatkah? Kalau ekpress sangat bertunang, atau berkahwin maka haruskah konklusinyer kepada sesuatu yang negatif sahaja? Cepat tunang, cepat kahwin, cepat putus, cepat cerai? Begitu? Kenapa tidak kita doakan yang terbaik buat mereka. Cepat atau lambat itu bukan urusan kita hendak mengadili sebab musababnya. Kita pun hanya mampu merancang kan? Dan kalau pun takdir tidak menyebelahi mereka, apa kamu fikir, nasib itu sangat menyebelahi kamu? Begitu?

Hurms..harus bagaimana lagi wahai sang hawa?

*mode : cermin diri* :)) *pis*

01 June, 2011

Kemenangan yang pertama untuk Kampung Hai Pening Lalat

Hahaha..rakyat jelata si kampung hai pening lalat sangat gumbira. Sesungguhnya kemenangan itu adalah kemenangan yang tidak disangka-sangka kerana niat di hati si rakyat jelata hanyalah sekadar meneka untuk suka-suka. Arakian sebelum-sebelum ini jenuh sudah masuk contest itu ini tapi hasilnya nan hado maka tidaklah lagi tegar rakyat jelata untuk menaruh harapan.

Apapun, berbanyak terima kasih  lah kepada penganjur teka teki tekuk, cik puan Ayu kerana sudi memilih saya sebagai salah seorang pemenangnya, siap buat special delivery lagi ngantor hadiah ke rumah. Susah-susah aje tau kamu ni. Semoga rezeki kamu dimurahkan ye cik puan Ayu (yang seriously memanglah ayu, dengan mata bundarnya, dengan wajah cutenya..macam..erm..macam..Yushanani Yushak, haa..ingat x? Ingat x? Ala, former pembaca berita TV3 dedulu. Eh Ayu, saya bukan dan-dan nak mem'bodek' tau..Serius suka tengok kamu..comelslah! Sorry ye sebab memula saya tak cam kamu, men jengah kat sliding door je..dah tengok dedekat barulah cam. Segan lah kat kamu sebab kami dua beranak kurang semenggah menyambut kamu di muka pintu, saya dengan muka selebet baru balik kelas, Tasnim dengan badan berlengas, masam & ber'pampers' aje..T__T Gigih kamu mahu dukung budak kinting yang masam lagi kus mangat itu..hihi.

Okehlah, sekarang adalah sesi mentayang pemberian istimewa dari penganjur teka teki :-)

 Dibungkus rapi..jeng jeng jengs...

 Like 33x! :)) yeay, koleksi fridge magnet bertambah lagi! dan ye, gelas jernih itu adalah sebagai simbolik kepada - perkenalan blogger nan ibarat persahabatan di dalam gelas *memang sesuai jadi rakyat jelata si pening lalat - u knowlah why kan? :)) *

Sekali lagi, buat cik puan Ayu..terima kasih daun keladi dan salam kenal di alam nyata!